400 Ribu Ahli PKR. Tidak Percaya? Jumpa Syed Husin
Saya petik:
[TMI] PETALING JAYA, 26 Nov — Timbalan Presiden PKR Senator Dr Syed Husin Ali menegaskan, jumlah sebenar ahli parti itu telah melebihi 400,000 orang, sekali gus menafikan dakwaan sesetengah pihak termasuk beberapa bekas pemimpinnya.
Sehubungan itu, Syed Husin mencabar mana-mana pihak yang mempersoalkan jumlah ahli agar menemui beliau bagi melihat sendiri rekod ahli parti.
“Kepada mana-mana pihak yang mempersoalkan jumlah tersebut silalah datang jumpa saya di pejabat saya dan lihat sendiri di komputer berapa jumlah sebenar ahli kita.
“Datanglah tengok berapa jumlah ahli PKR, 70,000 ke? 100,000 ke? Datang jumpa saya,” kata beliau pada sidang media selepas merasmikan Kongres Wanita dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR di sini.
Beliau berkata parti itu mempunyai bukti bahawa jumlah sebenar ahli melebihi daripada 400,000 orang.
“Kita ada bukti, ahli kita memang seramai itu (400,000). Saya rasa pihak yang mempersoalkan jumlah ahli kita ini ada agenda.
“Tapi saya yakin akhirnya kebenaran akan muncul juga,” katanya....
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.