Guan Eng Akan Saman Pihak Tuduh Kerjasama dengan Israel
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng memberi amaran akan menyaman pihak yang menuduh beliau dan partinya mengadakan hubungan dengan kerajaan Israel.
Lim menafikan mereka mempunyai sebarang hubungan dengan kerajaan Zionis itu malah tidak pernah bertemu dengan mana-mana pemimpin Israel.
"Saya tidak pernah bertemu dengan mana-mana pemimpin Israel sama ada di Singapura atau di mana-mana.
"Ini satu fitnah semata-mata," kata Lim semasa berucap di Persidangan Pakatan Harapan di Shah Alam, Selangor pagi ini.
Ketua menteri Pulau Pinang itu juga mempersoalkan tuduhan liar itu sedangkan pemimpin utama negara yang pernah bersalam dengan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu pula tidak dikenakan tindakan.
"Mereka yang jumpa dan bersalam dengan pemimpin Israel terlepas, tapi saya pula yang kena," katanya.
Lim tidak menamakan pemimpin yang dimaksudkan, bagaimanapun umum mengetahui mengenai kontroversi gambar pertemuan antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan Netanyahu tahun lalu.
Sebelum ini, Pengarah Penyelidikan PAS Pusat Dr Mohd Zuhdi Marzuki membuat tuduhan DAP ditawarkan RM1.2 bilion daripada Israel sekiranya memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Zuhdi juga dilaporkan berkata antara syarat tawaran itu termasuk membenarkan pembukaan pangkalan tentera Israel di negara ini, jika DAP dapat menawan Putrajaya.
Tuduhan itu menyebabkan Lim tidak berpuas hati dengan Zuhdi dan mencabarnya supaya mengemukakan bukti. – The Malaysian Insider/9 Januari, 2016.
Berkaitan:
Amaran Guan Eng: Zuhdi Tunggu dan Lihat
Pengarah Penyelidikan PAS Pusat, Dr Zuhdi Marzuki mengambil pendirian tunggu dan lihat berhubung amaran Lim Guan Eng untuk menyaman pihak yang mendakwa DAP dan beliau mempunyai hubungan dengan Israel.
"Kita tunggu dan tengok macam mana," kata Zuhdi ringkas kepada pemberita di Taman Melewar, Gombak.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini memberi amaran akan menyaman pihak yang menuduh beliau dan partinya mengadakan hubungan dengan kerajaan Israel.
Lim menafikan mereka mempunyai sebarang hubungan dengan kerajaan Zionis itu malah tidak pernah bertemu dengan mana-mana pemimpin Israel.
Ketua menteri Pulau Pinang itu juga berkata beliau tidak pernah bertemu dengan mana-mana pemimpin Israel sama ada di Singapura atau di mana-mana.
Lim juga mempersoalkan tuduhan liar itu sedangkan pemimpin utama negara yang pernah bersalam dengan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu pula tidak dikenakan tindakan. -Malaysia Kini/9/11/16
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.