Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

▼

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label jual anak. Papar semua catatan

, , ,

Khamis, 28 Mei 2015

Budak Dirogol, Didera Selepas Dijual untuk Kahwin Kontrak


POLIS Sepanyol selamat budak perempuan 11 tahun yang didera, dirogol selepas dijual ibu bapanya. - Foto AFP 

Jual Anak untuk Kahwin Kontrak

Madrid: Polis Sepanyol menyelamatkan seorang budak perempuan berusia 11 tahun yang dilaporkan dirogol berulang kali serta dipukul selepas dia dijual ibu bapanya untuk berkahwin dengan harga AS$18,500 (RM66,000).

Menurut kenyataan polis hari ini, lima orang daripada dua keluarga, iaitu ibu bapa budak itu serta keluarga bakal suaminya ditahan. Mereka menghadapi tuduhan memperdagang manusia, penderaan seksual, rogol dan mendera.

Polis memulakan siasatan selepas mendapat maklumat seorang budak perempuan bawah umur dijual ibu bapanya pada Mei 2014 untuk perkahwinan kontrak di Romania.

Budak itu yang tinggal bersama keluarganya di Sville, selatan Sepanyol, dilayan dengan buruk sejak sampai di Valladolid di utara negara itu untuk tinggal bersama bakal suaminya.

“Mereka menghina, mengancam dan memukulnya serta memaksanya melakukan sex dengan bakal suami. Dia juga dipaksa memetik anggur tanpa bayaran,” kata kenyataan itu.

Menurut polis, budak itu menghubungi ibunya meminta bantuan tetapi keluarga yang membelinya menuntut RM40,000 bagi membebaskannya.

Apabila menyedari polis mengawasi mereka, barulah keluarga bakal suami budak itu menghantarnya pulang dengan bas.

Bulan lalu, polis menahan seorang lelaki Romania kerana cuba menjual bayi perempuannya yang berusia seminggu dengan harga kira-kira RM20,000. - AFP/Harian Metro/28/5/15




, ,

Isnin, 17 Februari 2014

Lelaki Jual Anak 4 Bulan untuk Sertai Pertandingan Bakat



[HM] Guizhou: Seorang lelaki, Zhou dipenjara lima tahun selepas menjual anaknya semata-mata untuk mendapatkan wang bagi membolehkan dia menyertai satu pertandingan bakat.

Zhou menyertai pertunjukan bakat tahun lalu tetapi gagal memasuki pusingan akhir selepas menghabiskan wang untuk membayar yuran penyertaan dan kos pengangkutan.

Lelaki itu yang amat gemar menyanyi tetapi tidak mempunyai modal, akhirnya mengambil keputusan menjual anaknya, supaya dia boleh menyertai lebih banyak pertandingan nyanyian.

Dia mengiklankan di Internet mengenai hasrat untuk menjual anaknya berusia empat bulan, kononnya isterinya sudah meninggalkan mereka dan tidak berupaya membesarkan kanak-kanak itu bersendirian.

Seorang wanita bersetuju membelinya dan dia menjual bayi itu dengan harga 10,000 yuan (RM5,400).

Apabila isterinya menyedari anak mereka hilang, dia membuat laporan polis dan Zhou ditangkap selepas soal siasat. - Agensi/17/2/14

Lanjut di sini.

P/s: Gila!



,

Rabu, 22 Januari 2014

Remaja jual bayi RM371 di Facebook



[HM] Santiago: Seorang remaja Chile cuba menjual anak dalam kandungannya di Facebook dengan hanya £68 (RM371) kata polis semalam.

Remaja terbabit dikenali sebagai Veronica Carrera Chaparro, 18 ditangkap bersama ibu dan kakaknya yang disyaki bersekongkol untuk menjual bayi berkenaan.

Ketua Polis Santiago, Miguel Ampuero berkata, Veronica menyedari dia hamil pada Februari tahun lalu.

“Ketika itu kandungan Veronica berusia dua bulan,” katanya. 

Keadaan itu dimaklumkan kepada teman lelaki Veronica yang berusia 17 tahun dan berjanji untuk merahsiakan kehamilan berkenaan. 

Namun, kata Ampuero, Veronica mendedahkan keadaan itu kepada keluarganya. Mendengar berita itu ibu Veronica, Angela, 42, dan kakaknya Daniela Perez, 24, memberi tiga pilihan kepada remaja terbabit - sama ada ada menjual anaknya apabila lahir, menggugurkan kandungan atau memberikan bayi berkenaan kepada keluarga angkat. 

“Selepas Veronica mengiklankan anaknya yang bakal lahir itu di Facebook, ia mendapat reaksi serta-merta daripada sepasang suami isteri dari bandar Concepcion tetapi mereka gagal mencapai kata sepakat,” katanya. 

Sebuah keluarga dari Puente Alto di Santiago juga menghubungi Veronica dan menawarkan bayaran bernilai RM3,770 untuk urusan pendaftaran bayi berkenaan nanti. Veronica kemudian bersalin pada 4 November lalu dan menyerahkan bayinya sehari kemudian tetapi pasangan terbabit didakwa tidak mengotakan janji apabila hanya membayar wang dalam jumlah lebih rendah daripada sepatutnya. 

Kejadian itu kemudian diketahui polis mendorong pihak berkuasa menahan Veronica, ibu serta kakaknya atas dakwaan menjual bayi. Pasangan yang membeli anak Veronica itu juga ditangkap. Mereka dibicarakan di mahkamah semalam. - AFP/22/1/14


, ,

Sabtu, 1 Jun 2013

Ibu Buta Jual 4 Orang Anak dalam Tempoh Tujuh Tahun



[HM] Beijing: Seorang wanita China yang buta mengaku menjual empat daripada anaknya untuk menyara keluarga kerana masalah kewangan.

Di antara 2005 dan 2012, wanita dari Shibei di Mianyang itu, Du Xiurong mengaku menyerahkan tiga bayi perempuan dan seorang bayi lelaki kepada pasangan lain.

Secara keseluruhan, Du melahirkan enam orang anak tetapi ketika ini cuma membesarkan dua daripada mereka, masing-masing seorang anak lelaki dan perempuan. Menurut Du, dia tidak ada pilihan kecuali menjual anaknya kepada orang lain untuk mendapatkan wang.

“Jika saya tidak buta, saya tidak akan tergamak menyerahkan mereka ke tangan orang lain,” katanya. Du berkata, dia tidak menjual anak-anaknya, tetapi menyerahkan mereka dan mendapat sedikit imbuhan atas susah payah dialami sepanjang tempoh kehamilan. Du juga mengakui sayang kepada kanak-kanak.

“Jika saya mampu, tentu saya akan membesarkan mereka sendiri, tetapi keadaan tidak mengizinkan memaksa saya mencari keluarga lain untuk anak-anak,” katanya. Mendakwa tidak melakukan kesalahan, Du berkata, hanya keluarga yang berada tetapi tidak mampu memiliki anak dipilih untuk membesarkan zuriatnya.

“Mereka mahukan anak dan saya membantu mereka,” katanya. Menurut Du, orang kaya memiliki kemampuan kewangan untuk mengahwinkan anak perempuan, manakala keluarga pertengahan mendapat wang atas perkahwinan anak perempuan mereka. 

“Bagi orang miskin, kami menjual anak-anak untuk mendapat wang,” katanya. Januari lalu Du ditahan kerana kesalahan menjual bayi tetapi dia dibebaskan tidak lama kemudian selepas pihak berkuasa mempertimbangkan kecacatannya. Mengenai masalah penglihatannya, Du berkata, dia terbabit dalam kemalangan ketika berusia lima tahun.

DU yang cacat penglihatan sejak berusia lima tahun dianggap sebagai beban kepada keluarganya.

Sembilan tahun kemudian, dia dikahwinkan dengan seorang lelaki selepas keluarga melihat dia sebagai beban.

“Ibu dan bapa mahu menyisihkan saya secepat mungkin.

“Sebaik saja ada lelaki yang mahu mengahwini saya, mereka tidak menunggu lama bersetuju,” katanya. Namun, nasib malang terus menimpa Du.

Lelaki yang menjadi suaminya didapati gagal mendapat pekerjaan tetap menyebabkan mereka sentiasa hidup dalam kesukaran.

Du melahirkan anak sulung (lelaki) Cheng Jin, pada 1991 dan sembilan tahun kemudian, melahirkan anak kedua (perempuan), Sun Miao. Ketika ini Du masih membesarkan sendiri Cheng dan Sun manakala anak yang lain diserahkan kepada keluarga yang mahukan anak angkat.

Anak keduanya dijual pada harga (RM1,261) pada 2005. - Daily Mail



,

Rabu, 11 Januari 2012

Pak Arab Mahu Jual Anak Elak Hidup Miskin


Saya petik:
[HM] RIYAHD: Seorang lelaki Arab Saudi cuba menjual anaknya di Facebook dengan harga AS$20 juta (RM60 juta) bagi mengelak untuk hidup dalam kemiskinan selepas perniagaan yang dijalankannya secara haram ditutup.

Saud bin Nasser Al Shahry mendakwa langkah itu adalah satu-satunya cara untuk membolehkannya terus menyara isteri dan anak perempuannya.
Menurutnya, dia bersedia ke mahkamah untuk menjual anaknya.

Saud bagaimanapun menetapkan satu syarat iaitu dia mahu tahu di bandar mana pembeli itu menetap.

 Lelaki berkenaan mengambil keputusan itu selepas bertanya sama ada pihak berkuasa boleh membantunya dari segi kewangan apabila perniagaan memungut hutang yang dijalankannya ditutup, katanya kepada cawangan akhbar Qatar di Riyadh, Al-Sharq.

Permohonannya ditolak kerana usianya sudah melebihi 35 tahun.

Setakat ini tidak jelas sama ada tindakannya hanya gimik, atau jika benar, adakah beliau boleh menjual anaknya tanpa tindakan undang-undang.

Pemerdagangan manusia adalah satu kesalahan di Arab Saudi tetapi negara itu tidak memenuhi standard minimum antarabangsa, menurut Jabatan Negara Amerika Syarikat.

Dalam laporan terbaru yang dipetik dalam Venture Bear, jabatan itu berkata, Arab Saudi masih tidak mempunyai undang-undang pemerdagangan manusia secukupnya dan walaupun terdapat bukti kegiatan pemerdagangan yang berleluasa, negara itu tidak melaporkan sebarang pendakwaan jenayah, hukuman atau hukuman penjara untuk jenayah itu yang dilakukan terhadap pembantu rumah asing.

Dalam pada itu, Facebook tidak mungkin membenarkan penjualan seumpama itu dilakukan menerusi laman webnya.

Menurut kenyataannya mengenai Hak dan Tanggungjawab, pengguna tidak dibenarkan meletakkan kandungan atau mengambil sebarang tindakan dalam Facebook yang melanggar hak asasi orang lain atau yang melanggar undang-undang.

Hampir separuh daripada kanak-kanak Saudi berdepan dengan keganasan rumah tangga atau penderaan lain, kata kumpulan hak asasi negara itu, Persatuan Kebangsaan Untuk Hak Asasi. - AN




,

Khamis, 28 Julai 2011

Pasangan Jual 3 Anak untuk Biayai Ketagihan Permainan Atas Talian

 AsiaOne melaporkan sepasang kekasih ditangkap di bandar Dongguan, China kerana menjual tiga anak mereka untuk membiayai ketagihan mereka terhadap permainan dan judi atas talian. Menurut laporan akhbar China, ketiga-tiga kanak-kanak malang itu telah dijual kira-kira 63 000 yuan (S$ 11,760).
 
Pasangan, Li Lin dan Li Juan, dilaporkan bertemu di sebuah kafe internet pada tahun 2007 dan seterusnya menjalinkan hubungan kerana mempunyai minat yang sama, iaitu permainan atas talian.

Pasangan itu dilaporkan menerima kelahiran anak pertama setahun kemudian. Yang menyedihkan, media melaporkan bahawa pasangan ini meninggalkan bayi lelaki mereka seorang diri di rumah semata-mata kerana kemaruk bermain permainan atas talian di sebuah kafe internet yang letaknya kira-kira 30 km dari rumah mereka. 

Pada tahun 2009, pasangan itu menerima kelahiran bayi perempuan sebelum bertindak menjualnya untuk membiayai tabiat perjudian mereka di internet.

Pasangan itu dilaporkan telah menjual bayi perempuan mereka untuk 3 000 yuan (S$560)  dan kemudiannya menjual anak sulung mereka untuk jumlah yang lebih besar, iaitu 30 000 yuan (S$5 600). Apabila anak ketiga mereka dilahirkan, pasangan ini menjualnya serta-merta dengan harga yang sama.
 
Ibu Li Lin yang mendapat tahu perkara yang berlaku telah melaporkan hal tersebut kepada pihak berkuasa. Pasangan ini didakwa menganggap perbuatan mereka tidak melanggar undang-undang.

Apabila ditanya jika mereka merindui anak-anak mereka, tanpa rasa bersalah mereka menjawab, "Kami tidak mahu membesarkan mereka, kami hanya mahu menjual mereka untuk sedikit wang."

P/s: Gila!

, , ,

Rabu, 17 November 2010

Gadis Didera, Dirogol, Dilacurkan Hanya Kerana Sebuah Kereta Buruk

Kereta terpakai yang ditukar beli dengan Sabrina.
The site of a travellers' camp in Melun, outside Paris, where Sabrina was sexually abused
Kawasan petempatan pengembara yang menjadi lokasi Sabrina didera secara fizikal dan mental.
Sabrina was burned with an iron and cigarette ends beaten with iron bars and sticks and hired out for sex to other men
Sabrina

Saya baca suatu berita yang tidak berperikemanusiaan di sebuah laman berita.
 
Berita yang dipetik daripada laporan Daily Mail itu memerihalkan bahawa sepasang warga Perancis didakwa di mahkamah kerana menukar beli anak gadis mereka dengan sebuah kereta terpakai buruk. Gadis malang itu kemudiannya didera dan dijadikan hamba seks.

Gadis berusia 23 tahun yang hanya dikenali sebagai Sabrina itu terpaksa melalui penderaan secara fizikal dan seksual selama tiga tahun berikutan urus niaga yang dibuat oleh ibu bapanya pada tahun 2003 di kawasan petempatan pengembara di Melun, di pinggir Paris.

Nilai gadis malang itu hanya sekitar RM3 100 dan ibu bapanya perlu menambah wang untuk memiliki kereta terpakai tersebut.

Pasangan yang membeli Sabrina, iaitu Franck Franoux, 58 dan pasangannya Florence Carrasco, 56 didakwa merantai Sabrina, memukul gadis itu berulang kali, memaksanya menjaga anak-anak mereka, dan melacurkan Sabrina kepada lelaki yang berminat untuk menggunakan perkhidmatannya.

Penderitaan Sabrina berakhir apabila dia ditinggalkan di kawasan sebuah hospital di Paris kerana mengalami kecederaan yang teruk pada tahun 2006.

Ketika itu, Sabrina didapati telah kehilangan hampir semua giginya dan beratnya hanya sekitar 40kg. Menurut doktor, Sabrina perlu menjalani beberapa pembedahan untuk membina semula hidung dan telinganya yang cedera teruk. Mereka menjangkakan Sabrina memerlukan masa yang agak lama untuk pulih daripada tekanan yang dihadapinya. 

Ibu bapa Sabrina bersama-sama dengan pasangan Franoux dan Carrasco merupakan antara lapan lelaki dan enam perempuan yang didakwa atas kesalahan pemerdagangan manusia, pemerkosaan, dan penderaan. Perbicaraan yang sedang berlangsung ini dijangka selesai pada 17 Disember nanti.

,

Isnin, 8 November 2010

Bapa Iblis Jual Anak Berusia 6 Tahun kepada Ah Long

Spesies lelaki lahanat ini banyak di bumi Malaysia.

Kepada kaum Hawa, hati-hatilah memilih pasangan agar anda dan anak anda tidak menjadi mangsa lelaki spesies ini.

Saya petik:

[HM] KUALA LUMPUR: Angkara tidak dapat melunaskan hutang yang dipinjam daripada sindiket pinjaman wang haram atau along, seorang bapa tergamak menjadikan anaknya sebagai mangsa tebusan pinjaman yang dibuatnya.

Lebih menyedihkan, anaknya ketika itu baru berusia enam tahun dibawa ke ibu kota untuk dijadikan sebagai pelacur kanak-kanak sebelum diselamatkan dan kini ditempatkan di Rumah Amal Titian Kaseh (RTK).

Mangsa hanya mahu dikenali Nana, 14, berkata, hidupnya kini lebih gembira dan terurus apabila ditempatkan di rumah kebajikan dan tinggal bersama rakan-rakan yang kurang bernasib baik sepertinya.

Menurutnya, dia mahu melupakan kisah silamnya dan menerima segala ketentuan yang terjadi dalam hidupnya sebagai takdir yang perlu diterima selain dijadikan iktibar kepada yang lain.

“Saya masih mempunyai ibu dan adik-beradik lain. Ada antara mereka tinggal di rumah kebajikan lain sekitar ibu kota,” katanya ketika ditemui di rumah kebajikan yang didiaminya itu.

Katanya, hatinya sangat merindui keluarganya dan berharap kehidupannya akan kembali gembira seperti keluarga lain....- Siti Nadirah Hafidzin

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH