Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Isnin, 24 Ogos 2009

9 ALASAN TEOH BENG HOCK BUNUH DIRI


Tiga kemungkinan yang menjadi punca kematian Teoh Beng Hock ialah bunuh diri, terjatuh, dicampak/ditolak. Tanpa perlu membuat kaji selidik, majoriti orang ramai di kawasan bandar yang terdedah dengan sumber maklumat alernantif pasti menolak pendapat yang dikemukakan di bawah ini. Oleh itu, menelaah persepsi dan tanggapan bahawa Teoh Beng Hock membunuh diri menuntut kesabaran orang yang tidak sependapat dengan dua orang doktor forensik di bawah ini.

[UTUSAN MALAYSIA] Persoalan tentang punca kematian Teoh Beng Hock yang jatuh dari tingkat 14 Plaza Masalam, Shah Alam, lebih sebulan lalu hampir terungkai apabila dua pakar patologi sependapat bahawa Setiausaha Politik Exco Selangor itu telah membunuh diri.

Sebagaimana Pakar Perunding Kanan Perubatan Forensik, Dr. Khairul Azman Ibrahim dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang: Pakar Patologi Forensik dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Dr. Prashant Naresh Samberkar turut menolak teori Beng Hock dibunuh atau terjatuh secara tidak sengaja.
Dalam keterangan minggu lalu, Prashant yang melakukan bedah siasat atas permintaan ahli keluarga Beng Hock turut memberi sembilan alasan mengapa beliau berpendapat bahawa saksi kes siasatan berhubung penyalahgunaan peruntukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor itu lebih cenderung membunuh diri;
1. Kesan-kesan kecederaan fizikal dan dalaman yang selari disebabkan jatuh dari tempat tinggi.
2. Kesan kecederaan pada bahagian bawah kanan badan terutama keretakan pada tulang-tulang panjang menunjukkan kesan bertahan atau cuba melindungi (otot-otot dikeraskan semasa jatuh yang menyebabkan keretakan pada tulang-tulang panjang).
3. Kesan koyakan pada bahagian punggung dan bahagian alat kelamin pada seluar yang dipakai Beng Hock berlaku berikutan regangan yang kuat disebabkan kesan impak semasa jatuh.
4. Paras birai tingkap yang melepasi pusat graviti badan manusia serta lantai yang ditutupi permaidani menunjukkan tidak mungkin berlaku kemalangan seperti tergelincir dan terjatuh dari tingkap.
5. Kesan comot pada bahagian tepi tingkap selain kesan garisan birai tingkap sepanjang 3 milimeter pada tapak kasut yang menunjukkan kemungkinan Beng Hock memijak birai tingkap dalam keadaan mencangkung sebelum terjun.
6. Ujian toksikologi yang negatif menunjukkan Beng Hock tidak di bawah pengaruh dadah, ubat-ubatan atau alkohol.
7. Tiada kesan lemas atau gigitan pada lidah yang biasanya berlaku dalam kes-kes pergelutan.
8. Tiada kesan kecederaan akibat mempertahankan diri.
9. Tiada kesan-kesan kecederaan akibat cuba melawan.
''Sebab kematian yang paling ketara dalam kes ini, pada pendapat saya adalah bunuh diri,'' kata Prashant yang berpengalaman 10 tahun dan pernah menjalankan lebih 3,000 bedah siasat.
Bagaimanapun, beliau mengaku tidak berhak untuk mengatakan sama ada Beng Hock mempunyai alasan untuk membunuh diri....


SEDANG ORANG-ORANG INI SIBUK MEMPOPULARKAN & MENGAITKAN RANGKAI KATA "BUNUH DIRI" DENGAN KEMATIAN TEOH BENG HOCK, 1MALAYSIA YANG LAIN SIBUK MEMIKIRKAN PUNCA MENDIANG BERBUAT DEMIKIAN. MENGAPA MENDIANG MAHU MEMBUNUH DIRI? MENGAPA MENDIANG MEMILIH BANGUNAN YANG MENEMPATKAN PEJABAT SPRM UNTUK BERBUAT DEMIKIAN?

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH