Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label Rohaizat Othman. Papar semua catatan

,

Isnin, 24 Ogos 2009

PERIHAL CALON BN PERMATANG PASIR LAGI!


Ada dua berita yang hendak dikongsikan. Kliklah pautan yang disediakan di bawah ini:

1. Perihal kehilangan bapa Rafizah seperti yang didedahkan di blog Mat Saman Kati.

2. Perihal lanjut tentang kisah Rohaizat dengan bini nombor duanya: berkaitan dengan cerita penikahan, menggugurkan anak, dan gantung tidak bertali sehinggalah cerita lokasi Rafizah sekarang dan pihak-pihak yang cuba menghubunginya. Semuanya seperti yang siarkan dalam blog Din Binjai.

,

Ahad, 23 Ogos 2009

PEKUNG TERBARU CALON BN

[SINAR HARIAN] 23 Ogos - Calon Barisan Nasional (BN), Rohaizat Othman kini berhadapan dengan satu lagi pendedahan salah laku firma guamannya melibatkan penduduk kawasan Permatang Pasir sendiri.

Perkara itu didedahkan Pas membabitkan isu jual beli tanah yang tidak diselesaikan beliau pada tahun 2000 dan melibatkan 16 anak guamannya yang masih belum mandapat tanah.

Naib Presiden Pas Datuk Mahfuz Omar mendakwa, Rohaizat tidak menguruskan perjanjian jual beli tanah sehingga selsai dan sehingga kini geran tanah tersebut masih atas nama tuan tanah yang asal sedangkan wang telah dikeluarkan.

Menurutnya, beliau tidak mengatakan bahawa Rohaizat telah melakukan penipuan sebaliknya beliau meminta Rohaizat memperjelaskan situasi sebenar dan bagaimanakah status tanah yang dibeli oleh 16 anak guamannya.

Pendedahan terbaru ini melibatkan perjanjian jual beli tanah yang tidak diselesaikan oleh Rohaizat sebagai peguam, walaupun setelah wang pendahuluan diberikan kepadanya .

Saya tidak berkata Rohaizat menipu cuma saya mahu beliau bertanggungjawab dan memperjelaskan situasi yang sebenar bagaimanakah tanah tersebut tidak diberikan kepada pembeli,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Mahfuz juga turut menunjukkan surat pembeli yang bersetuju untuk membeli tanah lot 3, lot 662, Seberang Prai Tengah, dengan harga RM17,376 dan beliau turut merahsiakan nama pembeli tersebut atas dasar keselamatan.

Beliau berkata, surat yang ditandatangani oleh Rohaizat, turut tertera perjanjian pembayaran wang pendahuluan sebanyak 10 peratus kepada pemilik tanah yang diberikan kepada firma guaman Rohaizat.

Sebanyak RM1,757 telah dikeluarkan sebagai wang pendahuluan oleh setiap seorang dari 16 pembeli dan diberikan kepada firma guaman Rohaizat untuk menguruskan perjanjian tersebut,” katanya.

Menurutnya, sehingga sekarang pembeli tanah masih lagi belum mendapatkan tanah mereka dan setelah dirujuk kepada pejabat tanah geran tanah tersebut masih diatas nama tuan tanah yang asal.


PENDUDUK PERMATANG PASIR, DEMI MENJADI "ANAK EMAS" KERAJAAN PUSAT, BERSEDIAKAH ANDA MENERIMA CALON INI MENJADI PEMIMPIN?

,

AMARAN "BAPA MENTUA" NO 2 ROHAIZAT!

Inilah kata peribahasa "SUDAH JATUH DITIMPA TANGGA" dan "SENDIRI BUAT, SENDIRI TANGGUNG" Dek kerana mahu menjadi YB walaupun diri dipalit dengan "lumpur", akhirnya diri dan keluarga diaibkan oleh isu-isu yang hangat diperkatakan: isu penarikan lesen guaman dan isu berkahwin dua.

Ada suara-suara yang duduk di sebelah calon BN ini mengatakan bahawa PR berkempen menyerang kisah peribadi calon. Namun, hal ini tidak wajar diletakkan kesalahannya atas bahu pemimpin Pakatan Rakyat kerana hal-hal itu sebenarnya perlu diketahui oleh rakyat yang mahu mengundinya.

Tun Dr. Mahathir menegaskan bahawa calon pilihan raya perlu "bersih", manakala Tengku Razaleigh menulis dalam blognya mempersoalkan tindakan BN memilih Rohaizat seolah-olah mereka sudah ketandusan calon pilihan raya. Dalam hal ini, mereka sepatutnya berasa malu kerana mahu "membersihkan diri" Rohaizat, maka sanggup pula memburukkan orang lain (Yusri Isahak) . Tuntasnya, sudahlah cuba menyembunyikan pekung, berlaku zalim pula kepada orang lain.

"Pekung" yang telah sekian lama terpendam, mula berbau busuk sehingga baunya merentasi sempadan DUN Permatang Pasir. Daripada hanya segelintir orang yang tahu tentang perilaku pecah amanah yang menyebabkannya kehilangan lesen guaman sehinggalah cerita berbini dua.

Terkini, khabar-khabarnya bapa mentua no 2 Rohaizat, Mohamad Ali telah memberikan tempoh sehingga malam ini kepada Rohaizat untuk menjelaskan isu perkahwinan "senyap-senyapnya" pada tahun 2005 dahulu. Jika dakwaan itu BENAR, maka perkahwinan yang sekiranya disembunyikan daripada isteri pertama itu kini mungkin akan menggugat hubungannya dengan isteri pertama. Bukan itu sahaja, maruah keluarga akan turut tercemar. Hal ini demikian kerana kedua-dua isu yang menyelubungi calon BN itu kini menjadi topik hangat di seluruh negara.

Bagi sesiapa yang mempunyai akses internet, maka berpeluanglah membaca dan mengetahui perkara sebenar dengan lebih "terperinci" di ruangan blog dan laman sesawang. Bagi yang tidak mempunyai akses internet, mungkin berpeluang mendengar kisah ini dari mulut orang lain atau membacanya di media alternatif yang lain.

Walaupun begitu, nasib Rohaizat agak baik kerana cerita tentang penarikan lesen guamannya/pecah amanahnya dan terkini isu berbini dua/menzalimi wanita itu "tidak disiarkan" oleh media arus perdana yang mempunyai sebaran yang luas sehingga ke ceruk kampung. Namun, bak kata peribahasa, "sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga" dan "sorok bangkai, lama-lama berbau juga".

Malangnya, tatkala pelbagai bukti dan pendedahan yang dibuat, masih ada orang yang menganggap bahawa isu ini hanya mainan politik, pembunuhan karektor, dan macam-macam lagi istilah yang membawa maksud yang sama. Seperti yang saya tulis sebelum ini: Mahukah mereka (penduduk DUN Permatang Pasir) dipimpin oleh seseorang yang ada kaitan dengan perilaku pecah amanah? Wajarkah mereka mendapat pemimpin yang berlaku zalim kepada seorang wanita yang dinikahinya secara senyap, kemudian tidak pula diberi nafkah secara adil? Hal ini walaupun bersifat peribadi, namun jika seseorang itu bersikap begitu, maka mampukah dia menjalankan amanah dan berlaku adil kepada rakyat yang mengundi dan yang tidak mengundi kepadanya? Tanpa mengira siapa calon@parti mana yang diwakili calon tersebut, rakyat berhak mengetahui "siapa sebenarnya" orang yang bakal mewakili suara mereka di DUN atau Parlimen.


Berkaitan:

[MALAYSIAKINI] 23 Ogos - Keluarga Rafizah Mohamad Ali menuntut calon BN, Rohaizat Othman supaya mengisytiharkan beliau mempunyai dua orang isteri, termasuk Rafizah yang menetap di Pahang.

Sehubungan itu, bapanya, Mohamad Ali Abdullah, 59, memberi tempoh sehingga malam ini untuk Rohaizat yang juga setiausaha Umno Permatang Pauh membuat pengumuman tersebut.

Mohamad Ali berkata beliau sedang menimbang agar meminta penceramah daripada Pakatan Rakyat menjelaskan kedudukan sebenar berhubung isu ini kepada rakyat serta berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang.

Ketika dihubungi Malaysiakini malam tadi, Mohamad Ali berkata, beliau telah mewalikan pernikahan antara anaknya dengan Rohaizat di pejabat kadi dalam daerah Pekan pada tahun 2005 dan didaftarkan pada tahun yang sama.

"Dia kena isytihar bahawa dia mempunyai dua isteri, pengundi pun tak ragu-ragu. Kalau tidak ia menjadi pembohongan kepada rakyat. Kalau isytihar sekarang risiko tidak besar," kata Mohamad Ali.

"Apa nak ditakutkan? Kita nak takut kepada siapa. Takut kepada manusia atau takut kepada Allah... Sekiranya beliau mengisytihar, maka saya ucapkan terima kasih," tambahnya.

Rohaizat - yang pada mulanya bergelut dengan isu lesen guamannya dibatalkan ekoran itu penyelewangan wang koperasi Pekebun Getah - kini berdepan pula dengan isu isteri kedua.

Pendedahan mengenai isteri kedua Rohaizat itu dibuat oleh Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hasan yang mengakui mengenali rapat kekuarga Rafizah. Rohaizat bagaimanapun menafikan beliau mempunyai isteri kedua yang bernama Rafizah.

Rafizah berumur 29 tahun adalah anak ke-6 daripada 10 adik-beradik.

Menurut Mohamad Ali lagi, sekiranya Rohaizat mengumumkan Rafizah sebagai isterinya, maka Mohamad menasihati Rohaizat agar berlaku adil, terutama dalam urusan memberi nafkah kepada Rafizah.

Beliau juga menjelaskan anaknya buat masa ini tidak akan tampil ke pentas ceramah kerana berada dalam keadaan tertekan.

Ditanya sama beliau menyedari bahawa Rohaizat sudah mempunyai isteri ketika mengahwini anaknya itu, Mohamad Ali berkata beliau menyedari perkara itu.

Tambahnya, beliau bertindak mengahwinkan anaknya itu kerana tidak mahu berlaku sesuatu yang tidak elok kepada anaknya.

"Saya sebagai ayah, anak dah kata bersetuju (nak berkahwin), kalau halang akan jadi kelakuan yang tidak baik," katanya

Ditanya mengapa baru sekarang mendedahkan perkara ini, Mohamad Ali berkata beliau sebagai bapa tidak mahu mencampuri urusan rumahtangga anaknya.

Sebagai seorang suami, katanya, Rohaizat adalah orang yang bertanggungjawab mengurustadbir urusan keluarganya.
"Apabila ada pengaduan (masalah), saya hanya tolong memberi jalan (menyelesaikan masalah) untuk kebaikan mereka. Saya hanya boleh nasihatkan pasangan, itu sahaja," katanya.

Bagaimanapun, Mohamad Ali optimis bahawa masalah Rohaizat-Rafizah ini dapat diselesaikan tanpa mengundang kepada perceraian antara anak dan menantunya itu.

"Belum ke tahap perceraian (dalam usaha) untuk membina keluarga. Perceraian adalah jalan yang terakhir. Saya mahu mengelak daripada perpisahan. Saya tak mahu mereka bercerai berai. "Perkara ini boleh diselesaikan melalui perbincangan keluarga dan tidak perlu pergi ke mahkamah," katanya.

Menurut Mohamad Ali, Rafizah kini berada dalam tertekan dan sedang berehat untuk menenangkan fikiran.

Bagaimanapun beliau enggan memberitahu di mana Rafizah sedang berehat atas permintaan anaknya itu sendiri.

Mengulas lanjut, Mohamad Ali juga mendakwa anaknya juga menerima "tekanan" daripada Rohaizat dan ahli politik daripada Barisan Nasional berhubung pendedahan ini.

Bagaimanapun, Rafizah enggan menceritakan kepadanya bentuk tekanan yang diterimanya.

"Tolong isytihar untuk membersihkan namanya. Saya rasa pengundi masih lagi percaya kepadanya kalau dia isytihar sekarang. Saya tak minta apa-apa, saya minta itu sahaja," katanya sambil menambah calon BN itu masih mempunyai masa untuk berbuat demikian.

Menurut Mohamad Ali, sekiranya Rohaizat tidak berani untuk membuat pengisytiharan, maka mentuanya itu berharap agar Rofizah dibebaskan dengan cara yang baik.

Katanya, sekiranya berlaku perceraian Mohamad Ali menuntut agar Rohaizat mengembalikan surat pernikahan kahwin anaknya yang kini berada dalam simpanannya.

,

Sabtu, 22 Ogos 2009

[KEMAS KINI] BUKTI CALON BN KAHWIN DUA !

Saya ke blog Nora sebentar tadi. Antara kiriman terbarunya adalah tentang klip audio yang dikatakan perbualan telefon dengan ayah kepada isteri kedua Rohaizat Othman, calon BN di Permatang Pasir.

Bezanya, wanita yang dimaksudkan kali ini namanya ialah Rafizah bukannya Hafizah seperti yang didakwa sebelum ini. Berdasarkan perbualan telefon itu, ayah wanita itu mengakui bahawa upacara akad nikah itu dilakukannya sendiri dan bukannya secara senyap/tanpa pengetahuan keluarga seperti yang dinyatakan sebelum ini.

Khabarnya juga ada beberapa klip lain berkaitan dengan kontroversi ini akan dimuat naik dari semasa ke semasa. Sila ke -nnora75reform- untuk maklumat lanjut.


Berkaitan:
Blogger Mat Saman Kati di PerakExpress menceritakan lebih detail tentang dakwaan ini
* Pendedahan Siapa Isteri Kedua Rohaizat

"...Team Perakexpress semalam telah menemubual mereka yang terlibat untuk mendapatkan cerita sebenar dari keluarga ‘Hafizah’ ataupun ‘Rafizah’ sendiri.
Rohaizat mempunyai asas untuk menafikan cerita tersebut kerana dua nama tersebut bukan nama sebenar isteri keduanya. Nama sebenar wanita tersebut ialah Norfaezah binti Mohd. Ali. ‘Hafizah’ adalah nama timang-timangan dan nama panggilan dipejabat.
Bapa Norfaezah bernama Mohd. Ali bin Abdullah, dan ibunya bernama Embun. Norfaezah kini menetap di Kuala Lumpur manakala ibubapanya menetap di sebuah bandar di Pahang.
Memang benar, Norfaezah (selepas ini dipanggil Hafizah) pernah bekerja di pejabat milik Rohaizat. Malah Hafizah merupakan seorang pekerja yang cukup rajin dan diatas usaha beliaulah, syarikat Rohaizat dapat bernafas semula selepas kejatuhan akibat skandal Koperasi Pekebun Getah.
Kegigihan Hafizah menyebabkan beliau kadangkala terpaksa balik lewat, dan kesempatan ini telah dipergunakan oleh Rohaizat. Dengan pujuk rayu, Hafizah jatuh cinta kepada Rohaizat tetapi terpaksa menyembunyikan perkara ini dari pengetahuan isteri pertama Rohaizat. Rohaizat terpaksa menyembunyikan perkara ini, kerana dia bergantung harap kepada isteri pertamanya, kerana nama beliau telah disenaraihitamkan oleh pihak bank. Semua urusan pembelian seperti rumah dan kereta terpaksa menggunakan nama isteri pertamanya ataupun nama Hafizah....lanjut klik tajuk artikel di atas"

RAFIZAH@HAFIZAH@NOFAEZAH?



, ,

Jumaat, 21 Ogos 2009

ZAID IBRAHIM: Syarat Asas Peguam & Calon BN

[ZAIDIBRAHIM] Kalau anak-anak kita berniat atau bercita-cita mahu menjadi peguam, maka syarat kelayakan perlu diberitahu kepada mereka terlebih dahulu. Selain dari mendapat ijazah undang-undang, mereka mestilah mempunyai rekod yang menunjukkan mereka adalah “a fit and proper person”.

Peguam mestilah seseorang yang tidak melakukan perkara jenayah, tidak muflis dan tidak menipu. Malah dia tidak boleh melakukan apa-apa saja perbuatan yang boleh dianggap cemar atau menunjukkan buruk pekerti.

Oleh kerana kerjanya melibatkan orang ramai, maka kepercayaan orang ramai kepadanya mestilah kukuh dan tidak terjejas. Dia tidak boleh pecah amanah. Itulah syarat-syarat asas nak jadi peguam .

Lainlah kalau anak-anak kita bercita-cita nak jadi wakil rakyat Barisan Nasional. Untuk mencapai cita-cita itu, dia tidak memerlukan rekod yang baik atau bersih dalam hal urusannya dengan orang ramai. Lihat sahajalah calon BN untuk pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir, iaitu Rohaizat Othman, yang telah digugurkan dari menjadi peguambela dan peguamcara oleh Majlis Peguam kerana syarikat guamannya menggunakan wang kliennya , sabuah koperasi, kira-kira RM160,000. Peguam tidak boleh menggunakan wang pelanggan mereka selain dari tujuan asal wang itu diberi kepada peguam tersebut untuk disimpan....

,

OH NONAKU HAFIZAH!

Ada orang kata bahawa pendedahan isu pemecatan Rohaizat oleh Majlis Peguam dan terkini cerita perihal wanita yang bernama Hafizah mengakui dirinya isteri Rohaizat sejak tahun 2005, namun tidak mendapat layanan yang adil malah tidak diakui oleh si suami sebagai suatu tindakan pembunuhan karektor. Jika anda hanya melihat isu ini secara sepintas lalu, maka anda juga akan beranggapan begitu.

Namun, bagi pengundi di Permatang Pasir, sudah tentu mereka mahu akan pemimpin yang benar-benar bersih baik dari segi moral mahupun apa-apa sabitan daripada undang-undang.

Mahukah mereka dipimpin oleh seseorang yang ada kaitan dengan perilaku pecah amanah? Wajarkah mereka mendapat pemimpin yang berlaku zalim kepada seorang wanita yang dinikahinya secara senyap, kemudian tidak pula diberi nafkah secara adil? Hal ini walaupun bersifat peribadi, namun jika seseorang itu bersikap begitu, maka mampukah dia menjalankan amanah dan berlaku adil kepada rakyat yang mengundi dan yang tidak mengundi kepadanya?

Pendedahan tentang isteri kedua itu bukanlah mempertikaikan soal kahwin dua, malah jika mampu dan boleh berlaku adil dan bertanggungjawab sesiapa pun digalakkan berkahwin lebih daripada satu. Yang menjadi persoalan ialah soal keadilan dan kebertanggungjawaban terhadap perkara yang telah diamanahkan kepada seseorang.

Dalam hal ini, Tun Dr Mahathir pun ada menegaskan "Apabila ada sesuatu kesalahan dilakukan, tidak dapat tidak rakyat akan dapat tahu... kita tidak boleh sembunyikan. Sebab itu kalau hendak jadi ahli politik ataupun pemimpin, jangan terlibat dengan benda-benda yang tidak baik." Yang berikut ialah pendedahan yang dibuat oleh Ketua Pemuda PAS tentang perihal isteri kedua Rohaizat. Saya petik dari Muslimeen United:

Isu yang besar ialah berkait dengan calon BN yang saya anggap seorang yang tidak layak untuk menjadi wakil kepada rakyat di Permatang Pasir. Selain dengan isu pecah amanah dan koperasi ,, ada satu perkara mengenai keperibadian beliau dimana beliau mempunyai seorang isteri yang dikahwininya pada 2005 pada peringkat awal hanya di daftarkan pada 2008 dan hanya menjadikan isteri beliau tetapi tidak diberikan nafkah yang adil. Menurut Ustaz Nasaruddin lagi, wanita tersebut yang dikenali rapat dengan keluarga beliau sebagai Fiza atau Hafizah dan berkali-kali menafikannya dan mengahwininya sejak tahun 2005 yang lalu , saya bukan menyentuh soal peribadi , tetapi isteri beliau disembunyikan, pergi dan datang ikut suka hati malah tidak diakui sebagai sisteri, malah isteri beliau menuntut dari Rohaizat agar mengakuinya dan kini berada di Pahang, kawasan Jengka, dan menurut Ustaz Nasaruddin Tantawi lagi, jika ini lah orangnya dan tidak berlaku adil dengan isteri, mana mungkin beliau akan dapat memimpin rakyat di kawasan Permatang Pasir dan bakal di beri mandat di kalangat rakyat."


Jika apa-apa yang dikatakan oleh Ketua Pemuda PAS ini tidak benar, maka Rohaizat sudah tentu mempunyai hak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap wanita yang bernama HAFIZAH dan jugaKetua Pemuda PAS yang mendedahkan hal ini. Tak kan "peguam" tidak tahu tentang haknya sendiri?

Respons Rohaizat:
* Rohaizat nafi dakwaan ada isteri kedua
"...Saya tidak ada isteri bernama Hafizah. Isteri saya Khairul Niza Abdul Razak. Saya tidak ada isteri bernama Hafizah. Saya tidak berkahwin tahun 2005. Saya menafikan.

"Ini adalah pembohongan semata-mata. Saya tidak mempunyai isteri bernama Hafizah. Isteri saya seorang sahaja
..."

, ,

Khamis, 20 Ogos 2009

XKLUSIF: PENDEDAHAN YUSRI ISAHAK BEKAS RAKAN KONGSI ROHAIZAT!

(Yusri Isahak)

Rohaizat Mengkhianati UMNO dan Barisan Nasional – Yusri Isahak


[BULETIN ONLINE] 20 Ogos - Dalam satu sidang media khas yang diadakan di Yayasan Aman dekat sini, pagi ini, beliau telah mengatakan rakan kongsinya itu, bukan sahaja mengkhianatinya, bahkan mengkhianati UMNO dan Barisan Nasional (BN) dengan tidak memberitahu perkara yang sebenarnya (Video Klip sedang di upload).

Berikut disiarkan salinan kenyataan akhbar Yusri Isahak;

http://www.buletinonline.net/images/stories/PRKPermatangPasir/PermatangPasir5%20050.jpg



http://www.buletinonline.net/images/stories/PRKPermatangPasir/PermatangPasir5%20049.jpg

,

RAKAN KONGSI ROHAIZAT AKAN BELA DIRI

[HARAKAH] 20 Ogos - ...Umno dilihat 'menyucikan' calonnya dan mengalih perhatian, dengan melibas dan menuduh Yusri angkara segalanya. Ini cuba dikuatkan lagi dengan kenyataan Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan yang membela |Rohaizat sekaligus 'berlawan' hujah dengan Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan berikutan keputusan badan itu memecatnya.

PAS tanpa membuang masa, melalui Bendaharinya Pusat Dr Hatta Ramli mengalu-alukan Yusri untuk menjelaskan kedudukan seterusnya membersihkan namanya yang telah dicalarkan oleh para pemimpin Umno muktakhir ini.

"Kita sediakan pentas untuk Yusri tampil sekarang, jika dia mendengar... dia jadi mangsa dan namanya diburukkan oleh Umno.

"Kita nak dengar apa yang telah dilakukan oleh calon ini.Ada salah-lakukah, pecah amanah wang klien kah....kita semua nak tahu,"katanya dihadapan lebih 200 hadirin, sambil disorak dan disokong.

Sebelum itu,kira-kira 20 minit di Markas Utama PAS Permatang Pasir, bersebelahan ceramah Dr Hatta, puluhan pengamal media dan beberapa anggota polis berpakaian preman berkumpul kerana menantikan kononnya satu sidang media tergempar akan dibuat oleh Yusri bersama pimpinan PAS.

Namun spekulasi yang tersebar luas, oleh pihak tidak bertanggungjawab dinafikan oleh pihak urusetia dan beberapa pimpinan PAS yang dihubungi, menjelaskan bahawa setiap sidang media rasmi hanya akan dibuat 11.00 pagi setiap hari di markas tersebut yang juga Pusat Khidmat DUN Permatang Pasir.

"Ini salah satu taktik nak burukkan nama PAS di hadapan media...bila rasa tertipu,mungkin tulis yang bukan-bukan atau tak nak lagi datang sidang media dah..."kata salah seorang petugas.

Menurut sumber, difahamkan isu salahlaku Rohaizat, akan didedahkan secara terperinci hari ini di Yayasan Salam, dekat sini...




Berkaitan:
* Bekas Rakan Kongsi Rohaizat Akan Membuat Kejutan

* Rohaizat tak lakukan penyelewengan -Ahmad


,

Rabu, 19 Ogos 2009

SURAT & HUJAH PEGUAM UNTUK PULIH KREDIBILITI ROHAIZAT

(Klik untuk besarkan imej. Sumber gambar di sini.)

Mengikut surat ini, pengadu yang diwakili Haji Che Ani telah mengutuskan sepucuk surat kepada Lembaga Tatatertib Peguam-peguam dengan menyatakan bahawa:
"...Responden di atas telah pun menyelesaikan segala tuntutan/aduan yang telah dikemukakan oleh pihak kami.

Oleh itu pihak kami dengan ini memohon kepada pihak Tuan untuk menarik balik segala aduan yang telah kami kemukakan terhadap ROHAIZAT OTHMAN berkuatkuasa serta merta..."

Sila perhatikan "nama responden" dalam kes tersebut dan perhatikan frasa "telah pun menyelesaikan segala tuntutan/aduan". Kemudian, baca pula hujah peguam UMNO seperti yang dipetik di bawah ini:
"...Perkara 48 Perlembagaan Malaysia jelas maksudnya iaitu seseorang hanya akan hilang kelayakan untuk menjadi Ahli Parlimen [di dalam situasi saudara Rohaizat, Ahli Dewan Undangan Negeri] jika:

(a) Tidak sempurna akal;
(b) Seorang bankrap yang belum dilepaskan;
(c) Memegang sesuatu jawatan berkepentingan;
(d) Gagal menghantar penyata belanja pilihanraya dalam masa dan mengikut cara yang dikehendaki;
(e) Disabitkan suatu kesalahan oleh sesuatu Mahkamah dan dihukum penjara selama tempoh tidak kurang 1 tahun atau denda tidak kurang daripada 2 ribu ringgit dan ia tidak mendapat ampun; dan
(f) Hilang kewarganegaraan.

Berdasarkan kepada perkara di atas, Saudara Rohaizat bin Othman tidak hilang kelayakannya dan nasihat di atas juga telah diberikan oleh Pejabat ini kepada pucuk pimpinan UMNO. Justeru itu, Saudara Rohaizat bin Othman telah dipilih untuk menjadi calon BN N.11 Permatang Pasir."


(2) ISU TINDAKAN TATATERTIB OLEH LEMBAGA TATATERTIB PEGUAMBELA & PEGUAMCARA TERHADAP SAUDARA ROHAIZAT BIN OTHMAN

Di dalam Usul Pemula No. 25-33-2008 di Mahkamah Tinggi Malaya di Pulau Pinang, Saudara Rohaizat bin Othman telah menyatakan keterangan bersumpah seperti berikut:-

(a) Transaksi jual beli sebidang tanah oleh Koperasi Pekebun Getah Negeri Pulau Pinang Berhad [“Koperasi itu”] dikendalikan sepenuhnya oleh bekas rakan kongsi beliau;

(b) Pada masa aduan dibuat oleh Koperasi itu, bekas rakan kongsi beliau telahpun meninggalkan firma beliau, Tetuan Saif Ariff & Rohaizat;

(c) Beliau telah hadir bicara kali pertama di hadapan “Disciplinary Committee” pada 11/9/2007 dan kerana kesuntukan masa, telah ditangguhkan ke tarikh 14/11/2007 bagi beliau memberikan penjelasan sewajarnya;

(d) Malangnya pada 14/11/2007, beliau telah jatuh sakit dan sesalinan sijil sakit telah difakskan kepada ahli “Disciplinary Committee” pada hari itu juga dan telah menghantar wakil untuk memaklumkan perkara tersebut;

(e) Pada 14/3/2008, beliau telah menerima sepucuk surat bertarikh 12/3/2008 daripada Lembaga Tatatertib Peguambela dan Peguamcara dengan satu salinan Perintah menyatakan bahawa beliau telah dibatalkan daripada Daftarai Peguambela dan Peguamcara; dan

(f) Isu tuntutan Koperasi itu telahpun diselesaikan sepenuhnya dan Koperasi itu telah mengeluarkan sepucuk surat bertarikh 28/3/2008 mengesahkan perkara ini..." Keterangan lanjut anda boleh baca di blognya.

Di balik usaha-usaha untuk memulihkan kredibiliti calon BN ini, sila telitikan pula kenyataan Presiden Majlis Peguam tentang perkara yang hangat diperkatakan itu. Menurut beliau:
"Kesalahan itu adalah tanggungannya sendiri dan tidak melibatkan orang lain kerana Rohaizat sendiri yang dinamakan oleh pihak pengadu dan bukan rakannya.
"Rohaizat dipecat pada 7 Mac tahun lalu dan beliau mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Tinggi berikutan keputusan Majlis Peguam itu, di mana mahkamah juga menolak rayuannya pada 12 Ogos tahun ini," akhbar The Edge semalam melaporkan kenyataan Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan.
Ragunath berkata, kesalahan yang dilakukan itu melibatkan wang pemegang amanah Koperasi Pekebun Getah dan tidak ada akaun untuknya.
"Apabila lembaga menyiasat perkara ini dan perintah dibuat, tidak dipulangkan kepada pemegang amanah melibatkan wang berjumlah RM140,000.
"Jika anda tidak bersalah, anda tidak akan didapati bersalah oleh ahli jawatankuasa disiplin dan tuduhan di bawah Seksyen 103D sama seperti salah laku jenayah," katanya lagi.
Laman web Majlis Peguam di bawah tajuk "Disciplinary Orders: January-March 2008" menyenaraikan nama Rohaizat sebagai salah seorang yang digugurkan dari majlis itu.

SIAPA YANG BENAR?
NILAIKANLAH SENDIRI!

,

Selasa, 18 Ogos 2009

CERITA PEKUNG CALON BN

(Rohaizat Othman (kanan) bersalaman dengan Calon PAS, Mohd Salleh Man - foto MSTAR)

[HARAKAH] 18 oGOS - Tak boleh ada pekung di dada, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kepada sesiapa yang berhasrat menjadi seorang ahli politik ataupun pemimpin.

"Apabila ada sesuatu kesalahan dilakukan, tidak dapat tidak rakyat akan dapat tahu... kita tidak boleh sembunyikan.

"Sebab itu kalau hendak jadi ahli politik ataupun pemimpin, jangan terlibat dengan benda-benda yang tidak baik," katanya.

Sehari selepas kenyataan Dr Mahathir itu, muncul pula berita dalam sebuah akhbar tempatan yang melaporkan calon Barisan Nasional dalam pilihan raya kecil Permatang Pasir, Rohaizat Othman dipecat dari Majlis Peguam.

Prosiding pemecatannya dibuat di bawah Seksyen 103D Akta Akta Profession Guaman 1976. Seksyen tersebut melibatkan salah laku seseorang peguam.

"Kesalahan itu adalah tanggungannya sendiri dan tidak melibatkan orang lain kerana Rohaizat sendiri yang dinamakan oleh pihak pengadu dan bukan rakannya. 

"Rohaizat dipecat pada 7 Mac tahun lalu dan beliau mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Tinggi berikutan keputusan Majlis Peguam itu, di mana mahkamah juga menolak rayuannya pada 12 Ogos tahun ini,"
akhbar The Edge semalam melaporkan kenyataan Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan.

Ragunath berkata, kesalahan yang dilakukan itu melibatkan wang pemegang amanah Koperasi Pekebun Getah dan tidak ada akaun untuknya.

"Apabila lembaga menyiasat perkara ini dan perintah dibuat, tidak dipulangkan kepada pemegang amanah melibatkan wang berjumlah RM140,000. 

"Walaupun anda membayarnya, tetapi kesalahan telah dilakukan dan ia merupakan kesalahan yang serius kerana ia melibatkan transaksi dengan wang pelanggan. 

"Jika anda tidak bersalah, anda tidak akan didapati bersalah oleh ahli jawatankuasa disiplin dan tuduhan di bawah Seksyen 103D sama seperti salah laku jenayah," katanya lagi.

Laman web Majlis Peguam di bawah tajuk "Disciplinary Orders: January-March 2008" menyenaraikan nama Rohaizat sebagai salah seorang yang digugurkan dari majlis itu.

Apabila Ragunath menyebutkan "kesalahan yang serius" dan "sama seperti salah laku jenayah," persoalan yang timbul ialah adakah para pengundi di Permatang Pasir akan mengundi seseorang yang terdedah kepada tuduhan mempunyai pekung di dada?

Adalah dipercayai, isu pemecatan Rohaizat dari Majlis Peguam akan akan menjadi isu utama yang berpanjangan sepanjang pilihan raya kecil Permatang Pasir.

Satu lagi persoalan yang timbul ialah mengapa BN khususnya Umno membelakangkan ingatan Dr Mahathir dan berkeras mahu mencalonkan seseorang yang terdedah kepada tuduhan mempunyai pekung di dada?


Jika dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu, Dr Mahathir menyifatkan pemilihan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh sebagai calon BN di dalam pilihan raya kecil itu sebagai "benar-benar pilihan yang sangat buruk," adakah Rohaizat "benar-benar pilihan yang sangat baik"?

Berkaitan:
* Umno represented by disbarred lawyer
* Rohaizat's offence a personal misconduct, Ragunath says

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH