[PANAS] Kes Kematian Aminulrasyid: Mahkamah BEBASKAN Koperal Jenain, Alasan...
[SH] SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menerima rayuan Koperal Jenain Subi dan membebaskan dia daripada hukuman penjara lima tahun yang dijatuhkan ke atasnya pada September 2011 berhubung kes menembak mati remaja lelaki berumur 15 tahun, Aminulrasyid Amzah dua tahun lalu.
Hakim Datuk Abdul Rahman Sebli yang mempertimbangkan rayuannya memutuskan demikian selepas mendapati Jenain, 49, tidak mempunyai niat untuk membunuh remaja berkenaan tetapi tujuan utamanya hanya untuk memberhentikan kenderaan dipandunya.
Abdul Rahman berpuas hati anggota polis itu melepaskan tembakan hanya untuk memberhentikan kereta proton Iswara dipandu Aminulrasyid dan bukan dengan niat untuk membunuh remaja lelaki itu.
Beliau juga berkata tiada kes prima facie dibuktikan ke atas Jenain dan anggota polis itu tidak sepatutnya dipanggil membela diri.
Jenain yang bertugas di Unit Kereta Peronda, Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, didakwa menyebabkan kematian Aminulrasyid antara 1.10 pagi dan 2 pagi, 26 April 2010 di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11 di sini.
Pertuduhan mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga 30 tahun dan boleh dikenakan denda.
Pertengahan September lalu, Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara lima tahun selepas mendapati Jenain bersalah menyebabkan kematian Aminulrasyid.
Aminulrasyid disahkan meninggal dunia akibat luka tembakan di kepala.
Ketika menjatuhkan hukuman September 2011, Hakim Latifah Mohd Tahar memutuskan bahawa penggunaan senjata oleh Jenain, yang berakhir dengan 21 tembakan, satu tindakan keterlaluan dan tidak wajar untuk menghentikan kereta yang dipandu oleh Aminulrasyid.
Latifah membuat keputusan itu selepas berpuas hati bahawa pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
P/s: Hebat undang-undang Malaysia!!! Polis tembak lebih 20 kali diterima sebagai alasan untuk memberhentikan kereta. Gila! Mengapa polis tidak menyasarkan tembakan pada bahagian tayar? Adakah pada pandangan mata polis, Aminulrasyid dan rakannya merupakan suspek jenayah yang sangat-sangat dikehendaki polis pada ketika itu?
Gila!
Moga-moga keluarga Aminulrasyid tabah menerima penghakiman mahkamah yang membebaskan individu yang menembak mati Aminulrasyid. Insya-Allah, mereka masih ada ruang dan peluang untuk menuntut keadilan.
BEBAS… Koperal Jenain Subi, 49, ketika keluar dari mahkamah sambil diucapkan tahniah oleh rakannya, selepas Mahkamah Tinggi hari ini membebaskan beliau daripada tuduhan menyebabkan kematian remaja lelaki Aminulrasyid Amzah, 15, dua tahun lepas di sini, Rabu. Hakim Datuk Abdul Rahman Sebi memutuskan sedemikian selepas menerima rayuan Jenain terhadap sabitan dan hukuman penjara lima tahun yang dijatuhkan ke atasnya oleh Mahkamah sesyen di sini pada September tahun lepas. - Teks: Mstar/Foto:BERNAMA |
Laporan Berkaitan:
Koperal Jenain Dipenjara Lima Tahun
15/09/2011
[Bernama] SHAH ALAM 15 Sept. - Seorang anggota polis berpangkat Koperal, Jenain Subi dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini setelah didapati bersalah menyebabkan kematian Aminulrasyid Amzah, 15, pada April tahun lepas.
Hakim Latifah Mohd Tahar membuat keputusan itu selepas berpuas hati bahawa pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
Jenain, 48, didakwa melakukan kesalahan itu antara 1.10 pagi dan 2 pagi 26 April 2010 di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11 di sini.
Pertuduhan mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Aminulrasyid disahkan meninggal dunia akibat luka tembakan di kepala.
Seramai 39 saksi pendakwaan dan tiga saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Idham Abd Ghani, Mohd Dusuki Mokhtar dan Adilla Ahmad sementara Jenain diwakili peguam M.Athimulan, Salim Bashir dan Halim Ashgar Mohd Hilmi.
Respons Keluarga Aminulrasyid:
[Bernama] ... "Sudahlah keputusan awal ke atas tertuduh sebelum ini hanya menjatuhkan hukuman penjara lima tahun dan kali ini dalam keputusan rayuan tertuduh dibebas daripada kesalahan itu.
"Saya sebagai seorang ibu mahukan hukuman setimpal dikenakan terhadap tertuduh kerana anak saya bukan penjenayah tetapi hanya tidak memiliki lesen memandu semasa kejadian berlaku," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Seksyen 11 di sini hari ini.
Norsiah berkata beliau hanya mengetahui mengenai keputusan pembebasan Jenain selepas dihubungi anak sulungnya, Nor Azura, 42, yang membaca berita di Internet.
Beliau berkata keluarganya tidak dapat hadir di mahkamah untuk mendengar keputusan kerana semua anaknya sibuk bekerja dan hanya mampu berdoa di rumah supaya anggota polis itu dijatuhi hukuman setimpal.
"Bagaimanapun saya amat terkejut dan terkilan dengan keputusan ini. Saya juga rasa sangat sedih kerana kematian anak saya seolah-olah tidak mendapat pembelaan sewajarnya," katanya.
kalau tembak nak hentikan kereta, waima 100 das pun takkan tembak kepala mangsa... taya keta ada 4 biji campur 1 biji taya spare pilih je mana nak tembak... niaya betul... jangan pakai bom lepas ni sudahlah... sebab alasan nak berhentikan keta... hanchussssss
Comment by otaklunyai @ Rabu, Disember 05, 2012 1:07:00 PTG