[Video] Muhyiddin Sertai Acara 27 Mac, Sedia Kerjasama dengan Pembangkang Singkir Najib
Tan Sri Muhyiddin Yassin merancang untuk menghadiri perhimpunan 27 Mac nanti yang dianjurkan bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim untuk menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Muhyiddin berkata, Zaid memaklumkan kepadanya tujuan utama himpunan itu bagi mengumpulkan sokongan untuk mendesak peletakan jawatan Najib.
"Kami di landasan sama, jadi saya kata Insya-Allah saya akan hadir," kata Muhyiddin pada sidang media yang diadakan di pejabatnya di Bukit Damansara, Kuala Lumpur hari ini.
Ketika ditanya adakah beliau akan bekerjasama dengan pembangkang dalam melawan Najib, Muhyiddin menyatakan kesediaannya selagi ia untuk kebaikan dan kepentingan rakyat.
"Selagi tujuannya baik, untuk kebaikan negara dan kepentingan negara dan mereka setuju terdapat salah laku dalam kepimpinan, tidak kira siapa mereka saya sedia bekerjasama dengan mereka," katanya.
Terdahulu, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga mengesahkan kehadirannya ke perhimpunan sama semasa mengumumkan keluar Umno minggu lalu dan akan menyampaikan ucapan.
Zaid pada Februari lalu mencadangkan orang ramai mengadakan "perhimpunan menyokong Dr Mahathir" dan permintaan peletakan jawatan terhadap Najib serta peguam negara dan ketua polis negara pada 27 Mac.
Bekas menteri undang-undang itu berkata ia akan menjadi perhimpunan aman rakyat yang mahu pihak menyalahgunakan undang-undang dan melindungi penjenayah dihukum.
Muhyiddin pada Jumaat lepas disingkir daripada jawatan timbalan presiden Umno oleh Majlis Tertinggi atas alasan tidak menjalankan tugasnya membantu presiden parti menjalankan tugas untuk parti.
Bagaimanapun, pemerhati melihat keputusan penyingkiran tersebut dibuat susulan kritikan berterusan oleh Muhyiddin berhubung isu syarikat pelaburan bermasalah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan wang derma RM2.6 bilion ke akaun peribadi Najib. – The Malaysian Insider/3 Mac, 2016.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.