Tahi Judi Menangis Teresak-esak
Saya petik:
[HM] KUALA LUMPUR: Seorang lelaki tahi judi yang ditahan ketika leka bermain mesin judi menangis teresak-esak sejurus polis menelefon keluarganya.
Lelaki berusia lingkungan 30-an yang juga pemandu bas dan mempunyai empat anak itu dikatakan sanggup menghabiskan ribuan ringgit pendapatannya semata-mata kerana ketagihan berjudi sejak beberapa bulan lalu.
Dia antara 33 kaki judi ditahan dalam ‘Ops Dadu’ yang dilakukan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Maksiat, Kongsi Gelap dan Perjudian (D7) Ibu pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) di sekitar dua lokasi di Danau Kota dan Taman Intan Baiduri, Kepong, malam kelmarin.
Pegawai Turus D7 Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Razali Abu Samah, berkata dalam serbuan itu pihaknya merampas 183 komputer dan wang tunai RM3,013.
“Enam pekerja dan 28 pelanggan, termasuk seorang wanita warga asing, ditahan bagi siasatan lanjut.
“Premis terbabit mampu memperoleh pendapatan ribuan ringgit bagi tempoh sehari dan jumlah itu bertambah pada hujung minggu,” katanya... - SHAMSUL MUNIR SAFINI
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.