Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

,

Selasa, 18 Ogos 2009

[KEMAS KINI] UMNO AMAL AJARAN ISLAM PALSU?


(Keratan Akhbar Utusan Malaysia)

Bukan sahaja 1Malaysia tertipu dek putaran dan belitan akhbar arus perdana, saya juga tertipu. Terdahulu saya ada mengulas isu ini secara ringkas. Memang agak mengelirukan. Saya memang tidak mahu mengulas panjang kerana menunggu respons selanjutnya daripada kedua-dua belah pihak. Rupanya-rupanya, kata TG Nik Aziz apa-apa yang diberitakan terutama "mengikut ajaran Islam sesat dari Palestin" itu hanyalah rekaan semata-mata. Pada kiriman 17/8 yang lalu, saya ada menulis secara ringkas:
"Kalau dikatakan mereka mengamalkan cara hidup Islam secara selektif tentulah saya tahu, tetapi jika sudah dikatakan mengamalkan ajaran Islam sesat yang berasal dari Palestin, saya memang tidak tahu. Biar apapun TG Nik Aziz ada hujahnya. Bergantung pada keberanian UMNO untuk mengajak TG Nik Aziz untuk berdebat isu ini. Namun, jika cabaran debat tentang isu "komunis" yang lalu pun tidak bersahut, isu kali ini pun agak-agaknya hanya bergegar dalam media sahajalah.
Walau bagaimanapun saya tidak sabar-sabar menunggu riuh rendah berita di televisyen malam ini. Saya juga tidak sabar-sabar menunggu gegak gempita tajuk berita yang dipaparkan dalam surat khabar pada keesokkan hari.
Kontroversi & Menakutkan"

Memang sudah diagak isu ini akan disensasikan di kaca tv. Baru sebentar tadi, TV3 menemuramah 2 tokoh agama, iaitu Tan Sri Harussani, Mufti Perak dan Timbalan Mufti Kedah tentang isu ini. Turut memberikan respons ialah TPM. Katanya, hanya Majlis Fatwa yang berhak mengulas isu ini (mungkin sama seperti yang diberitakan di sini). Namun, hari ini, TG Nik Aziz menyatakan dalam Harakah bahawa beliau akan menyaman pihak yang memutarbelitkan kenyataannya:
[HARAKAH] 18 oGOS - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, akan mengambil tindakan undang-undang kepada pihak media yang memutar belit kenyataannya dengan mendakwa beliau berkata "ahli Umno tidak masuk syurga".
"Saya akan berbincang dengan peguam dan akan mengambil tindakan undang-undang kepada mana-mana media yang telah menokok tambah kenyataan saya," katanya sewaktu sidang media di pejabatnya tadi.
Beliau berkata demikian kepada media sebagai menenafikan laporan akhbar hari ini yang melaporkan kenyataannya bahawa "Ahli Umno Tidak Akan Masuk Syurga", di pejabatnya tengahari tadi.
Sebuah akhbar harian menyiarkan di muka depan kononnya Nik Aziz berkata, ahli Umno tidak akan masuk syurga.
Sebelum ini, akhbar yang sama telah memohon maaf kepada Nik Aziz di muka depannya kerana mentyiarkan kenyataan yang salah tentang Nik Aziz.
Nampaknya, Nik Aziz terpaksa sekali lagi mengambil pendekatan saman terhadap akhbar ini.
"Saya biasanya mengunakan perkataan penyokong Umno, saya tidak mengunakan ahli Umno. Penyokong lain, ahli lain.
"Saya tidak pernah menyentuh mengenai ahli-ahli Umno, tetapi saya menyentuh dasar yang dibawa oleh Umno," katanya lagi.
Tambahnya lagi, memang mana-mana orang Islam yang mengasingkan Islam dan iman mustahil akan masuk syurga.
"Mana-mana gerakan orang Islam yang hanya mementingkan Islam sahaja tanpa iman, memang mustahil masuk syurga, itu yang saya sebut, tidak langsung maksudkan anggota parti Umno," tegasnya.
Sambungnya lagi, beliau juga turut menafikan beliau mendakwa parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin.
"Saya tidak sebut langsung tentang Palestin waktu tu, ni semua tak lain tak bukan untuk memburukkan saya dan membiarkan saya ni jadi balah (berkelahi) pula dengan Umno,"ujarnya.
Ketika diminta mengulas adakah kenyataan beliau sering diputar belitkan kerana musim pilihan raya kecil, Tuan Guru memberitahu beliau memang sedar tentang perkara itu.
"Kita memang dah tahu dah cara (taktik) parti ni, memang macam tu lah,"ujarnya.
Akhbar perdana sudah jadi akhbar Umno
Menyentuh kenyataan Mufti Negeri Perak, Tan Sri Harussani Zakarian, yang mengulas kenyataannya melalui hanya membaca di akhbar, Nik Aziz berharap agar Harussani mendapat maklumat yang sebenarnya melalui beliau.
"Sebagai seorang mufti kalau nak buat kenyataan kena tanya saya dahulu iaitu tuan punya cakap.
"Beliau tidak boleh turut (baca melalui) surat khabar, surat khabar arus perdana sekarang ni surat akhbar Umno, macam mana dia nak buat ulasan menurut surat khabar," ujarnya.
Nik Aziz juga berharap, agar rakyat di negara ini merdekakan pemikiran dari menurut manusia kepada menurut Nabi Muhamad SAW.
"Manusia kena menukar pemikiran dari mengikut manusia kepada menurut kepada ajaran Nabi Muhamad SAW,"katanya.
Berita yang Dimaksudkan:
VERSI 1:
[BERNAMA] 17 Ogos - Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata anggota Umno tidak akan masuk syurga kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin.
Katanya terdapat perbezaan antara Islam yang didakwah oleh Pas dan Islam yang diamalkan oleh umat Islam daripada kalangan anggota Umno.
"Islam bawah Umno tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga.
Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka," katanya kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara Bukit Mertajam di sini hari ini selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir.Pengundian ialah pada 25 Ogos ini.
Pilihan raya kecil itu melibatkan calon Pas, Mohd Salleh Man, 52, yang juga Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, dan calon Barisan Nasional Rohaizat Othman, 38.Kawasan itu mempunyai 20,290 pengundi berdaftar.

VERSI 2:
[BERNAMA] 17 August - In PAS spiritual leader Datuk Nik Aziz Nik Mat's latest attack on Umno, he claimed that Umno has brought Islamic teachings from Palestine which is false Islam.

The Kelantan Menteri Besar said that Islam as practised by Umno members would not take Muslims to heaven.

"The Islam preached by PAS is different from the Islam practised by Umno members as the latter will not get Muslims anywhere and definitely not to heaven. "Based on this, I believe the people of Permatang Pasir will vote in the PAS candidate Mohd Salleh Man to represent them," he told reporters after accompanying the opposition candidate to the nomination centre at Institut Kemahiran Belia Negara, here, on Monday.

The Permatang Pasir by-election on Aug 25 will see a straight contest between Man, 52, and Barisan Nasional candidate Rohaizat Othman, 38.

This state seat in the Permatang Pauh parliamentary constituency has 20,290 registered voters.

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH