Pemilik Asal Rumah Lim Guan Eng Bersumpah Tiada Unsur Rasuah, Salah Guna Kuasa dalam Urusan Jual Beli
GEORGE TOWN, 22 MAC: Tidak wujud sebarang unsur rasuah atau salahguna kuasa berkaitan penjualan rumah kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, kata pemilik asal rumah tersebut.
Pemilik asalnya, Phang Li Khoon, berkata urusan jualan rumah itu adalah keputusan beliau sendiri, dan tidak ditekan atau dipaksa atau dipengaruhi oleh Ketua Menteri atau mana-mana pihak untuk menjual rumah itu dengan harga RM2.8 juta.
“Saya menjualnya atas kerelaan saya sendiri atas dasar pembeli dan penjual yang sama-sama rela,” katanya dalam satu Pengisytiharan Statutori atau Surat Akuan Berkanun hari ini.
“Saya tidak faham mengapa perjanjian saya untuk menjual rumah kepada Ketua Menteri telah dibesar-besarkan sehingga menjadi isu nasional sedangkan saya tidak membuat apa-apa urusan dengan Kerajaan Negeri.
Menurut beliau, keputusan untuk menjualkan rumahnya kepada Guan Eng dibuat kerana berasa tidak selamat selepas berlakunya beberapa insiden yang membahayakan di rumah yang disewakannya kepada Ketua Menteri.
“Menyewakan rumah kepada mereka (Guan Eng dan keluarga) telah menyebabkan saya rasa tertekan berikutan tindakan BN dan NGO-NGO yang menuduh saya dengan cerita-cerita palsu,
“Ada lagi kejadian-kejadian lain pada tahun-tahun seterusnya, daripada demonstrasi dan upacara pengebumian di depan rumah, kepada bom botol molotov cocktail yang dibaling ke dalam kawasan rumah itu yang menyebabkan keadaan rumah terdedah dan tidak selamat,” jelas beliau.
Sehubungan itu, beliau menjual rumah tersebut kepada Guan Eng kerana mahu “membebaskan” diri daripada tekanan berikutan pelbagai kejadian yang tidak dingini berlaku di rumah tersebut.
Menurutnya, Guan Eng dan keluarganya adalah penyewa yang baik sepanjang 6 tahun, dan beliau menyifatkan Ketua Menteri itu sebagai seorang pemimpin yang dihormati.
“Saya rasa Pulau Pinang telah berjaya membangun di bawah pentadbiran beliau. Lebih penting lagi saya telah menjual rumah saya kepada orang yang saya hormati.
“Saya tidak menyesal menjual rumah saya kepada Ketua Menteri dengan harga RM2.8 juta. Saya telah membebaskan diri saya daripada masalah dan tekanan yang saya tidak perlukan,” ujarnya dalam surat akuan itu. – Roketkini.com
Baca statutori/akuan bersumpah penjual di sini.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.