Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

▼

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label Low Taek Jho. Papar semua catatan

, , ,

Selasa, 7 Julai 2015

Najib, Jho Low Sekapal dengan Bos PetroSaudi



Laman web Sarawak Report (SR) menerbitkan siri gambar menunjukkan perdana menteri dan keluarga menghabiskan masa bercuti dengan Low Taek Jho - atau lebih dikenali sebagai Jho Low - serta ketua PetroSaudi International (PSI), Putera Turki Abdullah Al Saud.

SR mendakwa imej itu dirakam di sebuah kapal layar mewah pada Ogos 2009.

Jika maklumat itu benar, gambar tersebut diambil sebulan sebelum 1MDB mendandatangani perjanjian untuk mengadakan kerjasama dengan PSI yang membabitkan pelaburan AS$1 bilion.

Turut terpapar dalam gambar itu ialah anak Datuk Seri Najib Razak, Nor Ashman dan Nooryana Najwa, selain Ketua Pegawai Eksekutif PSI Tarek Essam Ahmad Obaid yang dinamakan sebagai pengasas bersama syarikat berkenaan.

Pada 29 September 2009, 1MDB dan PSI menandatangani perjanjian kerjasama yang menyaksikan agensi tajaan kerajaan Malaysia itu memperoleh 40 peratus pegangan dalam 1MDB Petrosaudi Ltd. -Malaysia Kini/7/7/15

Pendedahan menarik di sini.

, , , , ,

Sabtu, 4 Julai 2015

Belanja Mewah, Berapa Banyak Cukai Najib, 1MDB, Jho Low Bayar? Tun Mahathir



Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mempersoalkan sekiranya Lembaga Hasil Dalam Negeri menyiasat cukai yang dibayar individu berprofil tinggi tertentu, termasuk perdana menteri, eksekutif di 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan ahli perniagaan Low Taek Jho.

Dalam posting terbaru di blog popularnya chedet.cc, bekas perdana menteri itu berkata, kebelakangan ini, wujud elemen selektiviti dalam tumpuan "orang lembaga cukai."

Katanya, manakala eksekutif dalam syarikat pelaburan strategik negara 1MDB dibayar gaji yang tinggi, Datuk Seri Najib Razak tidak dibayar apa-apa sebagai penasihat kepada 1MDB.

Tetapi menegaskan, kerajaan membayar elaun, termasuk bagi bil utiliti dan pengangkutan, kepada perdana menteri.

Beliau berkata dengan cara ini, semua gaji perdana menteri, walaupun lebih rendah daripada eksekutif perniagaan, boleh jadi disimpan dan dibelanjakan.

"Tetapi, gaya hidup mewah mesti besar belanjanya. Ia tentunya lebih daripada apa yang saya simpan selepas 29 tahun dalam kerajaan.

"Memanglah, ia rahsia. Tetapi saya ingin bertanya, adakah orang lembaga cukai menyiasat sumber wang dan cukai yang dibayar?" soalnya.

Beliau berkata, setiap orang yang perlu disiasat mesti disiasat dan menurutnya, di Malaysia, Raja-Raja pun tertakluk kepada undang-undang tertentu.

"Kita mesti sama rata di sisi undang-undang dan kita perlu dilihat sama rata. Setiap orang yang perlu disiasat oleh agensi kerajaan perlu disiasat.

"Tidak boleh ada diskriminasi," katanya.

Dr Mahathir berkata, Low juga membeli rumah pangsa mewah di New York dan Hollywood, dan mempersoalkan dari mana beliau dapat wang beratus juta untuk membeli hartanah itu.

"Adakah dia membayar cukainya?

"Dia juga membeli sebuah bank pada harga AS$260 juta. Dari mana dia dapat wang itu? Adakah ia dipinjam? Adakah dia jual bank itu dan bayar cukai atas keuntungan yang diperolehi?" soalnya.

Posting Dr Mahathir dibuat beberapa jam selepas timbul dakwaan oleh akhbar perniagaan Wall Street Journal (WSJ) yang berbilion ringgit disalurkan ke akaun peribadi Najib.

Perkara sama turut dilaporkan Sarawak Report, yang dikatakan dapatan dari siasatan ke atas 1MDB yang dijalankan kerajaan.

Dr Mahathir juga mempersoalkan perbelanjaan anak tiri Najib, Riza Aziz yang dilaporkan membelanjakan ratusan juta dolar membeli kediaman mewah di London, New York dan Hollywood.

Katanya, Riza juga membelanjakan berjuta-juta membiayai filem Hollywood "The Wolf of Wall Street".

Dr Mahathir berkata, apabila Jabatan Perdana Menteri berkata kekayaan Najib itu diwarisi dari keluarganya, ia dibantah adik-adik Najib.

Katanya, Tun Abdul Razak bukan seorang yang kaya dan tidak meninggalkan ratusan juta ringgit untuk keluarganya.

"Jadi, dari mana datangnya wang itu?" soal Dr Mahathir.

Katanya, ia kemudian didakwa diperolehi dari perniagaan.

"Jika dia buat begitu banyak duit dari perniagaan, tentu dia bayar cukai pendapatan. Adakah orang lembaga cukai datang menyiasatnya berhubung keuntungan perniagaannya?

"Berapa banyak cukai dia bayar? Memanglah ia rahsia. Tetapi saya harap ia bukan hendak melindungi sesuatu," tulis Dr Mahathir.

1MDB kini menjadi subjek inkuiri beberapa pihak berkuasa, termasuk Ketua Audit Negara, Bank Negara, polis dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Najib yang juga menteri kewangan dan pengerusi lembaga penasihat 1MDB, dikritik teruk beberapa bulan kebelakangan ini kerana beberapa isu, termasuk 1MDB yang mengumpulkan hutang RM42 bilion selepas hanya enam tahun beroperasi. – The Malaysian Insider/3 Julai, 2015.


, , , ,

Jumaat, 12 Jun 2015

Jho Low Pujuk Najib Tubuhkan 1MDB - Tun Mahathir



Tun Dr Mahathir Mohamad memperincikan penglibatan ahli perniagaan Low Taek Jho dalam penubuhan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), mendakwa beliau turut "menasihati" Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung beberapa transaksi perniagaan.

Menulis dalam blognya, Dr Mahathir menyatakan, Low "memujuk" Najib untuk menjadikan syarikat pendahulu 1MDB, Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) sebagai dana berdaulat, tetapi masih kekal di bawah kawalan perdana menteri.

Bekas perdana menteri itu berkata, Najib melantik kakitangan tanpa pengetahuan negeri pantai timur yang kaya dengan minyak itu.

"Terengganu bersetuju pada mulanya tetapi apabila Najib memutuskan untuk menaikkan melalui bon RM5 bilion menggunakan telaga minyak Terengganu sebagai cagaran, istana dan kerajaan fikir ia tidak betul.

"Terengganu meminta agar penerbitan bon ditangguhkan. Najib tetap meneruskannya. Terengganu mengambil langkah wajar menarik diri kerana ia tidak boleh membiarkan telaga minyaknya dalam risiko,” katanya.

Pendedahan Dr Mahathir itu menyokong kenyataan bekas menteri besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said yang memberitahu Dewan Undangan Negeri (DUN) bulan lepas, 1MDB cuba menggunakan minyak dan gas Terengganu sebagai cagaran, tetapi keputusan itu kemudiannya ditarik balik.

Ahmad berkata usaha itu dibuat ketika 1MDB berkait dengan TIA, dan Najib tidak berpuas hati dengan keputusannya.

Dr Mahathir berkata, Jho Low turut menasihatkan Najib supaya Putrajaya menjamin pinjaman RM5 bilion itu, dan perkara itu dilakukan tanpa pengetahuan Kabinet.

"Sebenarnya, perkara seperti itu perlu dibincang dan diluluskan Kabinet. Tidak ada bukti kertas Kabinet disediakan dan dikemukakan untuk kelulusan walaupun jumlah luar biasa besarnya. Malah, untuk masa yang lama Kabinet tidak menyedari aktiviti 1MDB," katanya.

Beliau juga mendedahkan, pinjaman itu diklasifikasikan sebagai 'off-budget', bermakna ia di luar bajet tahunan dibentangkan dan diluluskan di Parlimen.

Dr Mahathir berkata ini dilakukan bagi mengelakkan penelitian pegawai, sambil menambah prosedur itu tidak dipatuhi.

"Perbelanjaan 'off-budget' boleh dibuat, tetapi biasanya hanya dalam jumlah yang terhad. RM5 bilion tidak pernah dipinjam kerajaan atau mana-mana agensinya. Ia tidak boleh 'off-budget'.

"Ia perlu mendapat kelulusan Kabinet terlebih dulu dan kemudian dibentangkan kepada Parlimen. Semua prosedur ini tidak diikuti," katanya.

Beliau berkata, tidak jelas sama ada mana-mana jabatan atau agensi kerajaan meneliti syarat pinjaman itu.

"Tetapi termanya sangat tidak memihak kepada 1MDB dan kerajaan," katanya.

Beliau berkata Goldman Sachs ditugaskan mendapatkan pinjaman RM5 bilion itu pada kadar faedah 5.9%, dengan bank pelaburan global itu mengambil komisen 10%.

"Ini bermakna, daripada RM5 bilion yang dipinjam, 1MDB akan mendapat hanya RM4.5 bilion. Goldman Sachs akan mendapat RM500 juta sebagai komisen, jumlah wang yang tersangat besar.

"Tetapi 1MDB akan membayar faedah 5.9% atas keseluruhan RM5 bilion itu. Kerana ia hanya mendapat RM4.5 bilion, kadar faedah ke atas jumlah ini akan menjadi lebih 6.6%. Goldman Sachs tidak perlu membayar faedah ke atas RM500,000 yang diterimanya sebagai komisen, " katanya.

Sebaliknya, Dr Mahathir berkata, pinjaman yang diambil atau dijamin kerajaan biasanya mempunyai faedah 3% atau kurang.

Bagaimanapun, pinjaman 1MDB adalah pada faedah hampir 7%, atau kira-kira RM350 juta setahun atau hampir RM1 juta setiap hari.

"Siapa meluluskan pinjaman yang begitu teruk itu untuk sebuah syarikat milik kerajaan? Kita ingin tahu siapa. Mesti ada dokumen yang mempunyai tandatangan pihak berkuasa yang meluluskannya. Jika tidak, seseorang perlu menjawab kebodohan ini. Atau adakah ia penyalahgunaan kuasa?

"Tetapi kelulusan akhir mesti datang daripada menteri yang bertanggungjawab. Dan menteri yang bertanggungjawabnya ialah juga yang mengetuai 1MDB,” katanya. – The Malaysian Insider/12 Jun, 2015.

Rabu, 29 Ogos 2012

[Video] Jutawan Mengaku Rakan Baik Hajah Rosmah Belanja Jutaan RM untuk Lamar Artis Taiwan



Jho Low curi tumpuan dengan lamaran bergermelapan

[MK] Jutawan ranggi Jho Low kembali menjadi berita hangat apabila beliau menggunakan kekayaannya untuk memikat hati selebriti terkenal, tetapi sia-sia.

Sasarannya tak lain tak bukan penyanyi pop terkenal Taiwan Elva Hsiao.

Akhbar Taiwan Apple Daily menyiarkan berita tersebut selepas sebuah video mengenai lamaran Low dipaparkan.

Akhbar harian itu memetik, video tersebut dimuat turun tahun lalu oleh seorang jurugambar profesional di Britain, Peter Rear di laman perkongsian video Vimeo.com.

Video bertajuk ''Pertunangan Atlantis, Dubai'' itu tidak menyebut siapa dua individu tersebut tetapi meletakkan kapsyen :

''Khabar angin tentang kejutan lamaran pertunangan yang bernilai 1 juta pound (RM4.9 juta)."

Khabar angin mengenai jumlah itu sedikit mengejutkan apabila majlis itu diadakan di pantai persendirian di sebuah resort mewah Atlantis The Palm - hotel terkemuka di pulau Palm Jumeirah, Dubai.

Video berdurasi lima minit dan 27 saat itu memaparkan pasangan tersebut tiba dengan sebuah kereta Rolls-Royce hitam menyusuri pantai, dengan lilin yang dipasang berbentuk hati.

 
Berkaitan
 
Jho Low akui kawan baik Rosmah
[KD] KUALA LUMPUR: Jutawan muda penuh kontroversi, Jho Low, mengakui beliau merupakan kawan rapat kepada isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

“Rosmah (Mansor) bukan mak angkat saya. Beliau adalah kawan baik saya,” demikian jawapan beliau kepada akhbar berbahasa Cina, Kwong Wah Yit Poh, ketika ditanya hubungannya dengan keluarga Perdana Menteri, Najib Razak.

Jho Low, atau nama sebenarnya Low Taek Jho, 29 lahir di Pulau Pinang dan anak kepada jutawan Larry Low.

Beliau menjadi selebriti terkemuka ekoran kemunculannya berparti dengan aktres kontroversi Hollywood, Paris Hilton dan menjadi laporan muka depan akhbar tempatan dan antarabangsa.

Laman web Malaysia Chronicle pada Julai lalu mendedahkan, Jho Low memiliki sebuah penthouse di New York yang secara kebetulan dikatakan hanya 10 minit dari syarikat pengeluar berlian, Jacob & Co.

Rosmah sebelum ini dikaitkan dengan pembelian berlian bernilai RM24 juta dari Jacob & Co yang dikenali sebagai ‘natural fancy blue-gray cushion-cut’ itu.

Nama Jho Lho sebelum ini turut dikaitkan sebagai penasihat kepada Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) sebelum ia diperbadankan menjadi 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pada Jun 2010, semasa persidangan Dewan Rakyat, Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan Lapangan Terbang Tentera Udara Sungai Besi dipindahkan dan tapaknya dijual kepada 1MDB.

Bagaimanapun dalam satu wawancara dengan media tempatan, Jho Low enggan mengakui peranannya di sebalik transaksi itu.

KEADILAN sebelum ini mendesak kerajaan menjelaskan kontrak pembangunan TUDM Sungai Besi itu yang dianggar bernilai kira-kira RM500 juta itu.

Selain itu, Jho Low juga dikatakan memainkan peranan utama dalam UBG Bhd iaitu syarikat milik keluarga Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Beliau dikatakan mendapat tempat di kalangan tokoh perniagaan, ekoran hubungan rapatnya dengan pelabur dari Timur Tengah. (27.9.2011)



Jumaat, 30 Julai 2010

Low Taek Jho Nafi Terima Kontrak RM500 Juta untuk Projek Komersil di Lapangan Terbang TUDM Sungai Besi

Katanya:


Sebelum ini timbul dakwaan bahawa jutawan muda ini dikatakan terlibat dalam projek kormesil di bekas tapak Lapangan Terbang TUDM Sungai Besi dan turut dikaitkan dengan PM 1Malaysia dan isteri. Cerita lanjut tentang hal tersebut, sila klik pautan ini.

Khamis, 29 Julai 2010

Maklumat Rasmi tentang Low Taek Jho

Saya petik:

Nama sebenar: Low Taek Jho
Umur: 28
Asal: Pulau Pinang
Tinggi: 1.7 m
Berat: 88kg
Bahasa: Inggeris, Bahasa Malaysia, Mandarin, Hokkien, Teo Chew dan sedikit Arab
Pendidikan:
> Sek Rendah Union, Pulau Pinang> Chung Ling High School, Pulau Pinang> Harrow (A-Level)> Wharton School of Business, Univ of Pennsylvania, Philadelphia (2000-2005)
Kerjaya:
> Pada usia 20 tahun memulakan sebuah syarikat pelaburan yang dinamakan The Wynton Group dengan nilai pelaburan berjumlah AS$25 juta hasil pelaburan ahli keluarga, rakan-rakan dari negara-negara Arab serta Asia Tenggara. Syarikat pelaburan itu kini bernilai melebihi AS$1 bilion.
> Dilantik sebagai penasihat dan pengarah bukan eksekutif UBG Bhd pada tahun 2008.
> Penasihat kepada beberapa buah syarikat korporat antarabangsa.

KUALA LUMPUR: Jutawan misteri dari Pulau Pinang, yang menempa nama di Hollywood, Jho Low memberitahu, beliau membuat keuntungan satu juta dollarnya yang pertama ketika berusia 20 tahun dan kini syarikat pelaburan miliknya bernilai lebih AS$1 bilion (RM3.19 bilion).

Bercakap dalam satu temuramah eksklusif bersama akhbar The Star, Jho Low yang buat pertama kalinya mendedahkan identitinya kepada media menceritakan, beliau membuat satu juta dollarnya yang pertama ketika mengambil cuti rehat semester ketika sedang belajar di sekolah perniagaan terkenal Amerika, The Wharton School of Business di University of Pennsylvania.

Kata Low, kejayaannya dalam dunia perniagaan banyak ditentukan oleh situasi di mana beliau berada di tempat yang betul dan pada masa yang betul dan juga kerana dia telah dihantar menuntut di sekolah yang betul iaitu Harrow di United Kingdom dan kemudian Wharton di Amerika.

Di sini katanya, dia telah berkawan dan bertemu dengan anak-anak dari kalangan keluarga diraja Arab yang kaya raya dan keakraban serta kepercayaan yang mereka bina selama bertahun-tahun belajar bersama telah membantunya untuk mendaki kerjaya sebagai seorang usahawan yang berjaya.

Low menekankan betapa kepercayaan adalah kunci utama dalam menentukan kejayaan sesebuah urusan dan juga perniagaan.

Jadi apabila dia mewujudkan syarikat pelaburan yang dinamakan Kumpulan Wynton, rakan-rakan sekolahnya dari kalangan keluarga diraja Arab seramai sembilan orang serta ahli keluarganya sendiri telah sudi melabur sejumlah AS$25 juta (RM79.7 juta).

Kini syarikat tersebut bernilai lebih AS$1 bilion.

Low, 28, adalah anak ketiga dan bongsu usahawan dari Pulau Pinang, Datuk Larry Low yang memiliki sebuah syarikat kejuruteraan MWE.

Sumber: Mstar

Isnin, 19 Julai 2010

Kenali Ahli Perniagaan yang Dikaitkan dengan PM Bersama Paris Hilton

Blog ini pernah menyiarkan artikel tentang gaya hidup mewah dan maklumat ringkas Low Taek Jho yang dikatakan rapat dengan PM. Anda boleh membacanya di sini. Hari ini HD melaporkan hal yang berikut:

[HD] KUALA LUMPUR, 19 Julai: Nama Malaysia sekali lagi tercetak dalam media Perancis baru-baru ini apabila seorang ahli perniagaan Malaysia yang rapat dengan pihak berkuasa dikatakan bersama artis barat Paris Hilton ketika beliau ditahan kerana memiliki dadah marijuana.

Menurut AFP, akhbar Perancis, Corse Matin melaporkan Paris Hilton ditahan di lapangan terbang Corsica selepas marijuana yang dibawa dalam bagnya dihidu oleh anjing pengesan.

Dalam laporannya, akhbar itu berkata, Hilton sedang mengembara bersama dengan seorang personaliti yang rapat dengan pihak berkuasa di Malaysia ketika beliau ditahan oleh pihak berkuasa. Bagaimanapun beliau dikatakan dilepaskan selepas setengah jam disoalsiasat.

Ekoran itu, pelbagai pihak tertanya-tanya siapakah lelaki itu.

Hari ini, media melaporkan, lelaki itu adalah Low Taek Jho, seorang ahli perniagaan dari Malaysia yang berjaya mendapat hak untuk membangunkan tapak lapangan terbang TUDM di Sungai Besi.

Sebelum ini, Ketua Angkatan Muda PKR, Shamsul Iskandar Mat Akin mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mendedahkan siapakah orang misteri yang dikatakan rapat dengan anak dan isteri beliau, Datin Seri Rosmah mansor.

Shamsul mencabar perkara itu di Kota Bharu semasa Kongres PKR yang diadakan di sana bulan lalu.

Menurut Shamsul, Low Taek Jho telah berjaya mendapatkan kontrak untuk membangunkan semula TUDM dengan nilai RM500 juta.

Bagi Shamsul, dakwaan ini sangat serius kerana cara hidup Low Taek Jho di luar negara sangat meragukan.

Ahad, 4 Julai 2010

Siapa Jutawan Malaysia yang Terbangkan Paris Hilton & Leonardo Dicaprio ke Afrika Selatan?

Saya petik:
[DC] Seems like Leonardo DiCaprio and Paris Hilton have got some rich Malaysian connection.
 It has been reported by top UK tabloid, The Sun that the Hollywood hunk and his Hilton heiress friend were flown from London to Johannesburg on a private jet by a "mysterious" Malaysian millionaire so that they could watch the World Cup.

Apparently, the famous duo and their other pals were supposed to take a private tour around South Africa before Paris' infamous drug bust.

But The Daily Chilli can confirm that the mysterious millionaire is not our very own Tan Sri Francis Yeoh, the managing director of YTL Corporation Berhad - who has vast business interest in the UK and powerful connections worldwide.

"Tan Sri is watching The World Cup in KL," revealed an insider in YTL. "YTL has got a couple of important World Cup-related programmes in Malaysia that he's got to attend. He's not the one linked to Paris Hilton and Leonardo DiCaprio." - Noorsila Abd Majid

Rakyat Malaysia sememangnya terkenal dengan sifat "murah hati"! Persoalannya ialah siapakah gerangan jutawan Malaysia itu? Adakah jutawan tersebut merupakan orang yang sama yang sebelum ini dikatakan sanggup menghabiskan jutaan ringgit semalam untuk melayan tetamu selebriti Hollywod pada majlis harijadinya?


Berkaitan:
* Paris in drug arrest at World Cup
...Paris and DiCaprio, 35, were flown from London by private jet to Johannesburg by a mysterious Malaysian millionaire so they could take in the World Cup before a safari...

Jumaat, 28 Mei 2010

[Kemas Kini] Siapa TAEK? Apa Kaitannya dengan PM 1Malaysia?

Saya petik:

[TVS] Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat, Shamsul Iskandar hari ini mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansur menafi kaitan mereka dengan individu bernama Taek Jho Low.

Beliau berkata, Najib dan Rosmah perlu memberi penjelasan berikutan lelaki berusia 28 tahun itu memiliki kekayaan melimpah ruah hingga berita kekayaannya mengenai Jho Low berikutan mereka didakwa ada hubungan dengannya.


Berucap pada kongres AMK di Pantai Cahaya Bulan di sini, hari ini, Shamsul berkata, lelaki itu mengikut akhbar New York Times dan Malay Mail sebagai seorang yang boros berbelanja dan gemar berparti.


Mengikut New York Times, Jho Low didakwa membelanjakan AS$50,000 semalaman untuk berhibur dan menghadiahkan 200 botol arak berjenama bernilai AS$1,000 sebotol kepada pelakon Hollywood, Megan Fox.


Sehubungan itu, Shamsul meminta penjelasan sama ada Jho Low adalah individu yang terlibat dalam pembangunan komersil tanah lapangan terbang Sungai Besi milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).


(Sumber Gambar: www.nypost.com)

Saya cari lagi artikel berkaitan dengan "jutawan muda" ini di internet. Rupa-rupanya, kehidupan pemuda ini memang dashyat. Gaya hidupnya mewah dan dikelilingi selebriti dan model. Selebriti yang berparti dengannya pula bertaraf lima bintang. Misalnya, berdasarkan gambar di atas, dia dilihat sedang berparti dengan Usher.

Menurut laman sesawang Gawker, pemuda ini ketika menyambut hari jadinya yang ke-28 telah menerima kereta sport warna merah daripada Jamie Foxx. Parti harijadinya turut dihadiri Usher, Paris Hilton, dan Megan Fox. Fuh!

AMK PKR hari ini mengaitkan pemuda ini dengan projek komersil Lapangan Terbang TUDM Sungai Besi serta PM 1Malaysia dan isterinya Rosmah.

Siapa pemuda ini?

Saya petik lagi:

Name: Take Jho Low
Age
: 28
Occupation
: Officially he is an adviser to some international corporations, but no one knows what that means or seems to believe that is the truth. People say he's involved in oil, gas, and construction. He and was appointed to the board of Malaysian bank UBG Berhad last year. It's rumored that he's an arms dealer.
Residence
: Rents several apartments in the Park Imperial on West 57th St in midtown that house him and his staff—including several body guards. Famous neighbors include Daniel Craig and Sean Combs.
Motorcade
: Travels about town with his entourage in a fleet of Escalades.
Nightclub Spending
:

Birthday Party:

Supposed Benefactor: Kuwaiti
Hamad Alwazzan
Champagne of Choice: Cristal, which he'll buy for anyone who asks.
Quote: "A Jho Low comes around once in a lifetime," one nightlife insider
told Page Six about the man's big-spending ways.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH