[KEMAS KINI] DR. CHUA SOI LEK DIPECAT- Majlis Presiden MCA
TERDAHULU:
Pecat Soi Lek - Panel Disiplin MCA
Panel Disiplin MCA mencadangkan agar Timbalan Presiden MCA Datuk Dr. Chua Soi Lek dipecat daripada parti. Itulah cadangan yang dibuat sebagai hukuman hasil daripada pendedahan video aksi lucah Dr. Chua bersama dengan seorang perempuan pada penghujung tahun 2007.
Dalam pada itu, Dr. Chua Soi Lek memberikan reaksi bahawa "Tindakan itu bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana terdapat cubaan oleh presiden parti untuk menamatkan karier politik saya." Keputusan ini seperti yang dilaporkan di bawah akan menyebabkan krisis dan perpecahan yang lebih serius dalam MCA:
[THE MALAYSIAN INSIDER] Aug 26 – The split in the MCA took a turn for the worse tonight with the disciplinary committee recommending that party deputy president Datuk Seri Dr Chua Soi Lek be sacked.
The recommendation is now being deliberated by a presidential council dominated by Datuk Seri Ong Tee Keat’s supporters.
“The decision comes as no surprise because there has been a sustained attempt by the MCA president to subvert the wishes of the rank and file and end my political career,” said Dr Chua in an immediate reaction.
The action against Dr Chua was his punishment for tarnishing the party’s image over the disclosure in late 2007 of a secret recording showing him engaging in sex acts with his mistress. He had resigned as a minister and from all party posts last year after admitting to being the man in the footage, but won in the party elections last October as deputy president of MCA.
But Dr Chua and party president Ong have been barely on speaking terms.
Ong has denied being behind the decision to dredge up his deputy’s sex scandal even though the party’s disciplinary committee had decided early this month to go ahead with a hearing despite the fact that the complainant had withdrawn the allegation.
The party’s decision today will be seen as a move by Ong to shore up his own position in the party, but brings him on a collision course with MCA’s senior partner in the Barisan Nasional (BN), Umno.
Dr Chua had only recently been appointed by Prime Minister Datuk Seri Najib Razak as BN’s coordinator in Pakatan Rakyat-held states....
TERKINI:
[MALAYSIA KINI] 26 Ogos - Majlis Presiden MCA lewat malam ini memecat Timbalan Presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berhubung skandal seks yang dihadapi bekas menteri itu awal tahun lalu.
Keputusan itu dicapai setelah ia bermesyuarat selama beberapa jam sejak 9 malam ini susulan syor yang dikemukakan oleh jawatankuasa disiplin yang menyiasat kes itu awal bulan ini.
Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat berkata beliau sendiri akan memaklumkan keputusan yang dibuat "dengan berat hati" dan "kolektif" itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, selaku pengerusi BN.
Dalam sidang media di Wisma MCA kira-kira tiga jam sebelum keputusan itu dicapai, Dr Chua memaklumkan beliau dikehendaki keluar mesyuarat majlis tersebut kerana ia ingin memutuskan tindakan terhadapnya.
Beliau sebelum itu hadir lebih kurang dua jam di mesyuarat Majlis Presiden MCA.
Kata Dr Chua lagi, Majlis Presiden selalunya sekadar "cop getah" untuk meluluskan syor yang dibuat oleh jawatankuasa disiplin.
Beliau berharap "Ong akan tidur lena malam ini" selepas pemecatannya.
Katanya, sejak pemilihan parti Oktober tahun lalu - yang menyaksikan kenaikan kembali Dr Chua kepada jawatannya sekarang - Ong "melihatnya sebagai musuh ketat dan ancaman paling besar."
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.