Fitnah Guan Eng: Tantawi Kesal, Akui Tulisannya Tidak Berasas
GEORGETOWN 18 JAN: Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan hari mengaku kesal kerana artikel tulisannya yang melempar beberapa tuduhan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pada 6 Ogos 2014 tidak berasas.
“Kami memutuskan untuk tidak memanjangkan kes berkenaan. Saya membuat keputusan untuk menarik balik sebahagian artikel yang menyinggung Lim kerana ia tidak mempunyai asas,” katanya yang membaca kenyataannya di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang di sini.
Mahkamah sama turut juga memerintahkan Nasrudin yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat itu membayar RM10,000 sebagai pampasan kepada Guan Eng. Penghakiman persetujuan itu diputuskan Pesuruhjaya Kehakiman, Lim Chong Fong, pagi tadi.
Memetik Buletin Mutiara, Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP berkata: “Selepas kita menunjukkan dokumen, akhirnya beliau menerima kebenaran bahawa Kerajaan Negeri memang mengamalkan tender terbuka.
“Ini kerja Tuhan, iaitu menunjukkan kebenaran itu benar.”
Guan Eng menyaman Nasrudin kerana mendakwanya menggunakan rundingan terus untuk penganugerahan projek RM4.63 bilion kepada Konsortium Zenith BUCG Bhd.
Nasrudin dalam artikel yang disiar di facebook itu mendakwa Guan Eng memberi projek secara rundingan terus walaupun Pakatan Rakyat menentang cara berkenaan.
Beliau kemudian mempersoal mengapa Guan Eng tidak dibidas kerana projek itu sedangkan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim diselar dan didesak meletak jawatan kerana projek Lebuhraya Kinrara-Damansara (KIDEX).
Pemimpin PAS itu juga mempersoal ‘perbelanjaan berlebihan’ sebagai sesuatu yang tidak perlu apabila Pulau Pinang mencatatkan bajet defisit selama enam tahun berturut-turut sedangkan ia tidak benar.
Projek Kidex antara sebab utama mengapa PKR mahu menggantikan Khalid sebagai menteri besar.
Kos projek itu dianggar bernilai RM161 juta dengan tempoh konsesi selama 48 tahun. - RoketKini
Berkaitan:
YB HANIPA MAIDIN UCAP TAHNIAH KEPADA YAB LIM GUAN ENG KERANA BERJAYA MEMBERSIHKAN NAMANYA YG TELAH DIFITNAH
1. Dilaporkan kes saman fitnah oleh Ketua Menteri Pulai Pinang, YAB Lim Guan Eng (LGE) ke atas Ahli Parlimen PAS Temerloh, YB Nasaruddin Tantawi berjaya diselesaikan secara baik di Mahkamah apabila Ahli Parlimen Temerloh itu menarik balik tuduhan tanpa asas beliau ke atas LGE.
2. Dilaporkan YB Temerloh diperintahkan membayar kos sebanyak RM 10 ribu ke atas LGE.
3. KANUN mengucapkan tahniah kepada saudara LGE kerana dapat menebus balik namanya yang dikotori oleh satu dakwaan yang terbukti tidak berasas. Alangkah eloknya jika sahabat saya, Yb Temerloh dari awal awal lagi tidak bercakap mengenai isu tersebut dalam keadaan beliau tidak ada bukti bagi membuktikan dakwaannya.
4. Apapun KANUN juga ingin mengucapkan tahniah ke atas YB Temerloh yang akhirnya sudi menarik balik kenyataan beliau yang tidak benar itu ke atas LGE apabila ditunjukkan bukti sebenar oleh LGE. Sepatutnya Al-bayyinah (keterangan bukti) dikemukakan oleh pihak yang menuduh bukan pihak yang kena tuduh.
5. Bagi KANUN, sikap mengaku kesilapan bila didedahkan dengan kebenaran sebenar adalah satu sikap terpuji oleh mana mana orang sekalipun. Dalam hal ini sikap YB Temerloh bolehlah dipuji juga.
MOHAMED HANIPA MAIDIN
PENGERUSI KANUN
(BIRO UNDANG UNDANG PARTI AMANAH NEGARA)
18 Jan 2016
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.