Facebook Didakwa Beri Kesan Buruk kepada Pengidap Asma. Bagaimana?
Berita AP melaporkan sekumpulan doktor Itali memberi amaran rangkaian laman sosial, seperti Facebook juga boleh memberi kesan buruk kepada penghidap asma.
Gennaro D’Amato dan rakannya dari Hospital Pakar Tinggi A Cardarelli merawat seorang remaja berusia 18 tahun yang diserang asma kerana terkejut apabila mendapati banyak lelaki yang menjadi rakan bekas teman wanitanya di akaun Facebooknya.
Lelaki terbabit mengambil dua jenis ubat sedut steroid beberapa kali sehari untuk mengawal asmanya. Tetapi apabila teman wanitanya meninggalkan beliau dan enggan menerimanya sebagai rakan dalam Facebook, keadaan beliau semakin teruk.
Dengan menggunakan nama samaran, lelaki terbabit diterima semula dalam senarai rakan bekas teman wanitanya melalui halaman rangkaian sosial terbabit. Namun, beliau kian tertekan apabila mendapati akaun Facebook teman wanitanya mempunyai terlalu banyak rakan lelaki baharu.
Ibu remaja terbabit yang bimbang akan kesihatan anaknya telah mengukur kadar pernafasan anaknya sebelum dan selepas aktiviti Facebook. Hasilnya, beliau mendapati 20 peratus perbezaan. Selepas menemui doktor, remaja terbabit memutuskan untuk tidak lagi memasuki Facebook. Tindakan itu menghentikan serangan asma yang dialaminya.
D’Amato dan rakannya menyifatkan rangkaian sosial berkenaan boleh mencetuskan tekanan psikologi yang boleh menyebabkan serangan asma kepada pesakit yang tertekan apabila melihat sesuatu perkara tidak disukai mereka di rangkaian sosial itu.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.