Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Khamis, 20 Ogos 2009

MALAYSIA "TAKUT" PADA SINGAPURA?


Tajuk asal berita oleh Bernama ini ialah "Muhyiddin Nafi Tohmahan Kononnya Jual Tanah Kepada Singapura".

Sebenarnya berita itu untuk menjelaskan tohmahan pembangkang terhadap isu penjualan tanah kepada Singapura semasa beliau menjadi Menteri Besar Johor. Mungkin kerana terlalu ringan mulut ketika membela dirinya, maka terkeluarlah isu yang bersangkutan dengan kedaulatan dan maruah negara kita.

Sebagai rakyat di negara yang berdaulat, tatkala negara bakal menyambut Hari Kebangsaan ke-52, sudah tentu saya berasa kurang senang dan berasa marah jika apa-apa yang diperkatakan itu benar. Memandangkan blog AlHusseyn pun menulis perkara yang sama dan mencetuskan persoalan yang sama, maka saya salin dan tampal sahajalah perkara tersebut.

[ALHUSSEYN] Laporan BERNAMA di sini menyatakan bahawa Singapura pernah mengancam 'perang' keatas Malaysia gara-gara untuk mendapatkan bekalan air yang secukupnya ke republik tersebut.

Apakah benar Malaysia telah diancam ‘perang’ oleh Singapura? Dan Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaulat dan merdeka terpaksa akur diatas tuntutan Singapura?

Apakah Malaysia sudah hilang kedaulatannya hingga boleh diperkotak katekan oleh sebuah negara jirannya itu? Ini adalah antara beberapa persoalan yang perlu penjelasan lanjut oleh Muhyiddin.

Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin menafikan tuduhan terhadapnya menjual tanah Kepada Singapura sewaktu beliau menjadi Menteri Besar Johor dahulu

Menurutnya, dalam satu pertemuan, antara Dr Mahathir, Tun Daim Zainuddin (Menteri Kewangan ketika itu), Lee dan beliau di Kuala Lumpur, Perdana Menteri Singapura telah mendesak mahukan bekalan air yang cukup dari Johor

"Lee Kuan Yew sehingga berkata Singapura sanggup berperang jika Malaysia tidak mahu menyalurkan bekalan air yang cukup dan kesal dengan projek saluran air dari Sungai Lingu itu telah lama tergendala"

BENARKAH APA YANG DIKATAKAN OLEH TPM KITA INI?

Jika benar, saya malu kerana sebagai sebuah negara berdaulat kita "diugut" oleh negara kecil yang dahulunya adalah sebahagian daripada tanah jajahan negara ini.


Petikan Berita yang Berkaitan:

[BERNAMA] 20 Ogos -...Muhyiddin berkata Perdana Menteri ketika itu (Dr Mahathir) telah memanggilnya secara mengejut ekoran kunjungan Lee Kuan Yew (Perdana Menteri Singapura ketika itu) ke Kuala Lumpur untuk berbincang mengenai dua perkara iaitu saluran gas dan bekalan air.

Katanya dalam pertemuan antara Dr Mahathir, Tun Daim Zainuddin (Menteri Kewangan ketika itu), Lee dan beliau di Kuala Lumpur itu, Perdana Menteri Singapura telah mendesak mahukan bekalan air yang cukup dari Johor.

"Lee Kuan Yew sehingga berkata Singapura sanggup berperang jika Malaysia tidak mahu menyalurkan bekalan air yang cukup dan kesal dengan projek saluran air dari Sungai Lingu itu telah lama tergendala.

"Saya menyatakan bahawa kita tidak mempunyai wang dan Lee Kuan Yew berkata Singapura sanggup menganggung semua kos dan setelah siap kelak, bangunan dan harta yang dibina itu adalah milik Malaysia sehingga hari ini, jadi Singapura cuma mengeluarkan wang," kata beliau.

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH