KITA Boleh Sertai Pakatan Rakyat? PR Mahu Beri NYAWA kepada KITA?
Saya baca kenyataan pemimpin PR bahawa KITA boleh menjadi salah satu parti dalam Pakatan Rakyat jika penyertaan parti itu dipersetujui Majlis Pimpinan PR. Adakah mereka serius dengan kenyataan itu? Selepas apa-apa yang berlaku sebelum ini, adakah PKR begitu mudah menerima Zaid Ibrahim? Adakah "perbalahan" yang berlaku antara Zaid dengan Anwar sebelum ini hanya wayang semata-mata? Jika bukan wayang, bolehkah Anwar dan Zaid duduk semeja membincangkan masa depan PR? Sambung baca di sini.
Pada padangan DCM yang jahil politik, penyertaan KITA dalam Pakatan Rakyat hanya helah untuk memberikan nyawa politik kepada parti itu. Tanpa PR atau BN, KITA seperti AKIM dahulu, tidak memberikan apa-apa impak kepada senario politik negara. Perhatikan rekod penyertaan AKIM dalam PRU atau PRK, semua penyertaan calon parti itu tidak memberikan impak besar kepada pihak lawan. Walapupun sudah dijenamakan semula oleh Zaid, KITA tetap seperti dahulu. Pertelingkahan dalaman dalam parti itu juga memberikan impak kepada perkembangannya. Malah, tiada tokoh hebat dalam parti itu yang mampu menarik sokongan rakyat untuk menyokong mereka.
Sebelum ini, KITA melalui Zaid mengumumkan bahawa parti itu tidak akan meletakkan calon di Pagoh dan Pekan kerana kononnya mahu meletakkan calon di kawasan yang difikirkan sesuai dan mampu dimenanginya. Kata Zaid seperti dipetik oleh UtuSex: "Ini bererti kita tidak akan letak calon di Pekan atau Pagoh. Perubahan kepada saya bukan bererti Perdana Menteri baru atau tukar tampuk pemerintahan. "Kalau BN berubah kepada dasar lebih terbuka dan demokratik, ia akan mendapat sokongan parti KITA. Yang kita mahu rakyat mendapat manfaat daripada perubahan tersebut." Cubalah anda taksir kenyataan Zaid itu, terutamanya tentang tidak mahu membuat perubahan tampuk pemerintahan negara.
IRONINYA, Zaid baru-baru ini mengeluarkan kenyataan bahawa KITA akan menyokong Pakatan Rakyat. Zaid dalam satu kenyataan menyatakan, "Untuk menunjukkan solidariti kita dengan pembangkang, dan penolakan kita terhadap idea fasis dan autoritarian, KITA ingin menyatakan semula bahawa kita akan terus menyokong pembangkang dengan harapan untuk perubahan sebenar."
Mengapa tiba-tiba flip flop, sedangkan sebelum ini KITA juga pernah mengeluarkan kenyataan bahawa parti itu akan meletakkan calon di kerusi DUN Selangor yang menunjukkan seolah-olah mereka mahu mengacau penguasaan PR di Selangor?
Kita tidak tahu strategi KITA mahupun PR atau BN, namun menerima KITA dalam Pakatan Rakyat bukanlah idea yang bijak. Sesungguhnya, setiap orang seharusnya belajar daripada kesilapan silam bukannya hanya tahu memaafkan kesilapan seseorang!


Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.