Carrefour Tidak Jadi Tutup Rangkaian Perniagaannya di Malaysia & Singapura
Saya petik:
[Kosmo] KUALA LUMPUR – Peruncit besar Perancis, Carrefour, semalam membatalkan rancangan menjual rangkaiannya di Malaysia dan Singapura dan berjanji untuk meningkatkan penguasaan pasaran di negara-negara Asia.
Carrefour yang juga peruncit kedua terbesar dunia berkata, minggu ini ia akan melepaskan 42 rangkaiannya di Thailand dan berhasrat menjual sebanyak 23 cawangan Malaysia dan dua di Singapura.
Tetapi syarikat itu membuat keputusan untuk mengekalkan kehadirannya di Malaysia berikutan satu ‘kajian strategik’, kata Ketua Eksekutif Carrefour, Lars Olofsson dalam satu kenyataan di Malaysia.
“Kami memutuskan untuk tidak menjual operasi di Malaysia dan Singapura kerana posisi pasaran dan prospek pertumbuhan yang konsisten dengan strategi kami,” katanya.
The Wall Street Journal sebelum ini melaporkan Oloffon berkata, bidaan yang dirancang sebelum ini tidak menarik tawaran yang cukup tinggi....
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.