Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

,

Ahad, 23 Ogos 2009

AMARAN "BAPA MENTUA" NO 2 ROHAIZAT!


Inilah kata peribahasa "SUDAH JATUH DITIMPA TANGGA" dan "SENDIRI BUAT, SENDIRI TANGGUNG" Dek kerana mahu menjadi YB walaupun diri dipalit dengan "lumpur", akhirnya diri dan keluarga diaibkan oleh isu-isu yang hangat diperkatakan: isu penarikan lesen guaman dan isu berkahwin dua.

Ada suara-suara yang duduk di sebelah calon BN ini mengatakan bahawa PR berkempen menyerang kisah peribadi calon. Namun, hal ini tidak wajar diletakkan kesalahannya atas bahu pemimpin Pakatan Rakyat kerana hal-hal itu sebenarnya perlu diketahui oleh rakyat yang mahu mengundinya.

Tun Dr. Mahathir menegaskan bahawa calon pilihan raya perlu "bersih", manakala Tengku Razaleigh menulis dalam blognya mempersoalkan tindakan BN memilih Rohaizat seolah-olah mereka sudah ketandusan calon pilihan raya. Dalam hal ini, mereka sepatutnya berasa malu kerana mahu "membersihkan diri" Rohaizat, maka sanggup pula memburukkan orang lain (Yusri Isahak) . Tuntasnya, sudahlah cuba menyembunyikan pekung, berlaku zalim pula kepada orang lain.

"Pekung" yang telah sekian lama terpendam, mula berbau busuk sehingga baunya merentasi sempadan DUN Permatang Pasir. Daripada hanya segelintir orang yang tahu tentang perilaku pecah amanah yang menyebabkannya kehilangan lesen guaman sehinggalah cerita berbini dua.

Terkini, khabar-khabarnya bapa mentua no 2 Rohaizat, Mohamad Ali telah memberikan tempoh sehingga malam ini kepada Rohaizat untuk menjelaskan isu perkahwinan "senyap-senyapnya" pada tahun 2005 dahulu. Jika dakwaan itu BENAR, maka perkahwinan yang sekiranya disembunyikan daripada isteri pertama itu kini mungkin akan menggugat hubungannya dengan isteri pertama. Bukan itu sahaja, maruah keluarga akan turut tercemar. Hal ini demikian kerana kedua-dua isu yang menyelubungi calon BN itu kini menjadi topik hangat di seluruh negara.

Bagi sesiapa yang mempunyai akses internet, maka berpeluanglah membaca dan mengetahui perkara sebenar dengan lebih "terperinci" di ruangan blog dan laman sesawang. Bagi yang tidak mempunyai akses internet, mungkin berpeluang mendengar kisah ini dari mulut orang lain atau membacanya di media alternatif yang lain.

Walaupun begitu, nasib Rohaizat agak baik kerana cerita tentang penarikan lesen guamannya/pecah amanahnya dan terkini isu berbini dua/menzalimi wanita itu "tidak disiarkan" oleh media arus perdana yang mempunyai sebaran yang luas sehingga ke ceruk kampung. Namun, bak kata peribahasa, "sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga" dan "sorok bangkai, lama-lama berbau juga".

Malangnya, tatkala pelbagai bukti dan pendedahan yang dibuat, masih ada orang yang menganggap bahawa isu ini hanya mainan politik, pembunuhan karektor, dan macam-macam lagi istilah yang membawa maksud yang sama. Seperti yang saya tulis sebelum ini: Mahukah mereka (penduduk DUN Permatang Pasir) dipimpin oleh seseorang yang ada kaitan dengan perilaku pecah amanah? Wajarkah mereka mendapat pemimpin yang berlaku zalim kepada seorang wanita yang dinikahinya secara senyap, kemudian tidak pula diberi nafkah secara adil? Hal ini walaupun bersifat peribadi, namun jika seseorang itu bersikap begitu, maka mampukah dia menjalankan amanah dan berlaku adil kepada rakyat yang mengundi dan yang tidak mengundi kepadanya? Tanpa mengira siapa calon@parti mana yang diwakili calon tersebut, rakyat berhak mengetahui "siapa sebenarnya" orang yang bakal mewakili suara mereka di DUN atau Parlimen.


Berkaitan:

[MALAYSIAKINI] 23 Ogos - Keluarga Rafizah Mohamad Ali menuntut calon BN, Rohaizat Othman supaya mengisytiharkan beliau mempunyai dua orang isteri, termasuk Rafizah yang menetap di Pahang.

Sehubungan itu, bapanya, Mohamad Ali Abdullah, 59, memberi tempoh sehingga malam ini untuk Rohaizat yang juga setiausaha Umno Permatang Pauh membuat pengumuman tersebut.

Mohamad Ali berkata beliau sedang menimbang agar meminta penceramah daripada Pakatan Rakyat menjelaskan kedudukan sebenar berhubung isu ini kepada rakyat serta berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang.

Ketika dihubungi Malaysiakini malam tadi, Mohamad Ali berkata, beliau telah mewalikan pernikahan antara anaknya dengan Rohaizat di pejabat kadi dalam daerah Pekan pada tahun 2005 dan didaftarkan pada tahun yang sama.

"Dia kena isytihar bahawa dia mempunyai dua isteri, pengundi pun tak ragu-ragu. Kalau tidak ia menjadi pembohongan kepada rakyat. Kalau isytihar sekarang risiko tidak besar," kata Mohamad Ali.

"Apa nak ditakutkan? Kita nak takut kepada siapa. Takut kepada manusia atau takut kepada Allah... Sekiranya beliau mengisytihar, maka saya ucapkan terima kasih," tambahnya.

Rohaizat - yang pada mulanya bergelut dengan isu lesen guamannya dibatalkan ekoran itu penyelewangan wang koperasi Pekebun Getah - kini berdepan pula dengan isu isteri kedua.

Pendedahan mengenai isteri kedua Rohaizat itu dibuat oleh Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hasan yang mengakui mengenali rapat kekuarga Rafizah. Rohaizat bagaimanapun menafikan beliau mempunyai isteri kedua yang bernama Rafizah.

Rafizah berumur 29 tahun adalah anak ke-6 daripada 10 adik-beradik.

Menurut Mohamad Ali lagi, sekiranya Rohaizat mengumumkan Rafizah sebagai isterinya, maka Mohamad menasihati Rohaizat agar berlaku adil, terutama dalam urusan memberi nafkah kepada Rafizah.

Beliau juga menjelaskan anaknya buat masa ini tidak akan tampil ke pentas ceramah kerana berada dalam keadaan tertekan.

Ditanya sama beliau menyedari bahawa Rohaizat sudah mempunyai isteri ketika mengahwini anaknya itu, Mohamad Ali berkata beliau menyedari perkara itu.

Tambahnya, beliau bertindak mengahwinkan anaknya itu kerana tidak mahu berlaku sesuatu yang tidak elok kepada anaknya.

"Saya sebagai ayah, anak dah kata bersetuju (nak berkahwin), kalau halang akan jadi kelakuan yang tidak baik," katanya

Ditanya mengapa baru sekarang mendedahkan perkara ini, Mohamad Ali berkata beliau sebagai bapa tidak mahu mencampuri urusan rumahtangga anaknya.

Sebagai seorang suami, katanya, Rohaizat adalah orang yang bertanggungjawab mengurustadbir urusan keluarganya.
"Apabila ada pengaduan (masalah), saya hanya tolong memberi jalan (menyelesaikan masalah) untuk kebaikan mereka. Saya hanya boleh nasihatkan pasangan, itu sahaja," katanya.

Bagaimanapun, Mohamad Ali optimis bahawa masalah Rohaizat-Rafizah ini dapat diselesaikan tanpa mengundang kepada perceraian antara anak dan menantunya itu.

"Belum ke tahap perceraian (dalam usaha) untuk membina keluarga. Perceraian adalah jalan yang terakhir. Saya mahu mengelak daripada perpisahan. Saya tak mahu mereka bercerai berai. "Perkara ini boleh diselesaikan melalui perbincangan keluarga dan tidak perlu pergi ke mahkamah," katanya.

Menurut Mohamad Ali, Rafizah kini berada dalam tertekan dan sedang berehat untuk menenangkan fikiran.

Bagaimanapun beliau enggan memberitahu di mana Rafizah sedang berehat atas permintaan anaknya itu sendiri.

Mengulas lanjut, Mohamad Ali juga mendakwa anaknya juga menerima "tekanan" daripada Rohaizat dan ahli politik daripada Barisan Nasional berhubung pendedahan ini.

Bagaimanapun, Rafizah enggan menceritakan kepadanya bentuk tekanan yang diterimanya.

"Tolong isytihar untuk membersihkan namanya. Saya rasa pengundi masih lagi percaya kepadanya kalau dia isytihar sekarang. Saya tak minta apa-apa, saya minta itu sahaja," katanya sambil menambah calon BN itu masih mempunyai masa untuk berbuat demikian.

Menurut Mohamad Ali, sekiranya Rohaizat tidak berani untuk membuat pengisytiharan, maka mentuanya itu berharap agar Rofizah dibebaskan dengan cara yang baik.

Katanya, sekiranya berlaku perceraian Mohamad Ali menuntut agar Rohaizat mengembalikan surat pernikahan kahwin anaknya yang kini berada dalam simpanannya.

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH