Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

, , ,

Ahad, 8 Januari 2012

Nasharuddin Mat Isa Hadir di Rumah Hasan Ali, Sebelum Itu Muncul di Buletin Utama Pertikai 901 dan Anwar Sebagai PM



KL Pos melaporkan mantan Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa dan Presiden Perkasa, Dato' Ibrahim Ali adalah antara tetamu yang hadir memberikan sokongan moral kepada Hasan Ali berikutan pemecatannya daripada PAS hari ini.

Dalam laporan itu, KL Pos mendakwa hampir 1,000 orang penyokong Hasan Ali membanjiri perkarangan luar rumah sebagai tanda sokongan moral yang tidak berbelah bagi kepada bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu. Tentang hal itu, tidaklah mahu saya mengiyakan kerana laporan itu tidak disertai bukti gambar. Sekurang-kurangnya jika ada gambar, bolehlah kita menilainya.

Laporan yang sama juga ada menyebut bahawa Timbalan Mursidul Am Pas, Dato' Dr Haron Din dan bekas ADUN Gombak Setia Ustaz Ismail Kamus dijangka akan turut hadir memberikan sokongan moral kepada Dr Hasan Ali. Laporan yang mengaitkan kedua-dua tokoh ini juga bersifat jangkaan dan spekulatif.

Yang menariknya, walaupun alasan Hasan Ali dipecat antaranya mengkritik parti di media musuh, Nasharuddin Mat Isa seolah-olah tidak belajar daripada kesilapan sahabatnya itu. Malam ini, dia muncul lagi di Buletin Utama dengan isu dan nada yang sama dengan Hasan Ali. 

Apa masalah Nasharudin Mat Isa? Adakah dia mahu memprovokasi Pas agar memecatnya juga?

Dalam berita di TV3 malam tadi, Nasharudin Mat Isa mempertikaikan kelayakan DS Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat menang dalam pilihan raya umum akan datang. Dia mempersoalkan usaha mengadakan Perhimpunan Aman 901 kerana percaya DSAI telah diberi peluang membela diri di mahkamah. Tanpa melihat sejarah dan kontroversi penghakiman mahkamah melibatkan DSAI, Nasha mahu rakyat meletakkan kewibawaan dan kedaulatan mahkamah di tempat yang sewajarnya. Seperti Hasan Ali, kelibat Nasharuddin tidak pernah kelihatan ketika pemimpin lain bersama-sama memberikan sokongan moral kepada DSAI.

Cuba anda imbas kembali kata-kata Hasan Ali sebelum ini, apa bezanya dengan kata-kata Nasharudin Mat Isa?
 
Dalam soal ini, Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang mengeluarkan kenyataan bahawa PAS akan menyokong Perhimpunan 901 dan Anwar sebagai Perdana Menteri. DAP turut berkali-kali menyatakan pendirian yang sama. Malah kedua-dua pemimpin parti ini berikrar akan turun ke Perhimpunan Aman 901. Mengapa Nasharudin mahu mempertikainya?

Jika memecat Hasan Ali dilihat orang sebagai tindakan yang agak lewat, harap-harap Pas tidak terlalu lewat menangani masalah Nasharudin Mat Isa. -DCM



  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog. gravatar Comment by Tanpa Nama @ Isnin, Januari 09, 2012 2:25:00 PG      
  2. Dok simpan buat apa lgi orang macam ni AJK Pusat sepatutnya dah bertindak serentak dengan Hassan Ali ni nampak sangat AJK Pusat dok bela ular sawa batek yang tuannya sayang tapi bila lapar tak kenai tuan silap sentuh dia terus belit tuannya .Takkan tak faham lagi kot

    gravatar Comment by Tanpa Nama @ Isnin, Januari 09, 2012 9:17:00 PG      
  3. Dulu aku respect DHA ni sebab motivation dia cukup berkesan ...tp itu masa aku form 5,la ni dah nak masuk 35 aku nampak dia ni x sabar nak jadi MB S'gor. Dan paling memualkan, dlm TV berdegar2 nak mempertahankan mendaulah kan Islam, tp dia cara dia bercakap dlm TV3 semalam, dia percaya Anwar tu kaki perempuan, kaki bini orang....mana saksi dia kata mcm tu ?? ikut Islam ker percakapan mcm tu....tp beriya2 nak selamatkan Islam,

    gravatar Comment by Tanpa Nama @ Selasa, Januari 10, 2012 8:23:00 PG      
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH