OH NONAKU HAFIZAH!
Ada orang kata bahawa pendedahan isu pemecatan Rohaizat oleh Majlis Peguam dan terkini cerita perihal wanita yang bernama Hafizah mengakui dirinya isteri Rohaizat sejak tahun 2005, namun tidak mendapat layanan yang adil malah tidak diakui oleh si suami sebagai suatu tindakan pembunuhan karektor. Jika anda hanya melihat isu ini secara sepintas lalu, maka anda juga akan beranggapan begitu.
Namun, bagi pengundi di Permatang Pasir, sudah tentu mereka mahu akan pemimpin yang benar-benar bersih baik dari segi moral mahupun apa-apa sabitan daripada undang-undang.
Mahukah mereka dipimpin oleh seseorang yang ada kaitan dengan perilaku pecah amanah? Wajarkah mereka mendapat pemimpin yang berlaku zalim kepada seorang wanita yang dinikahinya secara senyap, kemudian tidak pula diberi nafkah secara adil? Hal ini walaupun bersifat peribadi, namun jika seseorang itu bersikap begitu, maka mampukah dia menjalankan amanah dan berlaku adil kepada rakyat yang mengundi dan yang tidak mengundi kepadanya?
Pendedahan tentang isteri kedua itu bukanlah mempertikaikan soal kahwin dua, malah jika mampu dan boleh berlaku adil dan bertanggungjawab sesiapa pun digalakkan berkahwin lebih daripada satu. Yang menjadi persoalan ialah soal keadilan dan kebertanggungjawaban terhadap perkara yang telah diamanahkan kepada seseorang.
Dalam hal ini, Tun Dr Mahathir pun ada menegaskan "Apabila ada sesuatu kesalahan dilakukan, tidak dapat tidak rakyat akan dapat tahu... kita tidak boleh sembunyikan. Sebab itu kalau hendak jadi ahli politik ataupun pemimpin, jangan terlibat dengan benda-benda yang tidak baik." Yang berikut ialah pendedahan yang dibuat oleh Ketua Pemuda PAS tentang perihal isteri kedua Rohaizat. Saya petik dari Muslimeen United:
Isu yang besar ialah berkait dengan calon BN yang saya anggap seorang yang tidak layak untuk menjadi wakil kepada rakyat di Permatang Pasir. Selain dengan isu pecah amanah dan koperasi ,, ada satu perkara mengenai keperibadian beliau dimana beliau mempunyai seorang isteri yang dikahwininya pada 2005 pada peringkat awal hanya di daftarkan pada 2008 dan hanya menjadikan isteri beliau tetapi tidak diberikan nafkah yang adil. Menurut Ustaz Nasaruddin lagi, wanita tersebut yang dikenali rapat dengan keluarga beliau sebagai Fiza atau Hafizah dan berkali-kali menafikannya dan mengahwininya sejak tahun 2005 yang lalu , saya bukan menyentuh soal peribadi , tetapi isteri beliau disembunyikan, pergi dan datang ikut suka hati malah tidak diakui sebagai sisteri, malah isteri beliau menuntut dari Rohaizat agar mengakuinya dan kini berada di Pahang, kawasan Jengka, dan menurut Ustaz Nasaruddin Tantawi lagi, jika ini lah orangnya dan tidak berlaku adil dengan isteri, mana mungkin beliau akan dapat memimpin rakyat di kawasan Permatang Pasir dan bakal di beri mandat di kalangat rakyat."Jika apa-apa yang dikatakan oleh Ketua Pemuda PAS ini tidak benar, maka Rohaizat sudah tentu mempunyai hak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap wanita yang bernama HAFIZAH dan jugaKetua Pemuda PAS yang mendedahkan hal ini. Tak kan "peguam" tidak tahu tentang haknya sendiri?
Respons Rohaizat:
* Rohaizat nafi dakwaan ada isteri kedua
"...Saya tidak ada isteri bernama Hafizah. Isteri saya Khairul Niza Abdul Razak. Saya tidak ada isteri bernama Hafizah. Saya tidak berkahwin tahun 2005. Saya menafikan.
"Ini adalah pembohongan semata-mata. Saya tidak mempunyai isteri bernama Hafizah. Isteri saya seorang sahaja..."
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.