KL Pos melaporkan mantan Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa dan Presiden Perkasa, Dato' Ibrahim Ali adalah antara tetamu yang hadir memberikan sokongan moral kepada Hasan Ali berikutan pemecatannya daripada PAS hari ini.
Dalam laporan itu, KL Pos mendakwa hampir 1,000 orang penyokong Hasan Ali membanjiri perkarangan luar rumah sebagai tanda sokongan moral yang tidak berbelah bagi kepada bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu. Tentang hal itu, tidaklah mahu saya mengiyakan kerana laporan itu tidak disertai bukti gambar. Sekurang-kurangnya jika ada gambar, bolehlah kita menilainya.
Laporan yang sama juga ada menyebut bahawa Timbalan Mursidul Am Pas, Dato' Dr Haron Din dan bekas ADUN Gombak Setia Ustaz Ismail Kamus dijangka akan turut hadir memberikan sokongan moral kepada Dr Hasan Ali. Laporan yang mengaitkan kedua-dua tokoh ini juga bersifat jangkaan dan spekulatif.
Yang menariknya, walaupun alasan Hasan Ali dipecat antaranya mengkritik parti di media musuh, Nasharuddin Mat Isa seolah-olah tidak belajar daripada kesilapan sahabatnya itu. Malam ini, dia muncul lagi di Buletin Utama dengan isu dan nada yang sama dengan Hasan Ali.
Apa masalah Nasharudin Mat Isa? Adakah dia mahu memprovokasi Pas agar memecatnya juga?
Dalam berita di TV3 malam tadi, Nasharudin Mat Isa mempertikaikan kelayakan DS Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat menang dalam pilihan raya umum akan datang. Dia mempersoalkan usaha mengadakan Perhimpunan Aman 901 kerana percaya DSAI telah diberi peluang membela diri di mahkamah. Tanpa melihat sejarah dan kontroversi penghakiman mahkamah melibatkan DSAI, Nasha mahu rakyat meletakkan kewibawaan dan kedaulatan mahkamah di tempat yang sewajarnya. Seperti Hasan Ali, kelibat Nasharuddin tidak pernah kelihatan ketika pemimpin lain bersama-sama memberikan sokongan moral kepada DSAI.
Cuba anda imbas kembali kata-kata Hasan Ali sebelum ini, apa bezanya dengan kata-kata Nasharudin Mat Isa?
Dalam soal ini, Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang mengeluarkan kenyataan bahawa PAS akan menyokong Perhimpunan 901 dan Anwar sebagai Perdana Menteri. DAP turut berkali-kali menyatakan pendirian yang sama. Malah kedua-dua pemimpin parti ini berikrar akan turun ke Perhimpunan Aman 901. Mengapa Nasharudin mahu mempertikainya?
Jika memecat Hasan Ali dilihat orang sebagai tindakan yang agak lewat, harap-harap Pas tidak terlalu lewat menangani masalah Nasharudin Mat Isa. -DCM
Dok simpan buat apa lgi orang macam ni AJK Pusat sepatutnya dah bertindak serentak dengan Hassan Ali ni nampak sangat AJK Pusat dok bela ular sawa batek yang tuannya sayang tapi bila lapar tak kenai tuan silap sentuh dia terus belit tuannya .Takkan tak faham lagi kot
Dulu aku respect DHA ni sebab motivation dia cukup berkesan ...tp itu masa aku form 5,la ni dah nak masuk 35 aku nampak dia ni x sabar nak jadi MB S'gor. Dan paling memualkan, dlm TV berdegar2 nak mempertahankan mendaulah kan Islam, tp dia cara dia bercakap dlm TV3 semalam, dia percaya Anwar tu kaki perempuan, kaki bini orang....mana saksi dia kata mcm tu ?? ikut Islam ker percakapan mcm tu....tp beriya2 nak selamatkan Islam,