DISKRIMINASI, DISKRIMINASI, DISKRIMINASI!
Sila baca pautan berita di bawah ini dengan teliti. Bukankah kenyataan yang dimerahkan di bawah ini berunsur diskriminasi? Malah kenyataan itu berunsur ugutan kepada pengundi. Jika anda berasakan bahawa kenyataan itu bukan berunsur diskriminasi, maka abaikanlah ulasan yang saya tulis di bawah ini.
[MALAYSIA KINI] 12 Ogos - BN akan menunaikan janjinya di kawasan peti undi yang dimenanginya walaupun calonnya kalah dalam pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir 25 Ogos ini.
"Kali ini kita guna pendekatan berbeza di mana kita akan tunaikan janji kita mengikut peti undi," kata ketua Umno bahagian Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid.
"Jika di satu kawasan peti undi itu mahukan jalan, jika peti undi itu BN menang, kita akan bagi jalan kepada mereka.
"Walaupun calon kita kalah, jika di mana-mana peti undi kita menang, kita akan tunaikan janji kita kepada peti undi yang menang selepas pilihan raya itu," katanya selepas mesyuarat Umno bahagian itu malam tadi, lapor Bernama..."
Inikah sikap pemimpin parti yang melaungkan semangat 1Malaysia? Tidak habis lagi kontroversi "rasuah politik" di Manik Urai, kini pemimpin UMNO membuat suatu lagi kenyataan diskriminasi yang tidak sepatutnya diucapkan oleh parti yang dikatakan pendukung orang Melayu di negara ini.
Walhal persoalan menang atau kalah itu adalah adat bertanding. Jika kalah, perlulkah wakil BN meminggirkan kawasan tersebut? Beginikah strategi BN mahu merampas semula Pulau Pinang dalam pilihan raya umum akan datang? Beginikah semangat 1Malaysia yang mahu diserapkan kepada seluruh rakyat di negara ini?
Relevankah slogan 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan?
Salam,apa khabar,saya dah kembali ke blog,minta maaf menyepi lama,lama saya tak tulis di ruang komen ini.hu3o...terima kasih...
Comment by Unknown @ Rabu, Ogos 12, 2009 10:32:00 PTG