Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

,

Isnin, 24 Ogos 2009

...MUNGKIN JIKA DIA BENAR-BENAR DIBUNUH BARULAH...


Tatkala kita berasa bangga kerana kecekapan dan kepantasan pihak polis bertindak terhadap kes demonstrasi jalanan, kes kenderaan SPRM dilontar bom minyak, kes YB membuat kekecohan, dan sebagainya, kita juga terkejut dengan situasi seperti yang saya pautkan beritanya di bawah ini. Perkara seumpama ini bukanlah pertama kali dan mungkin juga bukan yang terakhir dipaparkan oleh media.

Yang menimbulkan persoalan ialah sudah 10 laporan polis dibuat sehingga pengadu pernah membuat laporan dalam keadaan kusut masai dan kepala hampir botak, namun masih belum mencukupi untuk menahan si suspek. Saya amat tertarik dengan ayat "Nor berkata, mungkin jika dia benar-benar dibunuh barulah pihak berkuasa akan mengambil tindakan terhadap bekas suaminya itu." yang saya petik daripada berita di bawah ini.

[HARIAN METRO] 24 Ogos - Sudah lebih 10 laporan polis dibuat seorang pramugari berhubung tindakan bekas suaminya yang mahu membunuhnya sejak 2005, tetapi sehingga kini tiada tindakan diambil.

Malah, suami pramugari berkenaan masih bebas dan berterusan mengugutnya.

“Saya dah buntu dan tidak tahu ke mana mahu meminta bantuan,” katanya.

Beliau yang mahu dikenali sebagai Nor, 35, berkata pelbagai bentuk ancaman yang diterimanya sejak mereka berpisah pada 2005 dan ada antaranya ugutan bunuh yang dihantar melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

“Saya sudah membuat dua laporan polis berhubung ugutan bunuh itu bagaimanapun bekas suami saya masih lagi bebas dan agak kecewa kerana setiap kali membuat laporan polis mahukan bukti.

“Malah, saya sudah kemukakan bukti dengan menunjukkan SMS terbabit kepada polis, namun mereka tidak mahu menerimanya,” katanya.

Nor berkata, mungkin jika dia benar-benar dibunuh barulah pihak berkuasa akan mengambil tindakan terhadap bekas suaminya itu.

Apa yang saya tahu, bekas suami saya memang mempunyai ramai kenalan di kalangan polis dan dia agak terkenal di Seremban kerana mengetuai satu pertubuhan.

“Mungkin dia menggunakan kedudukannya itu untuk menutup segala kesalahan yang dilakukannya,” katanya.

Menurutnya, sehingga kini, dia yang sudah berkahwin lain masih diganggu lelaki terbabit menyebabkan dia bimbang dengan keselamatannya.

“Sejak berkahwin lain, bukan saya saja yang diganggu, malah suami saya turut diancam dengan pelbagai ugutan olehnya.

“Malah, dia mengganggu suami di pejabat hingga suami terpaksa berhenti kerja kerana tidak tahan selain malu dengan rakan sekerja,” katanya.

Katanya, hasil perkongsian hidup dengan bekas suaminya itu, dia mempunyai dua anak seorang lelaki berusia 14 tahun dan seorang lagi perempuan berusia lima tahun.

“Anak sulung tinggal dengan bekas suami manakala yang bongsu pula saya yang menjaganya dan akan diambil bekas suami pada hujung minggu,” katanya.

Bagaimanapun, menurut wanita malang terbabit, satu peristiwa hitam berlaku April lalu apabila anak bongsu dicabul bekas suami ketika tinggal bersamanya.

Menurutnya, pelbagai penderitaan yang dialami dan lebih teruk ketika mereka dalam proses perceraian pada 2005 lalu apabila rambutnya digunting dan dia dikurung sebelum berjaya melepaskan diri.

“Peristiwa terbabit berlaku ketika sambutan ulang tahun hari lahir apabila bekas suami menjemput ketika saya baru tiba di lapangan terbang.

“Ketika itu, dia memberitahu mahu menyambut hari lahir saya dan menjemput mengikutnya pulang kerana mahu memberikan hadiah istimewa,” katanya.

Nor berkata, dia pada mulanya agak berat mahu mengikut pulang, namun kerana lelaki terbabit menarik dan memarahinya di depan rakan setugas dia terpaksa mengikut kehendak bekas suaminya itu.

Sejurus tiba di rumah, bekas suami memukul dan menggunting rambut saya hingga hampir botak selain mahu mengurung dan menyeksa saya.

“Namun, Tuhan ternyata masih sayangkan saya kerana ketika itu ada rakan bekas suami menghubunginya melalui telefon bimbit dan saya mengambil peluang menjerit sekuat hati,” katanya.

Katanya, jeritan itu ternyata berjaya menyelamatkannya dan dia akhirnya dilepaskan.

Bagaimanapun, semua dokumen penting saya sudah disorokkan bekas suami dan saya kemudian membuat laporan di Balai Polis Seremban berhubung kejadian terbabit.

Dengan keadaan kusut dan rambut yang hampir botak saya ke balai dan membuat laporan, namun mereka mahu saya menunjukkan bukti kukuh mengatakan saya diperlakukan sedemikian oleh bekas suami.

“Saya hairan kerana bekas suami langsung tidak ditahan dan sepatutnya pihak berkuasa yang sepatutnya mencari bukti terbabit,” katanya.

Katanya, dia sudah tidak tahan menanggung penderitaan akibat diganggu bekas suaminya itu dan berharap lelaki itu dikenakan tindakan sewajarnya atas segala perbuatan yang dilakukan terhadapnya.

APA SUDAH JADI DENGAN SLOGAN
"TEGAS, ADIL & BERHEMAH"?

  1. Salam,

    Dah jadi adat dah malaysia goment ni..tak nak buang jauh-jauh parit bahasa melayu"dah terantuk baru nak tengadah"
    Esok bila dah jadi serius barulah nak tubuhkan "badan siasatan di raja"...

    gravatar Comment by anakmuaallaf @ Isnin, Ogos 24, 2009 12:43:00 PTG      
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH