Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

▼

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label Chua Soi Lek. Papar semua catatan

, , , ,

Selasa, 6 November 2012

Hina Hudud: Tokoh Ulama Muda UMNO Turut "Tersungkur"



Fathul Bari: 'Soi Lek persoal hudud versi Pas'

[SH] SHAH ALAM – Kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sebelum ini yang mengecam pelaksanaan hudud adalah berdasarkan kajian dan analisis ke atas enakmen hudud yang mahu dilaksanakan Pas di Kelantan dan Terengganu.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya berkata, sebagai bukan Islam, rujukan Soi Lek adalah berbeza kerana beliau merujuk kepada ekonomi, keamanan dan pendapatan negara jika hudud dilaksanakan.

Menurutnya, oleh sebab maklumat yang tidak tepat itu, Soi Lek sering mengeluarkan kenyataan yang keras mengenai hudud.

Menurutnya, atas inisiatif sendiri, Ilmu mengadakan pertemuan dengan Soi Lek dan beberapa pemimpin MCA lain bagi menerangkan isu ini.

“Beliau (Soi Lek) faham dan menghormati bahawa hudud adalah undang-undang Islam dan seluruh umat Islam patut menerima hudud. Beliau juga faham Islam adalah agama Persekutuan.

“Apa yang beliau tentang adalah hudud versi Pas yang dilihat berat sebelah, beliau risau berlaku diskriminasi contohnya jika berlaku kecurian. Pencurinya seorang Islam dan bukan Islam. Jika cukup bukti, seorang dipotong tangan dan seorang lagi tidak, ini memberi implikasi besar kepada rakyat dan negara,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Ditanya sama ada Soi Lek menerima hudud dilaksanakan ke atas semua rakyat, Fathul menjelaskan Soi Lek mendukung prinsip demokrasi.

“Jika majoriti rakyat mahukan hudud untuk semua, maka beliau terima, jika majoriti mahu hudud versi Pas juga beliau terima, negara kita negara demokrasi,” katanya.

Selain itu, Fathul turut menegaskan bahawa tidak adil untuk menyatakan keseluruhan enakmen hudud di Kelantan dan Terengganu tidak tepat kerana banyak perkara yang menepati syarat dan al-Quran.

“Undang-undang yang dibuat manusia terdedah kepada kelemahan dan tidak maksum, apa yang maksum adalah undang-undang ALLAH sahaja. Maka pembetulan perlu dilakukan,” katanya.

Fathul turut mengucapkan terima kasih kepada MCA yang menyambut baik kedatangan rombongannya dan sudi berbincang mengenai hudud.

“Perbincangan ini berjalan dengan amat baik sekali, semua pihak menerima pandangan masing-masing. Walaupun isu hudud ini sensitif, tetapi mereka mendengar dengan baik,” katanya.

Kelmarin, Soi Lek menegaskan beliau tidak pernah menghina undang-undang Islam, hanya mempersoalkan hudud versi Pas.


P/s: TM tidak mahu ulas panjang-panjang kerana skrip yang digunakan oleh ulama muda UMNO ini sama seperti yang digunakan oleh tokoh UMNO.

Pesan TM, di akhirat nanti, jangan malu-malu, takut-takut memberikan sebab mereka membiarkan Soi Lek dan golongan seumpamannya menghina/memperlekeh hudud di depan Allah nanti!




, , , , ,

Selasa, 23 Oktober 2012

[Video] "Chua Soi Lek Presiden MCA Paling Biadap" - Anthony Loke DAP




Isu rogol: DAP tepuk meja bela Nik Aziz


[MK] DAP hari ini berkobar-kobar mempertahankan PAS ekoran tuduhan pemimpin MCA bahawa mursyidul am parti itu Datuk Nik Aziz Nik Mat membenarkan orang Islam merogol bukan Islam.

Bangkit mempertahankan Nik Aziz yang dirujuknya sebagai "Tok Guru", Anthony Loke (DAP-Rasah) menyifatkan kenyataan Naib Pengerusi Wanita MCA Heng Seah Kie yang disokong Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek itu sebagai "paling biadap".

"Chua Soi Lek ialah presiden MCA yang paling biadap," katanya sambil menepuk meja.

Speaker Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia kemudiannya mematikan mikrofon Loke (atas) dan meminta anggota parlimen Rasah tidak membawa hujah politik luaran ke dalam dewan.

Bercakap dalam Persidangan Agung Wanita MCA di Kuala Lumpur kelmarin, Heng menuduh PAS membenarkan merogol wanita bukan Islam sekiranya mereka tidak mematuhi kod etika pakaian Islam.

Heng membuat kesimpulan itu berdasarkan video lama Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat yang didakwa menyebut wanita patut dirogol jika tidak menutup aurat.

"Daripada ucapan Nik Aziz, kami simpulkan bahawa Nik Aziz secara terbuka meminta orang Islam merogol bukan Islam, adakah saya benar?" tanya Heng di hadapan 1,032 perwakilan.

Kota Belud: Pandangan hanya tentang dasar negara
Dr Chua dalam sidang media selepas itu mempertahankan kenyataan Heng itu kerana mendakwa ia benar.

Di Parlimen juga, sebelum itu, Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor) berkata, ucapan Dr Chua di AGM MCA semalam menghina Islam dan melukakan hati umat Islam.

Justeru, kata Dzulkefly, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang hadir dalam AGM itu patu patut bertanggungjawab terhadap kenyataan Dr Chua manakala Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) patut memberikan respons.

Beliau mempersoalkan sama ada Umno terlalu lemah sehingga MCA berani mengeluarkan kenyataan sebegitu.

Bagaimanapun, pemimpin Umno Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) kemudiannya tampil berkata, Dr Chua hanya memberikan pandangan berhubung dasar negara dan bukan menghina Islam.


 Berita Berkaitan:

'Mana maruah Najib bila Soi Lek serang Islam?'


[MK] Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar perdana menteri supaya menyatakan pendirian terhadap dakwaan MCA bahawa hukum hudud yang dianjurkan PAS akan menggalakkan orang Islam untuk merogol wanita bukan Islam.

Menurut Anwar, Datuk Seri Najib Razak tergamak menghadiri pembukaan mesyuarat agung tahunan MCA hujung minggu lalu tetapi hanya membungkam apabila kenyataan timbalan pengerusi sayap wanita parti itu disokong presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek.

"Presiden MCA boleh berucap menyerang Islam begitu biadap sekali dan dia boleh duduk senyum.

"Kemudian bila berucap tak tegur pun.

"Mana dia maruah (Najib) sebagai umat (Islam)?" tanya Anwar dalam ucapannya di program ceramah di Taman Melati, Kuala Lumpur semalam.

Anwar berkata, tindakan Chua Soi Lek itu keterlaluan dan turut membangkitan isu rakaman hubungan seks luar nikah presiden MCA itu dengan seorang wanita lain.

"Siapa dia (yang bercakap)? Chua Soi Lek.

"Bercakap soal moral, saksi dia Datuk Najib. Saya ingat ini sudah keterlaluan," kata Anwar sinis.

Sabtu lalu, Chua memperakui kenyataan Heng Seai Kie yang mendakwa mursyidul am PAS Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat menggalakkan orang Islam merogol wanita bukan Islam kerana mendedahkan aurat.

Heng dilaporkan menyatakan demikian berdasarkan satu video ceramah Nik Aziz yang dipercayai dirakam sekitar tahun 2008.

Nik Aziz bagaimanapun dilaporkan tidak langsung menyebut tentang wanita bukan Islam dalam video itu dan Heng menyesuaikan sendiri konteks ceramah Nik Aziz untuk meliputi wanita bukan Islam.

Minggu lalu, Chua turut mengundang kontroversi apabila membuat kenyataan mendakwa 1.2 juta pekerjaan akan hilang apabila hukum hudud dilaksanakan.

Turut sama membidas kenyataan MCA pada majlis ceramah semalam adalah MP Petaling jaya Utara, Tony Pua yang berkata  Umno sebagai rakan MCA dalam BN hanya mendiamkan diri dalam perkara itu.

Tetapi pada masa sama DAP bertindak membela Nik Aziz walaupun mereka menolak pelaksanaan hudud, katanya.

"YB Lobak, Anthony Loke dia masuk Dewan (Rakyat) tepuk sama meja minta supaya MCA meminta maaf sama tok guru dan minta MCA dikenakan tindakan kerana mereka menghina Islam," katanya.

Beliau turut mengulangi pendirian DAP bahawa parti itu menghormati Islam sebagai agama rasmi Persekutuan walaupun menolak hudud.

"DAP tak bersetuju dengan pelaksanaan undang-undang hudud dalam perlembagaan kita tetapi kita hormat kepada penganut agama Islam.

"Kita hormat agama Islam adalah agama rasmi negara kita. Kita tak hina agama Islam seperti MCA dan BN," katanya.
P/s: Anda mahu menyokong pihak yang menghina hukum Allah? Silakan...kongsi saham di akhirat nanti!


, ,

Isnin, 22 Oktober 2012

[Video] Sebagai Orang Islam, Apa Perasaan Anda Apabila Chua Soi Lek Berkata...




P/s: Ibrahim Ali sudah menghalalkan undi MCA dan menganggap penghinaan ini hanya pandangan dan perbezaan pendapat. UMNO seperti biasa diam membisu setiap kali pemimpin parti komponen menghina hudud.

Anda???

Apa fakta Chua Soi Lek?

Dalam ucapannya di atas, Chua Soi Lek tidak memperincikan dakwaan itu! Hanya menyebut angka tanpa data dan bukti.

Lahanat!

Maniam juga yang menyejuk hatiku. Tonton video di sini.




, ,

[PANAS] Blog Porno: Alvin MINAT Chua Soi Lek


P/s: Patutlah perangai pun lebih kurang. Lanjut baca berita di sini.





, ,

Isnin, 2 Julai 2012

Chua Soi Lek Berang ADUN UMNO Cadangkan Johor Laksana Hudud

Berani MCA keluar daripada BN?
Cadang hudud: ADUN Umno 'hilang akal', kata MCA

[MK] Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata ADUN Umno Johor yang mencadangkan supaya hukum hudud dilaksana ke atas orang Islam dan bukan Islam di negeri itu "hilang akal" kerana mengemukakan perkara tersebut. Grafik: Pencinta keadilan.

Dalam satu tulisannya di Twitter malam tadi, Chua berkata ADUN berkenaan, Datuk Ayub Rahmat juga telah kehabisan idea sehingga menimbulkan cadangan berkenaan.

"ADUN Umno Johor itu tentu sudah kehabisan idea dan hilang akal untuk mencadangkan hudud di Johor meliputi bukan Islam," katanya.

Tambahnya, MCA "pastinya" menentang usaha seperti itu.

Ayub yang merupakan ADUN Kemelah membangkitkan cadangan itu 20 Jun lalu pada mesyuarat pertama penggal persidangan kelima Dewan Negeri Johor ke-12.

Ketika diminta menjelaskan cadangannya itu, berkata beliau mahu melihat Johor mendahului negeri lain melaksanakan hukum hudud "sebenar" – yang menurutnya berbeza dengan hudud PAS.

Hukum hudud sebenar meliputi semua kaum dalam sesuatu negara berbanding hudud PAS yang hanya tertakluk kepada orang Islam, kata Ayub yang memberi contoh Kanun Jenayah Syariah II (1993) (Hudud Kelantan).

Beliau berpandangan bahawa undang-undang itu menimbulkan diskriminasi dari segi pelaksanaan di antara orang Islam dan bukan Islam.

Pendiriannya itu meletakkan MCA sebagai parti kedua paling besar dalam BN dalam kedudukan sukar.

MCA sebelum ini lantang mengkritik undang-undang hudud dan sentiasa menyerang PAS atas rancangan pelaksanaan undang-undang syarie yang didakwa akan menakutkan pelabur asing.

MCA menjadikan kritikan ke atas hudud sebagai bahan kempen utamanya dalam menghadapi pilihan raya umum untuk menentang seterunya, DAP.
Berkaitan:

Hudud: Kelantan ada halangan, jika Johor dahului silakan

[HD] KUALA LUMPUR: “Pada saya, saya bersyukur sangat-sangat atas kesedaran ini. Tidak perlu cabar mencabar, saya menyokong sepenuh hati,” kata Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau menyatakan demikian sebagai respons setelah membaca kenyataan Adun Umno Johor di dalam Sidang Dun Johor, Datuk Ayub Rahmat yang mencadangkan agar Johor melaksanakan hudud mendahului Kelantan serta mencabar PAS menyokong hukum hudud itu walaupun datang dari Umno.

“Kelantan atau Johor dahulu tidak penting. Kelantan telah menghadapi halangan untuk laksanakan hudud, jika Johor mendahului Kelantan, silakanlah.

“Insya Allah giliran Kelantan akan tiba juga. Sekali lagi saya nyatakan, saya menyokong sepenuh hati,” ujarnya yang juga Mursyidul Am PAS melalui Facebooknya.

Justeru, harapan beliau agar cadangan itu tidak akan ditarik balik dan menjadi kenyataan.

“Mari kita bekerjasama memperlihatkan Islam yang sebenar kepada masyarakat Malaysia.

“Tahniah kepada Umno Johor dan saya menunggu untuk melihat langkah seterusnya,” ujarnya lagi.



P/s: Hanya orang yang bergelumang dengan maksiat dan salah laku moral sahaja takut akan hudud.

Itu satu hal.

Yang peliknya, reaksi orang UMNO tentang "herdikan" Chua Soi Lek yang berang dengan kenyataan Datuk Ayub Rahmat.

Ke mana hilangnya "keris" UMNO?

Adakah UMNO akan mempertahankan ADUNnya atau tunduk dan sama-sama dengan CLS mempertikaikan hukum Allah?

Itu satu hal.

Memandangkan MCA pernah mengugut untuk keluar daripada BN, jadi tunggu apa lagi?



, , , ,

Isnin, 23 Januari 2012

Guan Eng CABAR Soi Lek



Saya petik:

[MC] Dalam cabaran yang membuatkan Chua Soi Lek lemah lutut, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah meminta beliau mengumumkan di mana beliau akan bertanding pada pilihanraya umum ke 13 supaya setiausaha Agung DAP itu sendiri akan melawan beliau.

“Akankah Chua Soi Lek berani mengumumkan kerusi mana yang akan ditandingi beliau dan saya akan pergi ke kawasan itu dan menyatakan semula kenyataan Liow yang kita yakin dapat mengalahkan Chua kemudian lihat reaksi beliau?” kata Guan Eng dalam kenyataannya pada hari Rabu.

Pemimpin DAP itu telah memberi maklumbalas kepada perang mulut antara parti beliau dan MCA yang bermula dengan Timbalan presiden MCA Liow Tiong Lai bahawa parti komponen BN itu boleh “menyingkirkan mana-mana calon DAP di Bagan”, kawasan Lim sekarang.

“Tidak seperti MCA, DAP tidak bermain permainan politik dengan bermegah mengatakan mereka akan menang atau kalah dengan Liow di Bentong atau Ng Yen Yen di Raub. Hanya MCA yang bermegah-megah seperti ini. Kami berharap agar Chua Soi Lek akan berhenti menipu rakyat mengenai perkara ini,” kata Guan Eng.

MCA kehilangan sokongan pengundi Cina

Guan Eng yakin dengan kenyataan beliau. Parti DAP sudah semakin popular dan dijangka akan membantu Pakatan Rakyat menyapu bersih kerusi dominasi Cina pada PRU 13.

Sebaliknya, MCA Soi Lek dianggap “orang tua sakit” dalam BN dan mungkin akan dihapuskan terus dalam PRU 13- seperti nasib SUPP dalam pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini.

Rakyat Malaysia dari pelbagai kaum telah menjadi semakin kecewa dengan kerajaan rasuah Bn dan kerajaan-tahu –politik terbaiknya.

Pada pilihanraya 2008, mereka memberi mandate kepada 5 daripada 13 negeri dan akan terus memberi mandate kepada PKR-PAS-DAP bersama dalam PRU 13 yang harus diadakan sebelum April 2013.

Mata tertumpu pada Soi Lek


Mata sekarang tertumpu pada Soi Lek yang akan memberi maklum balas kepada cabaran itu.

Sudah dicemari dengan skandal seks, Soi Lek berhadapan dengan azab jatuh airmuka dan berdiri untuk diri sendiri dan parti beliau, dengan kebanyakkan pengkritik mengatakan bahawa beliau kemungkinan tidak bertanding jika Najib mengikut kehendak dirinya dan hanya meletakkan calon boleh menang.

Bekas menteri kesihatan, Soi Lek telah memberi kawasan Labis kepada anaknya Tee Yong. Beliau memberi isyarat bahawa beliau mahukan kawasan baru dan mungkin akan meminta sebuah kerusi Umno selamat di mana beliau boleh bersandarkan kepada sokongan Melayu untuk menang kerana masyarakat Cina sendiri telah hilang keyakinan terhadap beliau.

Perkasa, bagaimanapun telah berikrar untuk meminta pengundi Melayu untuk tidak mengundi MCA, walaupun pengasasnya Ibrahim Ali berkemungkinan tidak akan dapat mempengaruhi komuniti nya sendiri .

MCA penuh penipuan


Guan Eng juga berkata bahawa Chua bersalah kerana menipu rakyat dengan tuduhan bahawa DAP dan rakan mereka dalam Pakatan Rakyat telah menyalahgunakan sumber kewangan Pulau Pinang dan menyebabkan defisit kepada bujet.

“Pulau Pinang tiada defisit bujet tetapi ada rekod lebihan bajet untuk 4 tahun selama kita berkuasa, ini disahkan oleh laporan Ketua Audit Negara. Ini memang politik kotor yang biasa dilakukan MCA-yang hitam jadi putih dan putih jadi hitam,” Jelas Guan Eng lagi.

Tambah beliau Pulau Pinang telah menjadi satu-satunya negeri dalam negara yang dipuji oleh Transparency International kerana mengamalkan sistem tender terbuka untuk memerangi rasuah.

, , , ,

Rabu, 28 September 2011

Penghapusan Kuota Bumiputera; Najib Ikut TELUNJUK Soi Lek?

Cerita lanjut di HD, klik sini.


 P/s: Terburai MELAYU di bawah Najib dan UMCO! Ironi, ada penyokong tegar UMCO masih mahu menyalahkan DAP. Aduhai! Mengapa bebal sangat????

,

Jumaat, 29 April 2011

[PANAS] Chua Soi Lek (MCA) Sokong Hapus Keistimewaan Bumiputera?


Dr Chua Soi Lek seperti yang dilaporkan oleh TMI menegaskan bahawa beliau akan menjadi orang pertama mengundi PKR jika parti komponen Pakatan Rakyat itu sanggup memansuhkan keistimewaan orang Melayu.

“Jika PKR berani meminda Perlembagaan dan memansuhkan keistimewaan orang Melayu, saya adalah orang pertama akan mengangkat tangan untuk mengundi PKR,” kata presiden  MCA dalam video yang diposkan menerusi Youtube di laman partinya.

Biarpun kenyataan itu dilihat mahu mencabar PKR, namun kata-katanya  itu jelas menunjukkan sikapnya terhadap hak Bumiputera yang telah termaktub dalam Perlembagaan.

P/s: TM tidak sabar mahu mendengar suara pemimpin UMCO, PERKASA dan membaca tulisan jurublog pro-UMCO.

, , ,

Ahad, 30 Januari 2011

Misi GADIS BERAHI Gagal Tawan Hati Penduduk Cina di Tenang

Analisis terperinci tentang pengundian di Tenang masih belum dikeluarkan lagi. Namun berdasarkan laporan TMI dab beberapa jurublog, Cikgu Mala tewas di kawasan Felda, kawasan orang Melayu yang masih kemaruk dan ketagih dengan "kelentong & kepura-puraan" penderhaka kepada raja dan Allah. Namun, Cikgu Mala dikhabarkan berjaya memecahkan ego BN terutamanya Chua Soi Lek, pelakon porno apabila menang di saluran/kawasan yang majoritinya dihuni oleh kaum Cina.

Oleh sebab itu, saya tertanya-tanya, adakah gadis-gadis penari separuh bogel di bawah ini yang dibawa khas ke sana gagal/kurang "memberahikan" masyarakat di sana sehingga kesopanan dan kesantunan Cikgu Mala berjaya menggugat mereka?


, , ,

Jumaat, 21 Januari 2011

Selepas Puluhan Tahun Berkawan dengan Muslim UMCO, "Pelakon Porno" MCA Masih Jahil tentang Islam

Pelakon porno sedang beraksi!
Isu Chua Soi Lek menghina Islam bukannya sesuatu yang baru. Sebelum ini, "pelakon porno" MCA ini menyentuh tentang negara Islam. Pertama kali ditimbulkan dahulu, kejahilan Chua Soi Lek itu telah dibidas oleh Lim Guan Eng, bukan Najib, Muhyiddin, Perkasa, Pewaris dan seumpamanya, tetapi dibidas oleh ahli DAP yang hebat dicanang ke serata pelosok kampung sebagai anti-Melayu dan anti-Islam.
Chua Soi Lek dalam satu kenyataannya baru-baru ini menyerlahkan kejahilannya tentang Islam apabila menyatakan:
“Normala will not come here to a Chinese temple, she doesn't even shake hands with the people. I have received complaints about this. She is like Anwar Ibrahim's wife. She wears gloves when she shakes hands. If you can accept this kind of Islamic value, go ahead and vote for PAS,"

Terjemahan: “ Normala tidak akan datang ke kuil ini, dia tidak akan berjabat tangan dengan orang ramai. Saya telah menerima aduan tentang perkara ini, Dia seperti isteri Anwar Ibrahim.. Dia memakai sarung tangan jika hendak berjabat tangan. Jika anda boleh menerima nilai-nilai Islam sebegini, teruskan dan undilah PAS. 
Perhatikan tangan DS Wan Azizah. Wanita ini difitnah macam-macam, tetapi bandingkanlah akhlaknya dengan Rosmah Mansor.
Inilah Islam ala UMCO yang difahami oleh pelakon porno itu! Macam mana UMCO nak perjelaskan Islam kepada MCA kalau isteri pemimpinnya "jauh" daripada gambaran sebenar tentang Islam.

Inilah tarbiah Muslim UMCO kepada ahli MCA, parti yang telah berkawan dengan UMCO sejak zaman penjajahan lagi. Lebih 50 tahun, orang MCA dan orang bukan Islam secara amnya masih belum mengetahui tentang Islam, cara hidup orang Islam, budaya orang Islam, dan sensitiviti orang Islam. Oleh sebab itu, azan dipertikaikan, makanan halal masih lagi menjadi isu, isu aurat dipersenda, dan kini isu menyentuh orang bukan muhrim dipersoal oleh orang bukan Islam. Alhamdullilah, DAP yang baru berkawan dengan PAS beberapa tahun seperti yang ditohmah oleh Isa Samad semakin memahami Islam./www.duniacacamarba.blogspot.com


* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.

,

Khamis, 13 Januari 2011

Chua Soi Lek, Apa Implikasi Negara Islam kepada Orang Cina? Adakah Soi Lek Bimbang "Direjam"?


Hari ini diberitakan di BH bahawa Chua Soi Lek, ahli politik merangkap Presiden MCA yang juga terkenal sebagai "pelakon" VCD/DVD yang menayangkan aksi pornonya mengingatkan kaum Cina khususnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Johor agar membuat pertimbangan mendalam tentang implikasi penubuhan negara Islam yang diperjuangkan PAS.

Kata Soi Lek, “PAS tidak akan berundur daripada penubuhan negara Islam, ini peringatan kepada DAP dan semua rakyat bukan Islam. Jika tengok semua parti politik di negara ini, hanya PAS yang bercakap mengenai agama sebagai agenda politik. Oleh demikian, setiap kali kita membangkitkan perkara ini bukan untuk menakutkan kaum Cina seperti yang pembangkang dakwa, sebaliknya meminta mereka memberi pertimbangan mendalam implikasinya.” Kata-kata berbelit-belit ini diucapkan ketika sidang media selepas menyampaikan sumbangan dan bantuan termasuk angpow kepada 900 warga tua anjuran MCA Bahagian Kuantan.

Chua Soi Lek sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan di Konvensyen Tahunan ke-33 MCA Kedah di Alor Star dengan memberikan tanggapan negatif kononnya negara-negara Islam itu “tidak progresif, korup, miskin dan terkebelakang”. Hari ini Chua Soi Lek sekali lagi mengelirukan masyarakat bukan Islam dengan meminta orang Cina memikirkan implikasi negara Islam kepada kaum itu. Kata Soi Lek, dia mengungkit hal ini bukan untuk menakutkan orang Cina, namun jelas lagi bersuluh dia membangkitkan hal ini untuk menakut-nakutkan orang Cina dengan dakyah palsu tentang negara Islam.

Kita wajar bertanya kepada Soi Lek: Apa implikasi negara Islam kepada orang Cina? Chua Soi Lek membangkitkan isu ini, maka sewajarnya dia menjawab persoalan yang ditimbulkannya. Jika tidak, maka jelaslah Chua Soi Lek tidak bertanggungjawab, malah berniat jahat untuk mencetuskan ketidakpuasan hati, kebencian, kebimbangan orang bukan Melayu khususnya orang Cina terhadap negara Islam dan Islam secara keseluruhannya. Walhal umum tahu bahawa negara Islam memberikan keadilan kepada rakyat berbilang bangsa. Malah, hukum Islam yang dijadikan "kambing hitam" untuk menakut-nakutkan orang bukan Islam hanya diperuntukkan untuk orang Islam. Jadi, Soi Lek tidak perlulah bimbang tentang hukuman rejam bagi  orang yang sudah berkahwin melakukan seks tanpa ikatan perkahwinan!


Sudah beberapa kali Soi Lek dan pemimpin MCA menyentuh tentang isu negara Islam, yang membantah, mengecam, menjawab dan mempertahankan hal ini bukan UMCO, tetapi pemimpin Pakatan Rakyat. Ironinya, antara orang yang berhujah membantah kenyataan Soi Lek dahulu ialah Lim Guan Eng bukannya Najib atau Muhyiddin, jauh sekali Samy Vellu atau pemimpin parti komponen BN yang lain. Kali ini, siapa yang mahu menjawab persoalan tidak bertanggungjawab yang dikemukakan Chua Soi Lek? Najib dan pemimpin UMCO? Mahukah Khairy dan Nazri berdebat dengan Chua Soi Lek tentang hal ini? Apa reaksi jurublog pro-UMCO?/www.duniacacamarba.blogspot.com

* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.


,

Ahad, 24 Oktober 2010

"Alahai Soi Lek" - Awang Selamat

Saya tidak membantah dan tidak juga bersetuju sepenuhnya terhadap  tulisan Awang Selamat ini. Yang benar kita sokong, yang salah kita bangkang.

Saya petik:
[UM] Awang kurang senang dengan reaksi Presiden MCA, Chua Soi Lek ke atas ucapan Presiden UMNO, Mohd. Najib Tun Razak pada perasmian Perhimpunan Agung UMNO, Khamis lalu.

Menurut Soi Lek, sebarang isu berkaitan kontrak sosial sepatutnya dibincangkan secara tertutup dan bukannya terbuka kerana ia melibatkan sensitiviti kaum lain. Malah beliau berkata, MCA memperakukan kontrak sosial sudah termaktub dalam Perlembagaan tetapi pelaksanaannya boleh dipinda dan diberi definisi baru.

Beliau sebenarnya merujuk kepada ucapan Najib bahawa kedudukan Melayu terkunci kemas dalam Perlembagaan dan tidak boleh dipinda melainkan dengan perkenan Raja-Raja Melayu.

Awang hairan mengapa Soi Lek boleh berfikir begitu. Najib memperkatakan hal tersebut dalam Perhimpunan Agung UMNO dan bukannya dalam forum terbuka. Adalah menjadi tuntutan bagi Najib menjelaskan perkara tersebut yang menimbulkan polemik dan keresahan orang Melayu.

Apakah pemimpin UMNO tidak boleh bercakap hal seperti itu dalam pentas UMNO dan apakah hanya pemimpin MCA sahaja boleh berbuat demikian?

Pada Kongres Ekonomi Cina yang dianjurkan oleh MCA Ogos lalu, Soi Lek menggesa kerajaan agar memansuhkan dasar pemilikan 30 peratus ekuiti bumiputera. Isu yang sama beliau bangkitkan pada Perhimpunan Agung MCA, baru-baru ini. Ada beberapa lagi kenyataan beliau yang membelakangkan muafakat BN.

Awang tidak mahu mengeluarkan komen keras kepada beliau kerana mungkin tidak disenangi oleh pemimpin UMNO sendiri memandangkan BN akan menghadapi pilihan raya kecil serentak iaitu di Galas dan Batu Sapi. Begitu juga Konvensyen BN yang akan menyusul tidak lama lagi.

Tetapi mesej mesti disampaikan. Janganlah meminta pihak lain menjaga sensitiviti kaum sedangkan beliau terus celupar. Pendiriannya bahawa pelaksanaan Perlembagaan boleh dipinda dan diberi definisi baru, juga tidak wajar. Sepatutnya Soi Lek menghentikan sama sekali perdebatan mengenai perkara tersebut sebagaimana gesaan Najib. Jika beliau bersikap seperti DAP untuk menarik sokongan Cina, ia tidak akan membantu BN. Orang Melayu juga akan menolak MCA akhirnya, selain membuat banyak tuntutan.

Seperti Soi Lek, Awang juga mahu beberapa perkara dipinda agar semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum benar-benar berkiblat kepada negara ini. Bukankah semuanya sudah menjadi warga negara? Di mana bumi di pijak, di situ langit dijunjung. Apa maksudnya, Awang percaya, Soi Lek faham.

,

Selasa, 17 Ogos 2010

Hanya 9% Orang Cina Yakin Keupayaan Soi Lek

Beliau pernah dipuji dan dimaki kerana skandal seksnya suatu ketika dahulu. Beliau juga pernah jatuh dan bangun dalam politik. Dalam pemilihan MCA sebelum ini, beliau berjaya memenangi kerusi Presiden MCA.

Hari ini suatu kaji selidik mendapati hanya 9 peratus responden yang mengganggap Soi Lek sebagai pemimpin yang berkeupayaan. Ironinya, responden cenderung memilih Ong Tee Keat untuk memimpin orang Cina. Kaji selidik itu juga mendapati hanya 1 peratus berpendapat Koh Tsu Koon sebagai pemimpin yang berkeupayaan untuk memimpin masyarakat Cina.

Baru-baru ini, Soi Lek "bertegang leher" dengan Hishamudin Tun Hussein berkaitan dengan ekuiti Bumiputera yang diluluskan oleh Kongres Cina. Seperti yang dilaporkan oleh media, ada 12 resolusi termasuklah meminta kerajaan mengurangkan ekuiti 30% yang dikoutakan kepada orang Bumiputera secara berperingkat. Adakah Soi Lek sudah dapat menghidu sokongan yang semakin merundum lalu lantang bersuara untuk mengembalikan keyakinan masyarakat Cina?

Walau apa-apapun, kaji selidik hanyalah kaji selidik dan bukannya menggambarkan sokongan keseluruhan rakyat terhadap seseorang pemimpin. Biarpun begitu, pemimpin tidak seharusnya juga memandang sepi terhadap hasil kaji selidik seumpama ini kerana pandangan sebilangan kecil respondan itu kadang kala mewakili pandangan umum terhadap mereka.

Saya petik:
[TMI] KUALA LUMPUR, Aug 17 — Datuk Seri Dr Chua Soi Lek’s recent attempts to embolden the MCA appears to have failed to recapture the confidence of the Chinese community as a recent poll here found that only nine per cent of the electorate regard him as a capable leader.

Many believe that the veteran politician’s tainted past would hamper his ability to serve as an effective party president while some even think that he is an embarrassment to the Chinese community.

The survey, carried out between June 27 and July 25, found that although the former health minister’s popularity among the party’s grassroots had secured him the president’s chair during the party polls in March, the common Chinese voter still finds it hard to look past his 2007 sex scandal.

Instead, the voters were more in favour of his predecessor Datuk Seri Ong Tee Keat to lead the second largest component party in the Barisan Nasional (BN).

Gerakan president Tan Sri Dr Koh Tsu Koon scored even lower than his BN counterpart and was named by only one per cent of voters as a capable leader to represent the Chinese.

Both the leaders’ lack of support from the Chinese electorate was further expounded in a general sentiment among voters that the MCA and Gerakan, as Chinese-based parties, were becoming increasingly irrelevant.

Many people believe Dr Chua’s tainted past would hamper his ability to serve well, according to the findings of a recent poll. — File pic
A synopsis of the survey obtained by The Malaysian Insider showed that 62 per cent of voters were dissatisfied with the MCA’s performance, only 24 per cent were satisfied and only one per cent was very satisfied. Only 27 per cent felt that the MCA represented the interests of the Chinese community.

A similar pattern was shown for Gerakan, with 39 per cent of respondents expressing dissatisfaction while 19 per cent claimed otherwise.

The survey, conducted by a Malaysian research house, polled the opinions of 590 Chinese and 413 Malay respondents and included five focus group discussions with Chinese voters in several locations in Peninsular Malaysia...-Clara Choo

, , , ,

Sabtu, 7 Ogos 2010

Negara Islam Tidak Progresif: DAP Bidas MCA

Mari membidas! Saya petik:
[MK] Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menganggap pandangan presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang memberi gambaran bahawa negara-negara Islam sebagai tidak progresif dan mengamalkan rasuah sebagai mengarut.

Menurut Lim, Chua pada Konvensyen Tahunan ke-33 MCA Kedah di Alor Star, semalam telah memberi tanggapa negatif kononnya negara-negara Islam itu “tidak progresif, korup, miskin dan terkebelakang”.

Katanya, Chua sepatutnya mendidik dirinya sendiri dalam sejarah tamadun Islam yang bukan hanya mengenai empayar global tetapi kaya dengan pelbagai khazanah seperti seni, ilmu hisab, perubatan, algebra dan astronomi.

“Negara-negara Islam juga dilanda masalah yang sama seperti India dan China sebelum ini. Hanya apabila India dan China menjadi bebas dan dimerdekakan oleh penjajah, barulah mereka menyedari potensi masing-masing dan mengambil tempat sewajar mereka di pentas dunia,” katanya ketika berucap di Persidangan Intergriti Antarabangsa di Pulau Pinang hari ini.

“Saya yakin negara-negara Islam mampu mengembalikan kegemilangan silam mereka, jika negara-negara berkenaan tidak lagi dikongkong seperti India dan China,” katanya.

Lim, yang juga adalah setiausaha agung DAP berkata sejarah membuktikan negara-negara Islam juga boleh mempunyai urus tadbir seperti yang berlaku semasa pemerintahan Umar Abdul Aziz yang menyaksikan jajahan Ummaiyyah menjadi pusat pendidikan dan perundangan yang cemerlang.

“Pilihannya adalah sama ada kita ikuti jejak atau model Umar Abdul Aziz berhubung mentadbir dengan integriti dan melasanakan urus tadbir yang baik ataupun memilih cara pentadbiran secara kukus besi dan mengamalkan rasuah,” tambahnya.

Lim merujuk kepada ucapan Chua semalam yang membidas kedua-dua Umno dan PAS kerana menggunakan agama bagi meraih sokongan di kalangan masyarakat Melayu.

Men
urut Chua, apabila dua parti Melayu yang dominan itu bersaing, kesannya akan wujud dasar-dasar yang tidak progresif - menyebabkan negara terperangkap dalam kategori penduduk berpendapatan sederhana untuk lebih 10 ntahun.

Beliau juga berkata Umno telah menjadi lebih konservatif untuk bersaing dengan PAS bagi mendapatkan sokongan Melayu.

Katanya, isu berkenaan sengaja ditimbulkan supaya masyarakat Cina di negara ini boleh berfikir memikirkan sejenak berhubung kerjasama DAP dengan PAS.

Chua juga mengingatkan masyarakat Cina di Malaysia supaya jangan terlalu optimistik dengan anggapan jika PAS memerintah, negara ini akan bebas daripada rasuah dan segala masalah lain akan lenyap. Katanya, ada antara negara yang mengamalkan rasuah terdiri daripada negara yang mempunyai majoriti masyarakat Islam. - Susan Loone

Berkaitan:
* Chua Soi Lek terlampau
* Anwar: Agak malang, Chua 'jahil dan bongkak'

, ,

Jumaat, 28 Ogos 2009

DR CHUA SOI LEK BERTANYA...


WAJARKAH SAYA DIPECAT?



  • DATUK Seri Dr. Chua Soi Lek menyifatkan kedudukannya kini lebih teruk jika dibandingkan dengan keadaan sewaktu beliau melepaskan semua jawatan dalam kerajaan dan parti pada awal tahun lalu.



  • Bekas Timbalan Presiden MCA itu berkata, walaupun sudah melepaskan semua jawatannya pada 2 Januari tahun lalu, namun beliau pada masa itu masih seorang ahli parti.



  • ‘‘Namun hari ini, saya tidak lagi mempunyai parti. Jadi kedudukan saya hari ini lebih teruk berbanding sewaktu saya meletakkan jawatan,’’
    kata Soi Lek.


  • Veteran MCA, Tan Sri Michael Chen Wing Sum mempersoalkan kenapa tindakan ke atas Soi Lek baru diambil sedangkan skandal seks Soi Lek telah berlalu hampir dua tahun lalu.




  • KUALA LUMPUR 27 Ogos – Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek menyifatkan kedudukannya hari ini lebih teruk jika dibandingkan dengan keadaan beliau sewaktu melepaskan semua jawatan dalam kerajaan dan parti awal tahun lalu.

    Bekas Timbalan Presiden MCA itu berkata, sekurang-kurangnya sesudah melepaskan semua jawatan pada 2 Januari tahun lalu, beliau pada masa itu masih seorang ahli parti.

    “Saya berkhidmat kepada MCA sebagai Pengerusi Bahagian sejak 1985. Pada 2 Januari 2008 sewaktu meletakkan semua jawatan dalam parti, saya masih seorang ahli MCA.

    “Namun hari ini, saya tidak lagi mempunyai parti. Jadi, kedudukan saya hari ini lebih teruk berbanding sewaktu saya meletakkan jawatan,” katanya dalam laman blog beliau yang boleh diakses di http://drchua9.blogspot.com.

    Majlis Presiden MCA malam tadi menerima cadangan Jawatankuasa Disiplin untuk memecat Soi Lek berkuat kuasa serta merta berikutan penyebaran video skandal seks membabitkannya pada penghujung 2007.

    Berikutan skandal berkenaan, Soi Lek pada 2 Januari tahun lalu melepaskan semua jawatan parti dan kerajaan.

    Bagaimanapun bekas Menteri Kesihatan itu membuat kejutan apabila memenangi jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan parti Oktober lalu.

    Sementara itu, Soi Lek turut mempersoalkan sama ada pemecatan beliau malam tadi akan memulihkan imej MCA.

    Katanya, beliau juga tidak menyedari Jawatankuasa Disiplin MCA yang diketuai seorang peguam yang meningkat tua (Datuk Ng Cheng Kiat) layak mencadangkan penyingkirannya selepas 21 bulan beliau meletak jawatan di atas sebab yang sama.

    Dengan nada sinis Soi Lek berkata, sekiranya ada peruntukan untuk membolehkan beliau dijatuhkan hukuman mati, sudah tentu jawatankuasa itu tidak teragak-agak untuk mencadangkan beliau dihadapkan ke tali gantung.

    “Alasannya amat ketara kenapa saya perlu dipecat. Bagaimanapun adakah pemecatan saya akan memulihkan imej MCA?

    “Saya perlu membuat andaian bahawa Presiden masa ini (Datuk Seri Ong Tee Keat) sesuci dan sejernih kristal. Hanya masa yang akan menentukannya,” tegas beliau.

    Menyedari ramai yang ingin mengetahui aktivitinya selepas ini, Soi Lek memberitahu beliau akan memenuhi masanya selaras dengan status tidak berparti, mungkin dengan membaca semua kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS) yang diterima tanpa henti sejak malam tadi.

    Jelasnya, wartawan juga tidak putus-putus ‘mengganggu’ namun beliau menganggapnya sebagai pengalaman yang melucukan dan menyeronokkan.

    “Keluarga dan sahabat saya akan mengambil cuti pendek, saya perlu menikmati status tidak berparti ini, berilah saya peluang untuk berehat.

    “Orang lain mungkin berkata saya akan bekerja keras tapi sebagaimana kebiasaan saya menghadapinya dengan tenang, semoga saya dipanjangkan umur untuk menyaksikan satu lagi hari lain dan ‘pertarungan’ lain,” katanya.

    ,

    Khamis, 27 Ogos 2009

    [KEMAS KINI] DR. CHUA SOI LEK DIPECAT- Majlis Presiden MCA

    TERDAHULU:
    Pecat Soi Lek - Panel Disiplin MCA
    Panel Disiplin MCA mencadangkan agar Timbalan Presiden MCA Datuk Dr. Chua Soi Lek dipecat daripada parti. Itulah cadangan yang dibuat sebagai hukuman hasil daripada pendedahan video aksi lucah Dr. Chua bersama dengan seorang perempuan pada penghujung tahun 2007.

    Dalam pada itu, Dr. Chua Soi Lek memberikan reaksi bahawa "Tindakan itu bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana terdapat cubaan oleh presiden parti untuk menamatkan karier politik saya." Keputusan ini seperti yang dilaporkan di bawah akan menyebabkan krisis dan perpecahan yang lebih serius dalam MCA:

    [THE MALAYSIAN INSIDER] Aug 26 – The split in the MCA took a turn for the worse tonight with the disciplinary committee recommending that party deputy president Datuk Seri Dr Chua Soi Lek be sacked.

    The recommendation is now being deliberated by a presidential council dominated by Datuk Seri Ong Tee Keat’s supporters.

    “The decision comes as no surprise because there has been a sustained attempt by the MCA president to subvert the wishes of the rank and file and end my political career,” said Dr Chua in an immediate reaction.

    The action against Dr Chua was his punishment for tarnishing the party’s image over the disclosure in late 2007 of a secret recording showing him engaging in sex acts with his mistress. He had resigned as a minister and from all party posts last year after admitting to being the man in the footage, but won in the party elections last October as deputy president of MCA.

    But Dr Chua and party president Ong have been barely on speaking terms.

    Ong has denied being behind the decision to dredge up his deputy’s sex scandal even though the party’s disciplinary committee had decided early this month to go ahead with a hearing despite the fact that the complainant had withdrawn the allegation.

    The party’s decision today will be seen as a move by Ong to shore up his own position in the party, but brings him on a collision course with MCA’s senior partner in the Barisan Nasional (BN), Umno.

    Dr Chua had only recently been appointed by Prime Minister Datuk Seri Najib Razak as BN’s coordinator in Pakatan Rakyat-held states....


    TERKINI:
    [MALAYSIA KINI] 26 Ogos - Majlis Presiden MCA lewat malam ini memecat Timbalan Presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berhubung skandal seks yang dihadapi bekas menteri itu awal tahun lalu.

    Keputusan itu dicapai setelah ia bermesyuarat selama beberapa jam sejak 9 malam ini susulan syor yang dikemukakan oleh jawatankuasa disiplin yang menyiasat kes itu awal bulan ini.

    Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat berkata beliau sendiri akan memaklumkan keputusan yang dibuat "dengan berat hati" dan "kolektif" itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, selaku pengerusi BN.

    Dalam sidang media di Wisma MCA kira-kira tiga jam sebelum keputusan itu dicapai, Dr Chua memaklumkan beliau dikehendaki keluar mesyuarat majlis tersebut kerana ia ingin memutuskan tindakan terhadapnya.

    Beliau sebelum itu hadir lebih kurang dua jam di mesyuarat Majlis Presiden MCA.


    Tokoh yang dianggap pencabar utama Ong, Dr Chua menambah, laporan jawatankuasa disiplin yang dihantar kepadanya jam 5.30 petang ini mendedahkan syor memecat beliau.

    Kata Dr Chua lagi, Majlis Presiden selalunya sekadar "cop getah" untuk meluluskan syor yang dibuat oleh jawatankuasa disiplin.

    Beliau berharap "Ong akan tidur lena malam ini" selepas pemecatannya.

    Katanya, sejak pemilihan parti Oktober tahun lalu - yang menyaksikan kenaikan kembali Dr Chua kepada jawatannya sekarang - Ong "melihatnya sebagai musuh ketat dan ancaman paling besar."

    BAGASI KIRIMAN TERKINI

    BAGASI KIRIMAN

    PERHATIAN

    Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

    Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
    semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

    Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

    Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

    PENAFIAN:
    Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

    -tayadihmaysia@yahoo.com







    TERIMA KASIH