Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

,

Jumaat, 19 November 2010

[Kemas Kini] PKNS Taja Majlis Perkahwinan Pelancong Angkasa RM500 Ribu? Apa Kewajarannya?


Noh Omar berkokok hebat apabila mendakwa kos jamuan makan Yayasan Selangor mencecah RM800, walhal jumlah itu disanggah oleh MB Selangor yang mengatakan bahawa jumlah kos jamuan itu hanya sekitar RM300 ribu.Apabila diminta memberikan bukti, Noh Omar berdolak-dalik untuk mengemukakan bukti tersebut. Saya suka puak gerombolan ini berkokok kerana PR pun bukan maksum, namun kalau mahu berkokok janganlah menfitnah!

Berdasarkan berita di bawah ini, PKNS pula dilaporkan telah menaja majlis perkahwinan Pelancong Angkasa Pertama Malaysia sehingga mencecah RM500 ribu. Apa kewajarannya? Pelancong angkasa ini sudah dikurniai gelaran Datuk dan sebagainya. Malah, dia juga diberikan peluang memberikan ceramah di institusi pendidikan sehingga timbul kontroversi yang mendakwa dia memaksa pihak institusi pendidikan membeli bukunya. Adakah masih belum cukup lagi penghargaan yang diterimanya selama ini?

Justeru, kerajaan PR perlu memastikan agensi kerajaan negeri tidak membazirkan dana/wang yang diperoleh untuk tujuan yang tidak berfaedah atau membiayai majlis yang gah dan mewah sedangkan majlis itu seharusnya diadakan dengan cara yang sederhana. Bukankah lebih berkat jika wang sebanyak RM500 ribu itu digunakan untuk membina rumah orang miskin, membayar kos perubatan pesakit kronik, dan sebagainya.

Saya petik:
Semua aktiviti babit Jabatan Perhubungan Awam PKNS dibekukan...
[Bernama] Selepas kontroversi yang melanda Yayasan Selangor menjadi isu percakapan ramai, Kerajaan Negeri Selangor, Khamis, mengarahkan semua anak syarikatnya supaya mendapatkan kelulusan Pemerbadanan Menteri Besar (MBI)terlebih dahulu sebelum menganjurkan sebarang aktiviti, termasuk sambutan perayaan ataupun ulang tahun.

Dalam perkembangan yang sama, semua aktiviti membabitkan Jabatan Perhubungan Awam PKNS pula dibekukan ekoran dakwaan salah guna kuasa, termasuk menaja jamuan majlis perkahwinan angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha yang dilaporkan mencecah lebih RM500,000.
Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, mulai sekarang semua agensi dan anak syarikat negeri mestilah terlebih dahulu mendapatkan kelulusan belanjawan bagi semua penganjuran majlis termasuklah senarai jemputan dan aturcara.

"Dengan cara ini, kerajaan negeri dapat memantau penganjuran aktiviti oleh anak-anak syarikat dan seterusnya mengawal perbelanjaan agar ia munasabah dengan majlis bagi mengelak pembaziran," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Keputusan itu dipercayai dibuat ekoran kontroversi perbelanjaan yang melanda anak syarikat kerajaan Selangor, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Yayasan Selangor baru-baru ini.
Yayasan itu kini disiasat ekoran perbelanjaan RM300,000 untuk majlis ulang tahunnya yang ke-40 yang menyebabkan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah membatalkan hasrat untuk berangkat ke majlis itu apabila dikatakan dukacita kerana kos penganjurannya amat tinggi.

Abdul Khalid juga berkata kerajaan negeri tidak menggalakkan anak-anak syarikat menggunakan khidmat syarikat pengurusan acara bagi menguruskan majlis anjuran, sebaliknya menggunakan tenaga kerja dan kepakaran kakitangan yang sedia ada bagi mengeratkan hubungan antara pihak atasan dan kakitangan bawahan.

"Kerajaan negeri berpendapat cara ini sudah tentu akan menjimatkan lagi perbelanjaan dan wang yang dijimatkan ini nanti dapat disalurkan ke tempat atau kepada individu yang layak sejajar dengan konsep Merakyatkan Ekonomi Selangor," katanya.



Respons Sheikh Muszaphar Shukor (25/11) : 


  1. Samat

    ini kerana PKNS tahu pelancong the one and only Angkasa,nilah hadiah pelangcongan dia kahwin pun perlu sponspudu...hehehe,mcm umnoapco adajasa kecil,sikit2 sponser

    gravatar Comment by Tanpa Nama @ Jumaat, November 19, 2010 11:51:00 PG      
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH