[KEMAS KINI] SELESEMA BABI: Keadaan Masih Terkawal?
Dalam sibuk-sibuk menghadapi ancaman wabak selesema babi, kita juga sebenarnya masih berhadapan dengan peningkatan kes demam denggi. Namun, penularannya yang begitu cepat menyebabkan selesema babi dianggap ancaman terbesar bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia. Daripada status epidemik kini penularan selesema babi yang sudah merentasi benua dan sempadan digelar sebagai pandemik. Pada ketika ini, kes selesema babi di seluruh dunia telah melebihi 200 000 ribu, manakala angka kematian pula sudah melebihi 1 700 orang.
Di Malaysia, daripada 2 kes import kini sudah ada lebih 2000 kes, daripada 1 kes sehari, sekarang melebihi 270 kes sehari, namun seperti biasa kita diberitahu bahawa "keadaan masih terkawal". Terkawalkah keadaan apabila dalam masa 24 jam ada 270 kes baru? Terkawalkah keadaan apabila 9 kematian kurang daripada 48 jam?
Dalam keadaan yang kian nazak, tidak perlullah kita mempersoalkan keberkesanan tindakan yang diambil oleh kerajaan dalam usaha membendung penyakit ini. Tidak perlullah kita bertanya bagaimana daripada 2 kes import dahulu, kini bilangan kes penyakit ini sudah melebihi 270 kes dalam sehari?
Setakat malam tadi, diberitakan sudah 41 nyawa melayang akibat penyakit ini. Semalam juga mencatatkan sebanyak 270 kes baru. Kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada keesokkan hari. Yang pasti jumlah kematian semakin meningkat, jumlah kes juga semakin meningkat.
Persoalannya, adakah langkah yang diambil sekarang sudah memadai? Jika memadai dan terbaik mengapa daripada 2 kes kini sudah melebihi 2000 kes? Benarkah frasa "keadaan masih terkawal" mencerminkan keadaan sebenar? Adakah 9 nyawa melayang dalam sehari mencerminkan makna sebenar frasa tersebut?
Walhal keadaan semakin tidak terkawal. Kita perlu lakukan langkah yang lebih proaktif untuk membendung pandemik ini. Benar rakyat diberitahu agar menjaga kebersihan diri, rakyat juga diberitahu agar bertindak segera jika mengalami tanda-tanda penyakit ini. Namun, tindakan-tindakan tersebut bergantung pada budi bicara dan kesedaran rakyat. Bagaimana jika sesetengah rakyat masih tidak sedar atau tidak mahu "sedar" tentang bahaya penyakit ini?
Bagi saya, polisi dan penguatkuasaan undang-undang yang lebih tegas perlu dilaksanakan oleh kerajaan. Misalnya, mewajibkan semua orang memakai topeng pelindung jika berada di tempat awam. Mungkin kerajaan perlu memberikan subsidi atau mengedarkan topeng ini secara percuma kepada masyarakat. Ada sesetengah anggota masyarakat yang keberatan mengeluarkan RM1 untuk membeli topeng ini. Bagi mereka, topeng ini agak "mahal" untuk dibeli setiap hari, walaupun sikap itu sebenarnya meningkatkan risiko dijangkiti wabak ini. Namun, itulah pandangan/pendapat bagi orang yang mempunyai pendapatan yang rendah.
Selain itu, jika perlu menutup institusi pendidikan, maka kita wajar melakukannya. Saya tertarik apabila mendengar ulasan dan kebimbangan ibu bapa tentang penularan wabak ini di sekolah dalam berita di tv semalam. Rata-rata mereka bersetuju supaya sekolah ditutup/sesi persekolah ditutup awal jika langkah ini dapat menyekat penularannya. Begitu juga dengan keperluan membatalkan atau melarang sebarang program dan perhimpunan awam. Tidak perlulah menunggu kematian mencecah ratusan orang seperti yang diberitakan di Argentina dan di negara-negara yang lain baru kita mahu melakukan itu, melakukan ini.
Wabak ini perlu disekat penularannya sebelum merebak ke ceruk-ceruk kampung pada cuti Hari Raya Aidilfitri nanti. Bayangkan jika penyakit ini mula merebak ke kawasan pedalaman yang majoriti penghuninya yang naif tentang penyakit ini? Bayangkan jika penyakit ini masih menular pada permulaan sesi persekolahan tahun hadapan? Bayangkan jika jumlah pesakit ini kian meningkat sehingga tidak ada lagi katil untuk pesakit-pesakit ini di hospital-hospital di negara kita?
Oleh itu, selain mengamalkan beberapa langkah yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan seperti memakai topeng muka, membasuh tangan, tidak mengunjungi tempat awam jika tiada keperluan, dan sebagainya, kita digalakkan untuk mengambil vitamin-vitamin yang dapat meningkatkan sistem imuniti badan seperti vitamin D dan sebagainya. Ada juga khabar-khabar di internet yang mengesyorkan kita minum susu kambing atau mengambil minyak kelapa dara untuk mencegah penyakit ini. Berdasarkan maklumat yang disiarkan di isuhangat, air kelapa & kurma dikatakan mampu mengubati penyakit selsesema babi. Cara-caranya ialah masukkan kurma ke dalam mangkuk, kemudian tuangkan air kelapa dan biarkan kurma dan air kelapa itu selama satu atau dua jam. Selepas itu, minum air kelapa dan makan kurma itu sekali. Wallahualam
Amalkan kebersihan diri:
kita semua dilindungi Allah SWT:
(Sumber Gambar: Pelbagai)
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.