Tangisan Boleh Meragut Nyawa Anak Anda. Hati-hati!
Asia One memetik berita tentang kejadian seorang bayi berusia 3 tahun di Taiwan yang dilaporkan menangis sehingga menyebabkannya maut. Kanak-kanak malang itu menjerit dan menangis selepas neneknya bertindak menutup rancangan televisyen kegemarannya.
Nenek kanak-kanak itu kemudiannya menelefon pihak hospital selepas mendapati cucunya itu menangis tanpa henti dan berpeluh dengan banyaknya. Menurut doktor, kanak-kanak itu mengalami masalah kardiovaskular atau serebrovaskular yang menjadi punca kematiannya.
Hal itu berlaku berpunca daripada rasa marah atau senaman/aktiviti fizikal yang melampau. Bibir kebiru-biruan atau lebam pada badan menunjukkan seseorang itu mengalami masalah jantung. Menurut doktor juga sesetengah kanak-kanak mewarisi masalah psikiatrik yang menyebabkan mereka mudah merasa resah melampau. Mereka juga berpeluh dengan banyak dan mengalami kekurangan oksigen.
Jika simptom tersebut ada pada anak-anak anda, maka bergegaslah ke hospital untuk mendapatkan rawatan segera. Nyawa anak anda mungkin dalam bahaya jika rawatan segera tidak diambil.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.