Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label Malaysia dan dunia. Papar semua catatan

,

Khamis, 29 Mac 2012

[KANTOI] PKR Ada Bukti Kukuh Malaysia Lobi Israel untuk Jadi Tuan Rumah Persidangan Gas Sedunia





KEADILAN mempunyai bukti kukuh termasuklah laporan, surat menyurat dan dokumen-dokumen lain yang mengesahkan sikap talam dua muka Umno yang secara diam-diam merestui hubungan dua hala di antara Malaysia dan Israel sedang ia menyerang Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai ejen Israel.

Hubungan tidak rasmi di antara Umno dan kerajaan atau badan-badan Israel bukanlah perkara baru. Mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad menulis surat kepada 3 orang Perdana Menteri Israel yang berasingan menyatakan hasrat beliau yang mewakili Umno untuk menjalin hubungan diplomatik yang normal dengan Israel. Tindakan Dato’ Seri Najib Tun Razak yang melantik APCO yang diketuai tokoh-tokoh yang rapat dengan Israel mengesahkan lagi wujudnya hubungan baik di antara Umno dan Israel.

Malah, sikap ini turut menular di dalam dasar luar negara seperti yang ditentukan oleh Wisma Putra.

Hari ini, KEADILAN akan membongkarkan bagaimana Umno dan pimpinannya mengambil sikap berbaik-baik malah memohon bantuan dari Israel, walaupun secara rasminya Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan negara tersebut.

Bermula 4 hingga 8 Jun 2012, Malaysia akan menjadi tuan rumah kepada Persidangan Gas Sedunia (World Gas Conference) yang akan berlangsung di Kuala Lumpur. Persidangan ini adalah persidangan terbesar yang akan mengumpulkan syarikat-syarikat minyak dan gas dari seluruh dunia.

Penganjuran Persidangan Gas Sedunia dipilih melalui undi oleh anggota Pertubuhan Gas Antarabangsa (International Gas Union) yang turut dianggotai oleh negara-negara seperti Malaysia, Israel, Russia, Brunei, Indonesia dan banyak negara lain.

KEADILAN boleh mengesahkan bahawa semasa Malaysia melobi untuk mendapatkan hak menganjurkan persidangan ini dalam tahun 2005, Malaysia telah merayu bantuan Israel untuk menyokong cadangan Malaysia menjadi tuan rumah. Malah, Malaysia turut menawarkan secara tidak langsung untuk menguruskan penginapan dan pendaftaran wakil-wakil Israel ke Persidangan IGU di Tianjin, China.

Pendekatan merayu bantuan Israel ini mendapat restu dan atas nasihat Wisma Putra. Penganjurannya pula dikendalikan oleh Persatuan Gas Malaysia yang diwakili oleh PETRONAS dan dinasihati oleh Tun Mahathir. Malah, KEADILAN mempunyai bukti bahawa Tun Mahathir dan Wisma Putra sedia maklum mengenai pendekatan Malaysia merayu sokongan dari Israel untuk mendapatkan hak penganjuran tetapi merestui sahaja pendekatan ini.

Bersama-sama ini disertakan satu surat dari wakil Malaysia kepada wakil Israel yang mengesahkan bahawa Wisma Putra telah merestui pendekatan merayu bantuan dan sokongan Israel demi mendapatkan hak penganjuran sebuah persidangan antarabangsa.

Sikap Umno dan pimpinan mereka yang menentukan dasar Wisma Putra adalah bertentangan dengan keinginan rakyat Malaysia yang tidak mahu ada sebarang hubungan diplomatik sama ada secara langsung atau tidak langsung dengan Israel. Malah, pendedahan kali ini membongkarkan hipokrasi tertinggi Umno dan pimpinan mereka dalam isu hubungan dengan Israel kerana bukan sahaja mereka menyatakan hasrat untuk mengadakan hubungan diplomatik, malah terbukti mereka pernah melutut merayu sokongan dari Israel.

KEADILAN mendesak penjelasan dari Wisma Putra dan Tun Mahathir Mohamad mengenai pendirian yang telah diambil sehingga merestui pendekatan pihak penganjur Persidangan Gas Sedunia yang merayu bantuan dan sokongan Israel, kerana ini bertentangan dengan solidariti rakyat Malaysia dengan perjuangan rakyat Palestin.

KEADILAN akan terus menyiarkan dokumen-dokumen dan surat-menyurat bagi membuktikan bagaimana pimpinan Umno terlibat secara langsung di dalam perkara ini.


DATO’ SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
SETIAUSAHA AGONG KEADILAN

MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN




P/s: Tolong sebarkan kepada orang kampung, orang Felda, penyokong tegar UMNO!






, , , , ,

Rabu, 21 Mac 2012

[Wajid Baca] Sikap Nabi Muhammad SAW terhadap YAHUDI


[MK] ISLAM adalah agama yang menghormati semua keturunan manusia. Islam tidak menghukum seseorang disebabkan keturunannya. Islam juga tidak memaksa orang menganut Islam dan memerangi dan menghukum hanya kerana perbezaan agama.

Demikian seseorang Yahudi tidak boleh dihukum hanya kerana dia berketurunan Yahudi atau beragama Yahudi. Permusuhan berlaku antara masyarakat Yahudi dan Nabi Muhammad SAW dalam sejarah disebabkan sikap permusuhan mereka terhadap Islam, bukan keturunan mereka.

Dalam sejarah Nabi SAW; baginda mempunyai isteri yang merupakan seorang Yahudi iaitu Safiyyah binti Huyai.

Sahabat Nabi SAW yang dianggap ilmuwan ‘Abdullah bin Salam, juga seorang Yahudi. Baginda Nabi SAW dalam urusan muamalat pernah menggadai barang kepada Yahudi.

Baginda juga menziarahi Yahudi yang sakit.

Ini menunjukkan kita boleh berbuat baik kepada Yahudi atas dasar persahabatan yang tidak mengkhianati Islam atau atas asas dakwah. Bahkan Al-Quran dalam Surah al-Maidah membenarkan perkahwinan dengan wanita Yahudi dan Kristian yang dikatagori sebagai Ahlul Kitab.

Maka, kenyataan yang menyatakan bahawa kita boleh berurusan Yahudi yang tidak menzahirkan permusuhan kepada umat Islam, adalah benar. Adapun yang memerangi Islam, maka dia dimusuhi tanpa mengira apapun agamanya.

Firman Allah: “Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan memberikan sumbangan harta kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim”. (Surah al-Mumtahah, 8-9)

Ayat di atas menjadi asas urusan antara muslim dan agama lain.

Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin adalah felo pelawat OCIS, Oxford dan bekas mufti Perlis.





, , , ,

Khamis, 1 Mac 2012

Sudah Masuk 12 Tahun Malaysia Mempunyai Hubungan Dagang dengan ISRAEL


[HD] KUALA LUMPUR, 1 Mac: Malaysia telah berdagang dengan negara haram Israel sejak tahun 2001 lagi ataupun lebih awal dari itu.

Menurut Data Statistik Perdagangan Komoditi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, pada tahun 2001 sahaja, Malaysia telah mengimport USD615.924 juta (RM1,847 juta) barangan Israel.

Pada tahun itu, Malaysia telah mengeksport USD26.553 juta (RM79.65 juta) barangannya ke negara haram itu.

Sejak itu, perdagangan antara Malaysia dengan Israel sentiasa saja meningkat dari tahun ke tahun.

Pada tahun 2010, Malaysia mengimport USD798.069 juta (RM2,394 juta) barangan Israel berbanding USD85.129 juta (RM255.38 juta) barangan yang dieksport Malaysia ke Israel.


(Data hubungan dagang antara Israel dan Malaysia yang dikeluarkan oleh salah satu badan di bawah PBB)

Menurut database itu juga, Malaysia adalah negara ke 18 di dunia yang menerima barangan eksport dari Israel dengan Amerika menjadi negara paling banyak menerima barangan dari negara haram itu.

Dengan kedudukan ke 18, nilai eksport Israel ke Malaysia jauh lebih tinggi berbanding Cyprus yang berrada di kedudukan ke-19, Kanada (20), Taiwan (21), Japan (22), Australia (23), Singapura (24) dan Thailand (25).

Antara barangan eksport utama Israel ke Malaysia adalah barangan elektrik dan peralatan elektronik yang bernilai USD777.940 juta (RM2,333.82 juta) pada tahun 2010.

Selain itu, Malaysia juga mengimport mesin, reaktor nuklear dan pemanas (USD4.66 juta), baja (USD3.6 juta) dan bahan kimia organik (USD2.998 juta).

Turut diimport dari Israel adalah permata, bahan kimia bukan organik, pelastik, aluminium, sayuran dan buah-buahan, optical dan bahan edible, sabun, minyak pelincir, kacang, minyak bijian, wangian dan lain-lain lagi.
 





P/s: Berdagang dengan Israel, samalah seperti membantu mereka membeli peluru untuk mengancam orang Palestine.

, , ,

Selasa, 21 Februari 2012

[Video] Isu Israel dan Penjelasan Anwar di Taman Sri Gombak






, , ,

Isnin, 20 Februari 2012

[Video] Hubungan DAGANG Malaysia-Israel Guna 4 PELABUHAN

Saya petik:

[TVS] SHAH ALAM, 20 FEB: Malaysia dan Israel menjalin hubungan dagang menerusi empat pelabuhan di negara zionis tersebut melalui Pelabuhan Klang dan Tanjung Pelepas, Johor.

Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia, Badrul Hisham Baharin atau lebih dikenali dengan Chegu Bad berkata menerusi carian laman web www.linescape.com pihaknya telah menemukan beberapa transaksi.

Menurut Chegu Bad hubungan dagang tersebut didakwa melibatkan syarikat perkapalan ZIM (yang punya kepentingan Israel) dengan menggunakan pelabuhan Haifa (Israel) terus ke Pelabuhan Klang.

"Terdapat juga laluan perdagangan lain antara Israel-Malaysia termasuklah melibatkan beberapa pelabuhan utama kedua-dua buah negara yang kononnya tidak mempunyai hubungan diplomatik.

"Antaranya ialah Haifa(Israel)-Pelabuhan Klang, Ashdod(Israel)-Pelabuhan Klang dan Ashdod(Israel)-Tanjung Pelepas dan Ashdod(Israel)- WestPort Klang." kata beliau.

Menurut beliau sikap hipokrit kerajaan Malaysia membuktikan helah politik untuk menipu rakyat negara ini sedangkan hakikatnya Malaysia- Israel merupakan rakan dagang yang baik.

"Dr. Mahathir minggu lepas konon mengatakan betapa data permedagangan Israel - Malaysia dibekalkan oleh Israel kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim ialah sebuah tuduhan terdesak serta memperkukuhkan lagi amalan fitnah yang diamalkan Mahathir selama ini.

 "Sedangkan data kemasukan perdagangan Israel melalui kapal ZIM ini hanya memerlukan carian di ruang awam maka terdedahlah hipokrasi regim Umno." jelas beliau yang juga Ketua Cabang Rembau.

Sehubungan itu SAMM meminta rakyat Malaysia dan masyarakat dunia yang prihatin dengan nasib Palestin menuntut jawapan dari kerajaan mengenai pendedahan terbaru tersebut.

Pada 8 Febuari 2012 lalu, SAMM telah membuat pendedahan awal mengenai wujudnya dagangan Sawit terus oleh syarikat tempatan dan penghantaran secara terus dilakukan dari Johor ke Israel.

Namun tiada jawapan rasmi dari kerajaan. Pada hari yang sama SAMM telah dihantar kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa serta salinan ke Perdana Menteri dan pihak media untuk memberikan respon mengenai perkara ini.

Sementara dalam 'Index Mundi' dan IMF menunjukkan bagaimana penjualan minyak sawit Malaysia dalam matawang New Israeli Syeqel dan harga minyak sawit Malaysia telah di senaraikan dalam futures trading (harga masa depan) sehingga Januari 2012.

Melalui index tersebut mencatatkan Syarikat Sime Darby dari Malaysia terlibat dalam urusan penjualan minyak sawit tersebut.

Sime Darby adalah syarikat milik kerajaan (GLC) hasil penggabungan Golden Hope, Guthrie dan Sime Darby yang menimbulkan kontroversi pada awal tahun 2000 lalu.



P/s: Anti-Israellah konon, LAHANAT!











, , ,

Sabtu, 18 Februari 2012

[KANTOI] Dalang Demo "Ahli PAS" Permatang Pauh Bantah Anwar Sokong Israel Terbongkar


Menurut laporan KL Pos, suatu perhimpunan mendesak Ketua Pembangkang Dato Seri Anwar Ibrahim menarik balik sokongan terhadap Yahudi telah diadakan di hadapan Masjid Masjid Shaik Eusof Jalan Air Itam, Keramat semalam. Perhimpunan tersebut KONONNYA dianjurkan oleh sekumpulan Jentera PAS Pulau Pinang dan Persatuan Anak Jati Melayu Islam (PAJIM) dan telah dihadiri kira kira 25 orang.

Namun, dalang perhimpunan ini terbongkar apabila beberapa blog mendedahkan seorang daripada individu yang terlibat dalam perhimpunan tersebut. Menurut blog Jalan Pulang, individu yang memakai baju melayu kuning cair itu DIPERCAYAI Mohamed Ghani Abdul Jiman, ahli UMNO yang sebelum ini menghantar kek tahi dan hadiah coli dan seluar dalam kepada Lim Guan Eng. Sila lihat gambar di bawah ini. Untuk bacaan lanjut sila klik di sini.

Media pernah melaporkan Mohamed Ghani Abd Jiman (kanan sekali) membawa
empat kek berbentuk tahi kepada Ketua Menteri

Pulau Pinang, Lim Guan Eng pada 8 Disember tahun lalu.


Jika benar dalangnya ialah ahli UMNO, maka sudah terang lagi bersuluh peranan UMNO dan TV3 yang menyiarkan berita ini untuk melaga-lagakan PAS-PKR dalam isu membabitkan kenyataan Anwar berkaitan dengan isu "two states solution" antara Israel dengan Palestine.



P/s: Pada TM, jangan kerana isu diplomasi ini, PR bertelagah dan seterusnya memberikan peluang kepada BN yang sudah lama BERPELUK dengan Israel TERUS berkuasa dan meratah hasil mahsul negara.



, , ,

Jumaat, 17 Februari 2012

[Video] Kapal Dagang Israel Pernah dan Sedang BERLABUH di Malaysia, BN Terang-terangan MENYOKONG ISRAEL dari Segi Ekonomi!!!




 Melayu mudah lupa. Malaysia pernah membenarkan kapal dagang Israel berlabuh di Pelabuhan Klang sekitar Mei dan Jun 2010. Hal ini telah membangkitkan bantahan kira-kira 100 ahli Kesatuan Kakitangan Northport (Malaysia) Bhd (NMB) yang berdemonstrasi secara aman di hadapan pintu utama kontena Terminal 1 bagi mendesak kerajaan tidak membenarkan kapal dagang Israel berlabuh di perairan negara pada 12 Jun 2010.Keterangan tentang hal ini seperti yang dilaporkan oleh TV9 dan Bernama ada dinyatakan pada ruang info video di atas.

Blog Milo Suam pula hari ini mendedahkan dua buah kapal dagang Israel sedang berlabuh di Pelabuhan Klang. Pada 16 Febuari 2012 (semalam), dua buah kapal milik syarikat perkapalan Israel,iaitu ZIM USA dan ZIM Atlantic  dilihat menurunkan ratusan kontena di Pelabuhan Klang (Westport). Aktiviti pemunggahan kargo itu jelas membuktikan hubungan dagang antara Malaysia dengan Israel. Sambung baca di sini. -DCM



P/s: Anwar baru menyebut dalam WSJ I support all efforts to protect the security of the state of Israel ... a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians.", namun  Malaysia di bawah BN bukan sahaja menjalinkan hubungan dagang dengan Israel (menyokong dari segi ekonomi), malah didakwa menjadi pak turut kepada Israel apabila menghentikan eksport minyak sawit ke Iran. Hal ini ada dilaporkan oleh Reuters.

SAMM pula mendedahkan Malaysia mengeksport minyak sawit ke Israel. Butiran hubungan dagang antara Malaysia dengan Israel boleh dibaca di sini. Menurut data EU, Malaysia ialah rakan dagang Israel yang ke-15.

Melayu, terutama Melayu UMNO, jangan mudah lupa atau buat-buat lupa!



, ,

Khamis, 16 Februari 2012

Siapa Pandai Baca Tulisan Hebrew? Boleh Baca Hubungan Dagang Malaysia-Israel

Kredit: Lan Halamy
Paparan di atas ialah laman sesawang Kementerian Perindustrian, Perdagangan, dan Buruh Israel berkaitan dengan hubungan dagang antara Israel dengan Malaysia dan Indonesia. Maklumat lanjut di sini.


Kemas Kini:

Tukang komen ingatkan TM, salin artikel di laman sesawang itu dan terjemahkannya di Google Translate.


, ,

Rabu, 15 Februari 2012

Malaysia HENTI EKSPORT Minyak Sawit ke Iran, EKSPORT ke Israel, India TAMBAH IMPORT Minyak Iran



Malaysia seperti yang dilaporkan oleh Reuters telah menghentikan eksport minyak sawit ke Iran sejak tahun lalu. Bukan setakat itu sahaja, SAMM dan Che gu Bard mendedahkan bahawa Malaysia telah mengeksport minyak sawit ke Israel. Semua pendedahan itu boleh anda baca di sini dan di sini.

Dalam waktu Iran menghadapi sekatan dan diskriminasi daripada negara Barat termasuk Malaysia, China dan India seperti yang dilaporkan oleh media mengambil sikap yang sebaliknya. Kedua-dua negara itu dilaporkan telah menambah import minyak daripada Iran dan tidak menghiraukan sekatan dagangan yang dilaksanakan oleh AS dan EU.

Berdasarkan laporan di bawah ini, India merupakan pengimport tertinggi minyak Iran pada bulan Januari 2012.  

Jika Malaysia menjadi sekutu AS dan Israel untuk menghukum Iran, India, China dan beberapa negara bukan Islam bertekad membantu Iran melalui hubungan dagangan. -DCM
 



P/s: Siapa yang hipokrit dalam isu sokongan kepada AS dan Israel!!!


, , , , ,

UMNO Menjerit PALESTINE, Hakikatnya Malaysia TIDAK Iktiraf Kerajaan HAMAS (Demi AS dan Israel?)


Saya petik:

[MK] Kerajaan BN tidak pernah memberi sokongan secara konsisten terhadap perjuangan Palestin tetapi sebaliknya dasar negara selama ini sebenarnya berkiblatkan dasar Amerika Syarikat dan Israel terhadap negara itu, kata Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Sehubungan itu, beliau membidas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang sebelum ini mendakwa ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim "bersifat talam dua muka" kerana menyatakan sokongannya terhadap usaha-usaha melindungi keselamatan Israel.

“Apakah Najib perlu diingatkan bagaimana layanan kerajaan Malaysia terhadap pemimpin negara Palestin yang sah dipilih secara demokrasi pada  pilihanraya 25 Jan 2006?” soalnya dalam satu kenyataan media, lewat malam tadi.

Sebagai dalilnya, Saifuddin Nasution berkata Malaysia pada Mei 2006 telah menjadi tuan rumah Persidangan Negara-negara Berkecuali (NAM) tetapi anehnya kehadiran Dr Mahmoud Al Zahar selaku Menteri Luar sah kerajaan Palestin yang dilantik oleh Perdana Menteri Ismail Haniyeh telah dibelakangkan.

Sebaliknya, menurut beliau Putrajaya mengiktiraf  Farouk Qadummi iaitu bekas Menteri Luar Palestin (sewaktu kerajaan Fatah sebelum pilihan raya 25 Januari 2006). Malah, pada persidangan tersebut Qadummi dijemput berucap sebagai wakil rasmi kerajaan Palestin.

“Hal ini tidak sukar difahami kerana PM Ismail Haniyeh dan Dr Mahmoud ALZahar adalah pemimpin Palestin yang mewakili Hamas yang pada kacamata Amerika Syarikat dan Israel adalah satu kumpulan pengganas.

“Hakikat bahawa Hamas menang pilihanraya secara bebas dan demokratik tidak sama sekali mengubah pendirian Amerika Syarikat dan Israel terhadap Hamas  yang telah berjaya membentuk kerajaan Palestin yang sah.

“Amerika Syarikat dan Israel tidak mengiktiraf kerajaan Palestin pimpinan Hamas. Adalah menjadi pengetahuan umum Amerika Syarikat dan Israel lebih bersikap lunak terhadap kumpulan Fatah yang tewas pilihanraya,” katanya.

Pulaukan NAM
Menurut Saifuddin Nasution lagi, Dr  Zahar yang kecewa dengan layanan Malaysia kemudiannya  memulau persidangan NAM tersebut.

Beliau kemudiannya menemui pimpinan PAS termasuk timbalan presiden ketika itu Nasaruddin Mat Isa. Dr Zahar turut mengutuk tindakan kerajaan BN itu kerana menjemput Qaddoumi dan menganggap keputusan itu sebagai sesuatu yang tidak dapat diterima oleh kerajaan Palestin.

Malahan, kata beliau, Nasaruddin pula kemudian mengeluarkan kenyataan mengecam kerajaan Malaysia sebagai ‘biadap’

“Insiden tersebut memberikan bukti jelas bagaimana tidak konsistennya dasar kerajaan Malaysia terhadap Palestin. Insiden ini menjadi bukti bahawa dasar luar Malaysia terhadap Palestin sebenarnya berkiblatkan dasar Amerika Syarikat dan Israel terhadap Palestin.

“Insiden ini mengesahkan Kerajaan Malaysia tidak dapat membezakan antara kerajaan sah yang dipilih oleh rakyat Palestin dengan pemimpin Palestin yang ditolak dan tewas dalam pilihan raya.

“Hanya kerana Amerika Syarikat dan Israel tidak mengiktiraf kerajaan Palestin pimpinan Hamas pada ketika itu maka Malaysia juga akur. Bukankah fakta ini dengan sendirinya menolak kenyataan Najib sebaliknya mengesahkan bahawa dasar kerajaan Malaysia terhadap Palestin sebenarnya tidak konsisten?” soalnya.

Najib semalam diminta mengulas kekecewaan dan kebimbangan Perdana Menteri Palestin Ismail Haniyeh yang disampaikan ketika pertemuannya dengan Nasharuddin, selaku  Pengerusi Pentadbiran Yayasan al-Quds Malaysia di Kuwait, baru-baru ini berhubung kenyataan Anwar mengenai Israel itu.

Pendirian berbeza
Menurut beliau ketua umum PKR itu sering membuat pendirian berbeza terhadap pendengar yang berlainan dalam isu.

Anwar, sebelum ini pada wawancaranya dengan majalah Wall Street Journal (WSJ)  dilaporkan berkata beliau menyokong usaha menjaga keselamatan Israel. Pada masa yang sama, pada wawancara itu, Anwar turut menegaskan bahawa kepentingan sah rakyat Palestin juga mesti dilindungi.

Kenyataannya itu mengundang rasa tidak senang pelbagai pihak termasuk Majlis Syura Ulama PAS yang juga selari dengan pendirian parti itu supaya tidak mengiktiraf negara Israel dan mahu Anwar menarik balik kenyataannya itu ataupun menyaman majalah itu jika laporan berkenaan adalah tidak benar.


Berkaitan:
 
KENYATAAN AKHBAR: DASAR LUAR MALAYSIA TERHADAP PALESTIN BERKIBLATKAN AMERIKA SYARIKAT DAN ISRAEL


Saya merujuk kenyataan Perdana Menteri Najib Tun Razak yang membidas Dato Seri Anwar sebagai bersikap dua wajah (two-faced) dan menegaskan kononnya Malaysia sentiasa memberi sokongan secara konsisten terhadap perjuangan Palestin.

Apakah PM Najib perlu diingatkan bagaimana layanan kerajaan Malaysia terhadap pemimpin negara Palestin yang sah dipilih secara demokrasi pada pilihanraya 25 Jan 2006?

Perdana Menteri Palestin Ismail Haniyeh dipilih sebagai ketua kerajaan yang kemudiannya melantik Menteri Luarnya Dr Mahmoud AlZahar. Malaysia pada Mei 2006 telah menjadi tuanrumah Persidangan Negara-negara Berkecuali (NAM) anehnya telah membelakangkan kehadiran Dr Mahmoud AlZahar sebagai Menteri Luar sah kerajaan Palestin dan sebaliknya mengiktiraf Farouk Qadummi iaitu Bekas Menteri Luar Palestin (sewaktu kerajaan Fatah sebelum Pilihanraya 25 Januari 2006). Pada persidangan tersebut Farouk Qadummi dijemput berucap sebagai wakil rasmi kerajaan Palestin.

Hal ini tidak sukar difahami kerana PM Ismail Haniyeh dan Dr Mahmoud ALZahar adalah pemimpin Palestin yang mewakili HAMAS yang pada kacamata Amerika Syarikat dan Israel adalah satu kumpulan pengganas. Hakikat bahawa HAMAS menang pilihanraya secara bebas dan demokratik tidak sama sekali mengubah pendirian Amerika Syarikat dan Israel terhadap HAMAS yang telah berjaya membentuk kerajaan Palestin yang sah. Amerika Syarikat dan Israel tidak mengiktiraf kerajaan Palestin pimpinan HAMAS. Adalah menjadi pengetahuan umum Amerika Syarikat dan Israel lebih bersikap lunak terhadap kumpulan FATAH yang tewas pilihanraya.

Dr Mahmoud AlZahar yang kecewa dengan layanan Malaysia kemudiannya memulau persidangan NAM tersebut. Beliau menemui pimpinan PAS termasuk Timbalan Presiden ketika itu Ustaz Nasaruddin Mat Isa. Dr Zahar turut mengutuk tindakan kerajaan Malaysia menjemput Qaddoumi dan menganggap keputusan itu sebagai sesuatu yang tidak dapat diterima oleh kerajaan beliau. Malahan Ustaz Nasaruddin kemudian mengeluarkan kenyataan mengecam kerajaan Malaysia sebagai ‘biadap’

Insiden tersebut memberikan bukti jelas bagaimana tidak konsistennya dasar kerajaan Malaysia terhadap Palestin. Insiden ini menjadi bukti bahawa dasar luar Malaysia terhadap Palestin sebenarnya berkiblatkan dasar Amerika Syarikat dan Israel terhadap Palestin. Insiden ini mengesahkan Kerajaan Malaysia tidak dapat membezakan antara kerajaan sah yang dipilih oleh rakyat Palestin dengan pemimpin Palestin yang ditolak dan tewas dalam pilihanraya. Hanya kerana Amerika Syarikat dan Israel tidak mengiktiraf kerajaan Palestin pimpinan HAMAS pada ketika itu maka Malaysia juga akur. Bukankah fakta ini dengan sendirinya menolak kenyataan PM Najib sebaliknya mengesahkan bahawa dasar kerajaan Malaysia terhadap Palestin sebenarnya tidak konsisten?

Sekian, terima kasih.

SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
SETIAUSAHA AGUNG
PARTI KEADILAN RAKYAT
14 FEBRUARI 2012



, ,

Rabu, 16 Disember 2009

MALAYSIA Sokong AMERIKA SYARIKAT Tindas IRAN?

KATA CHE DET:


1. Presiden Amerika Syarikat Barack Obama berjanji akan tukar (change) dasar-dasar Amerika Syarikat.

2. Tetapi jauh daripada menukar Obama sudah tambah tentera Amerika di Iraq dan Afghanistan. Kem tahanan Guantanamo pun masih diteruskan.

3. Tetapi kita sudah tukar. Dahulu kita pertahan negara-negara yang ditindas Amerika Syarikat. Sekarang kita sokong Amerika Syarikat menindas Iran.

4. Kononnya kerana Iran hendak membuat senjata nuklear. Kononnya dunia akan diancam oleh Iran dengan perang nuklear. Setakat kita tahu yang mengancam ialah Amerika Syarikat dan Israel. Dan Iran menjadi sasaran mereka.

5. Amerika Syarikat mempunyai 10,000 nuclear warhead. Israel mempunyai beratus senjata nuklear.

6. Yang sudah guna senjata nuklear ialah Amerika Syarikat dan Israel bukan sahaja di Hiroshima tetapi di perang Teluk dan di Gaza. Mereka guna "depleted uranium" daripada bahan nuklear. Kita relakan. Secara rasmi kita tidak protes.

7. India punyai senjata nuklear. Begitu juga Pakistan.

8. Kenapa Iran tidak boleh? Gilakah Iran hendak lancar perang nuklear dengan dua biji bom nuklear? Amerika Syarikat, Rusia dan Israel sudah tentu akan balas serangan Iran dengan 25,000 bom dan roket nuklear yang dimiliki mereka. Iran akan hancur dan hilang daripada muka bumi ini.

9. Jika India, Pakistan, China, Peranchis, Britain, Amerika Syarikat dan Israel boleh memiliki senjata nuklear kenapa Iran tidak boleh?

10. Sekatan sanction sudahpun dikenakan keatas Iran. Kita tidak membantah. Tetapi kita tidak pernah sokong sanction.

11. Tetapi sekarang duta kita dipanggil balik untuk disoal kenapa tidak sokong Amerika.

12. Dasar-dasar lama memang patut dihapuskan. Tetapi inikah dasar baru kita?

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH