Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

▼

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label Isu Arak Selangor. Papar semua catatan

Rabu, 25 Mei 2011

[Berita Baik] Premis 7-Eleven Selangor Tidak Jual Arak di Kawasan Majoriti Melayu


 
Saya petik:

[HD] SHAH ALAM, 25 Mei: Januari 2011 lalu kecoh tentang isu penjualan arak di Selangor dan ekoran itu, kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim berjanji akan menyelesaikan isu ini dengan cara yang baik.

Kini, penyelesaian yang dikatakan secara baik itu mula memberikan hasil apabila kedai-kedai serbanika khasnya 7-Eleven di kawasan Melayu tidak lagi menjual minuman keras di kedai mereka.

Tinjauan Harakhdaily di Seksyen 8 Shah Alah, minuman keras tidak lagi dijual di kedai 7-Eleven kawasan itu. Begitu juga di Bandar Tasik Puteri, Rawang. Kedai 7-Eleven kawasan ini juga tidak lagi menjual minuman keras.

Ketiadaan minuman keras di kedai ini mula dirasai sejak awal tahun ini iaitu tidak beberapa lama selepas kerajaan negeri memaklumkan pihaknya akan berbincang dengan rangkaian kedai serbanika tentang hal ini.

Namun di Jalan Pahang Barat, kedai 7-Eleven yang bersebelahan dengan pejabat Harakah sendiri, minuman keras masih dijual di situ. Ini kerana kawasan ini bukan dikira kawasan penduduk Islam.

Pada tahun 2000, berlaku satu demonstrasi di Bandar Baru Bangi. Demonstrasi itu membantah penjualan arak secara yang berleluasa di kedai serbanika khasnya 7-Eleven di kawasan penduduk Islam itu.
Pada tahun 2006, Penduduk Taman Melati, Gombak juga membuat bantahan yang sama apabila mereka membantah jualan arak di kedai rangkaian 7-Eleven itu.

Bagi mereka, kedai serbanika yang beroperasi 24 jam itu telah menjadi punca ketagihan arak di kalangan remaja apabila mereka membeli arak di situ selepas tengah malam, ketika tidak ada ramai orang.

"Kita tidak mahu gunakan kekerasan atau undang-undang dalam hal ini," kata Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor selepas mengadakan pertemuan dengan para pengusaha kedai serbanika ekoran isu peraturan jualan arak di Majlis Perbandaran Subang Jaya (MBSJ) berbangkit Januari lalu.

Usaha ugar jualan arak dikawal telah dibangkitkan oleh PAS sejak tahun 1990 apabila parti Islam itu mula memenangi Kelantan.

Ketika umat Islam tidak mahu didedahkan dengan minuman keras, hak penduduk bukan Islam dijaga untuk terus mempunyai hak itu.

PAS Pusat sendiri pada 2009 menggesa Kerajaan Selangor menguatkuasakan larangan penjualan arak secara terbuka sepertimana dilaksanakan di Kelantan dan Terengganu kerana melibatkan sensitiviti orang Islam.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, mengikut garis panduan penjualan minuman keras di Kelantan dan Terengganu, ia tidak boleh dibuat secara terbuka di kawasan berpenduduk majoriti Islam.

“Setakat ini, kedua-dua negeri itu melaksanakan enakmen melarang penjualan minuman keras secara terbuka di kawasan yang majoriti penduduk Islam dan kaedah ini berjaya,” katanya pada satu sidang media.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Selangor, Hasbullah Mohd Ridzwan berpandangan, situasi tiada penjualan arak di kawasan majoriti Islam ini hasil rundingan dan persefahaman kerajaan negeri dengan pengeluar dan penjual minuman keras.

"Setakat yang kita tengok memang di 7-Eleven kawasan majoriti Islam tak jual arak.

"Pemuda melihat ada persefahaman di antara kerajaan negeri dan pihak yang terlibat dengan pengeluaran arak ini," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Menurutnya, Umno BN di bawah Dr. Khir Toyo dahulu tidak prihatin terhadap sensitiviti umat Islam apabila membiarkan arak dijual secara terbuka di kawasan majoriti Islam.

"Pemuda melihat kerajaan BN dahulu tidak mengambil perhatian soal sensitiviti masyarakat setempat tapi Pakatan sekarang mengambil berat soal itu dan melarang penjualan arak secara terbuka.

"Kerajaan negeri hanya membuat pengawalan kepda orang Islam sahaja, orang bukan Islam tak ada masalah," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut bersetuju dengan langkah  kerajaan negeri yang menitik beratkan soal pencegahan dan kesedaran mengenai bahaya arak.

"Pemuda menyokong segala program kesedaran mengenai keburukan arak dan semua pun tahu dalam keadaaan masyarakat kita, banyak keburukan berpunca daripada minum arak," katanya.

Dalam pada itu kerajaan negeri pada Januari lalu juga mengumumkan peruntukan RM10 juta bagi membantu umat Islam yang terbabit dengan urusan arak mencari pekerjaan alternatif.

“Menerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan, wang tersebut akan digunakan untuk menawarkan mereka latihan keusahawanan dan bantuan modal bagi memulakan perniagaan.

“Antara sektor perniagaan yang ditawarkan bantuan modal adalah kecantikan, jahitan, masakan, membaiki telefon bimbit dan lain-lain,” kata exco kerajaan negeri, Yaakob Sapari.

Langkah ini sebagai satu cara membantu orang Islam mengelakkan diri daripada terus bekerja di premis pembuatan arak secara berperingkat-peringkat.

P/s: Alhamdullilah! Bagaimana dengan penjualan arak di negeri BN? Cuba tanya Parpukari!

Isnin, 17 Januari 2011

[Kemas Kini] Alasan Ronnie Liu Tarik Balik Larangan MPSJ Larang Orang Islam Bekerja di Premis Jual Arak


Saya petik:

[TMI] KUALA LUMPUR, 17 Jan —  Ronnie Liu menegaskan pendiriannya membantah keputusan melarang umat Islam bekerja di premis-premis menjual alkohol bukan bermakna beliau seorang yang “anti-Islam”.

Liu menjadi sasaran media pro-Umno dan juga pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) ekoran arahannya agar Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) agar menarik balik larangan tersebut yang dikuatkuasakan baru-baru ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom kelmarin mendakwa Liu menghina Islam dengan mengeluarkan arahan sedemikian.

Dalam responsnya hari ini, Liu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor berkata, dakwaan seumpama itu sangat tidak adil.

“Sangat tidak adil bagi (Datuk Seri) Jamil melabelkan saya sebagai  anti-Islam... saya prihatin dengan golongan muda yang bekerja untuk menyara kehidupan mereka.

“Jika mereka kehilangan kerja, bank dan syarikat kewangan akan mencari mereka... maka, bolehkah Jamil membantu bayar bil mereka dan mendapatkan pekerjaaan bagi mereka yang dihentikan kerja?” kata Liu kepada The Malaysian Insider.

“Siapa beliau (Jamil) untuk mengutuk saya? Beliau bukan ketua agama. Yang di-Pertuan Agong dan Sultan adalah ketua agama Islam, bukannya beliau,” tambah Liu.

The Malaysian Insider difahamkan ramai Exco Kerajaan Negeri tidak gembira dengan keputusan terbaru itu.

Liu mempertahankan bahawa keseluruhan Exco Kerajaan Negeri bersetuju untuk menarik balik keputusan itu sementara satu kajian yang mendalam dijalankan meskipun Exco Kerajaan Negeri Datuk Dr Hasan Ali, yang bertanggungjawab kepada soal agama berkata beliau menyokong penuh keputusan MPSJ.

Awal minggu lalu, MPSJ memutuskan untuk membatalkan lesen perniagaan permis yang melanggar Enakmen Jenayah Syariah Selangor, yang melarang umat Islam bekerja di premis-premis yang menjual alkohol.

Liu berkata, pendirian kerajaan negeri tidak bersetuju dalam perkara itu menghantar mesej tegas bahawa pihak berkuasa tempatan “perlu berfikir sebelum bertindak.”

“Saya merasakan Yang Dipertua MPSJ (Datuk Adnan Md Ikshan) wajar dipersalahkan dalam hal ini. Beliau harus bertanggungjawab sebab beliau tidak berbincang dengan kerajaan negeri sebelum memutuskan untuk menguatkuasakan keputusan ini,” kata Liu lagi.

Pada 14 Januari lalu, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan Selangor bercadang menubuhkan sebuah tabung khas untuk membantu pekerja beragama Islam yang meninggalkan pekerjaan di premis dan pusat hiburan menjual minuman keras.

Jelas Khalid, empat ahli exco negeri iaitu Hasan, Yaakob Sapari, Dr Halimah Ali dan Rodziah Ismail — diminta menubuhkan sebuah sekretariat yang akan mengadakan perjumpaan dengan Lembaga Zakat Selangor (LZS) bagi membincangkan penubuhan tabung berkenaan.

Beliau berkata kerajaan negeri sedar kebanyakan orang Islam yang bekerja di tempat sedemikian membuat keputusan atas sebab ekonomi.

Katanya, kerajaan negeri menghormati pelaksanaan Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 yang melarang umat Islam bekerja di premis berkenaan.

“Pada masa sama, sebagai kerajaan prihatin dan adil, kita perlu memberi tempoh yang cukup kepada semua pihak termasuk pemilik premis dan pekerja yang terlibat,” katanya.
Khalid dijangka akan mengadakan pertemuan dengan semua Datuk Bandar dan Yang Dipertua pihak berkuasa tempatan hari ini bagi mendapat pandangan mereka bagi memastikan penguatkuasaan enakmen itu dilaksanakan dengan baik dan berkesan.

P/s: Ronnie Liu mempunyai asas berbuat demikian.

Dalam hal ini, MPSJ sewajarnya mengumumkan hal ini terlebih awal serta membincangkan hal itu dengan kerajaan negeri. Hal ini penting bagi memberikan ruang kepada kerajaan negeri untuk membantu pekerja yang akan diberhentikan. Pengusaha dan pekerja pula dapat membuat persediaan dan mencari alternatif lain. Tindakan menguatkuasakan sesuatu undang-undang secara serta-merta sudah tentu mewujudkan konflik.

Namun, tempoh untuk menangguhkan undang-undang ini tidak wajarlah terlalu lama kerana sesuatu yang haram itu tetap haram. Orang Islam yang mempunyai kuasa untuk menghalang sesuatu perkara mungkar wajib berbuat demikian. Kita perlu memastikan orang Islam di negara ini bebas daripada unsur yang dilarang agama. Justeru, usaha MPSJ itu wajar disokong walaupun pelaksanaannya dilihat seperti ada udang di balik batu. Tambah-tambah pula, hal itu dilaksanakan secara tiba-tiba dan seakan-akan untuk mewujudkan semula konflik antara Ronnie dengan Hassan Ali. Biarpun begitu, langkah susulan kerajaan negeri untuk menyediakan tabung khas bagi membantu pekerja yang insaf dan mahu mencari pekerjaan lain wajar mendapat perhatian pekerja yang terlibat dalam premis menjual arak.

UMCO yang berkokok dalam isu ini wajar mencerminkan diri kerana setakat ini pekerja Islam bebas bekerja dalam sektor yang membabitkan arak sejak negara merdeka. Malah, ada anak pemimpin UMCO (tidak payah sebut, bukan lagi rahsia) dilantik menjadi ahli lembaga pengarah syarikat arak. Lebih teruk, banyak pemimpin parti itu menjadi kaki teguk (cuba tanya Saifuddin PKR). Kita juga wajar bertanya bila Jamil Khir mahu mencadangkan kepada PM dan MB di setiap negeri jajahan BN agar mencontohi langkah MPSJ? Kita wajar bertanya pada Jamil Khir tentang pendiriannya berkaitan dengan hasrat Najib membuka lebih banyak kelab malam untuk menjanakan ekonomi negara? Apa komen puak-puak hipokrit ini?/www.duniacacamarba.blogspot.com 

Kemas Kini (19/1):
* Elak kerja di tempat arak: S'gor peruntuk RM10 juta

 

Khamis, 13 Januari 2011

[Kemas Kini] Isu Larangan Umat Islam Bekerja di Premis Jual Arak Dedah Betapa Banyaknya Umat Islam Terlibat dengan ARAK



Saya petik:
[MK] Garis panduan terbaru Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yang melarang orang Islam bekerja di tempat-tempat yang menyediakan minuman keras menimbulkan pelbagai reaksi.

Syarat baru itu disertakan sebelum lesen perniagaan dikeluarkan kerana pengambilan pekerja beragama Islam di premis-premis berkenaan dikatakan bertentangan dan melanggar Seksyen 18 (2), Enakmen Jenayah Syariah.

Menurut pegawai, Jabatan Perhubungan Awam MPSJ, Azfarizal Abd Rashid syarat itu dibentangkan tahun lalu atas “inisiatif sendiri majlis itu demi menuju kebaikan”.

Mana-mana syarikat yang gagal mematuhi syarat itu akan dikompaun atau menghadapi kemungkinan lesen mereka ditarik balik, katanya.

Namun, garis panduan itu mendapat bantahan daripada sebahagian besar daripada pengusaha sektor hiburan di Subang kerana sebahagaian besar tenaga kerja mereka adalah orang Islam.Seorang pegawai kanan di sebuah pub, @live, di Sunway Pyramid, yang hanya mahu dikenali sebagai Johari mendakwa 50 peratus pusat hiburan di Subang akan ditutup jika pihak berkuasa benar-benar bertindak.

“Majoriti kakitangan kami adalah pekerja tempatan beragama Islam, dan ini adalah sesuatu yang biasa dalam industri ini,” kata Johari yang mempunyai pengalaman 10 tahun dalam bidang berkenaan.

Beliau berpendapat pihak berkuasa sengaja mensasarkan sektor hiburan, sedangkan pusat-pusat industri yang lebih besar tidak tertakluk mematuhi garis panduan yang sama.

“Jika mereka ingin mengharamkan pekerja Islam (daripada bekerja di tempat yang menyediakan alkohol), bagaimana pula dengan orang Islam yang bekerja di Guinness Anchor dan Carlsberg?

“Bagaimana pula dengan pramugari MAS (Penerbangan Malaysia)? Mereka menghidangkan lebih banyak minuman keras daripada apa yang kami hidangkan di sini,” katanya. - Leven Woon Zheng Yang

Kemas Kini:

, ,

Jumaat, 14 Ogos 2009

KONTROVERSI "BEER": KATA DR HASSAN, RONNIE & IVAN

(Carik-carik bulu ayam - Foto: Wan Zahari, Harakah Daily)

APA KATA DATUK DR HASSAN ALI?
"Tak ada perbezaan (prinsip Islam) dengan apa yang saya perkatakan semalam. Ini nilai universal dan kita (PAS Selangor) tak tidak pernah mengatakan arak perlu diharamkan secara total di Selangor."

"Yang saya kata, kita tak mahu arak di jual kepada kanak-kanak di bawah umur 18 tahun, dan orang Islam."

"Saya kenal dia (Liu) sudah lebih 20 tahun, kita kawan, dalam mesyuarat Exco juga kita tidak ada masalah dan kita tidak pernah bermusuh, kita sentiasa sepakat dan bersatu hati dalam menyelesaikan sesuatu isu."

"Saya ada bos, dan bos saya Menteri Besar (Tan Sri Khalid Ibrahim). Saya hanya dengar apa dia kata. Kalau dia kata tidak ada pertukaran (portfolio, maknanya saya akan ikut.
"

APA KATA RONNIE LIU?
"Apa yang berlaku ialah perbezaan pendapat semata-mata, inilah istimewanya Pakatan Rakyat. Kita boleh berbeza pendapat dalam satu-satu isu,
tapi akhirnya kita dapat selesaikannya secara baik."

"Kita ada forum untuk menyelesaikan masalah sebegini."
"Kalau ada pihak fikir mereka boleh ambil kesempatan atas apa yang berlaku dalam Pakatan mereka hanya boleh bermimpi.
Yang penting kita ada penyelesaian dan boleh terus bekerjasama.
"


SAYA BERKONGSI "KATA" DENGAN "IVAN":


What does alcohol do to you?
Alcohol affects your brain. Drinking alcohol leads to a loss of coordination, poor judgment, slowed reflexes, distorted vision, memory lapses, and even blackouts.

Alcohol affects your body. Alcohol can damage every organ in your body. It is absorbed directly into your bloodstream and can increase your risk for a variety of life-threatening diseases, including cancer.

Alcohol affects your self-control. Alcohol depresses your central nervous system, lowers your inhibitions, and impairs your judgment. Drinking can lead to risky behaviors, such as driving when you shouldn’t, or having unprotected sex.

Alcohol can kill you. Drinking large amounts of alcohol at one time or very rapidly can cause alcohol poisoning, which can lead to coma or even death. Driving and drinking also can be deadly. In 2003, 31 percent of drivers age 15 to 20 who died in traffic accidents had been drinking alcohol.1 

Alcohol can hurt you–even if you’re not the one drinking. If you’re around people who are drinking, you have an increased risk of being seriously injured, involved in car crashes, or affected by violence. At the very least, you may have to deal with people who are sick, out of control, or unable to take care of themselves.

Be on the know to prevent it:
Know the law. It is illegal to buy or possess alcohol if you are under age 21.

Get the facts. One drink can make you fail a breath test. In some States, people under age 21 can lose their driver’s license, be subject to a heavy fine, or have their car permanently taken away.

Stay informed. “Binge” drinking means having five or more drinks on one occasion. Studies show that more than 35 percent of adults with an alcohol problem developed symptoms–such as binge drinking–by age 19.2

Know the risks. Alcohol is a drug. Mixing it with any other drug can be extremely dangerous. Alcohol and acetaminophen–a common ingredient in OTC pain and fever reducers–can damage your liver. Alcohol mixed with other drugs can cause nausea, vomiting, fainting, heart problems, and difficulty breathing.3 Mixing alcohol and drugs also can lead to coma and death.

Keep your edge. Alcohol is a depressant, or downer, because it reduces brain activity. If you are depressed before you start drinking, alcohol can make you feel worse.

Look around you. Most teens aren’t drinking alcohol. Research shows that 71 percent of people 12-20 haven’t had a drink in the past month.

ALCOHOL IS BAD FOR YOU AND NEVER TAKE IT IN LIFE!

Sabtu, 8 Ogos 2009

KONTROVERSI "BEER": HAK MINORITI DIJAGA, HAK MAJORITI...

(PAS, simpan dahulu papan tanda ini!)

Siapa kata hak minoriti diabaikan?

Akhirnya, DAP "menang" dalam perbalahan terbaru yang membabitkan dua parti dalam Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. Walaupun keputusan ini tidak mustahil berubah, namun buat masa ini, itulah keputusannya. DAP yang terkenal dengan slogan "Malaysian Malaysia" sekali lagi mempertahankan hak minoriti seperti juga tindakannya di Kedah tidak beberapa lama yang lalu. Walau pun dikatakan memperjuangkan hak semua kaum, namun dua tindakan yang terbaru ini jelas menunjukkan mereka berpihak kepada sesetengah golongan dan meminggirkan suara majoriti.

PAS yang sebelum ini dikatakan berlembut dalam hal berkaitan dengan rumah sembelihan babi di Kedah kini mungkin terpaksa menerima keputusan yang dibuat oleh MB demi menjaga keutuhan Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. Telahan Pak Kadir dalam kirimannya yang lalu juga memperakui hal yang sama:
Jadi, manakala saya bersimpati dengan Dr Hassan, saya kurang yakin Menteri Besar PR Selangor yang mewakili PKR, Abdul Khalid Ibrahim, berani bertindak melucutkan jawatan Liu dan mengehadkan penjualan arak walaupun kerajaan negeri berhak ke atas pelesenan premis arak, judi, hiburan dan riadah.

Harus diakui bahawa Pas adalah rakan terkecil dalam kerajaan PR Selangor dengan hanya lapan kerusi Adun berbanding PKR 15 dan DAP 13.

Lagipun bilangan wakil rakyat beragama Islam dalam kerajaan PR Selangor adalah lebih kecil daripada bukan Islam – 17 Islam lwn 19 bukan Islam.
Berhubung dengan keputusan itu, PAS yang sebelum ini berkeras meminta kerajaan negeri melarang penjualan minuman keras di kawasan majoriti penduduk Islam di sekitar negeri Selangor memberitahu pemberita melalui ketua penerangannya Roslan SMS bahawa parti itu akan menyatakan pendirian mereka selewat-lewatnya Isnin ini. Dalam perbincangan yang dibuat dengan wakil kedai serbaneka 7-Eleven, 99 Speedmart, dan KK Mart serta pegawai MBSA, MB Selangor menegaskan bahawa....
[MSTAR] 7 Ogos - ...bahawa kerajaan negeri Selangor memutuskan bahawa penjualan minuman keras di negeri itu adalah berpandukan kepada kesedaran penjual sendiri terhadap permintaan pembeli daripada kalangan orang Islam dan remaja.
Jelas beliau, menerusi peraturan sendiri itu, ia turut bermakna penjual tidak perlu menjual minuman keras di premis mereka yang terletak di kawasan yang tidak mendapat permintaan tinggi daripada penduduk setempat.
Oleh itu, katanya, kerajaan negeri tidak akan mengharamkan penjualan minuman keras tetapi sebaliknya akan memberi tempoh sebulan kepada premis terbabit supaya tidak menjual minuman keras kepada masyarakat Islam.
Sebagai permulaan langkah itu dimulakan dengan kawasan Shah Alam untuk melaksanakan "self regulation"...
Berdasarkan keputusan yang dibuat, penjualan arak di kawasan yang menjadi pertikaian kini adalah atas "kesedaran penjual". Memang terasa lawak apabila itu pendekatan yang diambil dalam tempoh terdekat ini. Persoalannya, jika pihak kedai serbaneka ini mempunyai kesedaran, mengapa mereka menjual arak di kawasan majoriti orang Islam? Jika mereka ada kesedaran, mengapa begitu mudah remaja Islam membeli arak di kedai tersebut? Mampukah mereka menghalang jika orang Islam berkeras mahu membeli arak di kedai tersebut? Ada poliskah di situ? Ada penguat kuasa MBSAkah di situ?

Ada yang mendakwa bahawa episod perbalahan kali ini hanyalah sandiwara untuk PAS memenangi kerusi DUN di Permatang Pasir, namun hal ini sebenarnya akan menjadi modal terbaik untuk UMNO mempengaruhi pengundi yang majoritinya Melayu di DUN Permatang Pasir nanti. Sudah tentu isu PAS menuruti telunjuk DAP akan bergema di situ. Isu ini sudah pasti akan dimanupulasikan semaksimum mungkin oleh UMNO untuk meretakkan hubungan DAP-PAS dan pada masa yang sama untuk meraih semula sokongan orang Melayu.

Peluang ini perlu direbut kerana dalam keadaan yang mencabar emosi orang Islam, persoalan perkaitan UMNO dengan industri arak, isu parti sekular, isu amalan rasuah, dan pelbagai lagi isu yang dikaitkan dengan UMNO sebelum ini tidak lagi berkeliaran dalam kotak minda orang Melayu. Pada saat itu, UMNO dilihat sebagai parti yang benar-benar menentang kemungkaran dan mendukung amalan maaruf, walaupun hakikatnya itu semua hanyalah mainan politik. Hakikatnya, jika mereka mahu berdemonstrasi untuk mempertahankan Islam, mengapa hanya di Selangor, tidak di tempat lain; mengapa tidak berdemo menuntut Kerajaan Persekutuan melaksanakan hudud?

Kesimpulannya, jika hal seumpama ini dibiarkan berlarutan, telahan Lim Kit Siang bahawa "...open squabbling could turn Pakatan into one-turn wonder" akan menjadi realiti dalam tempoh beberapa bulan atau selewat-lewatnya selepas PRU13 nanti. Situasi yang berlaku di Perak tidak mustahil akan berlaku di Selangor, waima selepas PRU12 yang lalu pun usaha-usaha senyap-senyap menubuhkan Kerajaan UMNO-PAS atas dasar semangat Melayu hampir-hampir menjadi realiti. Tunggu & lihat.

Dalam hal ini, saya berkongsi pendirian dengan Pak Bakaq: Nahi Mungkar, Jangan Kacau Hak Demokratik Saya!

,

Khamis, 6 Ogos 2009

KONTROVERSI "BEER": ANTARA PAS, UMNO, & DAP

Saya ingin berkongsi maklumat tentang kontroversi "beer" seperti yang ditulis oleh Tulang Besi dalam blognya. Justeru, maklumat yang dinyatakan di blognya wajar disebarluaskan agar kekeliruan tentang krisis/percanggahan pendapat antara PAS dengan DAP ini dapat fahami oleh masyarakat.

Selain itu, beliau juga menulis tentang peranan pihak yang menyemarakkan penjualan arak di Malaysia. Dalam hal yang berkaitan, beliau juga menyatakan peranan UMNO dalam urusan pemberian lesen dan sebagainya ketika memerintah Selangor. Lebih mengejutkan, pemerintah di peringkat persekutuan juga tidak menegah orang Islam menjadi ahli lembaga pengarah syarikat arak di negara ini.

Selain kiriman beliau, saya mahu memetik beberapa berita utama di Utusan Malaysia yang menyentuh isu ini. Berita pertama adalah tentang kesanggupan dan semangat sintetik Pemuda UMNO yang mahu berdemonstrasi bersama dengan PAS dalam membantah tindakan exco DAP. Tindakan ini tak lain tak bukan hanyalah bermotifkan politik dan bersikap menangguk di air yang keruh, bukannya kerana mempertahankan agama. Terang-terangan tindakan tersebut hanyalah semata-mata mahu melaga-lagakan parti-parti dalam Pakatan Rakyat. Jika benar mereka mahu mempertahankan maruah orang Islam, sanggupkah Pemuda UMNO berdemonstrasi mendesak Kerajaan Malaysia agar mengawal penjualan arak di seluruh negara?



"Demonstrasi UMNO-Pas?

[UTUSAN MALAYSIA] 5 Ogos - Pergerakan Pemuda UMNO hari ini melahirkan kesanggupan mereka untuk turun padang menyertai demonstrasi aman yang dianjurkan oleh Pemuda Pas Jumaat ini bagi mendesak Kerajaan Selangor menukar portfolio Exconya, Ronnie Liu.
Bagaimanapun, menurut pergerakan itu, Pemuda UMNO hanya akan menyertai perhimpunan tersebut sekiranya Pas berjaya mendapat permit daripada polis untuk mengadakan demonstrasi aman tersebut.
Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Tengku Azman Tengku Zainal Abidin berkata, pihaknya dimaklumkan bahawa Pas akan menganjurkan demonstrasi itu di kawasan masjid pada Jumaat ini.
"Kami Pemuda UMNO ingin bertanya kepada Pemuda Pas, di masjid mana akan diadakan demonstrasi itu pada pukul berapa? Adakah sudah mendapat permit?
"Jika sudah mendapat permit, Pemuda UMNO bersedia untuk menyertai demonstrasi bersama Pas mendesak supaya Liu meletakkan jawatannya," katanya selepas mengiringi tiga persatuan peniaga membuat laporan polis terhadap Gabungan Mansuhkan ISA (GMI) di Balai Polis Tun H.S Lee di sini hari ini..."
Berita kedua pula menyentuh tentang cabaran UMNO Selangor terhadap PAS agar mendesak MB Selangor memecat Ronnie Liu yang dikatakan mempersendakan Islam. Saya cuma mahu menimbulkan persoalan, jika DAP yang dikatakan mempersendakan Islam, apakah pula gelaran yang wajar diberikan kepada parti yang memberikan lesen penjualan arak, parti yang membenarkan pembinaan kilang arak, dan membenarkan penjualan arak berleluasa di seluruh negara? Cuba dasari pendapat anda itu berdasarkan hadis yang menyatakan bahawa Nabi Muhammad SAW melaknat 10 golongan yang terbabit dengan arak ini seperti yang diriwayatkan oleh Tarmizi dan Ibnu Majah: Rasulullah s.a.w. melaknat tentang arak, sepuluh golongan: (1) yang memerahnya, (2) yang minta diperahkannya, (3) yang meminumnya, (4) yang membawanya, (5) yang minta dihantarinya, (6) yang menuangkannya, (7) yang menjualnya, (8) yang makan harganya, (9) yang membelinya, (10) yang minta dibelikannya. Dalam hal ini, DAP sudah tentu jahilnya, UMNO?

"Pas dicabar gesa MB pecat Liu persenda Islam

[UTUSAN MALAYSIA] 5 Ogos – UMNO Selangor hari ini mencabar Pas negeri agar mendesak Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memecat Exconya, Ronnie Liu kerana menyalah guna kuasa dan mempersendakan hukum Islam dengan mengatakan bir bukan minuman keras.
Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Noh Omar berkata, Pas juga dicabar berdemonstrasi demi menegakkan hukum Islam yang cuba diperlekehkan wakil rakyat DAP itu.
Beliau berkata, Pas sepatutnya tahu isu mana yang perlu diketengahkan jika benar apa yang diperjuangkan mereka adalah demi menegakkan syiar Islam.
‘‘Mana Exco Pas dan hero Pemuda Pas? Kenapa dia tidak buat demonstrasi dalam isu ini? Yang mana lebih penting demonstrasi untuk hapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atau demonstrasi menegakkan hukum Islam dan memecat orang yang cuba mempersendakan Islam.
‘‘Jadi kita nak cabar kalau Pas betul-betul berjuang demi Islam, dia patut membuat demonstrasi menentang apa yang telah dilakukan Ronnie kerana ini isu baru. Bukannya membuat demonstrasi menentang ISA yang merupakan isu lapuk dan bermusim.
‘‘Takkan nak biarkan saja rakan kongsi sebantal mereka yang tak faham hukum mengenai arak menjadi ulama dan memberi fatwa. Cukuplah Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat yang bagi fatwa,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Bloggers Patriot - Misi Tawan Shah Alam dan Selangor di Bangunan UMNO Shah Alam di sini malam tadi..."

Siri kiriman Tulang Besi tentang kontroversi "beer" yang saya salin & tampal dari blognya.

6 Ogos 2009

"Isu Arak di Selangor: UMNO Jangan Jadi Munafik

UMNO Selangor cuba menangguk di air keruh. Cuba nak tunjuk hero dalam isu arak di Selangor

Khir Toyo diberitakan berkata:

“I am not suggesting that the sale of alcohol be banned everywhere. Alcohol can be sold, just not in areas where there is a Muslim majority,” said Khir.
He said when Selangor was under BN, beer was not sold in areas like Shah Alam and Bangi because of the large number of Muslims living in those areas.
Does that mean the former mentri besar agrees with PAS, particularly Datuk Hassan Ali, on the matter?
“Barisan has never had a problem like this in the past. If they (DAP) can respect Hindu rights, why not Muslim rights?” he replied.”

UMNO dan Khir Toyo jangan jadi munafik. Rekod menunjukkan sepanjang UMNO menganggotai Majlis MBSA, tidak pernah isu penjualan arak secara terbuka ini diperbincangkan.

Kedai yang dirampas arak oleh MBSA itu telah menjalankan operasi menjual arak sejak zaman BN memerintah lagi sehingga telah diprotes oleh penduduk setempat. Malangnya, protes penduduk setempat telah seperti mencurah air di daun keladi.
Semua wakil-wakil rakyat UMNO serta ahli Majlis mereka tidak pernah menaikkan isu penjualan arak di Shah Alam ini.

Mengapa saya gunakan perkataan Munafik


Senang sahaja. Yang bagi lesen arak ni UMNO. Yang bina kilang Calrsberg dan Anchor di Selangor ni UMNO. Yang benarkan arak dijual berleluasa di seluruh negara adalah UMNO.

Jadi, takkan kita nak harapkan UMNO untuk membenteras penjualan arak di Selangor sedangkan UMNO yang keluarkan lesen.

Masakan kita boleh harapkan perompak untuk membenteras amalan perompakan.

UMNO Benarkan Orang Melayu Islam Duduk di Lembaga Pengarah Calsberg
Saya nak tanya, mengapa UMNO boleh benarkan orang Melayu Islam duduk di Lembaga Pengarah Calrsberg? Mengapa tiada tindakan dan larangan dari UMNO? Apa tindakan yang UMNO telah ambil untuk menghalang beberapa individu Melayu Islam ini dari menjawat kedudukan di Lembaga Pengarah Calrsberg?

(Sila rujuk: http://announcements.bursamalaysia.com/EDMS/hsubweb.nsf/1c0706d8c060912d48256c6f0017b41c/48256aaf0027302c48256b8b0036a2a5/$FILE/Carlsbg-Products-CorpInfo-DirectorsProfile%20(725KB).pdf)

Sudahlah UMNO dengan penipuan kamu. Hakikatnya tokeh2 judi dan arak adalah kawan karib UMNO dan Barisan Nasional.

Pemuda UMNO seharusnya menubuhkan ”Briged Calrsberg” mereka dan Putri UMNO seharusnya menubuhkan ”Skuad MAGNUM” bagi menghargai sumbangan yang tidak terhingga industri arak dan judi kepada UMNO.

Malahan UMNO septatutnya mengadakan majlis berbuka puasa serta solat tarawikh di Zouk dan Hard Rock Cafe bagi menghargai sumbangan tokeh2 kabaret kepada UMNO.

Berhentilah bersandiwara. Berhentilah berlakon. Hakikatnya kamu lebih akrab persahabatan kamu dengan tokeh2 judi dan arak berbanding DAP. Ini adalah fakta.

Tak payahlah UMNO nak jadi jaguh kampung. Sibuk berkokok tapi ekor bergelumang taik. Memalukan agama, bangsa dan negara.

Tulang Besi
"

6 Ogos 2009

"As a Taxpayer to MBSA, I Fully Support the New Liqour Ruling

That’s right. I am a bona fide tax payer to the MBSA. That’s because my house is located within the MBSA jurisdiction and I am a taxpayer. Therefore, I fully want the new laws on liquor be applied to my housing area. My housing area is majority Muslims and I feel that such ruling must be applied to my area no matter what Ronnie Liu says.


Someone Needs to Address the Problem of Underage Drinking


It’s true. It’s a problem plaguing every developed nations. I know underage drinking is an apademic in America so much so that it has become one of America’s major problem at this moment.

We, in Malaysia, should be lucky that MBSA has taken a proactive step towards preventing the problem from becoming an apedemic in Malaysia. The trend now is that both parents are working and therefore there is very little time for child supervision. At this juncture it’s only right for the state to step in and help parents in their duty to raise their children.

Already our medias are spewing negative values 24-7, and for parents to prevent their children from falling into the underage drinking pitfall is even harder. If any, the MBSA should be lauded since it is clearly a step towards controlling the problem of underage drinking.

I do not want my children to be even be put in a situation where they are tempted to drink by peer pressure. To cut off supply is a very good way of guaranteeing that.

Nonsense if this is Viewed as Curtailing the Rights of the Minority

Anyone who suggests this is clearly talking nonsense, even though he/she is the MP of PJ Utara. I, for one, will tell my friends working and living in PJ Utara not to vote for this very arrogant man.

And there is a lot of my family who lives in PJ Utara. And I think I can even get the my family in SS3 not to vote for the man as well.

The ban only applies to convenience stores, grocery stores and Muslim restaurants. In Chinese and Indian restaurants in Muslim majority areas, the ban is not applied. So, how is this a form of minority rights curtailing?

It’s a stricter policy towards liquor. In Norway, only the government can sell liquor. At least, the MBSA still allows private entity to sell liquor. In Norway, only the government sells liquor. And no public advertising of liquor is allowed. Football teams bearing the insignia of liquor companies are prohibited from doing so, and such, they have to wear jerseys that is empty in front when they play in Norway. So will Norway be deemed as disrespecting minority rights as well?

So, what’s the big deal about the MBSA ruling? Why make a fuss when there’s so many other problems facing the people of Malaysia.

People like Tony Pua needs to grow up.

Tulang Besi"


5 Ogos 2009

"DAP Supported the Liqour Control Ruling in Shah Alam

The recent “control” of liquor ( or some people call it ban) in Shah Alam has gotten some people to talk question the need to respect the rights of the minority.

For instance, Tony Pua says in his website ():

“Instead we seek to protect the rights of the Malaysian minorities and seek reasonable measures to be implemented to achieve the objective of all parties and such reasonableness cannot be achieved via indiscriminate raids and blanket bans.”

My question to Tony Pua is, do we protect the rights of the minority up to the point where we deny the rights of the majority? In truth, the MBSA ruling DOES NOT undermine the rights of the minority at all.

Why? Based on my teleconversation with a friend of mine who sits on the MBSA board, the “ruling” only applies to convenience stores, Muslim restaurants and grocery stores.

Furthermore, the real motivation of the ruling is complaints from many parents in the area of their children having access to alcoholic beverages during which their parents are off at work. Already parents are burdened with financial stress and inability to spend more time with their children.
Now, they have to worry about their children being exposed to intoxicants which are easily accessible at the local convenience stores.

Tony Pua seems to exhibit his ignorance of the law

He says:

“Secondly, the local councils are not empowered to raid such stores to enforce laws which doesn't exist or to act on behalf of any Islamic enactments in the state.

Local councils conducting such raids will only lead to the state government being sued for breaching the laws of the land, resulting in unnecessary compensation to the aggrieved parties. Hence any decision to return the illegally seized goods to their respective owners is absolutely correct and must be upheld.
”

Whatever it is, Tony Pua will find himself at odds with the MBSA Legal Advisors. To quote a simple example, Kelantan state government has been controlling number of liquor and gambling premises through the same mechanism used by MBSA. And it has been 18 years now and yet there has been ZERO legal action against the various Kelantan local governments. I think Tony Pua needs to check with his own legal advisors and if need be sack him.

The truth is, liquor with alcohol content of less than 8.8% falls under the purview of Local Government’s Premise Licensing regulations. In the case of MBSA, they have made the rule stricter by making sure liquor be sold only at establishment not visited by Muslims. Even in Muslim areas, liquors are allowed to sell in Chinese and Indian restaurants or clubs. It is only prohibited in convenient stores, grocery stores and Muslim restaurants.

Tell me, how is this AN INFRINGEMENT OF MINORITY RIGHTS. What the MBSA is doing is simple following the wishes of the majority taxpayers in the interest of easing the burden of parents in the area.

Ronnie Liu should also get his facts straight.

He is quoted as saying:

“Contrary to press reports there was no full board meeting which unanimously sanctioned a ban on the sale of beer in Muslim majority areas in Shah Alam.”
This was confirmed by the mayor Mazalan Md Noor, who added the seizure of the beer was not sanctioned and the legality of the seizure is questionable.”


Such ruling was sanctioned in a full-board meeting last years and it was even supported by the DAP rep in the MBSA.
I think this issue is blown out of proportion. The MBSA is just respecting the wishes of the taxpayer.
I myself is a taxpayer in MBSA and I give my unequivocal support to such ruling. Ronnie Liu and Tony Pua has disrespected my wishes and as such if they pursue such course of action.

Hasan Ali’s Press Conference is Uncalled for

It’s true. I disagree with what Hasan Ali did. He should not have organized a press conference to address this issue. He can bring this matter up in the exco meeting.
But, MBSA ruling has the support of everyone in PAS, whether they support Pakatan Rakyat or not.

Such resistance from DAP and liberals will only make the “UMNO fraction” in PAS more relevant and seen to be more credible. It will result in more and more PAS members believing in the UMNO-PAS axis or solution in their quest to uphold Islam.
Especially when this particular ruling from MBSA does not undermine the “minority’s rights in anyway whatsoever. It is only preventing liquor from being sold to Muslims. That’s all.

So, Ronnie Liu and Tony Pua’s tirade and inaccurate assessement of the situation will only embolden the Pro UMNO faction in PAS. That explains why Hasan Ali opts to make this issue public rather than playing the issue according to normal practice and procedures.

Hasan Ali and gang opted for a public press conference such as this to further embolden his pro UMNO faction within PAS. In truth, the MBSA ruling was

Tulang Besi"

,

Rabu, 5 Ogos 2009

KONTROVERSI "BEER": KENYATAAN DR HASSAN ALI

PENDAHULUAN

MEMINUM arak ataupun minuman berakohol yang memabukkan merupakan salah satu dosa besar dalam agama Islam. Ia haram diminum samada dalam kuantiti yang banyak ataupun sedikit, samada sipeminum tadi mabuk ataupun tidak akibatnya.
Allah swt berfirman di dalam al Quran, maksudnya:

“Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya."
(al Maidah: 90).

Nabi Muhammad s.a.w pernah melaknat mereka yang terbabit dengan arak ini iaitu sebanyak 10 golongan melalui sabdanya:

“Rasulullah s.a.w. melaknat tentang arak, sepuluh golongan:
(1) yang memerahnya, (2) yang minta diperahkannya, (3) yang meminumnya, (4) yang membawanya, (5) yang minta dihantarinya, (6) yang menuangkannya, (7) yang menjualnya, (8) yang makan harganya, (9) yang membelinya, (10) yang minta dibelikannya."
(Hadis riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah)

ENAKMEN JENAYAH SYARIAH (SELANGOR) 1995

Oleh itu kerajaan bertanggungjawab memastikan yang rakyat jelata khasnya yang beragama Islam tidak terlibat dalam aktiviti yang membabitkan arak ini tambahan pula di Negeri Selangor, umat Islam di negeri ini adalah tertakluk dan terikat pada Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 yang berkuatkuasa sejak 22 November 1996 yang telah mengkategorikan meminum dan menjual arak sebagai suatu kesalahan jenayah syariah.

Melalui Enakmen ini di bawah kategori kesalahan minuman yang memabukkan dinyatakan di bawah Seksyen 18 (1) dan (2) iaitu:

(1) Mana-mana orang yang, di mana-mana kedai atau tempat awam lain, minum apa-apa minuman yang memabukkan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

(2) Mana-mana orang yang membuat, menjual, menawarkan untuk jualan, mempamerkan untuk jualan, menyimpan atau membeli apa-apa minuman yang memabukkan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
INISIATIF MEMBEBASKAN UMAT ISLAM DARI ARAK DI SELANGOR

Di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) contohnya di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) berdasarkan sentimen dan tuntutan masyarakat, usaha telah dilakukan untuk memperkenalkan peraturan bagi mengawal penjualan arak ini iaitu di kawasan masyarakat yang majoriti penduduknya beragama Islam. Inisiatif ini turut diambil oleh ahli-ahli majlis di PBT-PBT yang lain di Selangor.

Walaubagaimanapun harus diberi perhatian bahawa segala usaha di atas TIDAK sama-sekali melibat atau membabitkan hak masyarakat bukan Islam di Negeri Selangor. PAS Selangor tidak pernah menuntut agar arak ini diharamkan dijual atau diminum dikalangan masyarakat bukan Islam.

Inisiatif yang diambil adalah untuk membebaskan umat Islam Selangor dari pengaruh dan budaya arak yang haram hukumnya disisi Islam dan bukan untuk menganggu-gugat hak masyarakat yang bukan Islam.

Oleh itu PAS Selangor kesal apabila inisiatif dari tindakan untuk mengawal pengurusan penjualan dan peminuman arak ini dikalangan masyarakat Islam telah dicampuri oleh pihak-pihak yang tertentu. Campurtangan membabitkan insiden di Shah Alam pada 30 Julai 2009 lalu dengan mempertikaikan keputusan pihak PBT dan para pegawai MBSA yang melaksanakan tugas ternyata telah mengingkari saluran-saluran pentadbiran yang sepatutnya.
Malah PAS Selangor mendapat laporan bahawa campurtangan itu (dan beberapa tindakan serupa sebelum ini) telah menganggu dan menjejaskan moral ahli-ahli majlis PBT dan para pegawai serta kakitangan kerajaan amnya.

TUNTUTAN-TUNTUTAN DAN TINDAKAN PAS SELANGOR

PERTAMA: Dengan perkembangan ini PAS Selangor mendesak agar kerajaan negeri di bawah pimpinan YAB Tan Sri Dato’ Abd Khalid bin Ibrahim agar serius dan menyegerakan garis panduan yang seragam bersesuaian dengan Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995, untuk digunapakai seluruh negeri Selangor, supaya kontroversi seumpama ini tidak berulang sehingga meresahkan masyarakat Islam di sini.

KEDUA: PAS Selangor turut menggesa agar pemegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan dikaji semula berikutan dengan rentetan beberapa peristiwa sebelum ini.

KETIGA: PAS Selangor mengeluarkan arahan kepada seluruh kekuatan parti di negeri ini untuk mengambil langkah-langkah yang wajar dan bersesuaian dengan kedudukan dan jawatan masing-masing agar usaha untuk membebaskan umat Islam dari arak ini dilakukan secara serius dan berterusan, menurut adab, peraturan dan undang-undang yang sedia ada, demi keselamatan dan kesejahteraan seluruh masyarakat dan umat Islam di negeri ini.

KEEMPAT: PAS Selangor akan segera mengemukakan deraf peraturan kecil mengenai penggunaan arak dikalangan masyarakat Islam untuk dikuatkuasa diperingkat PBT-PBT.

KESIMPULAN
Kesimpulannya, PAS Selangor mengesan bahawa keseluruhan rentetan kes-kes ini sesungguhnya berpunca dari kegagalan dan kelemahan pimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) Selangor yang telah diberi peluang oleh rakyat untuk mentadbir negeri ini lebih 50 tahun lalu.

Pimpinan Umno Selangor semasa berkuasa dahulu terbukti tidak sama-sekali serius dan jujur dalam menyelesaikan masalah orang-orang Islam termasuklah berhubung penjualan dan peminuman arak ini. Oleh itu PAS kini melalui mandat yang diberikan rakyat kepadanya, bertanggungjawab untuk memperjuangkan isu ini demi kepentingan masyarakat Islam dan seluruh rakyat amnya.

YB DATO’ DR HASAN BIN MOHAMED ALI
PESURUHJAYA PAS NEGERI SELANGOR
4 OGOS 2009

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH