Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label dibaham haiwan. Papar semua catatan

Selasa, 19 Ogos 2014

'Michael Jackson' Ditembak Mati



[Berita Harian] SYDNEY: Buaya putih yang dinamakan 'Michael Jackson' ditembak mati hari ini selepas ia membaham seorang nelayan.

Pihak berkuasa dipanggil sebaik sahaja lelaki berusia 57 tahun hilang selepas dia memasuki ke dalam air di Sungai Adelaide yang mempunyai buaya bagi menanggalkan tali pancing.

Polis berkata isteri mangsa berada bersamanya di tebing sungai itu tetapi tidak nampak saat ketika buaya berukuran 4.5 meter itu melakukan serangan.

"Isterinya tidak nampak serangan buaya itu tetapi terdengar jeritan dan kemudian baru terlihat ekor yang membadai di dalam air," kata Superintendan Polis Wilayah Utara Jo Foley.

Polis kemudian menjumpai mayat lelaki itu dari sungai berkenaan.

Tempat di mana mangsa berkenaan dibawa, kira-kira 60 kilometer dari Darwin, adalah berdekatan kawasan popular di mana pelancong datang untuk melihat buaya melompat daripada air untuk mengambil makanan yang digantung pada tiang. - AFP/19/8/14

, ,

Isnin, 5 Mei 2014

Anjing Dijel SEUMUR HIDUP



[HM] Phoenix: Seekor anjing baka Pit Bull yang membaham seorang kanak-kanak tahun lalu, semalam dihukum penjara seumur hidup di tempat perlindungan yang dikendalikan di sebuah penjara dan di bawah pengawasan Syerif Wilayah Maricopa, Joe Arpaio.

Hakim Deborah Griffith memutuskan anjing bergelar Mickey itu perlu menghabiskan sisa hidupnya di tempat perlindungan berkenaan.

Pada 20 Februari, Kevin Vicente, empat, dibaham anjing itu, menyebabkan soket mata dan rahangnya cedera.

Akhbar Newsday melaporkan mangsa terpaksa menjalani pembedahan selama berbulan-bulan atau bertahun-tahun pada masa depan.

Aktivis hak asasi haiwan bertindak membela anjing berkenaan dan berkongsi imej Mickey dalam talian untuk menyelamatkan nyawanya.

Dalam media sosial, berita kejadian ini mendapat sambutan berbelah-bahagi.

Ada yang berpendapat Mickey perlu dibunuh dan sebahagian lagi berkata, langkah menyerahkannya kepada pusat perlindungan adalah lebih berperikemanusiaan.- Agensi/4/5/14


,

Khamis, 3 April 2014

Biar KEMALUAN Dimakan Dubuk Kerana Mahu KAYA



[HM] Lusaka, Zambia: Seorang lelaki kini tiada kemaluan dan tiga jari kakinya selepas dimakan dubuk apabila seorang bomoh memberitahu dia boleh kaya jika kehilangan anggota badan. 

Chamangeni Zulu dari Malawi dimasukkan ke Hospital Besar Chipata di Zambia yang terletak berhampiran sempadan Malawi selepas dia membiarkan dubuk itu memakan kemaluannya.

Katanya, seorang bomoh menjanjikan kekayaan jika dia ‘mengorbankan’ anggota badannya.

“Saya juga menemui beberapa orang yang giat dalam perniagaan yang juga memberitahu perkara sama,” katanya kepada akhbar Times of Zambia. 


ZULU dirawat di hospital. 

Sehubungan itu, katanya, dia memasuki kawasan semak sekitar jam 4 pagi Isnin lalu. 

“Saya diarahkan berbogel. Seekor dubuk datang dan mula makan jari kaki saya sebelum turut memakan kemaluan saya,” katanya.

Menurutnya, bomoh itu tidak memberikan arahan jelas, malah dia juga tidak sangka akan kehilangan anggota badan berkenaan sepenuhnya jika bersetuju melakukannya.

Namun Zulu tidak putus harapan dan masih mengimpi untuk jadi kaya.

“Walaupun kehilangan anggota badan yang penting, saya tetap ingin kaya,” katanya yang bekerja di Zambia sejak empat bulan lalu.

Menurut jurucakap Hospital Chipata, keadaannya stabil selepas dibawa untuk rawatan oleh anggota polis.

Sebelum ini pada 2012, hanya 80 kilometer dari tempat kejadian, seorang lelaki turut diserang dubuk ketika keluar membuang air di tandas yang terletak di luar rumahnya. - Agensi/2/4/14


,

Khamis, 20 Februari 2014

Anjing BAHAM Bayi


Sekadar hiasan.
[HM] London: “Anjing itu makan kepala anak saya!”

Itulah jeritan seorang ibu di Britain yang melihat anaknya yang berusia enam hari mati dibaham anjing. 

Kejadian itu berlaku tiga hari selepas Sharon John, 42, membawa Eliza-Mae Mullane yang baru dilahirkan pulang dari hospital. 

Bayi yang berada di bawah rawatan rapi selepas dilahirkan menjadi mangsa terbaru dalam kes serangan anjing terhadap kanak-kanak di Britain.

Polis merampas anjing baka Alaskan Malamute peliharaan keluarga berkenaan selepas kejadian di Pontyberem, Camarthenshire itu.

Jiran keluarga berkenaan, Patricia Punter berkata Sharon berlari ke rumahnya dan menjerit, “Saya tak tahu apa nak buat. 

“Ia sangat dahsyat, Saya tidak pernah mendengar jeritan seperti itu,” kata Patricia. 

“Sharon tergamam dan terus menjerit “anjing itu makan kepala anak saya.” 
“Dia menyalahkan saya atas kejadian itu - Bayi itu sudah mati, hanya tuhan yang tahu apa yang berlaku ketika itu,” katanya ketika ditemui. 

Anjing dalam lingkungan lima atau enam tahun yang dinamakan Nisha itu dibawa pulang dari sebuah kelab malam oleh Sharon dan suaminya Patric Mullane, 35. 

Eliza-Mae disahkan meninggal dunia di hospital. 

Jurucakap polis berkata, mereka tidak boleh memberitahu punca kematian itu. Ibu bapa mangsa belum disoal siasat dan kejadian itu disifatkan sebagai kemalangan tragik. 

Kejadian yang menimpa Eliza-Mae itu berlaku lebih kurang seminggu selepas Ava-Jayne Corless berusia 11 bulan mati dibaham anjing keluarganya sewaktu tidur. 

Presiden kelab baka anjing Alaskan Malamute United Kingdom, Keith Givens berkata, “Saya membabitkan diri dengan baka ini lebih 20 tahun dan tidak pernah mendengar kejadian seperti ini berlaku.” - Agensi/20/2/14


,

Jumaat, 2 Ogos 2013

Anjing Baham Buah Zakar Tuannya



[HM] Little Rock (Arkansas): Biasanya tidak ramai yang dapat membayangkan anjing boleh menjadi musuh yang paling menakutkan sehinggalah keadaan sudah terlewat.

Nasib malang itu menimpa seorang lelaki lumpuh beberapa hari lalu.

Media semalam melaporkan lelaki terbabit tinggal di Trumann, Arkansas dan baru saja membela seekor anjing tanpa tuan dengan harapan dapat menjadi temannya.

Bagaimanapun anjing itu terpaksa dibunuh selepas ia membaham hingga putus satu daripada buah zakar lelaki terbabit ketika mangsa tidur pagi kelmarin.

Polis berkata, lelaki itu lumpuh dari paras pinggang ke bawah menyebabkan dia tidak rasa sakit di bahagian berkenaan.

Sejurus kemudian, kata sumber polis, lelaki terbabit terjaga daripada tidur dan berasa seperti “terbakar” pada kemaluannya.

“Dia terkejut apabila mendapati anjing yang baru tiga minggu dipelihara itu berada di celah kangkangnya dengan kesan darah di kaki dan mulut,” katanya.

Mangsa yang berusia 39 tahun itu mengaku tidur berbogel. - Agensi


,

Sabtu, 27 Julai 2013

[Video] Jurulatih Buaya Mujur Tidak Hilang Kepala



[HM] Samut Prakan: Seorang jurulatih di ladang ternak buaya yang popular di kalangan pelancong bernasib baik apabila terselamat daripada mengalami cedera parah selepas seekor reptilia itu menutup mulutnya dengan pantas ketika kepala jurulatih berkenaan berada di dalam.

Uthen Youngprapakorn, pemilik Ladang Buaya dan Zoo Samut Prakan berkata, kejadian yang dirakam seorang pelancong itu berlaku Ahad lalu.

Menurutnya, jurulatih buaya berusia 27 tahun, Pravit Suebmee mengalami kesan gigitan pada muka dan leher tetapi tidak serius.

Uthen berkata, Pravit mempunyai pengalaman lapan tahun melatih buaya dan kejadian Ahad lalu adalah yang paling mengerikan pernah dihadapinya. 

Selepas kejadian itu, Pravit memberitahu Uthen, ia mungkin berlaku selepas dia memasukkan kepalanya dalam mulut buaya seperti yang biasa dilakukan dalam pertunjukan sebelum ini. 

Tetapi Ahad lalu, tangannya tergelincir lalu tersentuh bahagian lain buaya berkenaan, menyebabkan reptilia itu terkejut dan menutup mulutnya serta-merta. - AP





, ,

Ahad, 7 April 2013

Anjing Baham Buah Zakar Guru Muzik



[HM] London: Seorang guru muzik terpaksa menjalani pembedahan kecemasan untuk menyelamatkan satu daripada buah zakarnya selepas dibaham seekor anjing.

Joel Goodman, 28, diserang haiwan itu dipercayai baka Bull Terrier Inggeris ketika berjoging.

Ketika dia terbaring kesakitan, pemilik anjing itu enggan membantu, sebaliknya menarik anjing berkenaan sambil memberitahu Goodman: “Saya bukan berasal dari sini.” 

Dengan berlumuran darah, Goodman berjalan perlahan-lahan ke rumah seorang rakan di Epping, Essex, yang kemudian membawanya ke sebuah hospital di Harlow. Dia menjalani pembedahan kecemasan untuk menyelamatkan buah zakarnya.

Pembedahan itu berjaya, tetapi Goodman terpaksa bertarung dengan kesan psikologi akibat daripada kejadian menimpanya bulan lalu. Dia masih belum boleh kembali mengajar menyanyi. 

“Anjing itu tiba-tiba muncul di satu lorong dan menerkam ke arah saya. Saya langsung tidak berpeluang bertindak balas. Dia meluru dan terus menggigit kemaluan saya.

“Kejadian berlaku begitu pantas, padahnya mungkin lama. Mujur doktor berjaya menyelamatkan buah zakar saya. Saya masih terkenang serangan itu dan sentiasa dilanda kebimbangan,” kata guru itu.

Menurutnya, dia cuba kembali mengajar menyanyi, tetapi proses pemulihan mengambil masa begitu lama.

Polis sehingga ini masih belum menjejaki pemilik anjing itu yang dikatakan berusia antara 35 dan 40 tahun. Goodman berharap sangat supaya lelaki itu ditangkap. 

“Sesuatu perlu dilakukan. Saya mahu anjing itu dibunuh dan pemiliknya didakwa sebelum kejadian sama berlaku pada orang lain,” kata guru itu. - The Sun


Lanjut di sini.


, ,

Rabu, 28 November 2012

[Video] Anaconda Muntahkan Lembu yang Telah Dimakannya

GAMBAR yang dirakamkan daripada YouTube semalam menunjukkan seekor ular sawa gergasi memuntahkan seekor lembu (dalam bulatan) yang dibahamnya di sebatang sungai di Brazil.

[Kosmo] RIO DE JANEIRO - Seekor ular sawa gergasi memuntahkan semula seekor lembu yang dibaham haiwan tersebut di sebuah hutan di Brazil, menurut beberapa laporan kelmarin.

Menurut akhbar dalam talian MailOnline, hampir 66,000 orang telah menyaksikan rakaman video ular tersebut di laman YouTube dalam tempoh dua hari.

Kejadian itu berlaku di sebatang sungai di dalam hutan tersebut.

Ular itu kemudian meninggalkan bangkai lembu tersebut selepas ia memuntahkannya. - Agensi 



 

 

,

Rabu, 3 Oktober 2012

Babi MAKAN Petani di Oregan, Amerika Syarikat


[HM] OREGON (Amerika Syarikat) : Satu siasatan dilancarkan selepas seorang petani dipercayai mati dimakan oleh babi peliharaannya.

Terry Garner, 69, tidak pulang selepas memberi makan haiwan yang kelaparan itu di ladangnya di Oregon.

Seorang anggota keluarga kemudian menemui cebisan anggota tubuh dan giginya selepas babi itu memakan sebahagian besar mayat petani terbabit.

Pendakwa raya, Paul Frasier berkata, berat sebahagian babi itu melebihi 318 kilogram.

Siasatan dilancarkan untuk memastikan kematian Garner kerana laporan patologi tidak lengkap.

Frasier memberitahu akhbar The Register-Guard: “Apa yang kami tahu, ia kemalangan ngeri. Tetapi kami perlu melihat pada semua kemungkinan.” Adik petani itu, Michael, berkata, Garner pernah dibaham seekor babi betina yang besar selepas dia terpijak seekor anak binatang itu. - Agensi



,

Khamis, 10 Mei 2012

Nyawa Orang Melayang, Pemilik Anjing Hanya Dikompaun RM1000?


Pemilik anjing Pitbull dikompaun
[BERNAMA] KUALA LUMPUR — Pemilik anjing jantan jenis Pitbull yang menyerang seorang warga emas sehingga maut di Subang Jaya pada Selasa lepas talah dikenakan kompaun RM1,000 oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) kerana kecuaian.

Timbalan Pengarah Korporat Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ,) Azfarizal Abdul Rashid berkata, pemilik anjing itu didapati cuai menjaga anjingnya seperti yang disyaratkan dalam Undang-Undang Pelesenan Anjing dan Rumah Pembiakan Anjing MPSJ 2012.

"Walaupun anjing itu mempunyai lesen, pemiliknya melepaskan anjing tanpa diikat dan dikawal di luar premis,” katanya.

Beliau berkata, anjing itu dirampas oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor semalam.

Pada Selasa lepas, seorang warga emas, Yip Sun Wah, 74, yang sedang berjogging mati selepas diserang seekor anjing jantan jenis Pitbull peliharaan jirannya di Jalan 19/5E, SS19 Subang Jaya.


P/s: Gila punya undang-undang!

Keluarga waris harus mengambil tindakan dengan menyaman pemilik anjing ini yang secara jelas cuai kerana melepaskan anjing peliharaannya sehingga mendatangkan bahaya kepada orang ramai.

Seperkara lagi, ketatkanlah undang-undang yang membenarkan orang membela anjing di kawasan kediaman. Selain mendatangkan bahaya, salakan anjing peliharaan ini mengganggu jiran dan orang ramai.


,

Isnin, 14 November 2011

Petani Diserang Hingga MATI oleh Badak Air Kesayangan



Seorang petani Afrika Selatan telah dibunuh oleh badak air peliharaannya yang dibela sejak haiwan itu berusia lima bulan yang digambarkan oleh pemiliknya "seperti seorang anak kepadanya" lapor DM.

Badak air yang dipanggil Humphrey berulang  kali mengigit pemiliknya Marius Els, 41,  dalam satu serangan ganas Sabtu lalu.

Tubuh Els yang dalam keadaan mengerikan itu ditemui terapung di dalam sungai yang mengalir melalui ladang seluas 400 ekar di luar bandar Afrika Selatan.
 
Pada awal tahun ini, Els yang telah berkahwin, dilihat gembira menunggang haiwan peliharaannya seberat 1200 kg. Badak air jantan itu berusia enam tahun.
 
"Humphrey seperti seorang anak kepada saya, dia seperti seorang manusia, " kata Els pada masa itu.

"Terdapat hubungan antara saya dengan Humphrey dan hal ini sukar difahami oleh sesetengah orang.
 
"Mereka berfikir anda hanya boleh mempunyai hubungan dengan anjing, kucing, dan haiwan domestik.
 
"Tetapi saya mempunyai hubungan dengan haiwan yang paling berbahaya di Afrika."

Els  memelihara 20 jenis spesies haiwan eksotik termasuklah zirafah dan badak, di ladang berhampiran dengan Klerksdorp, Afrika Selatan.

Walaupun memiliki pelbagai hawain peliharaan, namun Els lebih menyayangi Humphrey yang dibelinya ketika berumur lima bulan. Malah, Els mengeluarkan modal untuk membina tasik khas untuk Humphrey.

Namun semuanya bertukar menjadi mimpi ngeri apabila jurucakap sebuah perkhidmatan ambulans swasta Afrika Selatan mendedahkan bahawa kakitangan syarikat itu dipanggil ke ladang Els lewat petang Sabtu lalu.
 
"Paramedik yang sampai ke tempat kejadian mendapati bahawa lelaki itu telah digigit beberapa kali oleh haiwan itu dan badannya telah tenggelam di dalam sungai untuk tempoh yang tidak diketahui, "kata Jeffrey Wicks.

 
 
 
 

,

Ahad, 18 September 2011

Buaya JULANG Mayat

Sekadar hiasan.

Saya petik:

BERUSAHA... pasukan penyelamat  mencari Sulaiman di Sungai Sebelak.
BERUSAHA... pasukan penyelamat mencari Sulaiman di Sungai Sebelak.

SULAIMAN... maut dibaham buaya.
SULAIMAN... maut dibaham buaya.

[HM] SARATOK: “Saya melihat buaya itu muncul di permukaan air sambil menjulang tubuhnya sebelum menghilangkan diri secara perlahan-lahan ke dasar sungai,” kata Safri Hassan, 20, ahli keluarga Sulaiman Abdullah, 66, yang dikhuatiri maut selepas dibaham buaya di Sungai Sebelak, dekat Kampung Roban, di sini, awal pagi semalam.

Safri yang menceritakan perkara itu berkata, dia terserempak dengan buaya itu ketika menyertai operasi mencari dan menyelamat bersama beberapa penduduk di sekitar tempat kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, buaya berkenaan muncul sambil menjulang tubuh mangsa. Saya terkejut namun tidak sempat berbuat apa-apa sebelum reptilia itu menghilangkan diri.

“Tindakan buaya berkenaan menunjukkan tubuh mangsa seolah-olah ‘meminta izin’ daripada kami untuk memakannya,” katanya.

Dalam kejadian itu, Sulaiman bersama anaknya, Endoi, 40, serta cucunya, Nazri, 9, keluar menangkap udang di sungai berkenaan, jam 4.30 pagi.

Kejadian berlaku ketika mangsa memunggah jaring menangkap udang ke dalam perahu, namun tiba-tiba seekor buaya sepanjang tiga meter muncul berdekatan perahunya sebelum menyambar kaki mangsa lalu mengheret ke sungai.

Difahamkan, anak dan cucu mangsa tidak sempat membantu menarik mangsa berikutan cuaca gelap selain bimbang diserang reptilia berkenaan sebelum memaklumkan kejadian itu kepada penduduk.

Ini kejadian kedua sepanjang tahun ini membabitkan buaya mengganas di sungai berkenaan di mana sebelum ini penduduk, Menkay Goheh maut selepas dibaham buaya ketika mencuci tangan, Mei lalu.

Kejadian berlaku ketika Menkay keluar bersama rakannya menangkap udang, jam 12 tengah malam menggunakan bot.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Saratok, Deputi Superintendan Lee Thai Lein berkata, mangsa bersama anak dan cucu dikatakan keluar menangkap udang jam 3 pagi ketika air sungai surut.

Beliau berkata, setakat ini operasi dijalankan membabitkan Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Ikatan Relawan Rakyat (Rela) dan penduduk masih diteruskan bagi mengenal pasti sama ada mangsa masih hidup atau meninggal dunia.

“Operasi bermula jam 10 pagi tadi (semalam) dan tertumpu di sekitar lokasi kejadian, termasuk di beberapa lubuk sungai berkenaan.

“Ini kerana mangsa mungkin dibawa ke sana (lubuk). Setakat ini operasi masih diteruskan untuk mencari mangsa,” katanya.



BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH