Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

,

Rabu, 19 Ogos 2009

SURAT & HUJAH PEGUAM UNTUK PULIH KREDIBILITI ROHAIZAT


(Klik untuk besarkan imej. Sumber gambar di sini.)

Mengikut surat ini, pengadu yang diwakili Haji Che Ani telah mengutuskan sepucuk surat kepada Lembaga Tatatertib Peguam-peguam dengan menyatakan bahawa:
"...Responden di atas telah pun menyelesaikan segala tuntutan/aduan yang telah dikemukakan oleh pihak kami.

Oleh itu pihak kami dengan ini memohon kepada pihak Tuan untuk menarik balik segala aduan yang telah kami kemukakan terhadap ROHAIZAT OTHMAN berkuatkuasa serta merta..."

Sila perhatikan "nama responden" dalam kes tersebut dan perhatikan frasa "telah pun menyelesaikan segala tuntutan/aduan". Kemudian, baca pula hujah peguam UMNO seperti yang dipetik di bawah ini:
"...Perkara 48 Perlembagaan Malaysia jelas maksudnya iaitu seseorang hanya akan hilang kelayakan untuk menjadi Ahli Parlimen [di dalam situasi saudara Rohaizat, Ahli Dewan Undangan Negeri] jika:

(a) Tidak sempurna akal;
(b) Seorang bankrap yang belum dilepaskan;
(c) Memegang sesuatu jawatan berkepentingan;
(d) Gagal menghantar penyata belanja pilihanraya dalam masa dan mengikut cara yang dikehendaki;
(e) Disabitkan suatu kesalahan oleh sesuatu Mahkamah dan dihukum penjara selama tempoh tidak kurang 1 tahun atau denda tidak kurang daripada 2 ribu ringgit dan ia tidak mendapat ampun; dan
(f) Hilang kewarganegaraan.

Berdasarkan kepada perkara di atas, Saudara Rohaizat bin Othman tidak hilang kelayakannya dan nasihat di atas juga telah diberikan oleh Pejabat ini kepada pucuk pimpinan UMNO. Justeru itu, Saudara Rohaizat bin Othman telah dipilih untuk menjadi calon BN N.11 Permatang Pasir."


(2) ISU TINDAKAN TATATERTIB OLEH LEMBAGA TATATERTIB PEGUAMBELA & PEGUAMCARA TERHADAP SAUDARA ROHAIZAT BIN OTHMAN

Di dalam Usul Pemula No. 25-33-2008 di Mahkamah Tinggi Malaya di Pulau Pinang, Saudara Rohaizat bin Othman telah menyatakan keterangan bersumpah seperti berikut:-

(a) Transaksi jual beli sebidang tanah oleh Koperasi Pekebun Getah Negeri Pulau Pinang Berhad [“Koperasi itu”] dikendalikan sepenuhnya oleh bekas rakan kongsi beliau;

(b) Pada masa aduan dibuat oleh Koperasi itu, bekas rakan kongsi beliau telahpun meninggalkan firma beliau, Tetuan Saif Ariff & Rohaizat;

(c) Beliau telah hadir bicara kali pertama di hadapan “Disciplinary Committee” pada 11/9/2007 dan kerana kesuntukan masa, telah ditangguhkan ke tarikh 14/11/2007 bagi beliau memberikan penjelasan sewajarnya;

(d) Malangnya pada 14/11/2007, beliau telah jatuh sakit dan sesalinan sijil sakit telah difakskan kepada ahli “Disciplinary Committee” pada hari itu juga dan telah menghantar wakil untuk memaklumkan perkara tersebut;

(e) Pada 14/3/2008, beliau telah menerima sepucuk surat bertarikh 12/3/2008 daripada Lembaga Tatatertib Peguambela dan Peguamcara dengan satu salinan Perintah menyatakan bahawa beliau telah dibatalkan daripada Daftarai Peguambela dan Peguamcara; dan

(f) Isu tuntutan Koperasi itu telahpun diselesaikan sepenuhnya dan Koperasi itu telah mengeluarkan sepucuk surat bertarikh 28/3/2008 mengesahkan perkara ini..." Keterangan lanjut anda boleh baca di blognya.

Di balik usaha-usaha untuk memulihkan kredibiliti calon BN ini, sila telitikan pula kenyataan Presiden Majlis Peguam tentang perkara yang hangat diperkatakan itu. Menurut beliau:
"Kesalahan itu adalah tanggungannya sendiri dan tidak melibatkan orang lain kerana Rohaizat sendiri yang dinamakan oleh pihak pengadu dan bukan rakannya.
"Rohaizat dipecat pada 7 Mac tahun lalu dan beliau mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Tinggi berikutan keputusan Majlis Peguam itu, di mana mahkamah juga menolak rayuannya pada 12 Ogos tahun ini," akhbar The Edge semalam melaporkan kenyataan Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan.
Ragunath berkata, kesalahan yang dilakukan itu melibatkan wang pemegang amanah Koperasi Pekebun Getah dan tidak ada akaun untuknya.
"Apabila lembaga menyiasat perkara ini dan perintah dibuat, tidak dipulangkan kepada pemegang amanah melibatkan wang berjumlah RM140,000.
"Jika anda tidak bersalah, anda tidak akan didapati bersalah oleh ahli jawatankuasa disiplin dan tuduhan di bawah Seksyen 103D sama seperti salah laku jenayah," katanya lagi.
Laman web Majlis Peguam di bawah tajuk "Disciplinary Orders: January-March 2008" menyenaraikan nama Rohaizat sebagai salah seorang yang digugurkan dari majlis itu.

SIAPA YANG BENAR?
NILAIKANLAH SENDIRI!

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH