Apa Istimewanya Jurublog Kaki Fitnah DIBENARKAN Menyelam Bersama Scorpene?
Betul! Apa istimewanya jurublog kaki fitnah dibenarkan menaiki Scorpene bersama-sama dengan pemimpin kerajaan PR? Hal ini hanya diketahui umum apabila jurublog kaki fitnah itu mengakui hal itu dalam dua buah tulisan di blognya, selain turut dipersoalkan dalam berita di Malaysia Kini dan beberapa blog lain.
Sebelum ini, Kementerian Pertahanan dalam suatu kenyataan melalui timbalan menterinya menyatakan bahawa kerajaan terpaksa menggunakan kaedah tender tertutup untuk membeli Scorpene kerana kononnya takut rahsia negara akan diketahui musuh. Kenyataan lucu@lawak yang cuba menutup Skandal Scorpene itu sangat memalukan kerana spesifikasi kapal selam negara yang berstatus 2nd hand itu boleh digoogle di internet, malah turut didebat di laman-laman forum.
Kononnya takut rahsia negara diketahui musuh, jadi, mengapa Kementerian Pertahanan boleh membenarkan orang awam seperti kaki fitnah ini menaiki Scorpene? Walhal setiap kali timbul kontroversi yang membabitkan jurublog pro-UMCO, Kerajaan BN sedaya upaya menjauhkan diri daripada puak kaki fitnah ini? Apa kewajaran membenarkan jurublog ini menaiki Scorpene? Apa hubungan antara Zahid dengan Pope Gomo? Jika jurublog ini diiktiraf sebagai wakil media, mengapa tidak mempelawa wartawan daripada portal atau blog lain agar mereka juga boleh membuat liputan mengikut skop dan batas yang dibenarkan.
Seperti yang tertera di blognya, jurublog kaki fitnah ini setakat ini mengeluarkan dua buah artikel memerihalkan pengalamannya menaiki Scorpene dengan mempersenda dan menghina Lim Guan Eng : Breaking News - Guan Eng Mabok Laut Bila Diatas Scorpene dan Guan Eng Nenen Perlekehkan Kemampuan Anak Anak Kapal KD Tun Razak. Seperti biasa, perkataan mencarut memang tidak lepas daripada jari-jemari jurublog ini.
Ada beberapa persoalan menarik yang ditimbulkan oleh LGE. Antaranya termasuklah kenyataannya yang dipetik daripada TVS:
"Saya akan hadir ke LIMA di Langkawi untuk memenuhi cabaran yang dibuat oleh Zahid 21 bulan lalu.Saya telah menerima cabaran itu dengan serta merta tetapi tidak menyangka bahawa saya terpaksa menunggu 21 bulan untuk merealisasikannya. Adakah pembetulan kecacatan teknikal itu mengambil masa begitu lama?
"Ini menimbulkan semula soalan-soalan mengenai kos pembelian kapal selam yang begitu mahal serta keraguan tentang kontrak perkhidmatan yang dianugerahkan kepada sebuah syarikat yang tidak ada sebarang rekod atau pengalaman dalam penyenggaraan kapal selam," ujar Lim.
Mengapa selepas 21 bulan? Adakah selepas beberapa proses baik pulih dilakukan barulah Zahid Hamidi berani membenarkan pemimpin pembangkang menaiki Scorpene? Jika begitu, berapa juta lagi duit rakyat dihabiskan?
Selain itu, timbul juga dakwaan tentang kemampuan selaman KD Tun Razak ini, iaitu 30 meter. Saya tidak tahu sama ada kedalaman laut yang menjadi lokasi demonstrasi hanya sedalam itu atau sememangnya KD Tun Razak ini tidak boleh menyelam lebih daripada kedalaman itu. Sedangkan, dalam spesifikasinya, Scorpene ini dikatakan mampu menyelam ratusan meter. -DCM
Selain itu, timbul juga dakwaan tentang kemampuan selaman KD Tun Razak ini, iaitu 30 meter. Saya tidak tahu sama ada kedalaman laut yang menjadi lokasi demonstrasi hanya sedalam itu atau sememangnya KD Tun Razak ini tidak boleh menyelam lebih daripada kedalaman itu. Sedangkan, dalam spesifikasinya, Scorpene ini dikatakan mampu menyelam ratusan meter. -DCM
P/s: Patutlah kaki fitnah ini bebas bermaharaja lela memfitnah, mencarut, menyiarkan video lucah, patutlah sukar untuk membawa kaki fitnah ini ke muka pengadilan, RUPA2NYA kaki fitnah ini begitu istimewa dalam kerajaan Najib sehingga boleh dibawa menyelam di dalam Scorpene.
MENARIK:


Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.