KONTROVERSI "BEER": HAK MINORITI DIJAGA, HAK MAJORITI...
Siapa kata hak minoriti diabaikan?
Akhirnya, DAP "menang" dalam perbalahan terbaru yang membabitkan dua parti dalam Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. Walaupun keputusan ini tidak mustahil berubah, namun buat masa ini, itulah keputusannya. DAP yang terkenal dengan slogan "Malaysian Malaysia" sekali lagi mempertahankan hak minoriti seperti juga tindakannya di Kedah tidak beberapa lama yang lalu. Walau pun dikatakan memperjuangkan hak semua kaum, namun dua tindakan yang terbaru ini jelas menunjukkan mereka berpihak kepada sesetengah golongan dan meminggirkan suara majoriti.
PAS yang sebelum ini dikatakan berlembut dalam hal berkaitan dengan rumah sembelihan babi di Kedah kini mungkin terpaksa menerima keputusan yang dibuat oleh MB demi menjaga keutuhan Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. Telahan Pak Kadir dalam kirimannya yang lalu juga memperakui hal yang sama:
Jadi, manakala saya bersimpati dengan Dr Hassan, saya kurang yakin Menteri Besar PR Selangor yang mewakili PKR, Abdul Khalid Ibrahim, berani bertindak melucutkan jawatan Liu dan mengehadkan penjualan arak walaupun kerajaan negeri berhak ke atas pelesenan premis arak, judi, hiburan dan riadah.Berhubung dengan keputusan itu, PAS yang sebelum ini berkeras meminta kerajaan negeri melarang penjualan minuman keras di kawasan majoriti penduduk Islam di sekitar negeri Selangor memberitahu pemberita melalui ketua penerangannya Roslan SMS bahawa parti itu akan menyatakan pendirian mereka selewat-lewatnya Isnin ini. Dalam perbincangan yang dibuat dengan wakil kedai serbaneka 7-Eleven, 99 Speedmart, dan KK Mart serta pegawai MBSA, MB Selangor menegaskan bahawa....
Harus diakui bahawa Pas adalah rakan terkecil dalam kerajaan PR Selangor dengan hanya lapan kerusi Adun berbanding PKR 15 dan DAP 13.
Lagipun bilangan wakil rakyat beragama Islam dalam kerajaan PR Selangor adalah lebih kecil daripada bukan Islam – 17 Islam lwn 19 bukan Islam.
[MSTAR] 7 Ogos - ...bahawa kerajaan negeri Selangor memutuskan bahawa penjualan minuman keras di negeri itu adalah berpandukan kepada kesedaran penjual sendiri terhadap permintaan pembeli daripada kalangan orang Islam dan remaja.
Jelas beliau, menerusi peraturan sendiri itu, ia turut bermakna penjual tidak perlu menjual minuman keras di premis mereka yang terletak di kawasan yang tidak mendapat permintaan tinggi daripada penduduk setempat.
Oleh itu, katanya, kerajaan negeri tidak akan mengharamkan penjualan minuman keras tetapi sebaliknya akan memberi tempoh sebulan kepada premis terbabit supaya tidak menjual minuman keras kepada masyarakat Islam.
Sebagai permulaan langkah itu dimulakan dengan kawasan Shah Alam untuk melaksanakan "self regulation"...Berdasarkan keputusan yang dibuat, penjualan arak di kawasan yang menjadi pertikaian kini adalah atas "kesedaran penjual". Memang terasa lawak apabila itu pendekatan yang diambil dalam tempoh terdekat ini. Persoalannya, jika pihak kedai serbaneka ini mempunyai kesedaran, mengapa mereka menjual arak di kawasan majoriti orang Islam? Jika mereka ada kesedaran, mengapa begitu mudah remaja Islam membeli arak di kedai tersebut? Mampukah mereka menghalang jika orang Islam berkeras mahu membeli arak di kedai tersebut? Ada poliskah di situ? Ada penguat kuasa MBSAkah di situ?
Ada yang mendakwa bahawa episod perbalahan kali ini hanyalah sandiwara untuk PAS memenangi kerusi DUN di Permatang Pasir, namun hal ini sebenarnya akan menjadi modal terbaik untuk UMNO mempengaruhi pengundi yang majoritinya Melayu di DUN Permatang Pasir nanti. Sudah tentu isu PAS menuruti telunjuk DAP akan bergema di situ. Isu ini sudah pasti akan dimanupulasikan semaksimum mungkin oleh UMNO untuk meretakkan hubungan DAP-PAS dan pada masa yang sama untuk meraih semula sokongan orang Melayu.
Peluang ini perlu direbut kerana dalam keadaan yang mencabar emosi orang Islam, persoalan perkaitan UMNO dengan industri arak, isu parti sekular, isu amalan rasuah, dan pelbagai lagi isu yang dikaitkan dengan UMNO sebelum ini tidak lagi berkeliaran dalam kotak minda orang Melayu. Pada saat itu, UMNO dilihat sebagai parti yang benar-benar menentang kemungkaran dan mendukung amalan maaruf, walaupun hakikatnya itu semua hanyalah mainan politik. Hakikatnya, jika mereka mahu berdemonstrasi untuk mempertahankan Islam, mengapa hanya di Selangor, tidak di tempat lain; mengapa tidak berdemo menuntut Kerajaan Persekutuan melaksanakan hudud?
Kesimpulannya, jika hal seumpama ini dibiarkan berlarutan, telahan Lim Kit Siang bahawa "...open squabbling could turn Pakatan into one-turn wonder" akan menjadi realiti dalam tempoh beberapa bulan atau selewat-lewatnya selepas PRU13 nanti. Situasi yang berlaku di Perak tidak mustahil akan berlaku di Selangor, waima selepas PRU12 yang lalu pun usaha-usaha senyap-senyap menubuhkan Kerajaan UMNO-PAS atas dasar semangat Melayu hampir-hampir menjadi realiti. Tunggu & lihat.
Dalam hal ini, saya berkongsi pendirian dengan Pak Bakaq: Nahi Mungkar, Jangan Kacau Hak Demokratik Saya!
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.