Lelaki Arab Disebat 2080 Kali Selepas Didapati Bersalah Merogol Anaknya
Menurut agensi berita AP, sebuah akhbar Arab melaporkan bahawa seorang lelaki yang disabitkan kesalahan merogol anak perempuannya dihukum sebat sebanyak 2080 kali sepanjang tempoh 13 tahun hukuman penjaranya.
Mahkamah di kota suci Makkah mendapati lelaki itu bersalah merogol anak perempuannya selama tujuh tahun di bawah pengaruh dadah.
Akhbar Okaz melaporkan mulai Sabtu lalu lelaki itu menerima sebatan secara berperingkat-peringkat sehingga mencukupi jumlah sebatan yang dikenakan.
Mahkamah di kota suci Makkah mendapati lelaki itu bersalah merogol anak perempuannya selama tujuh tahun di bawah pengaruh dadah.
Akhbar Okaz melaporkan mulai Sabtu lalu lelaki itu menerima sebatan secara berperingkat-peringkat sehingga mencukupi jumlah sebatan yang dikenakan.
Menurut polis, kejadian itu dilaporkan oleh bapa bapa saudara remaja itu. Nama lelaki yang merogol anaknya itu tidak disiarkan. -DCM
P/s: Bercambahkah kes rogol terutamanya melibatkan ahli keluarga jika hukuman dikenakan kepada pesalah tegas dan menggerunkan?


Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.