MALAYSIA BOLEH: NO 2 DI ASIA, NO 9 DI DUNIA
ERTI SEBENAR
"KEADAAN MASIH TERKAWAL."
Saya imbas jadual statistik kes dan jumlah kematian mengikut negara. Bandingkan jumlah kes setiap negara, dan kemudian bandingkan pula jumlah kematian. Perhati dan telitikan statistik pada jadual di atas. Sambil menganalisis statistik di atas, zahirkan jumlah penduduk dan saiz negara kita serta tahap kehebatan sektor perubatan di negara kita dalam kotak fikiran anda. Kemudian, buat rumusan/pandangan. Harap-harap rumusan/pandangan anda tidak sama dengan pihak yang mempopularkan frasa "Keadaan Masih Terkawal". Jika anda juga berpandangan begitu, tidak mustahil kita akan berada di ranking teratas.
[SINAR HARIAN] 14 Ogos – Wabak Influenza A (H1N1) atau selesema babi semakin mengganas di negara ini apabila tujuh lagi kematian dicatatkan sehingga jam 8 pagi, semalam."KEADAAN MASIH TERKAWAL."
Saya imbas jadual statistik kes dan jumlah kematian mengikut negara. Bandingkan jumlah kes setiap negara, dan kemudian bandingkan pula jumlah kematian. Perhati dan telitikan statistik pada jadual di atas. Sambil menganalisis statistik di atas, zahirkan jumlah penduduk dan saiz negara kita serta tahap kehebatan sektor perubatan di negara kita dalam kotak fikiran anda. Kemudian, buat rumusan/pandangan. Harap-harap rumusan/pandangan anda tidak sama dengan pihak yang mempopularkan frasa "Keadaan Masih Terkawal". Jika anda juga berpandangan begitu, tidak mustahil kita akan berada di ranking teratas.
Peningkatan kes itu menjadikan jumlah kematian keseluruhan seramai 51 orang dengan 2,253 kes positif seperti yang dilaporkan Kementerian Kesihatan, sekali gus meletakkan kematian akibat H1N1 kita di tangga kesembilan dunia.
Dengan kematian 51 orang ini, negara kita berada pada kedudukan kesembilan dalam kalangan negara-negara dunia yang mencatatkan kes kematian akibat H1N1.
Tiga negara dunia yang tertinggi jumlah kematian adalah Amerika Syarikat dengan 436 orang, Argentina 386 orang dan Brazil dengan 274 orang. Hanya satu negara Asia yang di atas kita iaitu Thailand di kedudukan ketujuh dengan 97 kematian.:
Lebih membimbangkan, jumlah kematian H1N1 di negara kita jauh lebih banyak berbanding negara-negara yang mempunyai populasi penduduk yang lebih tinggi umpamanya seperti China, India, Indonesia dan United Kingdom.
Mengikut statistik yang dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) sehingga semalam, jumlah kes positif seluruh dunia mencatatkan 226,618 orang dengan 2,047 kematian.:
Dalam statistik itu juga jelas menunjukkan jangkitan positif H1N1 negara lain jauh lebih tinggi, tetapi mencatatkan kematian yang rendah seperti Hong Kong dengan 6,210 kes, hanya 4 kematian; Filipina 3,207 kes (9 kematian) dan Jepun 5,022 kes, tiada kematian."
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.