Bapa Iblis Jual Anak Berusia 6 Tahun kepada Ah Long
Spesies lelaki lahanat ini banyak di bumi Malaysia.
Kepada kaum Hawa, hati-hatilah memilih pasangan agar anda dan anak anda tidak menjadi mangsa lelaki spesies ini.
Saya petik:
[HM] KUALA LUMPUR: Angkara tidak dapat melunaskan hutang yang dipinjam daripada sindiket pinjaman wang haram atau along, seorang bapa tergamak menjadikan anaknya sebagai mangsa tebusan pinjaman yang dibuatnya.
Lebih menyedihkan, anaknya ketika itu baru berusia enam tahun dibawa ke ibu kota untuk dijadikan sebagai pelacur kanak-kanak sebelum diselamatkan dan kini ditempatkan di Rumah Amal Titian Kaseh (RTK).
Mangsa hanya mahu dikenali Nana, 14, berkata, hidupnya kini lebih gembira dan terurus apabila ditempatkan di rumah kebajikan dan tinggal bersama rakan-rakan yang kurang bernasib baik sepertinya.
Menurutnya, dia mahu melupakan kisah silamnya dan menerima segala ketentuan yang terjadi dalam hidupnya sebagai takdir yang perlu diterima selain dijadikan iktibar kepada yang lain.
“Saya masih mempunyai ibu dan adik-beradik lain. Ada antara mereka tinggal di rumah kebajikan lain sekitar ibu kota,” katanya ketika ditemui di rumah kebajikan yang didiaminya itu.
Katanya, hatinya sangat merindui keluarganya dan berharap kehidupannya akan kembali gembira seperti keluarga lain....- Siti Nadirah Hafidzin

Sayunnya dan pilunya hati...