Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label filem lucah. Papar semua catatan

, ,

Selasa, 4 Mac 2014

Hobi Pasangan Warga Emas Tonton Video Lucah dengan Volume yang Kuat



Hobi Pelik Pasangan Warga Emas

[HM] Miri: Seorang ahli perniagaan membuat laporan polis selepas tidak tahan dengan tindakan sepasang suami isteri warga emas lingkungan 80-an yang menguatkan suara aksi dalam video lucah yang ditonton di televisyen sejak beberapa bulan lalu.

Lelaki berusia 61 tahun dari sebuah taman perumahan, di sini, mendakwa gangguan bunyi bising daripada video lucah itu muncul antara jam 8 malam hingga tengah malam.

Menurut sumber, pasangan suami isteri terbabit dikatakan mempunyai hobi pelik dengan menonton video lucah hampir setiap malam dan menguatkan suara aksi dalam video itu sehingga mengganggu jiran berhampiran.

Katanya, tindakan melampau pasangan terbabit menyebabkan lelaki itu membuat laporan di Balai Polis Pusat Miri.

“Beberapa jiran lain turut mengadu perkara sama serta pernah bertemu dengan pasangan itu supaya menghentikan tabiat mereka atau memperlahankan suara video lucah, namun tidak diendahkan.

“Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada lelaki itu mempunyai masalah mental atau sebaliknya, namun pengadu turut mendakwa pernah dimarahi lelaki berkenaan sebelum ini tanpa sebarang sebab,” katanya.

Dalam kes berasingan, seorang guru wanita terkejut selepas menerima panggilan daripada seorang kakitangan sebuah bank untuk pengesahan transaksi membeli barang kemas melalui kad kreditnya oleh individu tidak dikenali, semalam.

Lebih mengejutkan, apabila mangsa berusia 32 tahun itu dimaklumkan turut mempunyai tunggakan kad kredit lebih RM6,000 walaupun tidak pernah menggunakan kemudahan itu.

Sumber berkata, hasil perbualan dengan kakitangan bank terbabit, mangsa turut diberitahu kad kredit miliknya mula aktif awal Januari lalu dengan kadar had mencecah lebih RM10,000.

“Pemeriksaan awal mendapati, ada kemungkinan identiti wanita itu digunakan individu tidak dikenali atau sindiket tertentu untuk memohon kad kredit tanpa disedari mangsa sendiri.

“Mengesyaki sesuatu tidak kena berlaku mangsa kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Pusat Miri untuk tindakan lanjut,” katanya.

Jurucakap polis mengesahkan menerima laporan daripada ahli perniagaan itu. -4/4/14


, , ,

Isnin, 10 Oktober 2011

Remaja Perempuan Pecah Masuk Rumah Jiran Cari Duit Beli CD Porno


Seorang remaja berusia 18 tahun di Minnesota mengaku memecah masuk rumah jirannya sebanyak tiga kali untuk mencuri dan mencari barang yang boleh dijual untuk memuaskan ketagihan pornonya seperti yang dipetik oleh AP.

Sherif di Anoka berkata, jirannya membuat laporan polis kerana mempunyai rakaman video menunjukkan Amanda Rose Owens menyelinap masuk ke rumahnya melalui lubang anjing di pintu belakang. Jirannya itu memasang kamera litar tertutup di rumahnya apabila wang tunai AS$300 (RM947) dan barang lain kepunyaannya, dicuri.

Pegawai penyiasat berkata, Owens mengaku mencuri masuk ke rumah jirannya itu sebanyak tiga kali. Katanya, dia mencuri masuk kerana dia memerlukan wang untuk membeli 20 hingga 30 DVD pornografi.

Sehingga semalam, tidak dapat dipastikan sama ada dia mempunyai peguam untuk membelanya di mahkamah. -DCM

Lanjut di sini.


P/s: Macam-macam!



,

Sabtu, 11 Jun 2011

Muka Pemandu Tayang Filem Lucah & Cuba Rogol Penumpang Basnya


Saya petik:
[BH] AYER KEROH: Pemandu bas ekspres yang menayangkan video lucah kepada seorang penumpang wanita ketika bas itu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur, Isnin lalu, semalam dikenakan hukuman penjara maksimum tiga tahun dan akan sekali lagi dibawa ke mahkamah 13 Julai depan untuk perbicaraan kes cuba merogol wanita sama.

P Kanapathy, 38, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah di depan Hakim Mahkamah Sesyen, Zaharah Hussain sambil menyatakan tahu perbuatannya itu salah, sekali gus merayu hukuman ringan kerana terpaksa menanggung isteri dan empat anak berusia antara empat hingga lapan tahun.

Dia yang tidak diwakili peguam dituduh mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan dengan sengaja melakukan perbuatan itu bertujuan menawar atau cuba melakukan perbuatan yang menjadi kesalahan terhadap wanita berkenaan, Ni Ketut Remi, 32, pada jam 8.15 malam, 6 Jun lalu.

Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap satu lagi pertuduhan, cuba merogol mangsa dalam bas dan hari sama kira-kira jam 10.45 malam. Bagi tuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 376/511 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Lelaki berkenaan ditahan dua anggota polis yang terdengar jeritan seorang wanita dari dalam sebuah bas yang ditinggalkan dalam keadaan enjin tidak dimatikan di tepi jalan berhampiran kawasan ladang di Jalan Bukit Kajang, Jasin, Isnin lalu.

Mengikut fakta kes, Kanapathy pada awalnya mengambil tiga penumpang termasuk dua lelaki lain menaiki bas ekspres dipandunya dari Terminal Bersepadu Tasik Selatan, Kuala Lumpur kira-kira jam 7.45 malam, tetapi selepas 30 minit perjalanan, dia mengarahkan dua lelaki itu turun dengan alasan mereka tersilap bas.

Dia kemudian mengarahkan penumpang wanita berkenaan duduk di kerusi sebelah pemandu tetapi mangsa enggan sebelum tertuduh memasang VCD dalam bas tanpa menghiraukan teguran mangsa.

P/s: Datuk T dan geng bila mahu dihukum? Pemandu berahi di atas yang melakukan kesalahan pada 6 Jun 2011 sudah dikenakan hukuman!


,

Khamis, 12 Mei 2011

"Taubat" Pelakon Filem Porno

 
Berita Agensi melaporkan bahawa aktres dewasa terkenal Amerika Syarikat, Sasha Grey berhenti daripada kerjaya dalam industri filem lucah kerana pada kemuncak usia 23 tahun, dia mendakwa sudah 'melakukan semuanya.'  

Tiada apa lagi untuk saya lakukan. Saya sudah capai semua matlamat saya dan berikutnya adalah untuk menghasilkan atau mengarahkan filem syarikat produksi sendiri,” kata Grey kepada media ketika mempromosi buku fotografinya, NEU SEX. NEU SEX menandakan kerjasama pertama Grey dengan jurugambar Ian Cinnamon. 

Selain minatnya dalam bidang fotografi, Grey kini meninjau untuk berlakon filem aliran perdana. 

Beliau pernah dididik pengarah paling banyak dikritik Steven Soderbergh untuk memegang watak pelacur kelas atasan dalam filem 2009, The Girlfriend Experience. Berikutan persaraannya dalam industri filem dewasa, Grey kini mengelak daripada peranan berkaitan seks.

“Mulai hari ini saya tidak akan pegang watak mewakili diri saya atau sebagai pelacur,” tegasnya yang baru-baru ini dilaporkan beraksi dalam filem Indonesia, Pocong Mandi Goyang Pinggul. 

Walau bagaimanapun, berlakon dalam filem arus perdana bukan satu-satunya pilihan yang diteroka Grey kerana dia juga minat dengan muzik.


P/s: Pelakon upahan video porno Konspirasi Porno Seri Carcosa Negara bila mahu bertaubat?

, ,

Jumaat, 1 April 2011

Wow, Pegawai SPRM Tonton Klip Video Porno!


Saya petik:
[MK] Seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dikatakan memuat turun dan menonton pornografi pada komputer milik pejabat selepas sejam menyoal siasat Teoh Beng Hock.

Perkara ini didedahkan oleh pengerusi Suruhanjaya Diraja yang menyiasat kematian Teoh, tan Sri James Foong hari ini.

Beliau berkata demikian ketika peguam Majlis Peguam, Cheow Wee menyoal bekas timbalan pengarah SPRM Selangor, Hishamuddin Hashim berhubung memorandum dalaman yang mengingatkan kakitangannya supaya sentiasa memerhatikan pelawat, saksi ataupun suspek ketika mereka berada di premis berkenaan.

Dalam keterangannya, Fong berkata penolong penguasa Mohd Ashraf Mohd Yunus sedang menonton pornografi di komputernya pada jam 1.20 pagi, 16 Julai 2009. 

Foong: Pada pendapat saya, adalah agak longgar cara saksi diperhatikan. Kenapa? Saya ingin tahu mengapa tiada kawalan keselamatan?

Hishamuddin:
Arahan diberikan (melalui memorandum dalaman) dan mesti ada pegawai (yang mengiringi saksi).

Foong: Kenapa tidak tanya pegawai awak apa yang mereka lakukan (apabila awak berada di pejabat pada waktu itu)?

Hishamuddin: (Mereka tidak beritahu saya) kecuali saya tanya.

Foong:
Tahukah awak bahawa Ashraf telah memuat turun bahan pornografi sekitar jam 1.20 pagi (16 Julai 2009). Apabila operasi dijalankan, dia menonton pornografi di internet.

Hishamuddin yang terkejut dengan berita itu mengambil masa sebelum menjawap “ia di luar kawalannya”.

“Ini tiada kaitan dengan kerja... mungkin inisiatif sendiri,” katanya.

Kejadian itu berlaku kira-kira sejam selepas beliau membantu seorang lagi rakannya menyoal Teoh.


P/s: Kah kah kah. Pegawai SPRM pun mahu berahi!

, ,

Ahad, 13 Mac 2011

Dalam Berjuta-juta Rakyat Jepun yang Menghadapi Musibah, Nasib Pelakon Porno Pula Dapat Perhatian Media!


Saya ada baca berita fasal pelakon porno Jepun ini di media Indonesia malam tadi. Bukan di Kompas, tetapi di sebuah laman berita atas talian yang lain. Waktu itu saya terfikir, dalam berjuta-juta rakyat Jepun yang ditimpa musibah, si "jalang" ini yang mendapat perhatian media.

Tidakkah mereka sedar bahawa tingkah laku pelakon porno ini serta sebilangan rakyat Jepun yang terjebak dalam pelbagai maksiat mengundang musibah di Jepun? Adakah mereka hanya mahu bersandar pada hakikat bahawa kedudukan Jepun di kawasan gempa bumi yang menjadi faktor penyebab tunggal tsunami dan gempa bumi di sana?

Yang saya rasa malu, ada pula akhbar Malaysia memaut berita itu lalu menampal gambar Miyabi di muka hadapan akhbar, mungkin untuk menarik perhatian pembaca. Selain memaparkan berita simpati, akhbar memaparkan nasib pelakon porno ini untuk menarik perhatian pembaca. Aduhai! Akbar mana? Klik sini.



* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.


Sabtu, 12 Mac 2011

Amoi Cun Didakwa Jual 350 DVD Lucah


Saya petik:
[SH] GEORGETOWN- Seorang remaja perempuan di tuduh di Mahkamah Sesyen Georgetown kerana didapati menjual 350 keping cakera video digital (DVD) filem lucah pelbagai tajuk di sebuah premis di kompleks membeli-belah, di sini.

Aw Yong Swee Kee, 19 yang berasal dari Relau, Bayan Lepas dituduh melakukan kesalahan itu di premis DTS Movie Entertaiment, Prangin Mall pada jam 2 petang 7 Mac lalu.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 292 (a) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen sama yang memperuntukkan penjara hingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika disabit kesalahan.

Tertuduh bagaimanapun tidak mengaku bersalah dan Majistret, Noor Aini Yusof membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin.

Noor Aini menetapkan kes itu akan disebut semula pada 30 Mac ini bagi membolehkan tertuduh melantik peguam. Pertuduhan dibaca Timbalan Pendakwa Raya, Nor Farhana Adham.

P/s: Tauke terlepas begitu sahaja! Bodoh!


BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH