Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

▼

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label Ahmad Said. Papar semua catatan

, , ,

Jumaat, 14 Ogos 2015

[Video] Ahmad Said: 'Selepas ini kayalah YB dengan duit derma'



Bekas menteri besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said hari ini menyindir kemasukan wang derma RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak.

“Tiba-tiba ada menteri yang kata derma politik adalah normal. Lepas itu ada menteri kata lebih selamat masuk akuan peribadi daripada akaun lain.

“Lepas ini kaya-raya wakil rakyat, derma politik masuk akaun sendiri.

“SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) siasat baru kata ini duit parti,” katanya kepada perwakilan Umno Kemaman dalam mesyuarat agung tahunannya.

Wang RM2.6 bilion itu yang dilapor dimasukkan dalam akaun Najib sebelum pilihan raya umum lalu dikatakan diderma dari Timur Tengah. - Malaysia Kini/14/8/15

, , ,

[Video] Ahmad Said: PM Tidak Boleh Beli Saya, Bersumpah 1MDB Minta Cagar Telaga Minyak


Bekas menteri besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said menegaskan bahawa beliau tidak boleh dibeli oleh sesiapa, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak

“Orang tidak boleh beli Mat Said, PM,” katanya sambil berkata “nanti saya cerita”.

“Kalau saya terima saya dah jadi jutawan. Saya tak terima satu sen pun.”

Ahmad pernah keluar Umno selepas disingkirkan daripada kedudukan dalam kerajaan negeri pada 12 Mei lalu.

Beliau bagaimanapun kembali ke pangkuan Umno dua hari kemudian, yang menimbulkan spekulasi beliau dibayar.

Malaysiakini menyiarkan komen pembaca berhubung spekulasi berkaitan dalam ruangan "YourSay” sebelum disaman Datuk Seri Najib Razak.

Dalam ucapannya di mesyuarat Umno Kemanan hari ini, Ahmad bersumpah tidak pernah terlibat dalam sebarang bentuk rasuah.

“Mat Said tak pernah ambil duit,” katanya. -Malaysia Kini/14/8/15


Berkaitan:

Bekas menteri besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said mempertahankan kenyataannya sebelum ini yang syarikat bermasalah 1MDB pernah berhasrat mencagarkan minyak dan gas asli di perairan negeri itu.

Berucap merasmikan mesyuarat perwakilan Bahagian Umno Kemaman, katanya, Sultan Terengganu sendiri maklum mengenai perkara itu, merujuk tindakan yang ingin diambil Terengganu Investment Authority (TIA), syarikat terdahulu sebelum ditukar menjadi 1MDB. - MK

,

Selasa, 12 Mei 2015

1MDB Hampir Cagar Minyak dan Gas Asli di Laut Terengganu - Bekas MB



Belum reda kontroversi pembelian tanah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) oleh Lembaga Tabung Haji, bekas menteri besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said mendakwa 1MDB pernah hendak mencagarkan minyak dan gas asli di laut Terengganu, namun keputusan itu ditarik balik, lapor Sinar Harian.

Ahmad berkata urus niaga tersebut hampir dilaksanakan sewaktu syarikat itu mempunyai hubung kait dengan Terengganu Investment Authority (TIA) ketika penubuhannya pada awal 2008.

Menurutnya, beliau turut dimarahi Datuk Seri Najib Razak ekoran penarikan semula pelaburan itu atas beberapa masalah yang timbul.

"...Ini salah satu sebab saya dimarahi perdana menteri, termasuk kes-kes lain sehingga akhirnya kita menarik diri.

“Buat masa ini saya tidak boleh menjawab isu ini. Saya menunggu masa yang sesuai. Tetapi, saya akui betul 1MDB asalnya TIA yang modalnya berbayar, saya bagi pihak kerajaan negeri yang membayar,” katanya.

Beliau menjawab soalan lisan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Peka, Satiful Bahri Mamat mengenai hubungan 1MDB dengan kerajaan Terengganu, pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) ketika membahaskan titah sultan sempena Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga DUN Ke-13, di Wisma Darul Iman, hari ini.

Ahmad bagaimanapun berkata, kerajaan negeri tidak mengalami sebarang kerugian kerana pihaknya menuntut kembali wang berjumlah RM1 juta yang digunakan sebagai modal berbayar ketika itu.

Sebelum ini, 1MDB yang dibebani hutang sehingga RM42 bilion itu dikaitkan dengan pelbagai isu kontroversi, dan minggu lalu blog The Benchmark mendedahkan ia menjual tanah kepada Tabung Haji pada harga RM188.5 juta.

Keputusan itu mengundang pelbagai kritikan, termasuk daripada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang menggesa Najib meletak jawatan.

Majlis Tertinggi Umno dalam mesyuaratnya semalam menyatakan sokongan padu pimpinan tertinggi Umno kepada Najib. – The Malaysian Insider/12 Mei, 2015.

, ,

Khamis, 15 Mei 2014

Mat Said Dakwa Dipujuk Bertalu-talu, PAS Nafi


Ahmad Said Dakwa Dipujuk Sertai PAS

[MK] Bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said mendakwa beliau bertanggungjawab menghalang lebih ramai wakil rakyat Umno keluar parti ketika krisis politik di negeri tersebut memuncak sejak dua hari lalu.

Beliau juga mendakwa tindakan itu berjaya menghalang PAS daripada memperolehi majoriti di DUN Terengganu dan membentuk pentadbiran baru.

Katanya, jika empat atau lima wakil rakyat Umno keluar parti ketika itu PAS akan memerintah negeri itu dengan jumlah kerusi DUN yang dimiliki lebih tinggi.

Dalam suasana getir itu, PAS turut berusaha memujuk beliau untuk menyertai parti Islam tersebut, dakwanya seperti dipetik dalam laporan Sinar Harian.

Ahmad mendakwa dipujuk berkali-kali oleh beberapa orang anggota PAS untuk menyertai parti Islam tersebut namun menolak tawaran berkenaan.

“(Ahli PAS) bertalu-talu datang, mereka suruh saya buat keputusan cepat tapi saya tolak tawaran itu dan saya tegaskan saya tak mahu bertemu mereka lagi.

“Saya sayang Umno, sebab itulah hanya tiga sahaja ADUN Umno yang umum keluar parti walaupun sebenarnya ada beberapa lagi (yang mahu berbuat demikian),” katanya. -15/5/14


Jawapan PAS

PAS Tidak Buat Tawaran kepada Ahmad Said yang ‘flip-flop’- Pesuruhjaya Terengganu

[TMI] PAS Terengganu tidak pernah membuat apa-apa tawaran kepada bekas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said untuk menyertai parti itu ketika berlakunya krisis politik dalaman Umno di negeri itu kerana beliau merupakan seorang individu yang "flip-flop."

Pesuruhjaya PAS Terengganu Satiful Bahri Mamat menegaskan, pihaknya sudah menjangkakan Ahmad akan membuat pusingan balik dengan menyertai Umno kembali.

Katanya, pihaknya sudah menjangkakan Ahmad akan membuat pusingan balik dengan menyertai Umno kembali ekoran kredibiliti beliau yang diketahui sebagai individu yang "flip-flop."

"PAS tidak berjumpa Ahmad Said. Kenyataan itu bohong. Kita tidak pernah menawarkan apa-apa. Kalau ada membuat tawaran sepatutnya saya selaku pesuruhjaya," katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paka.

"Dalam isu ini, kita sedar Ahmad ini liabiliti... beliau kita ketahui seorang yang 'flip-flop."

"Saya sendiri tidak pernah bercakap dengan beliau," katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat PAS di Kuala Terengganu hari ini. – Mohd Farhan Darwis/15 Mei, 2014.


Dakwaan Lain:

Kenapa Ahmad Said ‘turn back’?

[FMT] PETALING JAYA: Semalam segala-galanya berakhir apabila tiga ADUN yang buat onar, Datuk Seri Ahmad Said (Kijal), anak sepupunya, Ghazali Taib (Ajil) dan Roslee Daud (Bukit Besi) tak jadi meninggalkan Umno. Di saat-saat Umno Terengganu sedang nazak, Umno memerlukan mereka bertiga.

Tahniah kepada mereka bertiga yang menyokong Menteri Besar baharu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman. Razif bersetuju menyediakan bas percuma kepada rakyat Sabtu ini di setiap daerah di Terengganu untuk pergi ke rumah Ahmad Said kerana mengenang jasa beliau sebagai menteri besar Terengganu selama enam tahun.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pula merendahkan diri memohon maaf kepada Ahmad Said kerana menganggap majlis perkahwinan anaknya Sabtu ini sebagai masalah peribadi dan bukannya masalah kerajaan. Ahmad Said sebagai manusia biasa tidak sempurna bertindak emosional apabila menyentuh soal perkahwinan anaknya.

Malah beliau mengakui anaknya trauma selepas Najib enggan menangguhkan peletakan jawatannya sebagai menteri besar walaupun beliau tahu kontraknya berakhir pada 9 Mei lalu. Alasannya beliau memilih tarikh Sultan Terengganu lapang maka majlis itu diadakan pada 17 Mei dan bukannya dia sengaja melengah-lengahkan majlis perkahwinan anaknya.

Ada yang menganggap penangguhan peletakan jawatan itu adalah helah Ahmad Said untuk membeli Exco-Exco yang ada. Ramalan ini tepat apabila seorang Exco yang enggan menyebut nama mengesahkan kepada FMT bahawa bekas menteri besar itu memang berhasrat membawa beberapa exco ke luar negara selepas 12 Mei. Apabila info ini diketahui oleh Najib, maka Najib bertegas supaya Ahmad Said tetap meletakkan jawatan sebagai menteri besar pada hari yang sama.

Sebab itu Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dihantar ke Kuala Terengganu pada petang yang sama untuk memaklumkan peletakan jawatan Ahmad Said dan pada malam yang sama diadakan majlis angkat sumpah menteri besar baharu seolah-olah ia diadakan secara tergesa-gesa.

Malah ada sumber yang rapat dengan Ahmad Said berkata bekas menteri besar itu tidak dimaklumkan majlis angkat sumpah itu. Sebab itu Ahmad Said tidak hadiri majlis tersebut.

Sumber yang rapat dengan PAS memberitahu FMT, dua hari sebelum majlis angkat sumpah menteri besar yang baharu, Ahmad Said telah menghantar Bendahari Umno Bahagian Kemaman, Abdul Sidek atau lebih dikenali sebagai Haji Dol menemui pemimpin PAS.

Haji Dol beritahu pemimpin PAS bahawa Ahmad Said akan bawa enam orang Exco keluar dari Umno dan sanggup mengadakan kerajaan campuran dengan PAS di Terengganu. Maka PAS negeri membuat mesyuarat tergempar pada hari yang sama.

Seorang pemimpin PAS kanan tidak setuju dengan tindakan Ahmad Said itu. Dia bertanya jika bekas menteri besar itu boleh dipercayai. Dengan Umno sanggup dia kencing, apatah lagi dengan PAS nanti. Katanya, lebih baik buat kerajaan campuran dengan Umno daripada kumpulan Ahmad Said.

Sebab itulah pada malam 13 Mei Ahmad yakin enam orang Exco akan keluar bersamanya. Sebaliknya dua orang sahaja yang ikut – Ghazali Taib dan Roslee Daud (Bukit Besi). Tiga orang lain menafikan keluar dari Umno iaitu Datuk Mat Jidin Shafie (Permaisuri), Nawi Mohamad (Hulu Besut) dan Ir Rosli Othman (Kemasik).

Misi Haji Dol gagal sebab itu Ahmad Said kata ada orang PAS melamarnya supaya beliau masuk PAS padahal PAS Terengganu tidak setuju kumpulan Ahmad Said buat kerajaan campuran dengan PAS.

Apabila dua ADUNnya “turn back” iaitu Roslee Daud dan Ghazali Taib, maka Ahmad Said tidak ada pilihan terpaksa kembali menyertai Umno, jika tidak kes SPRM terhadapnya akan diteruskan.

Sumber SPRM memberitahu FMT failnya masih dalam penyiasatan dan berkata ia bukan masa yang sesuai untuk mendakwa Ahmad Said sekarang. Tetapi apabila beliau “turn back” maka fail itu sudah tentu tidak akan dibuka lagi.

Maka pilihan Ahmad kembali ke pangkuan Umno dapat menyelamatkan dirinya. Mungkin jawatan Duta sedang menanti beliau selepas ini. Tindakan Ahmad Said, Ghazali Taib dan Roslee Daud tidak jadi keluar dari Umno menyebabkan BN kekal memerintah Terengganu dengan BN 17 kerusi dan 15 PAS.

Ahmad Said menyatakan sokongan penuh kepada Ahmad Razif sebagai menteri besar dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu yang baharu. Semalam penasihat utama Ahmad Said, Datuk Wan Ahmad Wan Muda ditukarkan dari jawatan CEO Terengganu Incorporated ke jawatan “peti sejuk” di pejabat SUK.

Wan Ahmad yang selama ini dianggap sebagai MB Terengganu kedua yang menghuru-harakan pentadbiran Ahmad Said selama enam tahun. Maka tindakan Setiasaha Kerajaan Terengganu, Datuk Mazlan Ngah adalah tepat. - Zabidi Saidi/15/5/14

,

Rabu, 14 Mei 2014

[PANAS] Mat Said Kembali Sertai UMNO


[BH] PUTRAJAYA: Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said memaklumkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa beliau kembali menyertai UMNO dan kesal atas apa yang berlaku.

Perkara itu dimaklumkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Berang, Datuk Tengku Putera Tengku Awang pada sidang media di sini, sebentar tadi. 

Tengku Putera berkata, perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri dalam pertemuan bersama dengan Menteri Besar Terengganu yang baru, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dan 13 ADUN Terengganu di Perdana Putra di sini. 

Beliau mengetuai 14 ADUN ketika sidang akhbar berkenaan.

Katanya, Ahmad Said memaklumkan perkara itu kepada Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO melalui panggilan telefon dan ADUN Kijal akan mengadakan sidang media pada bila-bila masa. -14/5/14


P/s: Seperti yang dijangkakan!




,

Selasa, 13 Mei 2014

[Video] Krisis UMNO Terengganu: Luahan Kekecewaan Bekas MB Dato' Seri Ahmad Said





, , ,

[Gempar] Bekas MB Terengganu Datuk Seri Ahmad Said dan ADUN Ajil Ghazali Taib Umum Keluar UMNO

Surat keluar parti Datuk Seri Ahmad Said yang diemailkan kepada AstroAWANI.

[AA] KUALA LUMPUR: Beberapa jam selepas meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu pada Isnin, Datuk Seri Ahmad Said telah mengumumkan keluar dari parti UMNO.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal kini berdiri sebagai ADUN bebas.

"Dimaklumkan bahawa saya dengan ini meletakkan jawatan saya dalam parti berkuatkuasa serta-merta.

Saya juga mengisytihar keluar daripada UMNO dan menjadi wakil rakyat bebas bagi DUN Kijal," katanya dalam surat tersebut.

Seorang lagi ADUN dari UMNO, iaitu Ghazali Taib yang merupakan ADUN Ajil juga telah isytihar keluar dari parti tersebut.

Perkembangan itu dimaklumkan oleh Ahmad Said dalam satu email kepadaAstro AWANI.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said telah meletakkan jawatannya berkuatkuasa Isnin.


Surat keluar parti ADUN Ajil, Ghazali Taib yang diemailkan kepada AstroAWANI.
Beliau digantikan oleh ADUN Seberang Takir, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman dalam satu majlis angkat sumpah.

Ahmad Razif mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru di hadapan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu malam tadi.

Dengan perkembangan terbaru ini, Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat masing-masing menguasai 15 kerusi daripada 32 kerusi DUN Terengganu di mana PAS menguasai 14 kerusi DUN manakala PKR pula satu kerusi.

Baki dua lagi adalah calon bebas.-13/5/14


Berkaitan:

Krisis di T'ganu: Ahmad Said keluar Umno


[MK] Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said ketika dihubungiMalaysiakini awal pagi ini mengesahkan beliau bersama ADUN Ajil Ghazali Taib mengisytihar keluar Umno dan menjadi ADUN Bebas.

Ahmad yang juga ADUN Kijal berkata beliau telah memohon kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya menangguhkan pertukarannya selepas majlis perkahwinan anaknya pada 17 Mei ini.

"Saya sudah lama bekerja dengan Umno. Saya sudah beritahu PM bahawa anak saya kenduri saya kahwin pada 17 Mei dan tukar selesai selesai kenduri.

"PM kata itu soal peribadi. Jadi saya beritahu, kalau saya keluar (parti), jangan salahkan saya," katanya bagi menjawab soalan mengapa beliau bertindak keluar daripada Umno dan menjadi ADUN Bebas.

Ditanya mengapa mengheret soal perkahwinan anaknya sehingga berbuat demikian, Ahmad berkata:

"Saya ada prinsip. Anak saya nak kenduri, kalau boleh bagi kenduri selesai. Tapi jadi begini. Saya tidak ada masalah, saya boleh terima (pertukaran MB)," katanya.

Menurutnya lagi, Ahmad berkata beberapa ADUN lagi dijangka akan mengambil langkah yang sama sepertinya.

Bagaimanapun, beliau tidak menyebut jumlah dan siapa yang terlibat untuk berbuat demikian.

"Insya-Allah ada lagi," katanya ketika dihubungi Malaysiakini sebentar tadi. -13/5/14


, ,

Isnin, 12 Mei 2014

[PANAS] Ahmad Said LETAK Jawatan, Razif MB Terengganu yang Baharu



[TMI] Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said (gambar) sah meletakkan jawatannya sebagai ketua eksekutif negeri itu dan digantikan dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Takir, Razif Abdul Rahman berkuat kuasa hari ini kata Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, seperti dilaporkan The Star.

Perubahan jawatan menteri besar di Terengganu timbul selepas Ahmad Said menandatangani surat persetujuan beliau akan memegang jawatan itu hanya selama setahun selepas Barisan Nasional (BN) menang tipis pada Pilihan Raya Umum 13 (PRU13).

BN hanya memenangi 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala 15 kerusi dimenangi Pakatan Rakyat (PR) yang berjaya memenangi separuh daripada lapan kerusi Parlimen. - Jamilah Kamaruddin/12 Mei, 2014.‎

,

Sabtu, 11 Mei 2013

Mari Baca Perangai MB UMNO Lepas Dilantik Sultan



Politik Balas Dendam Bermula

[HD] Belum sampai 24 jam mengangkat sumpah sebagai MB bagi penggal ke 2, Ahmad Said tak tertangguh lagi untuk melempiaskan kemarahannya kepada rakyat yang telah memilih PAS sehingga mereka hanya mampu terus berada di Wisma Darul Iman dengan kelebihan 2 kerusi sahaja.

Sebagaimana yang disiarkan oleh portal berita Bernama, tiada lagi projek perumahan mampu milik di kawasan Dun dan parlimen yang dimenangi pembangkang. Kononnya selama ini kerajaan BN telah banyak mengambil alih tugas-tugas wakil rakyat PAS. Mana-mana rakyat di kawasan pembangkang yang berhajat kepada pembangunan, mereka diminta mengajukan kepada wakil rakyat pembangkang yang telah mereka pilih!

Saya sangat bersetuju dengan arahan ini kalau kenyataan ini turut disertakan dengan ketetapan bahawa mulai dari sekarang rakyat di kawasan yang diwakili pembangkang tidak lagi perlu membayar sebarang cukai sebagaimana yang dikenakan kepada rakyat yang mendiami kawasan BN. Barangan di kawasan yang diwakili pembangkang juga akan menjadi lebih murah kerana cukainya telah dikecualikan. Harga kereta, harga petrol merudum di kawasan pembangkang. Alangkah seronoknya.

Saya juga boleh bersetuju kalau jawatan pegawai pembangunan dun atau parlimen dimansuhkan dengan syarat peruntukan pembangunan dun dan parlimen berkenaan disalurkan kepada yang berhak. Siapa lagi kalau bukan wakil yang dipilih oleh rakyat.

Datuk Seri MB... Lupakah Tuan bahawa negara kita ini demokrasi. Bila Datuk Seri mengangkat sumpah sebagai MB, tentunya Datuk Seri mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar bagi negeri Terengganu Darul Iman, bukannya MB bagi orang Umno!

Rakyat Terengganu adalah rakyat Datuk Seri sama ada mereka Pas atau Umno. Jangan Datuk Seri menggali lubang untuk memendekkan lagi hayat kerajaan Umno yang telah sedia berada di hujung tanduk.

Berlaku adillah kerana keadilan itu lebih dekat dengan taqwa. - Dr Azman Ibrahim



P/s: Mat Said ini bercakap tentang duit siapa? Duit BN atau duit rakyat? Kalau Mat Said tidak tahu membezakan antara duit BN dengan duit rakyat, maka malang sekali rakyat Terengganu mendapat MB yang mempunyai tahap IQ begitu.

Semoga Allah membalasnya di akhirat nanti.



BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH