Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Archives

,

Sabtu, 30 Jun 2012

Lelaki China Meninggal Dunia Selepas Tonton Euro 2012 Secara Maraton



The Telegraph menyiarkan berita seorang lelaki dari Changsha di selatan China meninggal dunia selepas berjaga malam selama 11 malam berturut-turut untuk menonton perlawanan Euro 2012. Lelaki berusia 26 tahun itu meninggal dunia selepas kekalahan 2-0 Irelands kepada Itali pada 18 Jun lalu.

Menurut laporan Sanxiang Metropolis, peminat fanatik sukan bola sepak itu ditemukan mati oleh ibunya. Berdasarkan perbezaan masa dunia, kebanyakan perlawanan Euro 2012 di China bermula pada pukul 02:45 pagi waktu tempatan.

Menggunakan nama palsu untuk melindungi identiti keluarga mangsa, akhbar itu melaporkan Jiang Xiaoshan yang merupakan ahli pasukan bola sepak universitinya mempunyai tahap kesihatan yang baik sebelum kejohanan itu.

"Kami akan berehat tetapi dia menonton setiap perlawanan tanpa ketinggalan walaupun satu perlawanan," kata rakan si mati kepada Metropolis Sanxiang.

Jiang dilaporkan pulang pada 05:00 pagi Selasa lepas tetapi apabila ibunya cuba untuk mengejutkannya  untuk makan malam, dia mendapati anaknya itu sudah meninggal dunia.

Menurut Dr Liu Zhiling, "Jiang mempunyai kesihatan yang baik. Namun, jika seseorang berjaga sepanjang malam dan tidak tidur dengan cukup, maka hal itu akan melemahkan sistem imunnya, tambahan pula jika dia mengambil minuman keras dan menghisap rokok sambil menonton bola sepak." -DCM


P/s: Bukan demam bola, tetapi hidup mati demi bola!




,

Harrie Othman Sertai PAS: "Saya pilih Pas kerana perjuangan bersandarkan al-Quran, Sunnah"


[SH] JOHOR BAHRU – Perjuangan Pas yang berlandaskan al-Quran dan Sunnah adalah faktor utama yang mendorong hero filem Leftenan Adnan, Hairie Othman, 41, mengambil keputusan untuk menyertai parti itu.

Walaupun mengakui tindakan yang diambil itu berisiko dengan kemungkinan berhadapan ketandusan tawaran berlakon pada masa akan datang, Hairie redha dan menganggap keputusan itu tepat.

“Apabila saya memilih untuk bersama Pas, ramai rakan artis bertanya kenapa saya mengambil keputusan ini kerana mereka menganggap saya tidak akan mendapat tawaran berlakon lagi.

“Mereka tanya apa yang saya mahu buat selepas ini. Saya beritahu mereka saya akan keluar berceramah dan saya yakin rezeki ALLAH ada di mana-mana. Saya percaya dan yakin dengan perjuangan berlandaskan Islam adalah benar," katanya yang mengakui keputusan tersebut bukan atas paksaan mana-mana pihak.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Program Tahlil dan Munajat di Dataran Dahlia, Taman Dahlia di sini, malam tadi.

Hadir sama, Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; dua Naib Presiden, Datuk Husam Musa dan Salahuddin Ayub dan Pesuruhjaya Pas Negeri, Datuk Dr Mahfodz Mohamed.

Pada program berkenaan Hairie turut menyerahkan borang keahliannya kepada Nik Aziz sambil diperhatikan kira-kira 5,000 pengunjung yang hadir sekali.

Hairie yang sudah bergiat dalam dunia lakonan lebih 20 tahun berkata, penyertaannya dalam Pas bukan bermaksud dia sudah tidak lagi menerima tawaran berlakon seperti dahulu, malah akuinya, dia kini lebih popular.

“Ada yang dakwa saya sudah jadi pelakon suam-suam kuku, sebab itu saya pilih Pas. Namun, saya begitu terharu dengan kehadiran ramai orang pada malam ini. Saya rasa jadi 'lebih artis' berbanding sebelum ini,” katanya.

Hairie berkata, jadual hariannya kini juga padat sejak minggu lalu bagi memenuhi undangan bersama Pas di merata-rata tempat.

“Kali pertama bertemu Tok Guru, beliau bertanya sebab apa saya mahu masuk Pas. Saya jawab saya ingin berubah. Saya pilih Pas, tiada niat apa-apa.

“Saya hanyalah penyokong kepada perjuangan yang berlandaskan Islam dan bukan bersifat perkauman atau bangsa," katanya.
 
 
 P/s: Tahniah!


 

, , ,

Kerana Takut Dicekup Khalwat dengan Awang Afrika, Wanita Sanggup Mengaku Bukan Islam

Sekadar hiasan.

[HM] PETALING JAYA: Hanya kerana enggan dicekup ahli jawatankuasa Surau al-Munawwarah, Apartmen Lagoon Perdana, Bandar Sunway, di sini, selepas disyaki berkhalwat dengan lelaki warga Afrika, seorang wanita sanggup mengaku bukan Islam.

Timbalan Pengerusi surau itu, Mohd Zuki Mohd Akhir berkata, wanita terbabit yang berusia 23 tahun dan bekerja sebagai operator telefon dicekup bersama lapan lelaki warga Afrika, kira-kira jam 10.45 malam, Selasa lalu.

Menurutnya, pihaknya melakukan pemeriksaan di tempat kejadian selepas menerima aduan mengenai kehadiran wanita terbabit dalam keadaan mencurigakan di rumah yang disewa warga Afrika itu.

Katanya, selepas memperkenalkan diri, seorang penghuni membenarkan mereka masuk membuat pemeriksaan sebelum mendapati lapan lelaki warga Afrika berada di ruang tamu sambil menikmati minuman keras bersama wanita terbabit.

“Ketika soal siasat mengenai tujuan wanita terbabit berada di rumah berkenaan, dia secara sedar mengaku bukan Islam menyebabkan kami terkejut.

“Tidak berpuas hati dengan jawapan itu, kami meminta kad pengenalannya untuk diperiksa. Tetapi, wanita terbabit berdolak-dalik sebelum memberitahu kad pengenalannya tertinggal di rumah,” katanya.

Mohd Zuki berkata, pihaknya kemudian menggertak untuk menyerahkan wanita terbabit kepada pihak polis selepas diyakini dia berbohong bagi mengelak diperiksa status agama pada kad pengenalannya.

“Selepas digertak, barulah wanita terbabit menyerahkan kad pengenalannya untuk diperiksa dan dalam dokumen itu menunjukkan agamanya Islam serta berasal dari Kuala Lumpur.

“Dia kemudian mengaku terpaksa memberi alasan sedemikian kerana takut dikenakan tindakan,” katanya.




,

Padah Asmara Isteri Orang, Lelaki Cedera Dibelasah


[SH] BESUT - Seorang lelaki yang memadu asmara dengan isteri orang cedera dibelasah penduduk kampung dekat sini kerana disangka pencuri ketika dia melarikan diri selepas terserempak dengan suami wanita itu.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam, lelaki berumur 22 tahun itu cedera di seluruh badan apabila dibelasah penduduk kampung yang kebetulan sedang menonton perlawanan bola sepak di sebuah warung.

Difahamkan, dalam kejadian di sebuah kampung kira-kira enam kilometer dari Kampung Raja itu, lelaki tersebut melarikan diri apabila suami wanita berkenaan yang berumur 26 tahun pulang
ke rumah daripada menjala udang.

Sebelum itu, dikatakan wanita berumur 22 tahun itu meminta suaminya pergi menjala udang di pantai dan suaminya yang bekerja sebagai petani memenuhi permintaan tersebut.

Sebaik suaminya keluar rumah, wanita berkenaan memandu kereta bagi mengambil kekasihnya di rumah keluarga lelaki itu di sebuah kampung beberapa kilometer dari Kampung Apal, Jabi.

Bagaimanapun, pada malam berkenaan air laut pasang menyebabkan suami wanita itu pulang awal dan sebaik tiba di rumah dia mula mengesyaki sesuatu yang kurang baik apabila beberapa kali pintu rumah diketuk tetapi tiada jawapan.

Lelaki itu pergi ke bahagian belakang rumahnya mengintai melalui celah lubang rumah dan melihat seorang lelaki keluar dari bilik tidur bersama isterinya.

Geram dengan apa yang dilihat menyebabkan dia bertindak memecah pintu dapur rumah dan berlaku pergelutan dengan kekasih isterinya.

Lelaki itu berjaya melarikan diri dengan terjun melalui tingkap namun berjaya ditangkap penduduk kampung yang kemudian membelasahnya sebelum diserahkan kepada pihak polis.

Lelaki itu mengalami calar di badan dan bengkak pada muka.

Difahamkan, pasangan suami isteri itu belum mempunyai cahaya mata dan sudah dua tahun mendirikan rumah tangga.

Sementara itu, wanita curang itu dikatakan telah mengadakan hubungan sulit dengan lelaki berkenaan sejak beberapa bulan lalu selepas sekian lama terpisah.

Pasangan kekasih yang sebaya ini pernah belajar di sekolah yang sama dan dikatakan kali pertama membawa balik lelaki itu ke rumahnya.

Sebelum ini mereka sering bertemu dan difahamkan memadu asmara di dalam kereta di tempat sunyi di kawasan sawah padi.

Sumber memaklumkan pasangan tersebut akan didakwa di Mahkamah Syariah atas kesalahan melakukan perbuatan khalwat.


,

Utusan Lapor Saham FGVB Melonjak, Reauters Lapor Saham FGVB Bakal Merundum

 
[AnakSungaiDerhaka] Khamis lalu kebanyakkan media yang dikawal oleh Kerajaan Malaysia melaporkan harga saham Felda Global Ventures Holdings melonjak ketika ianya mula didagangkan.

Antara yang dilaporkan pihak mereka..

Harga saham Felda Global Ventures Holdings (FGV) mencatatkan peningkatan 19 peratus walaupun hanya selepas dua puluh minit mula didagangkan di Bursa Malaysia hari ini.

Dibuka pada harga RM4.55, harga saham FGV meningkat 18 peratus kepada RM5.41 pada jam 9.19 pagi - menjadikan ia saham syarikat paling laris didagangkan di pasaran. Dan Utusan menjadikannya sebagai tajuk utama mereka..

Dengan itu juga bersoraklah pencacai-pencacai UMNO.. ada yang mengatakan ianya satu berita buruk buat Pakatan Rakyat dan ada juga yang mengatakan Pembangkang terkejut beruk..

Bagi yang sudah biasa berurusan ddengan jual beli saham ini.. pasti tahu bagaimanacaranya untuk menjadikan nilai sesuatu saham itu melonjak..

Tambahan pula penyenaraian ini penting buat Najib kerana jika ianya merudum diawal penyenaraiannya maka masa depan Najib akan turut merudum..

Kalau nak tahu bagaimana cara yang Najib terpaksa gunakan untuk melonjakkan harga saham ini.. sila lihat di ( SINI )

Ramai juga yang menjangkakan ianya akan bertahan sehingga PRU13 ini sahaja.. selepas PRU13 pihak yang diarahkan membeli pasti akan menjualkannya semula..

Perlu diingat kebanyakkan saham yang mana Kerajaan Pusat atau Kerajaan Negeri terlibat kebanyakkannya meningkat nilainya pada hari ianya disenaraikan tapi akhirnya ianya jatuh..

Contohnya ialah saham bagi ASNITA.. Harga tawaran ialah RM 1 tapi harga sekarang ialah hanya 55 sen..

Telekom... permulaan di niagakan saham meningkat sehingga RM19.00 seunit.. sekarang berada dibawah RM4.

Sama juga dengan ASN, ASB, ASDI, MAS dan berbagai saham lagi…

Jika media yang dikawal Kerajaan UMNO/BN hanya melaporkan yang indah-indah tentang penyenaraian ini.. media yang tidak boleh dikawal oleh UMNO/BN melaporkan penyenaraian ini berada dibawah jangkaan..

Baca apa yang disiarkan oleh Reuters seperti yang dilaporkan pula oleh Bussines Times di bawah ini..




Bussines Times
 
Ianya mengatakan kajian oleh Firma Macquarie Secuirities menunjukkan harga saham akan menjunam 27% dari harga penyenaraian.

Ini kerana pengeluaran buah Kelapa Sawit oleh Felda Global adalah 15% lebih rendah dari pesaingnya dan lebih dari separuh pokok-pokok Kelapa Sawit di ladang milik Felda Global itu berusia lebih dari 20 tahun..

Sehari selepas ianya disenaraikan iaitu hari Jumaat nilainya telah susut sebanyak 0.4%..

Siapa Macquarie Secuirities? tengok kat bawah ni..




Macquarie Securities
 

 
 

,

[Kemas Kini] Dibakar Hidup-hidup


KEJAM...mayat mangsa yang dibakar hingga mati.

HALANG...anggota polis mengusir pihak media mengambil gambar mangsa.

[HM] KUALA LUMPUR: “Tahun lalu, ada seorang lelaki datang ke rumah merisik tetapi saya terpaksa menolak risikan itu kerana anak perempuan saya tidak setuju.

“Sejak peristiwa itu, anak perempuan saya memberitahu lelaki terbabit sering mengganggu bukan saja menemuinya di rumah malah ke pejabat,” kata S Periasamy, 62, bapa P Yoga Ambiga , 27, yang dibunuh secara kejam apabila mayatnya ditemui rentung di koridor rumahnya di tingkat sembilan Apartmen Mesra Prima, Ampang Campuran, di sini.

Turut ditemui kesan tompokan kuah kari di sekeliling mayat yang sudah rentung dalam kejadian jam 9.30 malam kelmarin itu.

Periasamy dari Segamat, Johor bukan saja sedih malah buntu dengan kematian anaknya itu, bagaimanapun tidak dapat mengagak siapa melakukan perbuatan kejam itu.

Anak perempuannya itu baru bertunang dengan lelaki pilihannya, Thurai Raj 30-an pada 16 Jun lalu dan majlis persandingan akan diadakan Oktober ini.
Berkaitan:

MAYAT Yoga ditutup dengan plastik di tingkat sembilan Apartmen Mesra Prima, Kampung Ampang Campuran, Selangor selepas dibakar malam kelmarin.

[Kosmo] AMPANG JAYA - Seorang gadis yang baru dua minggu mengikat tali pertunangan dibunuh kejam apabila dia diserang sebelum dibakar hidup-hidup di depan pintu rumahnya di tingkat sembilan Apartmen Mesra Prima, Kampung Ampang Campuran di sini kelmarin.

Dalam kejadian menyayat hati pada pukul 9.30 malam itu, mangsa P. Yoga Ambiga, 27, seorang kerani sebuah bank di Medan Pasar, Kuala Lumpur mati dalam keadaan seluruh badannya bertukar putih akibat melecur seratus peratus.

Mangsa cuba diselamatkan oleh jiran namun gagal. Sebelum diserang, Yoga yang membawa bungkusan makanan mahu membuka pintu rumah tetapi terlebih dahulu diserang dan dibakar oleh tiga suspek.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintendan Md. Nazri Zawawi berkata, selepas diserang dari belakang, sekumpulan suspek terus menyimbah sejenis cecair dipercayai minyak tanah ke badan mangsa sebelum mencucuh api.

"Tidak sampai lima minit badan mangsa hangus terbakar. Mangsa sempat menjerit namun jiran-jiran gagal menyelamatkan mangsa kerana badannya terbakar sepenuhnya," kata beliau ketika dihubungi.


Kemas Kini:

Rakan dituduh bakar Yogambika

VIJENDRAN dituduh membunuh Yogambika di Mahkamah Majistret Ampang semalam.

[Kosmo] AMPANG JAYA – Seorang juruteknik kilang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan membunuh kerani bank yang merupakan bekas rakan baiknya dengan membakar wanita itu di hadapan rumahnya di koridor Apartmen Mesra Prima di sini bulan lalu.

B. Vijendran, 33, memberitahu dia faham terhadap tuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Noor Farah Hazwani Osman.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Vijendran didakwa membunuh P. Yogambika, 27, di koridor Tingkat 9, Blok B, Apartmen Mesra Prima pada pukul 10 malam 28 Jun lalu.

Timbalan Pendakwa Raya Eliana Ismail mengemukakan dakwaan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.
 
 
 

, ,

Pelajar Perempuan Minum Racun Kerana Bakal Dibuang Sekolah?


Dua pelajar belum sedar, seorang stabil

[BH] SEPANG: Tiga pelajar perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pantai, Sepang Putra di Sungai Pelek, dekat sini dimasukkan ke hospital selepas disyaki minum racun.
 
Semua mangsa yang belajar di Tingkatan Empat, dikatakan bertindak demikian selepas mengetahui pihak sekolah mahu mengambil tindakan disiplin terhadap mereka.
 
Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Imran Abdul Rahman, berkata ketiga-tiga mangsa berusia 16 tahun dan dipercayai cuba membunuh diri selepas pihak sekolah dikatakan mahu mengambil tindakan itu.

Beliau berkata, polis dimaklumkan pihak hospital kira-kira jam 2 petang apabila ketiga-tiga mangsa dibawa untuk rawatan di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS), Negeri Sembilan.

“Tiga pelajar itu didakwa minum racun kerana takut dikenakan tindakan disiplin. Mereka ditemui tidak sedarkan diri dalam kawasan sekolah sebelum dihantar ke hospital. Setakat ini, kita belum tahu jenis racun diminum dan kes disiasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana cuba membunuh diri,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Sementara itu, Pengarah Pelajaran Selangor, Abdullah Mad Yunus, ketika dihubungi, berkata pihaknya belum mendapat maklumat mengenai kejadian itu, tetapi akan menyiasatnya secepat mungkin.
 
Di SEREMBAN, dua daripada tiga pelajar terbabit masih belum sedarkan diri dengan seorang daripada mereka ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU). Pelajar yang stabil bagaimanapun menafikan dakwaan dia minum racun rumpai.

Ketika ditemui wartawan, pelajar itu mendakwa tidak tahu mengapa guru mengarahkannya mengikut dua lagi rakannya yang ketika itu tidak sedarkan diri ke hospital.

“Saya akui dua lagi rakan mempunyai masalah disiplin di sekolah. Mungkin mereka tidak dapat menerima hakikat dibuang sekolah hingga mengambil tindakan sedemikian,” katanya yang kesal dengan perbuatan dua rakan karibnya itu. 
 
 
 

,

Saham Felda FGVH: Isa Samad Tiada Seinci Tanah Pun Dapat 180 Ribu Saham, Siapa Lagi yang Untung Besar?


[BeritaSemasa] Alhamdulillah seperti yang diingini dan dihajati oleh kelompok yang berkepentingan dalam Felda, semalam saham Felda FGVH telah mencatatkan premium sebanyak 84 sen kepada nilai RM5.39 saham Felda FGVH telah didagangkan buat pertama kalinya pada “pasaran terbuka” semalam.

Jikalau dikirakan daripada setiap unitnya, berapa lebihan yang bakal diperoleh dalam kalangan pemburu saham termasuklah peneroka Felda yang terlibat bersama-sama memeriahkan penyenaraian IPO Felda FGVH semalam?

Saham FGV Saham Felda FGVH : Isa Samad (Pengerusi Felda) Dapat 180,000 Saham VS Peneroka Felda 800 Unit?

Yang peliknya Tan Sri Isa Samad yang berjaya diangkat menjadi Pengerusi Felda dan merupakan orang penting di sebalik penyenaraian saham Felda FGVH di Bursa Malaysia telah pun berjaya mendapat sehingga 180,000 unit saham Felda FGVH walaupun, beliau tidak memiliki satu inci tanah sekalipun.
  1. Tan Sri Samad – 180,000 unit saham
  2. Sabri Ahmad – 180,000 unit saham
  3. Dr Omar Salim – 150,00 unit saham
  4. Dr. Emir – 150,000 unit saham
  5. Ini yang dia atas kertas dan sudah diketahui, yang tidak didedahkan lagi bagaimana pula angkanya?
Kami teringat dengan kata seorang bekas Menteri Besar Perak dan bekas Speaker Dewan Rakyat, kalau anda masih ingat lagi Tan Sri Ramli Ngah Talib. Apa yang beliau pernah katakan sebelum ini dalam satu wawancara bagi program ‘In Person’ di Astro Awani)?
“Kenapa kerajaan negeri Johor, Pahang, Terengganu dan negeri-negeri lain ghairah melancarkan Amanah Saham Negeri tetapi Perak tidak berbuat demikian; dia mengatakan cukuplah Amanah Saham Nasional sudah ada. Saya tidak mahu rakyat negeri saya menanggung rugi. Betul, akhirnya Amanah Saham Negeri-negeri jatuh. Sekurang-kurangnyanya saya berjaya menyelamatkan wang rakyat saya”.

Pulangan Di Sebalik Penyenaraian Saham Felda FGVH ini :
  1. Pengerusi Felda : 180,000 unit saham x 0.75= RM135,000.00 . (Orang kuat disenalik penyenaraian felda)
  2. Ceo Felda : 120,000 unit x 0.75= RM90.000 (Menyokong penuh penyenaraian saham Felda FGVH di Bursa Malaysia)
  3. Pengurusan Felda : 15,000 unit x 0.75 = RM11,250. Kelompok penting yang mendapatkan tandatangan daripada kalangan peneroka Felda. Borang tidak dibenarkan untuk dibawa pulang ke rumah
  4. Peneroka Felda : 800 unit saham x 0.75 = RM600.000. Kepada kalangan peneroka Felda, jangan lupa tanggungjawab melunaskan pinjaman hutang bank . Bunga 5.5% + wang proses RM200.00 sahaja. Unit saham Felda FGVH hanya boleh dijual selepas 6 bulan
Hakikatnya,  berdasarkan semakan kami terhadap propektus di halaman 31, syarikat luar seperti Louis Dreyfus akan diberi saham 2.5% saham bersamaan (91,204,000 saham) iaitu sama banyak dengan peneroka Felda. Macam mana Menteri Ahmad Maslan kata pembahagian saham Felda FGVH adil kepada peneroka? Syarikat Yahudi yang ditubuhkan pada 1851 itu jikalau merujuk kepada pasaran semalam dan andai kata mereka bertindak menjual saham-saham mereka berapa banyak keuntungan mereka?
RM68,403,000.( 0.75sen x 91,204,000). Peneroka Felda?
Saham FGVH Saham Felda FGVH : Isa Samad (Pengerusi Felda) Dapat 180,000 Saham VS Peneroka Felda 800 Unit?
P/s: Kasihan orang Felda yang terpedaya dengan janji manis BN!

, , ,

Siapakah Penyokong Kassim Ahmad yang Mahu "Meludah", "Menggantung", "Memancung" dan "Menempeleng" Anwar Ibrahim?

Berita berkaitan di sini.

, , ,

Jumaat, 29 Jun 2012

Remaja Hilang Dara Ketika Mandi Sungai, Alami Pendarahan



[SH] KUALA KUBU BHARU - Pendarahan banyak pada kemaluan membongkar perbuatan sumbang seorang remaja berusia 16 tahun yang mengakui disetubuhi teman lelakinya.

Ibu remaja terbabit yang mengetahui perkara itu telah membuat laporan polis sehingga membawa kepada tangkapan teman lelaki anaknya itu.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affendi berkata, perkara itu hanya disedari ibu remaja terbabit selepas dua hari hubungan sulit dilakukan.

“Menurut fakta kes, mangsa (remaja wanita) diajak oleh suspek (lelaki) terbabit untuk melakukan hubungan seks di kawasan Air Terjun Sungai Balak, Jalan Genting - Batang Kali dekat
sini pada 24 Jun lalu.

“Pengadu datang bersama dua sepupu dan tiga rakannya ke kawasan air terjun itu untuk mandi. Tetapi suspek berusia 22 tahun telah mengajak mangsa ke kawasan jauh sedikit daripada tempat mandi mereka.

“Suspek kemudian telah memujuk dan memaksa mangsa untuk melakukan hubungan seks tapi mangsa tak nak dan menghalangnya, namun mangsa dikatakan tidak berdaya melawan dan suspek terus rogol mangsa,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Menurut beliau, selepas kejadian itu mangsa balik ke rumah tanpa memberitahu sesiapa mengenai kejadian itu.

Jelasnya, hanya dua hari kemudian mangsa mengalami pendarahan yang banyak pada kemaluan sehingga diketahui ibunya dan mangsa menceritakan perkara sebenar.

Norel berkata, bertindak atas makluman mangsa, polis berjaya menangkap suspek di rumahnya di Kampung Kuantan, Batang Kali.

“Suspek mengaku melakukan hubungan itu dengan remaja wanita itu dan ia dilakukan pertama kali,” katanya.

Beliau berkata, mangsa kini ditahan di Hospital Selayang kerana mengalami kesan koyak pada kemaluan.

Norel Azmi memberitahu, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.



P/s: Pengajaran untuk ibu bapa!



 

, ,

[PANAS] Dokumen Sulit Negara Dijual, Dimuat Naik ke Laman Berita Antarabangsa


[KD] KUALA LUMPUR 29 Jun: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi didesak memulakan siasatan mengenai penjualan dokumen sulit pertahanan negara kepada syarikat pembuat senjata Perancis.

Ahli Parlimen Batu, Tian Chua mengulang desakan ini sambil mendedahkan dokumen 97 yang dirampas polis Perancis daripada syarikat senjata Perancis, Thales International.

Menurutnya, dokumen itu adalah satu daripada 153 dokumen yang dimuat naik laman Asia Sentinel.

Katanya, jika benar Zahid tiada maklumat (mengenai penjualan dokumen itu), siasatan segera harus dibuat.

“Mahkamah Perancis ambil masa dua tahun untuk kumpul maklumat sebelum mulakan siasatan, tapi beliau (Zahid) terus kata tiada kes mahkamah. Mengapa dia bersikap demikian?” soalnya.

Tian merujuk ucapan penangguhan Zahid di Parlimen Selasa lalu yang mengatakan kerajaan tiada maklumat tentang penjualan dokumen sulit pertahanan negara kepada negara asing.

Kata Tian, dokumen 97 tersebut jelas menunjukkan peranan Terasasi (Hong Kong) Ltd dalam memberi maklumat sulit itu kepada Thomson CFS Asia, syarikat induk sebelum menjadi Thales International dan DCNS.

“Bahagian 95 hingga 128 dokumen 97 jelas menunjukkan laporan pertama Terasasi kepada Thomson CFS Asia bertarikh 2 Februari 2001 yang menyenaraikan pesaing kepada tawaran Perancis.

“Ia adalah analisis terperinci Tentera Laut Malaysia mengenai kekuatan yang ditawarkan Belanda, Jerman-Turki, Rusia dan Korea Selatan.

“Jadi, Terasasi sebagai agen pihak Malaysia telah bekerja untuk syarikat Perancis dengan memberikan maklumat ini kepada mereka,” jelasnya pada sidang media di Parlimen.

Tian berkata, selain peranan Terasasi, dokumen 97 juga menyatakan Umno sebagai penerima faedah terbesar dari urus niaga itu.

“…Selain daripada individu, parti pemerintah (Umno) adalah penerima faedah terbesar. Perunding sering digunakan sebagai agen rangkaian politik untuk memudahkan pemindahan wang dan menerima komisyen…,” bahagian 18 dokumen itu dipetik.
 
 



,

[PANAS] Berita Memeningkan Najib: Daniyar Nazarbayev di Kem Tentera PD atau Sandhurst?

Berita Paling PANAS Hari Ini:




 
Daniyar Nazarbayev kini di Sandhurst, walaupun ada keraguan latar belakang akademik

[TMI] KUALA LUMPUR, 16 Jun — Daniyar Nazarbayev telah mendaftar di Maktab Tentera Sandhurst sejak tahun lepas, walaupun terdapat keraguan terhadap bakal menantu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak apabila kelayakan akademik untuk memasuki Universiti Columbia di Amerika Syarikat.

The Malaysian Insider difahamkan dari sumber-sumber keluarga yang pemuda berusia 24 tahun itu adalah dalam perjalanan pentauliahan untuk tentera biasa pegawai yang mengambil masa 48 minggu.

“Daniyar berada di Sandhurst sekarang. Mereka menerimanya tahun lepas,” kata sumber kepada The Malaysian Insider.

Menurut laman web kolej tersebut, Akademi Ketenteraan Diraja Sandhurst di Surrey adalah dimana “semua pegawai Tentera British dilatih dan bertanggungjawab memimpin tentera.”

“Lebih 80 peratus Pegawai Kadet adalah penuntut lepasan universiti, namun sebahagiannya dengan A-Level dan yang setaraf. Yang lainnya adalah tentera yang berkhidmat dan dipilih untuk menjalani latikan Pegawai dan ada dari luar negara, dipilih oleh tentera sendiri untuk berlatih di akademi terkenal dunia.

“Tidak mustahil untuk mana-mana pihak menjalani latihan menggunakan duit mereka sendiri,” kata laman web tersebut.

Ibu Daniyar, Maira menafikan dakwaan semalam yang yang beliau dan anaknya disaman oleh suaminya, dan menegaskan perkahwinannya masih bertahan.

Beliau juga menambah pertunangan dengan anak Najib masih berterusan walaupun timbulnya surat dari mahkamah yang difailkan suaminya di mahkamah di New York.

Selasa lalu, beberapa akhbar luar negara termasuk New York Post melaporkan Daniyar disaman dengan ibunya kerana menipu bapa tirinya Bolat Nazarbayez, abang kepada Presiden Kazakhtan Nursultan Nazarbayev. Beliau juga didakwa menipu kelayakan akademiknya untuk memasuki Universiti Columbia di Amerika Syarikat.

Pertunangan Daniyar dengan anak perempuan Najib Nooryana Najwa dilakukan dengan penuh neriaj di sini Jun tahun lalu.

“Saya tidak pernah bertengkar dengan suami saya,” kata Maira Nazarbayev kepada New York Post dalam satu temu ramah yang disiarkan Jumaat lalu.

“Saya menganggap kami masih berkahwin dan mempunyai hubungan yang baik dengan suami saya. Dan saya tidak pernah melihat dokumen berkaitan perceraian. Saya tidak pernah menandatangani sebarang dokumen,” tambahnya.

Namun, New York Post memetik dokumen mahkamah yang difailkan Bolat Nazarbayez di New York, menuduh Daniyar menipunya sejumlah US$20 juta (RM63 juta) rumah kondominium di Wall Street disamping memasuki universiti terbaik melalu “penipuan” kertas kelayakan daripada sekolah tinggi di Kazakhtan yang tidak dimasukinya.

Daniyar, dikatakan bertemu Nooryana di Columbia, graduan lepasan Ivy League pada 2010.

Akhbar itu turut melaporkan Maira telah menukar nama keluarga Daniyar daripada Kesikbayev kepada Nazarbayev untuk setaraf dengan presiden Kazakhtan selepas mengahwini Bolat pada 2001.

Maira berkata Bolat terkejut mengetahui perkara itu apabila dihubunginya beberapa minggu lalu, dan menegaskan beliau tidak mengambil sebarang tindakan perunangan terhadap dirinya dan Daniyar.

Beliau turut menafikan tuduhan Daniar dibuang sekolah dan menipu untuk memasuki Columbia University, berkata ianya di reka dan satu penipuan.

Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menolak ianya tidak berkaitan dengan pentadbiran Najib berhubung khabar angin tersebut.

Pemimpin BN berkata kepada The Malaysian Insider awal minggu ini ia hanyalah “isu peribadi” dan tidak menjejaskan reputasi presiden Umno itu.

Ini bukan kali pertama hubungan Najib dan Kazakhtan menjadi isu. Akhbar Indonesia, Kompas juga pernah mendakwa pada Ogos tahun lalu bahawa bakal menantu Najib mempunyai hubungan dengan mafia di Rusia.

“Maira Nazarbayev, yang menetap di a la Imelda Marcos, dikaitkan dengan mafia Rusia,” kata akhbar berkenaan yang disiarkan pada 4 Ogos, 2011.

Bagaimanapun, akhbar itu tidak mengesahkan dakwaannya. Najib menafikan dakwaan akhbar itu dan akhbar berkenaan juga telah mengemukakan permohonan maaf.

Maira dalam satu kenyataan juga menegaskan keluarganya telah merancang untuk bercuti di Eropah beberapa minggu lagi dan beliau akan “ memperuntukkan masa berharga itu dengan keluarganya dan yang tersayang.”



SUWEY MENIMPA NAJIB BERKALI KALI - APA PUNYA SIAL

KOMENTAR TUKAR TIUB

[TT] mengikut besan rosmah
daniyal menatu rosmah
kini sedang belatih di sandhurst england
ini adalah tempat latihan ternama dalam dunia

cuba perhatikan gambar gambar ini
perhatikan warna baju celorong celoreng
yang daniyal pakai
yang mat saleh pakai
perhatikan latar belakang sandhurst
perhatikan latar belakang daniyal

perhatikan lencana di beret mat saleh
perhatikan lencana di beret daniyal

MIRA BESAN ROSMAH DI TANGKAP DI DUBAI
nampaknya besan rosmah ini adalah lanun
nampaknya besan mira ialah perompak

inin adalah perkahwinan mahab agung
antara anak perempoak
kahwin dengan anak lanun

mira ialah rosmah di kazakhtan
rosmah ialah mira di malaysia
hanya lanun yang kenal perompak!


SANDHURST ATAU DI PD?












PENCERAHAN DARI PEMBACA

gambar 1: mungkin UK sebab sekarang UK summer. tapi gambar 2: dgn bumbung bangunan yg mcm tu rasanya cuma di Malaysia :)
By Anonymous on TERKINI TERNOW - LAGI BERI SUWEY NAJIB on 6/29/12

http://everitas.rmcclub.ca/?p=74248 Check bangunan Sandhurst juga baju Team Sandhurst
By Anonymous on TERKINI TERNOW - LAGI BERI SUWEY NAJIB on 6/29/12

Memang macam Malaysia je? PD ka? Jadi betul la dia dapat kerakyatan Malaysia seperti yang dikatakan dalam notis pendakwaan?
By Anonymous on TERKINI TERNOW - LAGI BERI SUWEY NAJIB on 6/29/12

Memang kat Port Dickson
By adpuncak on TERKINI TERNOW - LAGI BERI SUWEY NAJIB on 6/28/12
gambar tengah berkawat tu kat Kem Port Dickson
By adpuncak on TERKINI TERNOW - LAGI BERI SUWEY NAJIB on 6/28/12

Kalau tgk gambar dan susunatur bagunan, pokok, cuaca, suasana dan muka mamat di belakang daniyar aku yakin yang ini 100% kat Malaysia. Mana ada askar orang puteh yang berkulit sawo matang? Design kem pun bumbung bentuk minangkabau, mana ada design sebegini kat kem tentera england...
By Ahmades on TERKINI TERNOW - LAGI BERI SUWEY NAJIB on 6/28/12

ooo.. masuk kem askar malaysia rupanya. tambah lagi satu undi pos. celaka punya najib.
By Anonymous on TERKINI TERNOW - LAGI BERI SUWEY NAJIB on 6/28/12

sah ni kat Malaysia, kalu tk silap PUSASDA Port Dickson, camna leh orang luar berlatih askar kt Msia..siapa punya arahan, dah rahsia navy jual..apa nk jadi nih woi..
By Anonymous on TERKINI TERNOW - LAGI BERI SUWEY NAJIB on 6/28/12


NOTA:
masanya telah tiba
untuk muhyiddin ambil alih
masanya telah tiba malaysia wajib ada pm baru
masanya telah tiba untuk gerombolan dihumbankan!

PENGUMUMAN UNTUK PEMBACA
pembaca yang tahu kem askar
sila beri laporan
jika ini betul di pd
atau di kem kem di malaysia
sila ambil gambar dan masukkan ke dalam fb






P/s:Kah kah kah KANTOI!!!???

,

Khamis, 28 Jun 2012

Lelaki Ditahan Kerana Lakukan Onani di depan Guru Agama

 
Banjarmasinpost melaporkan seorang warga Purwoasri, Kabupaten Kediri, Jawa Timur ditahan oleh polis kerana melakukan onani di depan rombongan guru perempuan sebuah madrasah, Khamis (31/5/2012).

Peristiwa yang terjadi di jalan umum Desa Kapas, Kecamatan Kunjang ini bermula apabila suspek menunggang motosikalnya berhenti di depan empat orang guru Madrasah Ibtidaiyah yang dalam perjalanan pulang seusai mengajar di wilayah Purwoasri.

Sambil menghadang, suspek yang telah menikah dan dikurniai seorang anak ini dengan selamba membuka celana dan melakukan onani di hadapan kelompok guru yang masih muda itu.

Oleh sebab takut dan berasa jijik melihat perbuatan lelaki itu, guru-guru tersebut segera melarikan diri menuju ke balai  polis di Kunjang dan melaporkan kejadian tersebut. Pihak polis yang bertindak pantas berjaya menahan lelaki itu di sekitar kawasan kejadian.
 
 Lelaki itu mengaku melakukan aksi ekshibisionisme itu tanpa sedar kepada pihak polis. Dia mendakwa ada dorongan yang kuat dari dalam dirinya untuk berbuat demikian sehingga tidak mampu ditahan. Dia juga mengaku telah tiga kali melakukan perbuatan tidak senonoh itu di tiga lokasi yang berbeza.

Ayah suspek, Tukiran (65) berasa sesal atas perbuatan anaknya. -DCM
 
 
P/s: Gila seks!
 
 
 
 
 
 

, ,

Ahli Parlimen PKR Dakwa Ditawar RM5 Juta Untuk Lompat Parti


[KD] KUALA LUMPUR 28 Jun: Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail dari KEADILAN mendedahkan, beliau pernah ditawar RM5 juta untuk lompat ke parti BN.

Menurutnya, tawaran itu dibuat pada tengahari 27 Januari 2010 di sebuah hotel bertaraf lima bintang di Kuala Lumpur.

Kata Azan, lebih 12 Ahli Parlimen Pakatan Rakyat diberi tawaran sama, dan diatur dengan kemas dan licik.

“Sebagai contoh, Ahli Parlimen tidak akan ‘lompat’ pada masa yang sama. Tawaran juga tidak dibuat oleh perancang, tetapi diwakili seorang tokoh yang dihormati dan pernah ada kedudukan tinggi dalam kerajaan.

“Jumlah tawaran juga bergantung pada rundingan. Ada yang melebihi RM5 juta seperti yang disebut dalam rakaman video,” jelasnya pada sidang media di Parlimen semalam.

Beliau menambah, beberapa bukti lain seperti video dan tokoh yang terlibat akan didedahkan, selepas segala maklumat disusun dengan teratur.

Pada 21 Jun lalu, Ahli Parlimen Pakatan Rakyat menayangkan klip video berdurasi 30 saat yang dirakam di sebuah restoran di Lembah Klang.

Klip video tersebut menunjukkan rundingan di antara Ahli Parlimen KEADILAN dan agen Umno, didakwa bekas Ketua parti (Kita) Kedah, Zamil Ibrahim.

Kegagalan Zamil menafikan dakwaan tersebut menguatkan lagi kebenaran ini dan peranan beliau sebagai agen Umno.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, siri-siri pendedahan akan terus dibuat supaya gambaran sebenar akan menjadi lebih jelas.

Katanya, penampilan Azan sebagai saksi utama untuk menunjukkan memang ada rundingan rahsia untuk memujuk Ahli Parlimen Pakatan Rakyat lompat parti.

“Kita juga mahu rakyat tahu setakat mana kerajaan Umno BN ambil berat soal demokrasi.

“Tindakan ini juga membuktikan mereka tidak menghormati pilihan rakyat, hanya ingin menang pilihan raya dengan apa-apa cara,” kata Khalid.





,

[PANAS] Bakal Besan Najib Ditangkap di Dubai?



[KD] DUBAI 28 Jun: Maira Nazarbayev- bakal besan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dipercayai ditangkap di Dubai ketika dalam perjalanan ke Eropah untuk satu percutian.

Free Malaysia-Today (FMT) yang memetik sumber, melaporkan ibu kepada Daniyar Nazarbayez itu ditahan Jumaat lalu oleh polis Dubai ekoran notis dikeluarkan pihak Interpol, bagi pihak kementerian hal ehwal dalaman Kazakhstan.

“Dia (Maira) ditahan di Dubai sekarang. Dia diwakili oleh tiga firma undang-undang AS dan dia memiliki firma hubungan Awam berpengkalan di New York untuk membantu pertahankan imejnya,” kata sumber itu kepada FMT.

“Dia ditahan di Lapangan Dubai pada 22 Jun,” kata sumber itu lagi.

FMT bagaimanapun tidak dapat mengesahkan secara rasmi penahanan tersebut daripada pihak berkuasa Dubai, manakala E-mail kepada jurucakap Maira, Ronn Torossian juga tidak berbalas.

Maira dilapor tiba di Dubai pada 18 Jun dari Amerika Syarikat, ketika dalam perjalanan menuju ke Eropah untuk bercuti bersama keluarga dan rakan-rakannya.

Anaknya, Daniyar- bertunang dengan anak perempuan Najib, Nooryana Najwa Jun tahun lalu.

New York Post sebelum ini melaporkan Daniyar menipu bapa tirinya, Bolat Nazarbayez seunit kondominum mewah berharga AS$20 juta (RM60 juta). Ia berdasarkan dokumen mahkamah yang difailkan Bolat, yang juga abang kepada presiden Kazakhstan di Mahkamah Agung Manhattan, Amerika Syarikat.

Akhbar itu juga melaporkan Maira dikehendaki pihak berkuasa kerana terlibat dalam kes jenayah termasuk penculikan dan peras ugut.
 
 
 

, , ,

10 Orang Pelajar Ting 2 CABUL dan UGUT ROGOL 2 Orang Pelajar Perempuan


[HM] GOMBAK: Sepuluh pelajar lelaki tingkatan dua bertindak rakus apabila menceroboh tandas wanita sekolah mereka, dekat sini sebelum mencabul dua rakan sekelas secara bergilir-gilir, selain mengugut akan merogol mangsa jika menceritakan kejadian itu kepada orang lain.

Walaupun kedua-dua mangsa berusia 14 tahun sudah mengunci pintu tandas dan bersembunyi di dalamnya, kumpulan pelajar ganas terbabit nekad memanjat dinding tandas sebelum masuk dan mencabul mangsa.

Kejadian itu berlaku kira-kira jam 6 petang 19 Jun lalu, namun ia tidak berakhir di situ saja kerana selepas itu mereka terus mengganggu kedua-dua mangsa malah turut diugut supaya tidak membocorkan rahsia perbuatan mereka atau akan dirogol.

Tidak tahan dengan gangguan dan ugutan yang diterima, seorang daripada mangsa nekad membuat laporan di Balai Polis Rawang, kelmarin.

Menurut sumber, sebelum kejadian kedua-dua mangsa masuk ke dalam tandas sekolah mereka sebelum terdengar bunyi bising di luar.
 
 
P/s: Aduhai!
 
Muhyiddin hanya bimbang pelajar obes di sekolah!
 
 

,

Warga Emas Kantoi Khalwat dengan Isteri Orang

Sekadar hiasan.

[BH] PAGOH: Seorang warga tua cuba bersembunyi di dapur, sejurus menyedari dia dan pasangannya yang juga isteri orang, dikepung penduduk kampung yang menyedari perbuatan mereka berkhalwat.

Warga tua berusia 59 tahun itu serta pasangannya yang berusia 27 tahun dikesan melakukan perbuatan itu dalam sebuah rumah teres di sini, awal pagi semalam.
 
Helah lelaki itu meninggalkan keretanya di tepi jalan kira-kira 100 meter dari rumah pasangannya sebelum masuk melalui pintu dapur terbongkar apabila mereka diserbu penduduk dan empat anggota dan pegawai penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Muar.

Lebih memalukan, perbuatan itu dilakukan ketika anak perempuan wanita berkenaan yang berusia lima tahun sedang tidur dalam bilik, manakala suami wanita terbabit yang juga kakitangan kerajaan tiada di rumah kerana bermalam di rumah isteri pertamanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.45 malam itu, penduduk menyedari pasangan terbabit melakukan maksiat dan penduduk segera menghubungi pihak berkuasa.

Penduduk, Ahmad Zam, 45, berkata mereka membuat aduan kepada pihak berkuasa agama kerana tidak sanggup menanggung dosa bersubahat membiarkan maksiat berlaku di kawasan mereka.

“Selama ini, kami sudah beberapa kali terserempak dengan pasangan berkenaan di sekitar Pagoh, namun semalam, kami nekad tidak membiarkan lelaki terbabit terlepas dengan membantu penguat kuasa Pejabat Agama Muar menahan mereka,” katanya.
Ahmad berkata, ketika keluar ke kedai berhampiran kira-kira jam 9.30 malam, beliau terserempak dengan lelaki itu yang sedang memandu sebuah kereta memasuki taman berkenaan.

Katanya, beliau menghubungi tiga rakannya sebelum mereka mengekori kenderaan lelaki itu selama hampir 10 minit sebelum melihat dia meninggalkan kereta di persimpangan jalan yang terletak kira-kira 100 meter dari rumah wanita terbabit.

Difahamkan, warga tua bukan Islam itu bertugas sebagai pengurus sebuah kilang sawit di sini, manakala pasangannya bekerja di tempat sama.



, , ,

[Gambar] Apakah Persamaan Kerajaan Mubarak dengan Kerajaan BN?

Sumber: FB

, ,

Rabu, 27 Jun 2012

[Gambar] Cuba Perhatikan Ceramah Nizar Ini, Di Mana? Dalam Suasana Begitu Pun Ada Orang Datang?

Kredit tertera pada gambar.









P/s: Tabik spring kepada Datuk Seri Nizar Jamaluddin. 
Tumpo BN!

, ,

[Video] Bayangkan Tasik Lava Ini Neraka!




Gambar dan pautan video di bawah ini menunjukkan suatu eksperimen sebuah beg seberat 30kg dicampakkan ke tasik lava dari ketinggian 240 kaki.

Tasik lava gunung berapi Erta Ale di
Ethiopia ini telah kekal dalam keadaan sekarang sejak bertahun-tahun lalu.

Saintis berpendapat bahawa beg yang dicampakkan itu mungkin jatuh di atas kerak lava dan kekal di permukaannya, namun hal sebaliknya berlaku.



Bayangkan kalau manusia yang terjatuh ke dalam tasik lava itu.-DCM

Videonya di sini.


Pegang Jawatan MB Sama Ada Masuk Syurga atau Neraka


[SH] SHAH ALAM - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan usaha membersihkan pentadbiran beliau daripada rasuah bermula dari dirinya sendiri.

Menurutnya, beliau tidak pernah menggunakan peruntukan menteri besar seperti kenderaan untuk ahli keluarga, rumah, perabot dan kemudahan lain.

Beliau berkata, menteri besar tidak boleh mengambil rasuah kerana mereka juga seorang manusia yang akan dihitung sama ada masuk syurga atau neraka.

“Saya tidak ambil kerana saya tahu pegang jawatan ini (menteri besar), sama ada masuk syurga atau neraka, saya tidak mahu masuk neraka.

Pembantu rumah pun saya cari sendiri, pengawal keselamatan tiada, kereta yang sepatutnya dua, saya ambil satu sahaja, malah kereta keluarga saya beli sendiri,” katanya dalam ucaptama Wacana Ilmu Buku Rasuah, di sini, semalam.

Beliau berkata, rasuah tidak dapat dihapuskan melalui undang- undang, sebaliknya melalui perubahan akhlak dalam diri sendiri.

“Perkara ini mesti difikirkan oleh rakyat kerana selagi sekular menguasai manusia tiada agama, masalah tidak akan selesai,” katanya.

Mengulas dakwaan penyelewengan dalam pentadbiran Kelantan Golden Trade Centre Sdn Bhd (KGT), beliau memberi jaminan tidak akan menghalang anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) itu disiasat.

“Sesiapa hendak siasat, 25 jam saya bagi, bukan 24 jam,” katanya.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin pada 24 Jun lalu memberi tempoh tiga minggu kepada Kerajaan Negeri Kelantan untuk menyiasat secara terperinci berhubung dakwaan terbabit.

Awang Adek berkata, hasil siasatan terhadap pengeluar mata wang dinar dan dirham itu harus didedah kepada rakyat, dan jika ada pihak yang mempertikaikannya, kementerian akan mengarah Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti membuat siasatan. KGT adalah anak syarikat PMBK yang mengeluarkan, menempa, mengedar, menjual syiling dinar dan dirham Kerajaan Negeri Kelantan.




, ,

Tusuk Timun ke Dubur Untuk Bunuh Diri


Seorang lelaki berusia 62 tahun dikejarkan ke hospital selepas cuba membunuh diri dengan cara kuno.

Warga emas itu dilaporkan memasukkan timun ke dalam duburnya di rumahnya di Hong Kong.

Menurut Ming Pao, anak perempuan lelaki itu yang pulang pada kira-kira pukul 10:40 malam terkejut apabila melihat bapanya meraung kesakitan dan mendapati bahagian punggungnya berdarah dengan teruk.

Dia bergegas membawa bapanya ke hospital kerana pendarahan dubur yang teruk.

Apabila ditanya oleh pembantu perubatan, lelaki itu berkata bahawa beliau mahu mati dan memasukkan sesuatu ke dubur merupakan cara kuno untuk mengambil nyawa sendiri.

Lelaki itu berehat di hospital selepas doktor mengeluarkan timun yang tertinggal di dalam rektum.-DCM/DC



,

Selasa, 26 Jun 2012

[Gambar] Penyokong England Tayang KEMALUAN Semasa Pasukan Itali Ambil Sepakan Penalti


Beberapa akhbar antarabangsa menyiarkan gambar seorang penyokong pasukan England melondehkan seluar dan mendedahkan alat sulitnya dalam usaha untuk mengganggu perhatian pemain Itali daripada  menjaringkan gol ketika mengambil sepakan penalti pada pertemuan suku akhir.

Gambar ini dirakam ketika Alessandro Diamanti sedang mengambil sepakan penalti untuk pasukan Itali.

Walaupun ada peminat England yang sanggup berbuat apa-apa sahaja untuk memastikan pasukan mereka menang, namun England tewas kepada pasukan Itali 4-2.




P/s: Macam-macam!



,

Gadis Dakwa Diperkosa Ketika Tidur

[HM] KAJANG: Kejadian seorang wanita yang mendakwa menjadi mangsa rogol di rumahnya di Taman Tenaga di sini, Khamis lalu, mencetuskan tanda tanya berikutan berlaku tanpa disedari mangsa yang tidur.

Difahamkan, mangsa yang terjaga kira-kira jam 8 pagi terkejut apabila mendapati dirinya dalam keadaan bogel manakala dada dipenuhi cecair pekat keputihan dipercayai air mani.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, mangsa yang berusia 20-an dikatakan tinggal bersendirian di rumah berkenaan dan tidak bertemu sesiapa malam sebelum kejadian.

“Mangsa sendiri tidak tahu punca ditinggalkan dalam keadaan begitu kerana pada malam kejadian, dia mendakwa terus pulang ke rumah selepas tamat bekerja,” katanya.

Katanya, mangsa memberitahu ketika terjaga, seluruh badannya sakit dan keletihan selain sakit kepala menyebabkannya terus ke klinik berhampiran mendapatkan rawatan.

...Sambung baca di HM versi bercetak...!


P/s: Misteri! Besar kemungkinan gadis ini dipukau.



,

[Gambar] Foto Altantuya di Paris Tersebar

Kredit: AmenoWorld

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH