DEBAT PEMUDA: BAPA BOREK ANAK RINTIK
Pemuda Pakatan Rakyat CABAR Pemuda Barisan Nasional berdebat isu "Pengkhianat Melayu". Cabaran debat itu hanyalah bersifat formaliti sahaja. Kata orang, "hanya untuk mencukupkan syarat" atau "jangan tak ajak". Hal ini demikian kerana jika pemimpin utama seperti Najib, Zahid, Ong Tee Keat tidak pernah menyahut cabaran orang, inikan pula "anak-anak" mereka. Tambah-tambah pula isu perdebatan tersebut boleh membelit leher sendiri. Keadaan ini samalah maksudnya dengan peribahasa "bapa borek, anak rintik".
Beranikah mereka berdebat sehingga terkeluar nama orang yang menjual hak Melayu, menjual tanah Melayu, menggadai tanah rezab Melayu, membolot saham Melayu, merampas tender Melayu, dan bermacam-macam lagi perihal pengkhianatan terhadap orang Melayu? Lainlah kalau Pemuda BN yang diketuai tokoh pendebat hebat ini ingin melawan arus ketua-ketua mereka!
[MSTAR] 17 Ogos - Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabar Pemuda Barisan Nasional (BN) untuk berdebat mengenai kenyataan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin yang penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pengkhianat Melayu. Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Mat Akin mencabar Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin untuk berdebat secara terbuka mengenai perkara tersebut.
"Khairy boleh tetapkan di mana sahaja dan bila untuk berdebat, kami bersedia pada bilabila masa dan biar rakyat tahu siapa sebenarnya pengkhianat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Jentera Pemuda PASDAPPKR di markas Pemuda Pas di Kampung Pelet di sini, semalam.
Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno dalam ucapannya semasa merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Sri Gading di Batu Pahat barubaru ini menyifatkan Anwar sebagai pengkhianat perjuangan orang Melayu....
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.