Kilang Sebuk Kari Terkenal Diserbu Kerana Kotor & Guna Sijil/Logo Halal Tidak Diiktiraf
Saya petik:
[SH] PETALING JAYA – Sebuah kilang kari terkenal dikenakan tindakan bukan sahaja disebabkan premis kotor malah dikesan menggunakan sijil dan logo halal yang tidak diiktiraf.
Perkara itu terbongkar dalam operasi khas bersama Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), semalam.
Pengarah Unit Aduan Awam MBPJ, Tengku Nazaruddin Tengku Zainuddin berkata, kilang itu menjalankan beroperasi dalam keadaan kotor.
”Hasil pemeriksaan mendapati semua pekerja juga tidak menitikberatkan soal kebersihan dengan masing–masing tidak menggunakan sarung tangan, apron dan penutup kepala ketika proses pengilangan berjalan.
Mereka juga membiarkan sahaja tempa- yan yang mempunyai bahan yang diperam di atas lantai tanpa menggunakan pelapik di bahagian bawahnya.
”Cara penyediaan makanan sebegini boleh menyebabkan bahan yang disediakan tercemar dan boleh memudaratkan pengguna,” katanya
Tindakan diambil di bawah Seksyen 27 (1) tidak mengendalikan stor dengan bersih serta Seksyen 15 tidak mengendalikan premis dengan bersih.
Satu notis amaran berserta tiga kompaun dikeluarkan dalam operasi tersebut.
Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jais, Norhamizah Othman berkata, kilang kari itu juga didapati menggunakan sijil halal bukannya dikeluarkan oleh Jais atau Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
”Setakat ini di Selangor kita tidak lagi mengiktiraf sijil halal yang dikeluarkan oleh pihak swasta dan kita menasihatkan kepada pemilik kilang itu supaya membuat permohonan yang sah sama ada dengan Jais ataupun Jakim....
P/s: Serbuk kari jenama terkenal? Ada idea syarikat mana yang dimaksudkan dalam berita ini?


Kat berita tadi nampak bungkusan warna kuning... cuma ada beberapa syarikat je guna bungkusan warna camtu....
Dan paling bosan bila kena raid macam ni mesti nak cover jenama barang.... takut apa agaknya ya?
Salam,
Seolah-olah menjadi polisi media/kerajaan melindungi peniaga/pengilang yang menganiayai pengguna.