Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

, ,

Isnin, 3 Ogos 2009

[KEMAS KINI] SIAPA PENGKHIANAT MELAYU?


Dua berita tentang pengkhianatan terhadap orang Melayu. Satu berita hari ini, satu lagi berita tahun 2006 yang lalu, satu oleh Utusan Malaysia, satu lagi oleh Harakah, satu tentang Anwar Ibrahim, satu lagi tentang Muhyiddin Yassin. Sila baca dengan teliti dan buat penilaian sendiri.

Berita 1: Utusan Malaysia

Anwar pengkhianat

BATU PAHAT 2 Ogos – Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat besar terhadap perjuangan orang Melayu.

Timbalan Perdana Menteri turut menyifatkan Anwar sebagai pemimpin lidah bercabang kerana sanggup memutarbelitkan fakta mengenai usaha UMNO untuk memartabatkan orang Melayu.
Dulu dia pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO seperti saya sekarang, tetapi dia sekarang menggunakan cara yang memperdayakan untuk memusnahkan perjuangan kita,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Sri Gading di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) di sini semalam.
Muhyiddin berkata, Anwar selaku Ketua Pembangkang kini menyebarkan dakyah untuk mencipta persepsi negatif terhadap usaha UMNO dalam mempertahankan hak keistimewaan Melayu dan institusi raja.
Dia kata kepada semua orang bahawa UMNO zalim, tetapi beritahu saya sekarang dalam cara apa yang kita zalim? Kenapa dia tidak beritahu ini semasa dia jadi pemimpin kita?” soalnya.
Beliau mendedahkan taktik pembangkang mengulangi pembohongan hingga rakyat mempercayai penipuan itu.
Hingga sampai ke tahap ini, orang menganggap apa yang dilakukan oleh UMNO adalah salah dan apa sahaja yang dilakukan kita tidak baik untuk rakyat.
“Maka semua kebaikan yang pernah kita lakukan membangunkan negara sejak 50 tahun lalu tidak lagi dihargai,” katanya.
Muhyiddin mengakui UMNO bukanlah parti yang tidak pernah melakukan kesilapan namun ia telah melakukan yang terbaik untuk menghapuskan rasuah, keangkuhan dan pengurusan yang tidak cekap.
Tiada masalah untuk mengkritik kerana kita bukan maksum tetapi saya tidak boleh terima kalau pembangkang menghina dan tidak menghormati orang Melayu,” jelasnya.
Sehubungan itu, beliau menyeru ahli dan pemimpin UMNO mengubah persepsi negatif pembangkang terhadap parti dengan terus mendekati rakyat terutama di peringkat akar umbi.
Menurutnya, pendekatan itu jika dilakukan secara berterusan akan menyedarkan rakyat terhadap perjuangan ikhlas UMNO dalam membela nasib mereka terutama bangsa Melayu.
“Kita hanya mempunyai dua tahun untuk mengubah persepsi dan imej buruk itu,” katanya.
Menurutnya, UMNO juga bukan parti yang semata-mata mahukan undi rakyat pada setiap pilihan raya, tetapi untuk membela dan membangunkan mereka.
“Tetapi disebabkan dakyah serta pelbagai tuduhan pembangkang terhadap UMNO menyebabkan timbul persepsi buruk rakyat terhadap parti sejak kebelakangan ini,” katanya.
Ekoran itu, beliau berkata, tindakan segera perlu dilaksanakan mulai sekarang bagi mengembalikan semula keyakinan tersebut agar UMNO dapat terus berjuang untuk membela mereka.

Berita 2: Harakah

Umno gadai tanah Johor kepada Singapura
KUALA NERUS, 15 Mei (Hrkh) - Pemimpin Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) didakwa telah menggadai sejumlah tanah di negeri Johor kepada kerajaan Singapura pada awal tahun 1980-an lagi.
Pemimpin Umno pada waktu itu telah menyerahkan tanah seluas 51,170 hektar kepada Singapura dengan bayaran RM350 juta, kata Pengerusi Majlis Tindakan Rakyat Kelantan, Dato' Paduka Ibrahim Ali.
Beliau mendakwa Menteri Petanian dan Asas Tani yang juga bekas Menteri Besar Johor, Tan Sri Muhyiddin Yassin bertanggungjawab menggadai tanah-tanah orang Melayu kepada Singapura.
"Saya terkejut, rupa-rupanya pada tahun 1980 sewaktu Muhyiddin Yassin jadi Menteri Besar dan waktu itu Musa Hitam jadi Timbalan Perdana Menteri tiada siapa pun tahu didedahkan bahawa pada tahun 1981, kerajaan Johor di bawah Muhyiddin telah menyerahkan tanah di kawasan Sungai Lingu iaitu di Bandar Tenggara Johor sebanyak 51,170 hektar kepada kerajaan Singapura," jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Ceramah Perdana Menentang Penghinaan Terhadap Islam di perkarangan Maahad Tahfiz Wa-Tarbiyyah Darul Iman, Tok Jiring, baru-baru ini.
Katanya, kawasan tersebut tidak jauh dengan Kota Tinggi yang merupakan kawasan hamparan air seluas 51,170 hektar.
Menurutnya, kawasan berkenaan dipajak kepada kerajaan Singapura selama 60 tahun dengan kadar bayaran RM350 juta dan tidak dibenarkan sesiapa pun memasukinya sekarang ini.
Beliau mendapat maklumat tersebut ketika menghadiri suatu Majlis Dailog Kepentingan Bangsa Peringkat Negeri Johor pada 7 Mei lalu bersama Tengku Razaleigh Hamzah.
Menurutnya, taklimat tertutup itu dikendalikan oleh bekas Setiausaha Kerja Umno Johor, Encik Hamzah Othman yang juga bekas pengerusi guru-guru besar bersara.
"Sebelum itu, ada satu taklimat tertutup yang diberi oleh Encik Hamzah Othman, bekas pengerusi guru-guru besar bersara yang pernah jadi Setiausaha Kerja Umno Johor dahulu sewaktu Muhyiddin Yassin jadi Menteri Besar. Dia bagi taklimat dengan tayangan slide, cukup dari segi maklumat, dengan petanya, pelan toponya," jelasnya di hadapan lebih 10,000 orang hadirin.
Sehubungan itu, beliau turut melahirkan rasa kesal dan dukacita setelah enam tahun menganggotai Ahli Majlis Tertinggi Umno dan 13 tahun menjadi Ketua Bahagian Umno tidak mengetahui isu tersebut.
Katanya, empangan tersebut dibuat setinggi 193 meter dan jika pecah atau dipecahkan seluruh Kota Tinggi termasuk Bandar Tenggara boleh tenggelam."
Berkaitan:
* Muhyidin Yassin gadai maruah Melayu Johor


SIAPA PENGKHIANAT?

Berkaitan:
* Anwar tuntut Muhyiddin minta maaf
[MALAYSIA KINI] 3 Ogos - "Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan akhbar milik Umno, Utusan Malaysia.

Pemimpin Umum PKR itu berang dengan laporan muka depan Utusan yang memetik Muhyiddin menuduh Anwar pengkhianat' kepada perjuangan Melayu dan menuduhnya memutarbelit fakta mengenai usaha martabatkan Melayu.

Muhyiddin membuat kenyataan tersebut ketika merasmikan mesyuarat Umno bahagian Sri gading di Johor semalam.

Berikutan itu, Anwar mahu timbalan perdana menteri menarik balik kenyataannya itu dan membuat permohonan maaf secara terbuka.

Dalam surat tuntutannya kepada Muhyiddin dan Utusan, Anwar juga menuntut gantirugi sebanyak RM100 juta daripada kedua-dua pihak berkenaan..."





* Label Anwar pengkhianat: Tidak akan minta maaf, kata Muhyiddin
TPM: Ya, saya sudah terima surat peguam Anwar
[MSTAR] 4 Ogos - "Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan beliau telah menerima notis daripada peguam yang mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyatakan Ketua Pembangkang itu mahu menyaman beliau bagi memfitnah tetapi sama sekali tidak akan memohon maaf.

"Ya, saya sudah menerima surat peguam itu. Saya juga telah mengarahkan peguam saya untuk mengambil tindakan yang sesuai.

"Saya tidak akan minta maaf kerana saya tidak berbohong semasa membuat kenyataan itu," kata Muhyiddin dipetik Bernama.

Berikutan perhimpunan bantah ISA di ibu negara Sabtu lalu, Muhyiddin telah melabelkan Anwar sebagai pengkhianat...."

  1. Salam kimi,
    Harap ko jangan marah pada yg tulis kat utusan tu, sebab dia buat direct reporting je iaitu tulis sebijik apa yg dikatakan oleh muhyiddin. Not more, not less.
    Itu lah profesionalisme direct reporting tanpa mencampur adukkan pandangan sendiri. Perasaan, pandangan, idea sendiri kena simpan saja tak boleh campur.
    Report apa yg dengar sahaja.
    Tapi kalau buat rencana itu lain la, maka boleh bubuh pendapat sendiri.
    Yg ni adalah story peristiwa. dan tak semestinya yg dilaporkan itu menggambarkan pandangan penulis.
    Dlm harakah tak byk direct reporting mcm paper indonesia yg tak byk direct reporting sebaliknya suka memainkan perasaan walaupun dalam news.
    Tu juga berbeza dgn paper negara kita dgn negara maju. Negara maju lebih banyak direct reporting, fact by fact lepas tu biar pembaca nilai sendiri.
    Tapi negara yg intelektual yg mundur atau pendidikan tak maju sgt maka paper akan menulis dgn cara membimbing tetapi apa yg berlaku tiada direct reporting lalu memaksa pembaca bersetuju dgn tulisan mereka yg bercampur pandangan sendiri.

    sekian bro... sorry terpanjang.

    gravatar Comment by Ziarah76 @ Isnin, Ogos 03, 2009 3:09:00 PTG      
  2. Shah,

    bro, jangan risau. Aku faham sangat tugas wartawan. Kalau aku jadi kau pun berita yang ditulis akan jadi macam tu. Ya lah, tulis apa yang orang cakap. Kalau A...A lah, kalau B..B lah. Aku pernah buat kerja2 wartawan di tempat aku kerja sebelum ini. Jadi istilah "direct reporting" bukanlah asing bagi aku.

    Tujuan aku highlight perkara ini untuk membuat perbandingan tentang apa "orang" itu buat dengan apa "orang" itu cakap. Sekadar "memulangkan paku buah keras" kepada "orang" itu sahaja. Sekurang-kurangnya memberikan sedikit pengajaran kepada kita.

    Ok bro, tarak hal!

    gravatar Comment by Unknown @ Isnin, Ogos 03, 2009 5:53:00 PTG      
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH