Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

▼

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label Khairuddin Abu Hassan. Papar semua catatan

, ,

Selasa, 17 Mei 2016

Khairuddin: Bukan Saya Penulis dan Penerbit Buku '50 Dalil'




Bekas Timbalan Ketua Umno Bahagian Batu Kawan Datuk Khairuddin Abu Hassan berkata beliau tidak terlibat sama sekali dalam penerbitan buku '50 dalil mengapa Anwar tidak boleh jadi perdana menteri'.

Kerana itu, katanya, mantan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah mengambil sebarang tindakan ke atasnya berhubung buku tersebut.

“Bukan saya penulis dan penerbit buku itu.

“Tengok siapa penerbit dan penulis buku itu, sehingga ke hari ini Datuk Seri Anwar Ibrahim tak pernah ambil apa-apa tindakan ke atas diri saya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Forum 'Deklarasi: Mana Pergi Rakyat' di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) malam tadi.

Forum itu menampilkan Kharuddin, bekas pengerusi BERSIH, Datuk S Ambiga dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad sebagai pihak yang menyokong Deklarasi Rakyat.

Manakala pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard, bekas setiausaha agung Parti Sosialis Malaysia, S Arutchelvan dan peguam Haris Ibrahim sebagai pihak yang menentang.

Sebelum itu, dalam forum tersebut Chegubard mendakwa bahawa Khairuddin merupakan salah seorang penulis buku itu.

Bagaimanapun, Badrul yang juga dikenali sebagai Chegubard membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Khairudin selepas mendengar hujah dari bekas pemimpin Umno itu.

Sementara itu, Khairuddin berkata, beliau akan menjadi orang pertama yang akan menyokong sekiranya ada gerakan yang menggerakkan pembebasan Anwar.

“Saya akui kalau ada perjuangan nak keluarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Penjara Sungai Buloh, saya orang pertama yang akan sokong perjuangan ini,” tegasnya kepada 300 orang hadirin yang hadir.- Malaysia Kini/17/5/2016

, ,

Sabtu, 2 Januari 2016

Penyelesaian Hutang 1MDB Menjijikkan – Khairuddin



PETALING JAYA: Kerajaan Malaysia yang memiliki syarikat pelaburan strategik, 1MDB, telah melakukan pengkhianatan kepada rakyat Malaysia kerana menjual tanah kepada syarikat asing.

Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, penjualan ekuiti 60 peratus dalam Bandar Malaysia kepada syarikat usahasama kerajaan Johor dan China dianggap menggadai harta milik negara.

“Kini negara telah hilang kepentingan pemilikan sebahagian dari hartanah di Bandar Malaysia Sungai Besi kerana 60% ekuitinya telah dibeli oleh syarikat China Rail Engineeting Corporation (CREC).

“Rakyat Malaysia telah hilang sebahagian daripada hartanah pusaka milik kerajaan kepada syarikat asing. Ini satu pengkhianatan kerana harta milik negara terpaksa digadai kepada orang luar.

“Apakah kaedah penyelesaian hutang syarikat 1MDB seperti mana yang diumumkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak boleh dibanggakan serta boleh diterima secara waras?

“Hakikatnya, kaedah ini amat jijik kerana rakyat Malaysia telah hilang sebahagian daripada hartanah paling potensi di negara kita kepada kuasa luar.

‘Kita sepatutnya mempertahankan segala harta milik kerajaan dan negara bukan menggadaikannya untuk membayar hutang syarikat 1MDB,” katanya.

Khamis lalu, 1MDB mengumumkan penjualan 60 peratus pegangannya dalam Bandar Malaysia Sdn Bhd (BMSB) kepada Iskandar Waterfront Holdings (IWH) dan CREC pada harga RM7. 41 bilion.

Konsortium IWH-CREC Sdn Bhd adalah usaha sama 60:40 antara IWH dan CREC.

Sebelum ini, 1MDB mengumumkan anak syarikatnya, Edra Global Energy Bhd, menjual semua loji janakuasa elektrik kepada China General Nuclear Power Corp dengan nilai RM9.83 billion.

Dalam masa yang sama, Khairuddin mengingatkan Najib supaya jangan cepat syok sendiri kerana kaedah penyelesaian masalah 1MDB itu tidak harus dipuji sama sekali.

“Budak sekolah tingkatan 6 pun boleh fikir macam Najib selesai masalah bebanan hutang syarikat 1MDB. Saya secara peribadi tak minat mengenai program rasionalisasi 1MDB tetapi lebih berminat untuk tahu mana duit-duit pelaburan 1MDB dulu berada?

Beliau menyenaraikan soalan-soalan yang belum terjawab iaitu:
Mana pergi duit-duit pelaburan di Kepulauan Cayman kira-kira RM7 billion?
Apa jadi dengan kononnya duit sejumlah hampir RM4 bilion yang sepatutnya disimpan di Bank BSI Singapura?
Apa jadi dengan duit Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) sejumlah RM 4 billion?
Kenapa bayar tanah di Ayer Hitam Pulau Pinang dengan kadar harga begitu tinggi berharga RM1.3 billion?
Kenapa pinjam melalui syarikat Goldman Sachs bayar faedah setinggi kadar 12%?
Mengapa beli janakuasa letrik dengan harga amat tinggi dari kadar harga pasaran?

“Banyak lagi soalan-soalan yang harus dijawab oleh Najib serta 1MDB,” tegasnya. -FreeMalaysiaToday/1/1/16


,

Sabtu, 28 November 2015

Khairuddin Gesa Anwar Dibebaskan



Putrajaya perlu melepaskan bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tahanan penjara, kata Datuk Seri Khairuddin Abu Hasan.

Bekas naib ketua Bahagian Umno Batu Kawan itu menyifatkan, kehadiran Anwar akan menyemarakkan lagi arena politik negara kerana ketua umum PKR itu sudah pun menerima hukuman bagi kesalahannya yang lalu.

"Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah pun dihukum sebelum ini dan kini saya berpendapat beliau harus berada di luar penjara Sungai Buloh untuk menyemarakkan lagi landskap serta senario politik tanah air.

"Biar landskap politik tanah air kita bertambah warna-warni!! Apa yang harus kita gusarkan sekiranya mentadbir negara ini secara amanah," kata pengkritik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) itu dalam satu kenyataan hari ini.

Khairuddin berkata, amat wajar Anwar berada di luar bagi memainkan peranan sebagai ketua pembangkang yang efektif bagi "check and balance" kepada pentadbiran negara kita.

"Kini kita tidak boleh harap lagi pada pihak 'backbenchers' Barisan Nasional yang terlalu kuat mengampu secara membuta tuli dan tidak berani lagi membuat teguran-teguran membina ke atas pucuk kepimpinan tertinggi,"katanya yang terus mengatakan kaki pengampu pemimpin tidak akan menjana kepada kemajuan negara.

Beliau yang baru dibebaskan daripada tahanan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (Sosma) 2012 berkata, teguran perlu berani dilontarkan demi kebaikan dan kepentingan parti.

Katanya, negara katanya memerlukan pembangkang yang efektif dan rasional untuk sama-sama memainkan peranan ke arah pembangunan negara.

"Sudah tiba masanya untuk kita bersatu dan jangan buat retorik politik lagi tetapi harus ikhlas membangunkan semula negara kita yang sedang berada diambang kejatuhan khususnya daripada perspektif politik dan ekonomi,"katanya. – The  Malaysian Insider/28 November, 2015.

, , ,

Isnin, 12 Oktober 2015

“Saya akan pastikan tangan Najib bergari,” kata Khairuddin


Bekas pemimpin akar umbi Umno Datuk Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya Matthias Chang berikrar akan berdepan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak habis-habisan.

Hadir dalam pakaian oren lokap, mereka memasuki mahkamah sambil melambai tangan yang bergari dan sempat melontar senyuman kepada hadirin.

“Saya akan pastikan tangan Najib bergari,” kata Khairuddin kepada penyokongnya yang hadir.

Chang berkata mereka tidak bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah.

Beliau yang sudah lima hari mogok lapar bagaimanapun tampil dalam keadaan baik.

Khairuddin dan Chang hari ini dituduh di mahkamah atas cubaan mensabotaj perkhidmatan kewangan dan perbankan negara ini.

Mereka didakwa bawah Seksyen 124L Kanun Keseksaan, yang dibaca bersama Seksyen 34 akta yang sama.

Pendakwaan itu susulan laporan polis mereka di Perancis, England, Switzerland, Hong Kong dan Singapura. Jika bersalah, mereka berdepan penjara 15 tahun.

Khairuddin dan Chang kini ditahan bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas). Perbicaraan bawah akta ini harus dibuat di Mahkamah Tinggi. -Malaysia Kini/12/10/15


, , ,

Chang, Khairuddin Didakwa Cuba Sabotaj Ekonomi Malaysia, Berdepan Hukuman Penjara 15 Tahun



Peguam Matthias Chang dan bekas naib ketua Umno bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini atas tuduhan melakukan cubaan mensabotaj ekonomi, sistem kewangan dan perbankan Malaysia.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Perancis, United Kingdom, Hong Kong dan Singapura di antara 28 Jun dan 26 Ogos tahun ini.

Tiada pengakuan direkodkan ketika kedua-duanya didakwa di hadapan Majistret Siti Radziah Kamarudin kerana hakim tiada bidang kuasa mendengar kes berkenaan memandangkan ia kesalahan keselamatan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma).

Khairuddin dan Chang mengikut Seksyen 124L Kanun Keseksaan yang membawa hukuman sehingga 15 tahun jika disabitkan kesalahan.

Bagaimanapun, prosedur di bawah Sosma akan digunakan, bukan Akta Bukti memandangkan kes itu dianggap bukan prosiding jenayah biasa.

Radziah memberi pihak pendakwaan yang diketuai Timbalan Pendakwa Raya Masri Mohd Daud dan Mohd Dusuki Mokhtar sehingga 26 Oktober untuk memperoleh kelulusan peguam negara bagi kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Kedua-dua tertuduh akan kekal dalam reman hingga tarikh itu kerana kes kesalahan keselamatan tidak boleh diberikan ikat jamin.

Terdahulu, Masri cuba memohon kepada mahkamah tempoh sebulan bagi memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi.

Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla memberitahu majistret untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi hari ini kerana mereka akan membangkitkan isu perlembagaan berkaitan dengan pelantikan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

“Kami berpandangan pelantikannya pada 27 Julai tidak mengikut Perlembagaan dan beliau tidak boleh mengeluarkan sebarang kebenaran untuk kes itu dipindahkan,” katanya.

Haniff berkata pendakwaan itu kelihatan tidak berada dalam bidang kesalahan keselamatan dan kedua-dua tertuduh layak diberikan ikat jamin sehingga kes mereka diputuskan.

Katanya, pihak pendakwaan menyalahgunakan proses siasatan untuk terus menahan mereka.

Beliau juga menggesa kedua-duanya ditahan reman di penjara Kajang.

Chang, bekas setiausaha politik kepada Tun Dr Mahathir Mohamad ditahan pada 8 Oktober di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi ketika beliau ke sana untuk melawat Khairuddin, yang juga sedang ditahan mengikut Sosma.

Undang-undang anti keganasan itu membenarkan suspek ditahan sehingga 28 hari selepas hari penahanan.

Khairuddin ditahan semula pada 23 September mengikut Sosma dan beliau memfailkan permohonan habeas corpus terhadap kerajaan, mencabar penahanannya di bawah akta itu.

Kes itu dijadualkan didengar di hadapan Hakim Kamardin Hashim di Mahkamah Tinggi esok.

Sebelum itu, Khairuddin ditahan reman sejak 19 September mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan atas cubaan melakukan kegiatan yang dianggap memudaratkan kepada demokrasi berparlimen.

Kamar mahkamah penuh sesak hari ini manakala Khairuddin serta Chang kelihatan tersenyum dan mengangkat tangan kepada orang ramai ketika dibawa ke mahkamah hari ini, berikrar untuk “melawan Najib habis-habisan”, mengisytiharkan mereka tidak bersalah. – The Malaysian Insider/12 Oktober, 2015.

Berkaitan:

Khairuddin Didakwa, Berdepan Penjara 15 Tahun

Bekas pemimpin akar umbi Umno Datuk Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya Matthias Chang hari ini dituduh di mahkamah atas cubaan mensabotaj perkhidmatan kewangan dan perbankan negara ini.

Mereka didakwa bawah Seksyen 124L Kanun Keseksaan, yang dibaca bersama Seksyen 34 akta yang sama.

Pendakwaan itu susulan laporan polis mereka di Perancis, England, Switzerland, Hong Kong dan Singapura.

Jika bersalah, mereka berdepan penjara 15 tahun.

Khairuddin dan Chang kini ditahan bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas). Perbicaraan bawah akta ini harus dibuat di Mahkamah Tinggi. -Malaysia Kini/12/10/15


, , , ,

"Kita Lapor Jenayah, Tapi Kita Ditangkap" - Tun M




PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata penahanan bekas Naib Ketua Umno Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya, Matthias Chang adalah satu penyalahgunaan kuasa dan tindakan terdesak untuk mendiamkan pengkritik.

Dr Mahathir berkata rakyat Malaysia bernasib malang apabila pihak berkuasa memberi ‘mesej’ bahawa tindakan akan diambil terhadap mereka yang melaporkan sesuatu kesalahan. mengenai pemimpin tertinggi negara.

"Mereka guna perkataan ‘sabotaj’ dari sudut pandangan mereka sendiri. Mereka ketepikan suara dan protes rakyat, kerajaan tidak berfungsi seperti sepatutnya.

"Ini perkara biasa... kita lihat jenayah kita lapor, tapi sebaliknya pihak berkuasa tangkap kita. Undang-undang untuk kebaikan rakyat bukan untuk untuk kerajaan sahaja…Khairuddin terpaksa buat laporan di luar negara kerana Peguam Negara tak ambil tindakan. Lapor saja, bukan dia pergi pasang bom atau guna senjata,” katanya pada sidang media khas di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, Isnin.

Sidang media yang berlangsung selama kira-kira satu jam itu turut dihadiri Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin, Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal, Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah, veteran Umno Tan Sri Sanusi Junid dan bekas Menteri Pengangkutan Tan Sri Ong Tee Keat.

Kesemua mereka hadir bagi menyatakan sokongan dan persamaan pendapat bahawa penahanan Khairuddin dan Matthias adalah satu penyalahgunaan undang-undang dan bagi memberi tekanan kepada pihak berkuasa supaya mereka dibebaskan. -Mstar/12/10/15

Berkaitan:

Veteran BN sertai perjuangan Dr Mahathir dalam kemelut 1MDB

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersalaman dengan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddn Yassin selepas sidang akhbar di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya, pagi ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 12 Oktober, 2015.

Beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) menyertai Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini untuk bersuara menentang penahanan 2 individu yang dikaitkan dengan bekas perdana menteri itu dalam kempen terhadap syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Antara yang hadir pada sidang media hari ini ialah Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin, Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal dan Ketua Umno Bahagian Gua Musang Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah, bekas setiausaha agung Umno Tan Sri Sanusi Junid dan bekas presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat.

Dr Mahathir sedang mengadakan sidang akhbar pada masa ini di Yayasan Kepimpinan Perdana berhubung nasib bekas setiausahanya, peguam Matthias Chang dan bekas pemimpin cawangan Umno, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

Kedua-dua individu itu didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini atas kesalahan cubaan mensabotaj ekonomi, kewangan dan sistem perbankan Malaysia. – The Malaysian Insider/12 Oktober, 2015.

, , , ,

Sabtu, 26 September 2015

Mengapa Takut Kalau Dokumen 1MDB Khairuddin Palsu ? - Wartawan Veteran



Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan harus dibenar mengemukakan dokumen beliau mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang kononnya "palsu dan dipalsukan" itu kepada Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI), kata Datuk A. Kadir Jasin.

Menulis dalam blognya, bekas ketua pengarang New Straits Times Group itu berkata, tidak ada sebab Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak takut akan bekas naib ketua Umno bahagian Batu Kawan itu jika benar beliau berbohong.

Sebaliknya, Najib harus yakin dengan sistem keadilan Amerika Syarikat (AS) untuk bertindak terhadap Khairuddin jika dokumen 1MDB yang dibawa beliau adalah palsu.

"Jika Khairuddin menipu dokumen di tangannya palsu atau dipalsukan, mengapa perdana menteri perlu takut kepadanya?

"Sebagai kawan baik AS, beliau harus menaruh kepercayaan kepada sistem keadilan AS dan membenarkan Khairuddin mengemukakan dokumen palsu dan dipalsukan itu kepada FBI.

"Biar AS tangkap dan dakwanya kerana berbohong. Berbohong kepada sebuah agensi kerajaan AS ialah satu pelanggaran undang-undang jenayah."

Kadir juga berkata, tangkapan Khairuddin serta seorang lagi ahli Umno yang dipecat, Anina Saadudin, menunjukkan ugutan kini menjadi strategi Najib.

Anina dipecat selepas memfailkan saman terhadap Najib meminta beliau bertanggungjawab terhadap sumbangan politik RM2.6 bilion yang disalurkan ke dalam akaun peribadinya.

Sebagai salah seorang pengkritik tegar syarikat milik Kementerian Kewangan yang dibebani hutang itu, Khairuddin pertama kali ditahan polis di rumahnya di Mont Kiara pada 18 September lalu.

Terdahulu hari yang sama, beliau dan peguamnya Matthias Chang dihalang daripada meninggalkan negara oleh pegawai imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata Khairuddin ditahan kerana tindakannya menggunakan agensi penguatkuasaan asing bagi memberikan tekanan kepada Malaysia berhubung isu 1MDB boleh dianggap sebagai sabotaj terhadap negara ini.

Khairuddin pertama kali membuat laporan polis terhadap 1MDB, yang mempunyai hutang sebanyak RM42 bilion, pada Disember tahun lepas, dan akhirnya dipecat daripada Umno selepas diisytiharkan muflis.

Beliau baru-baru ini membuat laporan kepada pihak berkuasa di Hong Kong, Switzerland, Perancis dan United Kingdom terhadap firma yang bermasalah itu, yang mana Najib juga merupakan pengerusi lembaga penasihatnya.

Beliau dilaporkan sedang dalam perjalanan untuk bertemu dengan pegawai FBI di AS apabila ditahan di lapangan terbang itu.

Beliau ditahan reman selama 6 hari selepas ditangkap pada hari itu dan pada Rabu minggu lepas, selepas dibebaskan majistret, beliau ditahan semula di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma) 2012 ketika berjalan keluar dari bilik mahkamah di Kompleks Mahkamah Jalan Duta.

Di bawah Sosma, suspek boleh ditahan tanpa perbicaraan sehingga 29 hari. – The Malaysian Insider/26 September, 2015.


, , ,

Rabu, 26 Ogos 2015

Ahli Umno Lapor Polis Singapura Kes Akaun PM


Seorang ahli Umno Datuk Khairuddin Abu Hassan membuat laporan polis di ibu pejabat polis Singapura berhubung kes akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Laporan polis itu, katanya, turut berkaitan dakwaan "penipuan" Presiden 1MDB Arul Kanda berhubung akaun bank anak syarikat firma pelaburan itu, Brazen Sky Limited, di BSI Singapura.

Dalam kenyataan di Facebooknya, Khairuddin berkata laporan polis itu dibuat secara rasminya pada jam 10:30 pagi di Jabatan Hal Ehwal Komersial, republik itu.

Sebelum ini, bekas naib ketua bahagian Umno Batu Kawan itu menyerahkan 'bukti' kepada peguam negara Switzerland berkaitan firma pelaburan 1MDB.

Minggu lalu, Khairuddin membuat laporan polis di Perancis dan United Kingdom di mana bekas rakan kerjasama 1MDB iaitu PetroSaudi International yang berpengkalan di situ.

Khairuddin berkata laporan polis di Singapura itu relevan kerana mendakwa wang sebanyak RM2.6 bilion yang didepositkan ke dalam akaun peribadi Najib berasal daripada Singapura.

"Memandangkan kes akaun peribadi Najib Tun Razak telah melibatkan 'Falcon Private Bank' yakni 'Swiss Private Banking' cawangan Singapura.

"Maka secara langsung ia mempunyai satu asas yang kukuh agar laporan polis dibuat di Singapura agar pihak 'Legal Enforcement Authority' di sini dapat menyiasat kes ini secara profesional dan telus bawah pengubahan wang haram," kata Khairuddin.

Dalam Facebooknya juga, beliau berkata pihak penyiasat jabatan itu memberi jaminan untuk menyiasat kes itu secara komprehensif berteraskan segala bahan bukti beliau berikan.

Khairuddin turut meluahkan rasa amat sedih dan kesal dengan sikap penguatkuasa undang-undang Malaysia yang didakwanya tidak ikhlas untuk menyiasat kes skandal 1MDB ataupun kes yang menjadi polemik di negara kita secara adil, telus, saksama dan profesional.- Malaysia Kini/26/8/15


, , ,

Isnin, 24 Ogos 2015

Khairuddin: Melayu Bangsat Jika Najib Terus Berkuasa



Melayu akan "bangsat" jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terus kekal berkuasa dan tidak dipecat, kata bekas naib ketua Umno Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

"Orang Melayu akan bangsat jika sekiranya Najib terus berkuasa. Bangsa Melayu akan berpecah seterusnya bangsat seandainya Najib tidak disingkirkan.

"Sekiranya Najib asyik syok dan angau sendiri, selagi itulah Umno serta BN akan goyah," tulis Khairuddin di dalam Facebooknya.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada ucapan Najib yang juga presiden Umno semalam yang mengatakan Melayu akan bangsat sekiranya Umno hilang kuasa.

Bagaimanapun, Khairuddin berkata, Umno dan BN akan jadi lebih kuat jika Najib meletakkan jawatannya.

"Tanpa Najib, Melayu serta keseluruhan bangsa di negara kita akan bersatu kerana masa kini kita sedang hadapi krisis keyakinan terhadap perdana menteri dengan begitu teruk sekali dalam salasilah sejarah politik tanah air.

"Rakyat bukan sahaja kehilangan keyakinan tetapi tidak percaya lagi kepada kepimpinan mahupun keperibadian Najib.

"Beliau buatlah apa sekalipun untuk menipu dan memperbodohkan rakyat jelata namun keseluruhan warganegara kita tidak boleh diperbodohkan lagi oleh beliau," katanya. -Malaysia Kini/24/8/15



BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH