Gula-gula PR?
Saya gerun kerana PR melalui PKR berjanji macam-macam. Janji yang dilafazkan bukan berkaitan dengan pembinaan klinik, sekolah, dewan orang ramai, dan sebagainya. Janji yang dilafazkan adalah sesuatu yang tidak terbayang oleh orang jika mereka di bawah pemerintahan BN. \
Sebelum ini PR melalui PKR berjanji melantik orang Cina untuk jawatan TPM, 20% royalti minyak, isu autonomi Sabah dan kini autonomi Sarawak. Adakah suara PKR ini mewakili suara PR? Adakah dasar yang disuarakan oleh PKR ini dipersetujui oleh PR?
Sebelum ini PR melalui PKR berjanji melantik orang Cina untuk jawatan TPM, 20% royalti minyak, isu autonomi Sabah dan kini autonomi Sarawak. Adakah suara PKR ini mewakili suara PR? Adakah dasar yang disuarakan oleh PKR ini dipersetujui oleh PR?
Implikasi janji-janji Azmin dan PKR ini besar kepada pentadbiran negara. Seandainya PR berjaya menakluki Putrajaya, adakah PR akan menunaikan janji-janji tersebut? Jangan hanya kerana mahukan undi mereka menabur janji-janji politik yang akhirnya menjadi gula-gula politik semata-mata.
P/s: Seorang lelaki berjanji untuk memberikan sejumlah wang kepada adik-beradiknya jika mereka membantunya mengurus pengeluaran wang simpanan pekerja di negara jiran. Namun apabila dia memperoleh wang tersebut, lelaki itu melupakan janjinya dan menghabiskan wangnya itu untuk kepentingan peribadi. Ini ialah contoh lazim yang berlaku dalam pelbagai situasi.
Kesimpulannya, seseorang boleh berjanji macam-macam ketika dia belum memperoleh apa-apa yang dihajati, namun memungkirinya apabila memperoleh apa-apa yang dihajati. Moga-moga PR tidak memiliki sifat lelaki ini!


Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.