Che Det, Ghafur Salleh, & Pemuda MCA GESA Sharizat BERUNDUR. Tunggu Apa Lagi?
Selepas dibidas oleh Bung Moktar, telinga Sharizat semakin panas apabila Tun M mengeluarkan kenyataan bahawa Ketua Wanita UMCO itu sewajarnya berundur daripada politik berhubung dengan kontroversi projek ternakan lembu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC), yang dikaitkan dengan keluarganya, jika hal itu perlu bagi membantu UMCO.
Che Det berkata Shahrizat perlu berundur sebelum “dihalau” keluar oleh partinya. Kata bekas PM itu seperti dipetik daripada TMI, “Jika kita merasakan ia adalah penting demi parti, kita berundur. Ketika saya hendak berundur, saya tidak bertanya sesiapa. Saya berharap yang lain akan berbuat begitu. Jangan tunggu orang menghalau anda keluar. Ya, ukur baju di badan sendiri.”
Seperti dijangka, Sharizat diam seribu bahasa selepas Che Det mengeluarkan kenyataan itu. Belum pun reda panas telinga Sharizat, Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Abdul Ghafur Salleh turut menggesa Shahrizat melepaskan jawatan parti dan kerajaan yang disandanganya berikutan dengan kontroversi NFC.
Kata Ghafur seperti dipetik oleh Bernama, “Ini adalah isu paling besar yang berlaku dalam sejarah kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Ia cukup memalukan dan kita tidak mahu isu ini menjejaskan BN dan Umno. Kalau isu ini sampai pada waktu pilihan raya, saya rasa undi kita akan kurang.”
Selepas dibidas secara terbuka oleh pemimpin UMCO, akhirnya pemuda MCA berani mendesak Shahrizat berundur secara terbuka. Hal dinyatakan oleh Timbalan Setiausaha Pemuda MCA, Loh Chew Jun dalam satu kenyataan yang dipetik oleh MK, "Shahrizat telah ditolak oleh pengundi pada pilihan raya umum lalu. Kali ini, beliau terbabit pula dalam isu NFC, dengan ini, tidak ada sebab untuk beliau bertanding sekali lagi."
Kah kah kah! Tunggu apa lagi?
P/s: Jangan lupa duit rakyat RM250 juta. Pulangkan!


Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.