PERMATANG PASIR: SALLEH lwn ROHAIZAT
SIAPA SALLEH?
Berusia 52 tahun, seorang ahli perniagaan & pentadbir sekolah agama, merupakan lulusan pengajian Islam dari Universiti Malaya dan dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang tahun lalu.
Salleh mula bertanding dalam pilihan raya sejak tahun 1986. Namun, beliau belum pernah memenangi mana-mana pilihan raya.
SIAPA ROHAIZAT?
BN menurunkan Rohaizat Othman, 38, yang merupakan Setiausaha Umno Bahagian Permatang Pauh dan Ketua Pemuda Umno Cawangan Mengkuang.
Rohaizat mempunyai kelulusan jurusan undang-undang dari Universiti Islam Antarabangsa. Pilihan raya kali ini adalah yang pertama baginya.
Lanjut di sini.
SIAPA MENANG?
Ada cakap-cakap yang mengatakan bahawa kunun-kununnya pilihan raya kali ini menjadi medan untuk menentukan sama ada BN kini sudah bangkit dari era kejatuhannya atau sebenarnya PR kini berhadapan dengan ketidakyakinan rakyat. Jumlah majoriti pilihan raya di Manik Urai dijadikan asas untuk membuat tanggapan tersebut. Namun, tatkala taksub dengan andaian tersebut, mereka mungkin lupa tentang isu duit tambang, projek "mi segera", dan isu jambatan "angan-angan" yang hangat diperkatakan semasa dan selepas pilihan raya kecil di Manik Urai lalu. Andaian & tanggapan. Penentunya 25 Ogos nanti.
Berkaitan:
* Rohaizat Disenarai Hitam oleh Majlis Peguam Malaysia
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.