Saya petik:
[KD] KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah hari ini menafikan beliau menuduh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat dalam video seks yang didedahkannya.
Pengakuan itu bercanggah sama sekali dengan dakwaan beliau sebelum ini.
“Saya tidak pernah menuduh Anwar berzina. Bila saya tuduh dia berzina? Soal dia zina atau tidak berzina tidak ada kena mengena dengan saya,” kata Eskay selepas memberi kenyataan di Balai Polis Kepong petang tadi, lapor Malaysiakini.com.
Eskay juga dilapor cuba meletakkan beban dakwaan kononnya Anwar adalah pelaku dalam video itu kepada wartawan.
Menurutnya, beliau menjemput wartawan terpilih untuk menonton video itu di Hotel Carcosa pada 21 Mac lalu kerana mahukan mereka membuat penilaian sama ada pelaku dalam rakaman itu adalah Anwar.
“Saya menghubungi wartawan untuk tanya sama ada orang dalam rakaman itu adalah Anwar, itu sahaja.
Anda yang paling rapat dengan dia, selalu mewawancara dia,” kata Eskay kepada pemberita yang kelihatan tercegang dengan kenyataan beliau.
Anwar sebelum ini membuat laporan polis terhadap Eskay, bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas Bendahari Perkasa Shuib Lazim kerana menfitnah beliau bersabit rakaman 21 minit itu.
Mereka turut mengugut untuk menyebarkan video itu kepada rakyat jika Anwar dan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak berundur dari politik dalam tempoh seminggu.
Video fitnah berkenaan kemudian disebar secara meluas di internet oleh blogger Umno- Barisan Nasional.
P/s: Adakah Eskay cuba "mengalihkan" laknat yang dimintanya daripada Allah? Cuba anda baca transkrip sumpahnya: "A'uzubillahi minal syaitanirrajim. Bismillah irahman irrahim. (Mengucap 3 kali). Pada hari ini, 29 April 2011, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, saya Shazryl Eskay Abdullah berikrar dan bersumpah seperti berikut: A'uzubillahi minal syaitanirrajim, wallahi, wabillahi, watallahi, aku bersumpah bahawa aku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam paparan video yang dirakamkan pada 21 Februari 2011. Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video tersebut. Sekiranya aku melakukan fitnah, maka Allah akan melaknat akanku." Semalam si konspirator video fitnah ini cuba mengubah kenyataan dengan mendakwa tidak pernah menuduh DSAI berzina, walhal sejak mula lagi Eskay dan geng berkata sebaliknya. Dasar lidah biawak!
salamun'alaikum wbt
sbb itu sentiasa (setiap detik) bersyukurlah kepada-NYA serta minta pertolongan-NYA yang telah menganugerahkan akal fikiran kepada manusia seumpama kita.
Laknat yang telah disebutkan adalah umum. Namun, dengan umumnya itulah maka PEMANDANGAN dan PENDENGARAN dipadamkan(ditarik) yang mana duduk letaknya dalam akal fikiran. Sedemikian kesan sesudahnya, maka berlakulah hal yang telah berlaku menjadi seumpama apa yang berlaku dalam permainan tidur.
wassalam