RAKAN KONGSI ROHAIZAT AKAN BELA DIRI
[HARAKAH] 20 Ogos - ...Umno dilihat 'menyucikan' calonnya dan mengalih perhatian, dengan melibas dan menuduh Yusri angkara segalanya. Ini cuba dikuatkan lagi dengan kenyataan Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan yang membela |Rohaizat sekaligus 'berlawan' hujah dengan Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan berikutan keputusan badan itu memecatnya.
PAS tanpa membuang masa, melalui Bendaharinya Pusat Dr Hatta Ramli mengalu-alukan Yusri untuk menjelaskan kedudukan seterusnya membersihkan namanya yang telah dicalarkan oleh para pemimpin Umno muktakhir ini.
"Kita sediakan pentas untuk Yusri tampil sekarang, jika dia mendengar... dia jadi mangsa dan namanya diburukkan oleh Umno.
"Kita nak dengar apa yang telah dilakukan oleh calon ini.Ada salah-lakukah, pecah amanah wang klien kah....kita semua nak tahu,"katanya dihadapan lebih 200 hadirin, sambil disorak dan disokong.
Sebelum itu,kira-kira 20 minit di Markas Utama PAS Permatang Pasir, bersebelahan ceramah Dr Hatta, puluhan pengamal media dan beberapa anggota polis berpakaian preman berkumpul kerana menantikan kononnya satu sidang media tergempar akan dibuat oleh Yusri bersama pimpinan PAS.
Namun spekulasi yang tersebar luas, oleh pihak tidak bertanggungjawab dinafikan oleh pihak urusetia dan beberapa pimpinan PAS yang dihubungi, menjelaskan bahawa setiap sidang media rasmi hanya akan dibuat 11.00 pagi setiap hari di markas tersebut yang juga Pusat Khidmat DUN Permatang Pasir.
"Ini salah satu taktik nak burukkan nama PAS di hadapan media...bila rasa tertipu,mungkin tulis yang bukan-bukan atau tak nak lagi datang sidang media dah..."kata salah seorang petugas.
Menurut sumber, difahamkan isu salahlaku Rohaizat, akan didedahkan secara terperinci hari ini di Yayasan Salam, dekat sini...
* Rohaizat tak lakukan penyelewengan -Ahmad
apa daa..yayasan salam? yayasan salam kalu, adik ipar tun mahathir punya NGO...yayasan aman penanti daaa...!!!
Comment by AwangBelangah @ Khamis, Ogos 20, 2009 12:34:00 PTG