Tawar ‘Pakej’ Beli Rumah Dapat Isteri
Jakarta: Iklan beli rumah dapat isteri yang tersebar di media sosial sejak beberapa hari lalu kini heboh diperkatakan masyarakat di Indonesia.
Menurut Winallia, 40, dia membuat iklan itu dengan bantuan rakannya, Dian iaitu seorang pengusaha hartanah. Setelah mengadakan perbincangan, dia diusulkan untuk membuat iklan beli rumah dapat isteri.
Rumah di Kalasan, Daerah Istimewa Yogyakarta dengan keluasan bangunan 130 meter persegi dan tanah seluas 527 meter persegi dibina pada 2013.
“Saya tidak menyangka akan jadi seheboh ini. Bukan saya yang memasukkan iklan itu dalam Internet, tetapi rakan saya,” kata Wina.
Menurutnya, dia memang berniat menjual rumah itu dan menganggap idea dicadangkan rakannya bagus kerana dia yang juga janda beranak dua sememangnya ingin mencari pendamping hidup.
“Saya setuju dengan idea itu. Saya mahukan calon suaminya yang boleh menjadi imam dan membimbing saya untuk berhijab,” kata pengusaha salon itu.
Dia turut meletakkan syarat kepada pembeli yang mahu menjadi suaminya. Sama ada calonnya bujang mahupun duda, mereka harus pandai membimbing dan membawanya menjalani kehidupan yang baik.
Katanya, dia tidak menyangka iklan yang disebarkan melalui media sosial Facebook dan jaringan peribadi BlackBerry Messenger, SMS serta WhatsApp menjadi begitu heboh sehingga mendapat panggilan dari ramai orang yang ingin tahu mengenai iklan terbabit. - Agensi/Harian Metro/11/3/15
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.