Bahana Judi: Anak Kecil Terpinga-pinga Bapa Dicekup
Walaupun gambar di atas "di-blur-kan", namun jelas kelihatan lelaki di sebelah kanak-kanak itu tersengih memandang ke arah kamera. Mungkin lelaki yang tersengih itu bapa kepada kanak-kanak tersebut seperti yang diperihal di bawah ini. Dia mungkin tersengih kerana cuba menutup rasa malu kepada manusia. Malu kepada manusia-manusia yang sedang memandangnya. Namun, apa yang dibuatnya untuk menutup malu dengan Allah? Dia tidak pernah malu kepada Allah kerana rela menjadi tahi judi!
Saya petik:
HEINS tahan 18 'tahi judi tegar' di Bahau
[BH] BAHAU: Beberapa umat Islam termasuk seorang wanita berusia 30-an hanya tersenyum kelat dan berpura-pura tidak mendengar apabila ditanya mengenai hukum berjudi ketika ditahan membeli nombor ekor di sebuah premis di pekan ini.
Lebih memalukan, seorang bapa berusia 40-an tergamak membawa anak lelakinya yang masih kecil masuk ke premis berkenaan untuk membeli nombor ekor tanpa memikirkan kesan terhadap pemikiran kanak-kanak itu mengenai perbuatan haram yang dilakukannya itu.
Lelaki terbabit hanya tersengih apabila dimarahi penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), manakala anaknya yang berusia empat tahun terpinga-pinga melihat bapanya diarahkan duduk mencangkung beramai-ramai dalam premis berkenaan.
Dalam operasi membanteras perjudian di kalangan umat Islam itu, JHEINS menahan 18 ‘tahi judi tegar’ termasuk seorang wanita di tujuh premis perjudian berasingan sekitar pekan Bahau di sini, dalam operasi empat jam diketuai Ketua Operasi Bahagian Penguat Kuasa JHEINS, Ahmad Zaki Hamzah.
Terdahulu, seorang lelaki berusia dalam lingkungan 20-an yang baru membeli nombor ekor cuba melarikan diri apabila menyedari kehadiran JHEINS yang turut disertai anggota Cawangan Tatatertib Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan serta Majlis Keselamatan Negara.
Dia cuba melepaskan diri dengan berlari ke arah motosikalnya yang diletak berhampiran premis berkenaan, tetapi tindakan pantas penguat kuasa mengejarnya menggagalkan usahanya walaupun berlaku sedikit pergelutan.
Penyelaras Operasi JHEINS, Mohd Zol Sidek berkata, pihaknya menahan 18 individu beragama Islam iaitu 17 lelaki dan seorang wanita berusia 20 hingga 50-an yang ketika itu leka membeli nombor ekor di premis perjudian berasingan.
"Selain cubaan seorang daripada mereka untuk meloloskan diri, seorang lelaki berusia 60-an iaitu penjaga sebuah premis perjudian turut berdegil enggan menunjukkan lesen perniagaannya ketika diminta anggota penguat kuasa.
"Perkara seumpama itu tidak sepatutnya berlaku dan setiap pemilik premis seharusnya memberi kerjasama kepada pihak berkuasa yang sedang menjalankan tugas," katanya.
Beliau berkata, semua kaki judi berkenaan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol untuk tindakan selanjutnya.
"Kes berkenaan diklasifikasikan mengikut Seksyen 79 Enakmen Jenayah Syariah 2003 dan sabit kesalahan boleh dihukum penjara selama dua tahun atau denda sebanyak RM3,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan," katanya....
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.